الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label si dengung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label si dengung. Papar semua catatan

Dua cedera diserang pesawat pengintip

07 April 2012

Laporan jam 08:27 malam, waktu BaitulMaqdis
Jam 07:27 malam, waktu Mesir

RAFAH - Dua penduduk Palestin yang menaiki sebuah motosikal tercedera akibat menjadi sasaran serangan rejim zionis berhampiran sebuah sekolah Darul Al-Fudhailah di sebelah tenggara bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut penyampai berita SAFA, motosikal itu diserang oleh pesawat pengintip tanpa juruterbang dengan dua serangan peluru misil sewaktu pesawat-pesawat pengintip kerap berterbangan di ruang udara Gaza.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, kedua-dua mangsa telah pun dibawa ke hospital Abu Yusuf An-Najjar, bandar Rafah untuk rawatan lanjut.

Menukil dari laporan berita PALTIMES, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan ringan.

Pautan berita:
S/U Agung LIJAN MUQAWAMAH dan pemimpin ALWIYAH syahid dibom pesawat zionis


Berhubung serangan ini, rejim zionis dengan sengaja menimbulkan ketegangan di Semenanjung Gaza meskipun telah berjanji menghentikan pembunuhan serta mengikuti(komitmen) gencatan dengan sayap-sayap tentera Palestin yang tidak diumumkan kepada pengetahuan umum. Gencatan yang telah disebutkan ini ekoran dari serangan terbaru di Semenanjung Gaza yang berlarutan selama empat hari menjelang pertengahan bulan Mac yang lalu. Sumber 07/04/2012, web berita Safa.ps dan Paltimes.ps

Read more...

Sebuah rumah dibom, zionis hala tembakan ke arah nelayan

09 Oktober 2011

Laporan jam 05:44 petang, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 05:44 petang, waktu Mesir

SEMENANJUNG GAZA - Pesawat pengintip zionis tanpa pemandu atau digelar oleh penduduk Palestin dengan nama 'si dengung' telah mengebom sebuah rumah tanpa penghuni dengan satu serangan peluru. Kejadian tersebut menimpa sebuah rumah di daerah Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza pada petang tadi.

Menuru pemberita Safa, pengeboman itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan di kalangan penduduk awam.

Kejadian lain yang berlaku pada pagi tadi, bot-bot laju tentera laut zionis melepaskan tembakan dari senjata berat ke arah bot-bot nelayan Palestin di persisiran pantai Gaza tanpa melibatkan berlaku kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda. Sumber 09/10/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Pejuang ALWIYAH syahid, awam cedera di Khan Yunis

06 September 2011

Laporan jam 07:30 malam, waktu Palestin/Mekah
Jam 06:30 petang, waktu Mesir
Jam 12:30 pagi(waktu Malaysia, 07/09/2011)

GAZA - Seorang pejuang dari unit pertahanan sayap tentera ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN, Khaled Ahmad Samhud, 23 telah syahid dalam satu serangan dari pesawat pengintip zionis tanpa pemandu di kawasan 'الزنة', sebelah timur Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza.

Selain itu, seorang warga tua serta dua anaknya turut tercedera ekoran terkena tembakan tentera zionis yang menceroboh timur Khan Yunis. Menurut sumber, pencerobohan zionis disokong oleh beberapa buah jentera perang, termasuk helikopter dan pesawat pengintip tanpa pemandu.

Berhubung kejadian, pemberita Safa berkata, jentolak zionis melancarkan operasi meratakan tanah secara meluas, sementara itu, kereta kebal dan helikopter melepaskan tembakan tidak putus-putus di kawasan yang diceroboh.

Sayap tentera Palestin, ALWIYAH berkata, pejuangnya terlibat dalam pertempuran berbalas tembakan dengan skuad tentera zionis yang menceroboh, kemudian ALWIYAH melepaskan peluru mortar 'hawn' serta menembak tepat ke atas sebilangan tentera zionis di lokasi terbabit.

Demikian itu, sumber media zionis pula berkata, 2 peluru mortar gugur di Naqab. Bagaimanapun tidak menjejaskan nyawa dan harta benda.

Ceroboh terbatas

Sebelum itu, Safa menjelaskan bahawa pada petang tadi, sekumpulan tentera zionis yang menceroboh secara terbatas di timur daerah Qararah, sebelah utara bandar Khan Yunis telah meranapkan tanah-tanah pertanian penduduk Palestin. Di samping itu, pencerobohan diiringi tembakan dari helikopter Apache dan menara-menara kawalan tentera.

Pemberita Safa memperincikan, 4 buah jentolak dan 5 buah kereta kebal menceroboh secara terbatas di samping sokongan jentera udara. Berikutan itu, jentera perang zionis melepaskan tembakan tidak terputus-putus ke arah rumah-rumah penduduk. Sumber 06/09/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Lagi serangan 2 penduduk cedera

20 Ogos 2011

Laporan 01:26 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 12:26 petang, waktu Mesir

GAZA - Rejim zionis menyerang lagi Gaza pada waktu tengahari tadi. Safa memperincikan bahawa pesawat pengintip tanpa pemandu yang berada di ruang udara melancarkan serangan di Hayyu Shujaieyah, timur Gaza.

Saksi kejadian berkata, pesawat pengintip mengebom sebuah kereta penumpang berhampiran sekolah Muaz Bin Jabal di Hayyu Shujaieyah, timur Gaza pada tengahari tadi.

Tambah saksi, salah seorang mangsa mengalami luka yang kritikal ekoran bahagian kakinya terkena letupan serangan, sementara seorang kanak-kanak cedera ringan dalam kejadian yang sama.

Pekerja Palestin ditikam pendatang Yahudi

Laporan lain yang diterbitkan menjelang tengahari tadi memaparkan seorang pekerja Palestin berasal dari wilayah Khalil, selatan Tebing Barat telah ditikam pendatang Yahudi. Mangsa ketika itu berada di bandar Ashdod, selatan tanah jajahan 1948.

Menurut polis Palestin dalam kenyataan media berkata, pekerja terbabit, Naim Husin Muhammad Al-Barbarawy, 26 telah ditikam oleh sekumpulan pemuda Yahudi menggunakan benda tajam di seluruh tubuhnya ketika berada di tempat kerja, Ashdod.

Jelas sumber polis, mangsa telah dimasukkan ke hospital kerajaan di Khalil dan pasukan penyiasat segera bergegas ke hospital bagi mengenalpasti situasi kejadian.

Kenyataan dari polis Palestin menyatakan seperti yang dijelaskan oleh mangsa bahawa mangsa didatangi lebih 20 orang pemuda Yahudi, lalu mangsa dibelasah dan ditikam ekoran balas dendam ke atas operasi Eilat yang berlaku pada hari Khamis lalu. Bagaimanapun, mangsa dapat melarikan diri dalam keadaan darah bercucuran sehingga menemui sebuah kereta yang membawanya ke hospital bandar Ashdod. Mangsa menerima rawatan pertama di di hospital berkenaan kemudian dipindahkan ke hospital kerajaan di Khalil bagi menyempurnakan rawatan.

Menurut kenyataan itu lagi, mangsa telah mengemukakan aduan rasmi mendakwa pemuda-pemuda Yahudi yang menyerangnya sehingga mengakibatkan mangsa cedera teruk. Sumber 20/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Cedera dalam serangan terbaru zionis

Laporan jam 10:37 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 09:37 pagi, waktu Mesir

GAZA - Seorang pemuda mengalami cedera ringan dalam serangan terbaru yang dilancarkan oleh pesawat pengintip tanpa pemandu berhampiran stesen petrol Hamudah, utara Semenanjung Gaza.

Menurut sumber, krew penyelamat telah membawa mangsa yang cedera ke poliklinik Al-Audah untuk rawatan lanjut.

Serangan pesawat zionis ketikamana pejuang-pejuang terus-menerus melepaskan serangan roket ke lokasi-lokasi daerah dan penempatan zionis yang berhampiran dengan Semenanjung Gaza, sementara itu, pesawat pengintip kelihatan kerap berterbangan di ruang udara Semenanjung Gaza.

Sebentar selepas kejadian, zionis mengebom pula dengan kawasan perkuburan syuhada' di utara Gaza dengan beberapa peluru meriam. Jelas sumber, tiada laporan mengenai luka parah. Sumber 20/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Pesawat pengintip serang pejuang AL-QASSAM

18 Julai 2011

Laporan jam 02:20 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 01:20 pagi, waktu Mesir

GAZA - Dua pejuang dari KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera kepada gerakan HAMAS cedera berikutan serangan yang dilancarkan oleh pesawat zionis ke atas sekumpulan pejuang di daerah Khuza'ah, sebelah timur bandar Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut pemberita Safa, tanpa diduga pesawat pengintip zionis melepaskan satu serangan peluru ke atas sekumpulan pejuang ketikamana sedang berada berdekatan Masjid Ibadurrahman, lantas mengakibatkan seorang pejuang kritikal dan seorang lagi cedera ringan.

Safa menjelaskan bahawa krew penyelamat telah membawa dua pejuang yang cedera ke hospital Eropah Gaza di Khan Yunus untuk rawatan. Sumber 18/07/2011, web berita Safa.ps

Read more...

[Kemaskini] Si dengung hentam sekumpulan penduduk

09 April 2011

Laporan asal jam 06.48 petang, Palestin/Mekah
Jam 05.48 petang, Mesir

GAZA - Si dengung gelaran kepada pesawat pengintip zionis tanpa pemandu telah menghentam sekumpulan penduduk Palestin di sebuah kawasan pertanian berhampiran lokasi jualan kereta(سوق السيارات) di Hayyu Zaitun, tenggara bandar Gaza. Satu lagi serangan, si dengung menghentam sebuah kawasan di daerah barat Jabaliya.

Menurut sumber perubatan di hospital Shifa' Gaza, hentaman dengan satu pengeboman itu mengakibatkan tiga penduduk mengalami kecederaan, salah seorang darinya disifatkan kritikal.

Terbaru, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah, berkata, pengeboman tersebut mengakibatkan seorang pejuang, Raed Zuher Bar, 30 telah syahid dan seorang lagi cedera. Kumpulan pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengucapkan takziah berikutan syahid adalah seorang dari pejuanggnya.

Tambah Adham lagi, seorang penduduk yang berumur 26 cedera parah.

Sebelum itu, rejim zionis mengebom kawasan utara daerah Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza. Tidak ada laporan mengenai luka parah.

Pengeboman tersebut meningkatkan jumlah yang syahid kepada 18 mangsa, bilangan yang cedera 67 orang, 10 darinya adalah wanita. Sumber 09/04/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS