الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Terkini: F-16 zionis bedil selatan Gaza

15 September 2010

RAFAH - Seperti yang dijangka, rejim zionis telah membedil garisan sempadan yang menghubungkan antara selatan Gaza dengan tanah Mesir sebentar tadi. Serangan ini tertumpu di kawasan terowong bawah tanah.

Gambar(arkib): Kesan kehancuran sebuah terowong bawah tanah akibat serangan pesawat rejim zionis di Rafah, selatan Gaza.

Sumber melaporkan pada jam 02.10 petang, waktu Palestin, pesawat tempur F-16 zionis melancarkan dua serangan misil ke kawasan terowong bawah tanah berhampiran gerbang Salahuddin, Rafah, Selatan Semenanjung Gaza.

Sebelum itu, media Israel 'Yediot Ahronot' pada jam 01.58 petang, waktu Palestin, sebuah kawasan penempatan haramnya 'Ushkul' di barat Naqab(Negev) menerima dua serangan roket jenis 'hawn'.

Menurut saksi kepada agensi berita 'Safa' dalam laporan terkini pada jam 02.17 petang, waktu Palestin, beberapa mangsa dikalangan penduduk Palestin Gaza mengalami luka parah dalam pengeboman rejim zionis di kawasan terowong bawah tanah. Jelas sumber, seorang mangsa serangan misil F-16 zionis telah syahid.

Pemberita Al-Jazeerah di Gaza, Tameer Mashal melaporkan, mangsa yang syahid dan 2 lagi yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital Abu Yusuf An-Najjar. Namun kedengaran desas-desus bahawa masih lagi mangsa yang luka parah dalam pengeboman tersebut.

Sumber perubatan berkata, mangsa yang syahid, Wajdi Jihad Al-Qhadhi, 21 berasal bandar Rafah dan jenazahnya tiba ke hospital dalam keadaan rentung.
______________________________________
Baca lagi:

______________________________________

Al-Jazeerah menyatakan, sejak kebelakangan ini pesawat-pesawat Israel, helikopter dan pesawat tanpa pemandu kerap meninjau di ruang udara Gaza. Tambahan pula, sebelum dan semasa rundingan damai yang berlangsung antara pihak Palestin Ramallah dengan penjajah. Dalam masa yang sama, pejuang-pejuang Palestin terus meningkatkan serangan roket ke tanah-tanah rampasan Israel. Sumber 15/09/2010, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Read more...

Keselamatan Mesir berundur dari garisan sempadan

RAFAH - Pihak Keselamatan Mesir telah mengarahkan kepada anggota-anggota keselamatannya yang berada di sepanjang sempadan antara Mesir dengan bandar Rafah di selatan Gaza supaya berundur 300 meter ke belakang berikutan adanya amaran serangan rejim zionis yang dijangka berlaku.

Sumber peta, goolge map. Garisan merah adalah garisan sempadan yang memisahkan tanah Mesir dengan Semenanjung Gaza.

Menurut wakil pemberita 'Safa' di Rafah, Pihak Keselamatan Mesir turut meminta Pasukan Keamanan Palestin mengosongkan lokasi-lokasi kawalan di kawasan berkenaan. Manakala, bulantan biru kecil adalah terminal Karem Abu Salem untuk pemunggahan barang-barang dan laluan perlintasan antara Gaza dengan tanah Palestin jajahan 1948.

Dalam masa yang sama, para pekerja dan pedagang di terowong-terowong bawah tanah turut mengosongkan lokasi kedudukan mereka khuatir dengan serangan zionis.

Keadaan genting ini berikutan sebagai waspada setelahmana pejuang-pejuang Palestin melancarkan beberapa serangan roket dan mortar ke arah penempatan-penempatan haram Israel yang kedudukannya setentang dengan Semenanjung Gaza pagi tadi. Namun, serangan pejuang Palestin tidak mengakibatkan sebarang luka parah atau kerosakan harta benda. Sumber 15/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

Keselamatan Palestin tangkap 60 anggota HAMAS

TEBING BARAT - Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) berkata, Pihak Keselamatan Palestin telah meningkatkan operasinya dengan menangkap lebih 60 anggota HAMAS di keseluruhan Wilayah di Tebing Barat.

Dalam kenyataan rasmi yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' hari ini, HAMAS berkata, Pihak keselamatan Palestin telah melancarkan operasi tangkapan ke atas 23 anggotanya di Wilayah Khalil. Malah, dalam sejumlah yang ramai lagi dipanggil lapor diri.

Sehingga kini, HAMAS menjelaskan, Pihak Keselamatan Palestin telah menangkap 13 anggotanya termasuk pemimpin di Sulfit, 11 dari Tulkarm, seorang dari Tubas, sementara itu, 8 lagi ditangkap di Bet Lehem, seorang dari Ramallah, manakala 2 lagi anggota HAMAS yang ditangkap dari Jenin.

Rejim zionis tangkap 13 Palestin

Sumber dari berita Al-Jazeerah melaporkan hari ini bahawa tentera rejim zionis telah menangkap 13 penduduk Palestin dalam operasi serbuan di beberapa buah wilayah di Tebing Barat. Sumber 15/09/2010, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Read more...

Karikatur: Hasil rundingan

Apa hasil rundingan?

Rundingan damai bersemuka yang berlangsung masa ini tidak mendapat restu keseluruhan masyarakat Palestin. HAMAS, JIHAD ISLAMI, BARISAN RAKYAT PEMBEBASAN PALESTIN, BARISAN DEMOKRASI dan beberapa buah lagi kumpulan pembebasan Palestin menentang tindakan mengadakan rundingan ini dengan rejim zionis. Kebanyakan menganggap, rundingan damai ini hanya untuk membersihkan imej zionis, malah akan menghilangkan terus beberapa permasalahan asas dan penting bagi Palestin.

Dalam satu laporan berita semalam di Al-Jazeerah, seorang pensyarah yang khusus dengan bahagian politik berkata, rundingan damai kali ini betul-betul tidak mengikut restu Palestin. Pensyarah tersebut menyatakan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin sudah tamat tempoh jawatannya dan dia tidak layak mewakili Palestin.

Kini, rundingan pusingan ketiga sedang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Al-Quds. Dalam rundingan pusingan kedua, wujud penghalang yang cukup besar antara kedua belah pihak dari mendapat kata sepakat. Rejim zionis tetap dengan sikap keras kepalanya berkata kepada Utusan Damai Amerika Syarikat di Timur Tengah, George Mistchell bahawa tempoh pembekuan bina penempatan haram di Tebing Barat dan Al-Quds tidak akan dilanjutkan. Sebaik sahaja selesai rundingan pusingan kedua semalam di Sharm El-Sheikh, sebuah syarikat pembinaan Israel terus memutuskan untuk menyambung kerja-kerja pembinaan walaupun tempoh pembekuan berakhir pada 26 September akan datang. Syarikat berkenaan hanya menggunakan alasan ekonomi berikutan mengalami kerugian selama dibekukan projek binaan ini. Namun dari sudut politik, rejim zionis tidak akan berundur dari ketetapannya untuk terus membina unit perumahan dan perumahan haram di tanah jajahan 1967.

Kedudukan rundingan, Israel memaksa pasukan rundingan Palestin Ramallah agar mengiktiraf Israel sebuah Negara bangsa bagi Yahudi, maka rejim zionis akan mengendurkan sikap kerasnya. Begitu juga dengan pasukan rundingan Palestin yang mendesak supaya rejim zionis menghentikan pembinaan penempatan dan perumahan di tanah-tanah Palestin. Bagaimana kesudahannya? agar pengalaman OSLO mendidik perunding Palestin Ramallah.

Inisiatif Damai Arab yang hanya menjadi alat mainan rejim zionis.

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

Read more...

Roket sasar Askalan, Naqab

GAZA - Laman berita akhbar Israel 'Yediot Ahronot' versi hebrew menyebut bahawa satu serangan roket gugur awal pagi ini di kawasan perindustrian, bandar Askalan(Ashkelon), selatan tanah jajahan 1948.

Sumber yang melaporkan pada jam 01.53 pagi, waktu Palestin menjelaskan roket tersebut dilancarkan dari Semenanjung Gaza. Bagaimanapun, letupan dari serangan roket itu tidak mengakibatkan sebarang luka parah mahupun kerosakan harta benda.

Berikutan itu, sepasukan tentera dan unit polis rejim zionis bergegas ke lokasi roket itu gugur serta mengadakan pemeriksaan.dd

Laporan dari radio Israel pada jam 09.30 pagi, waktu Palestin menyatakan 2 lagi serangan peluru mortar dari Gaza gugur di barat Naqab. Tiada laporan mengenai luka parah atau kerosakan. Sumber 15/09/2010, [01.48 pagi Palestin]web berita safa.ps

Read more...

Rejim zionis ceroboh Gaza

KHAN YUNUS - Beberapa buah jentera rejim zionis telah menceroboh masuk ke dalam kawasan tanah Palestin di kawasan Al-Fukhari yang terletak di tenggara Wilayah Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut saksi kejadian berkata, "empat buah kereta kebal dengan tiga buah jentolak ceroboh masuk dalam jarak puluhan meter di kawasan yang setentang dengan garisan sempadan," tambahnya lagi, "penjajah meratakan tanah, kemudian buat operasi mengesan."

Saksi berkenaan menyatakan, jentera perang rejim zionis yang menceroboh turut melepaskan bedilan peluru ke arah tanah-tanah pertanian.

Sumber agensi 'Safa' melaporkan, sehingga kini tiada sebarang laporan mengenai luka parah mahupun kerosakan harta benda. Sumber 15/09/2010, [09.08 pagi, waktu Palestin] web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS