الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Penasihat Presiden: Fayyad bukan satu-satunya calon kami

13 Jun 2011

Laporan 12:01 tengah malam, Palestin/Mekah
Jam 11:01 malam(12/06/2011), Mesir

RAMALLAH - Penasihat Presiden Mahmoud Abbas, Sabri Sidam menafikan bahawa gerakan FATAH(حركة التحرير الوطني الفلسطيني) memilih Salam Fayyad sebagai satu-satunya calon bagi mengetuai Kerajaan Perpaduan yang bakal diumumkan terdekat ini.

Gambar(arkib Safa): Salam Fayyad, Ketua Kerajaan Sementara Palestin di Ramallah. Sebelum ini, beliau pernah menjawat Menteri Kewangan Palestin dan pernah bekerja di Bank Dunia.

Kenyataan akhbar Sidam kepada radio BBC menyatakan bahawa berita ini melencong dari yang sebenar, sambil menegaskan bahawa pihaknya telah menemui beberapa cadangan nama lain. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti nama-nama yang dicadangkan.

Beliau menyatakan, nama-nama ini akan dikemukakan di hadapan jawatankuasa dialog yang dijadualkan berlangsung pada hari Selasa di Kaherah.

Sementara itu, seorang dari anggota jawatankuasa pusat gerakan FATAH, Abbas Zaki dalam kenyataan khas kepada agensi berita Safa menyatakan satu-satunya calon yang kami ada adalah Salam Fayyad. Beliau berkata sedemikian pada petang Sabtu lalu sebelum jawatankuasa pusat gerakan FATAH bersidang.

HAMAS tidak terima Salam Fayyad

Berhubung pencalonan ini, gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) menyatakan bahawa pihaknya telah menetapkan keputusan akhir tidak akan menerima pencalonan Salam Fayyad mengetuai Kerajaan Perpaduan yang bakal diumumkan.

Salah seorang dari pemimpin HAMAS, Salah Bardawil dalam kenyataan khas semalam, berkata, "Fayyad telah menyiksa masyarakat Palestin, bukan sahaja dari peringkat keselamatan dan tahanan politik malah dari sudut kemasyarakatan, pekerja-pekerja juga dipecat dan menenggelamkan masyarakat dengan hutang-hutang yang amat membebankan."

Ketua Kerajaan mengikut persetujuan bersama

Sementara itu, jurucakap Kerajaan Palestin di Gaza, Taher Nunu(gambar) mengesahkan bahawa gerakan HAMAS bersungguh-sungguh melaksanakan persetujuan yang terkandung mengikut dokumen persetujuan baik pulih hubungan dalaman Palestin sepertimana yang telah ditangatangani kesemua kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin(media lain menyebut kumpulan pemisah Palestin) di Kaherah.

Nunu berkata semalam, persetujuan yang telah ditandatangani menetapkan penamaan Perdana Menteri yang akan memimpin sepanjang proses peralihan adalah mengikut persetujuan bersama.

Tegas beliau lagi bahawa HAMAS membantah Salam Fayyad ditentukan(pencalonan) sebagai Ketua Kerajaan Peralihan.

"Kami tidak mahu Perdana Menteri yang membebankan Kerajaannya dengan hutang-piutang, melanggar hak-hak terhadap anak-anak Palestin di Tebing Barat, meneruskan kekangan dari sudut politik dan menjebakkan ekonomi tanahair dengan hutang," kata beliau.

Lambakan defisit

Pemimpin HAMAS, Salah Bardawil menjelaskan bahawa walaupun Gaza dikenakan sekatan Israel, Kerajaan Palestin ke-10 yang diketuai HAMAS telah melangsaikan bebanan kewangan sebanyak USD105 juta dari USD 1 bilion yang ditinggalkan oleh Salam Fayyad sewaktu menjawat Menteri Kewangan sebelum ini.

Pada hari Rabu lalu, Salam Fayyad mendedahkan kepada beberapa wartawan di Ramallah bahawa Kerajaannya mengalami lambakan defisit hampir USD 1 bilion, sambil menjelaskan sejak pertengahan tahun ini, Kerajaannya terpaksa berhutang dengan dengan bank-bank tempatan berjumlah hampir USD30 juta bagi menampung defisit belanjawan.

Sedemikian itu, jumlah defisit pada tahun lepas dan tahun ini yang dihadapi Kerajaan Palestin di Ramallah meningkat kepada USD 1,300,000,000(1.3bilion).

Bardawil harap gerakan FATAH tidak menumpukan kepada kebijaksanaan ekonomi Fayyad atau menggunakan nada bicara bahawa Fayyad adalah satu-satunya calon bagi FATAH untuk mengetuai kerajaan. Sumber 12-13/06/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Haniyeh dan Abbas ucap tahniah kemenangan AKP Turki

Laporan jam 02:00 pagi, Palestin/Mekah
Jam 01:00 pagi, Mesir

RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Kerajaan Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh mengucapkan tahniah semalam kepada Presiden Turki, Abdullah Gül dan Perdana Menterinya, Recep Tayyip Erdoğan berhubung kemenangan Parti Keadilan dan Pembangunan(AKP) dalam pilihanraya parlimen Turki yang diadakan semalam.

Presiden Abbas mengutuskan perutusan tahniah yang berasingan kepada Presiden dan Perdana Menteri Turki dan beliau berharap Turki terus maju serta makmur.

Beliau turut mengungkapkan rasa bangga dengan jalinan persahabatan dan perpaduan antara kedua-dua negara ini, sambil menyatakan penghargaan kepada Turki dengan pendiriannya yang tetap kepada masyarakat Palestin malah memberi sokongan penuh demi mendapatkan hak kebebasan penubuhan Negara Palestin, ibunegaranya BaitulMaqdis Timur(Timur Al-Quds).

Dari Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Genting Gaza), Ismail Haniyeh juga berharap kemenangan AKP dalam pilihanraya parlimen terus berkemampuan membawa perubahan.

AKP pertahan kemenangan

Kemenangan pilihanraya parlimen Turki terus dipertahankan oleh AKP dengan memperolehi 49.9% dari 94% suara undi yang menyamai 325 kerusi dari 550 kerusi semalam, seterusnya layak membentuk kerajaan biarpun tidak mendapat keputusan majoriti 2/3(367 kerusi) dari kerusi parlimen yang diharapkan boleh melakukan rombakan perlembagaan dan menggubal undang-undang dasar tanpa perlu mengadakan perdebatan parlimen dengan pihak pembangkang. AKP juga tidak memperolehi 330 buah kerusi sebagaimana yang diperlukan bagi mengadakan pungutan suara rakyat untuk merombak perlembagaan.

Sebelum ini, AKP memperolehi 331 kerusi parlimen meskipun pada waktu itu hanya memperolehi 47% dari keputusan suara pengundian.

Penyusutan kerusi AKP di beberapa buah negeri berbanding keputusan lalu adalah mengikut kepada penambahan populasi penduduk di setiap negeri yang lain dan berkurangan di negeri yang lain.

Gambar(Harakahdaily): Kegembiraan penyokong AKP dengan kemenangan dalam pilihanraya.

Kedudukan tangga kedua dari keputusan pilihanraya ini dirangkul Parti Masyarakat Republik(CHP) yang diasaskan Mustafa Kemal Atatürk, parti sekular terbesar yang mendapat 26.0%(135 kerusi) majoriti suara undi. Kemudian, kedudukan ketiga diperolehi Parti Gerakan Kebangsaan(MHP) yang mendapat 13% suara undi menyamai 54 buah kerusi membolehkan MHP memasuki parlimen kerana jumlah perolehan suara undi melebihi 10%.

Calon bebas Kurdi(BDP independents) mendapat undi luar biasa apabila memenangi 36 buah kerusi menyamai 5.9% keputusan suara undi.

Rombak perlembagaan

Sebaik sahaja keputusan pilihanraya diumumkan, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan berjanji mewujudkan kerjasama dengan pembangkang bagi mendapatkan persetujuan mengenai perlembagaan baru Turki.

Kemal Atatürk, pengasas Parti CHP.

Ketika berucap di hadapan para penyokong dari anjung bangunan AKP di Ankara, kata beliau, "masyarakat telah memberikan mesej kepada kami bagi menetapkan perlembagaan baru melalui persetujuan rundingan."

Tambah beliau, "kami akan membincangkan perlembagaan baru dengan parti-parti pembangkang."

Beliau menyatakan perlembagaan yang baru ini memerlukan kepada sandaran prinsip demokrasi dan kepelbagaian, malah beliau tidak menyembunyikan impiannya yang cenderung ke arah undang-undang dasar, bagaimanapun, kenyataan ini dikecam pembangkang yang menyebut beliau berarah ke diktator.

Ketika kempen pilihanraya, beliau memfokuskan kemajuan ekonomi yang dicapai oleh Turki setelah menduduki tangga ke-17 dunia.

________________________________________________
Pautan lain:

________________________________________________

AKP juga berjaya mengurangkan peranan kuasa tentera setelahmana menjadi peranan utama politik Turki.

Gambar(Al-Jazeerah): Perdana Menteri Turki.

Semalam, lebih dari 50 juta penduduk Turki yang layak mengundi di agihkan ke pusat pembuangan undi yang berjumlah melebihi dari 199 ribu. Malah seramai lebih 2 juta menjadi pemerhati perjalanan pembuangan undi.

Pilihanraya parlimen Turki semalam menyaksikan 15 buah parti bersaing dengan meletakkan 7492 orang calon. Di samping itu, calon bebas seramai 203 orang calon. Sumber 13/06/2011, web berita Al-Jazeerah, web berita Safa.ps, berita Al-Jazeerah dan web berita Hurriyet

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS