الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Gaza menanti talian hayat (Jumaat)

28 Mei 2010

09.11 malam, Mesir/Palestin : Tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Israel di Athens, Greek bagi mendesak supaya tidak menghalang pelayaran konvoi armada Lifeline4Gaza tiba di Gaza. Sumber safa.ps

09.16 malam, Mesir/Palestin : Kapal Mavi Marmara(Turki) yang membawa para aktivis kini berada di perairan antarabangsa.

Menurut sumber wartawan Al-Jazeerah, dalam masa beberapa jam ini, mereka sedang menanti ketibaan kapal Eropah yang membawa ahli-ahli parlimen dan politik.

10.16 malam, Mesir/Palestin : Sebuah kapal perang Israel telah berlepas ke laut lepas, laut mediterranean untuk menghadapi armada laut.

Sementara itu, Israel telah membina tiga buah khemah di pelabuhan Ushdud bagi persediaan untuk memindahkan para aktivis yang ditangkap. Sumber web berita safa.ps dan 27/05/2010, berita Al-Jazeerah

Gambar: Antara khemah yang dibina Pihak Berkuasa Penjajah(Israel) di pelabuhan Ushdud, Israel bertujuan untuk pemeriksaan ke atas para aktivis setelah mereka ditangkap.

11.18 malam, Mesir/Palestin : Perdana Menteri Kerajaan Palestin Gaza, Ismail Haniah akan merasmikan pelabuhan Gaza pada esok hari(Sabtu) yang telah dilebarluaskan sempena menyambut ketibaan armada laut ke Gaza. Sumber web berita safa.ps

Maklumat lain:

> Twitter lifeline4Gaza

Read more...

Ikat diri dengan rantai


فلسطين اليوم - Radio Israel, Reshet Bet dalam siarannya telah menyiarkan bahawa Menteri Perang Israe, Ehud Barak telah memberikan taklimat kepada angkatan tentera laut Israel agar menangkap aktivis-aktivis yang berada di atas kapal. Dinyatakan, taklimat itu meminta supaya sebarang penangkapan yang dibuat tidak mendatangkan kecaman antarabangsa kepada Israel.

Salah seorang aktivis, Dror Feiler() berkata, jika komander Israel cuba merempuh ke kapal-kapal, para aktivis akan mengikat diri dengan rantai bagi mengesahkan tidak ada seorang pun di kalangan aktivis membawa senjata. Sumber 28/05/2010[2.05 petang, Mesir/Palestin], web berita paltoday

Read more...

Pelampau rosakkan tempat rekreasi

NABLUS - Sekumpulan penduduk Israel(pelampau) telah merosakkan beberapa tempat rekreasi Wadi Bazaan di al-Badan. Sementara itu, sepasukan tentera penjajah merempuh masuk ke kota lama dan terdengar beberapa bunyi tembakan.

Peta: No.13(hijau) adalah kedudukan Al-Badaan. Taman rekreasi Wadi Bazaan salah satu kawasan dalam Al-Badaan. No.9(biru) adalah penempatan Israel Elon More.

Sumber menyebut, sekumpulan penduduk Israel itu adalah dari penempatan Israel, Elon More yang turut dilindungi tentera Israel ketika menceroboh ke Wadi Bazaan.

Menurut saksi, penduduk Israel secara berkumpulan menyerang tempat rekreasi pagi tadi dan merosakkan balai pengawal sebelum berundur. Tambahan pula, kerosakan teruk yang dilakukan penduduk Israel adalah ketika permulaan musim pelancongan tahun ini.

Di kawasan bandar pula, sumber melaporkan mengenai rempuhan yang dilakukan tentera penjajah ke atas beberapa buah rumah di Kota Lama. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tidak dapat dipastikan berlaku sebrang penangkapan.

Gambar: Pelampau Israel yang menceroboh Wadi Bazaan. Sumber 20/05/2010, paltoday

Sebagaimana dilaporkan, sepasukan tentera penjajah merempuh masuk ke Kota Lama pada jam 4.00 pagi dan berundur pada jam 9.00 pagi. Sumber 28/05/2010, web berita safa.ps

Read more...

Kapal-kapal menuju ke Cyprus - Khudri

Sumber peta, google map. Berikutnya, garisan merah adalah petunjuk perjalanan konvoi armada laut yang telah berlepas dari pelabuhan Antalya, Turki menuju ke perairan laut Gaza. Manakala, kepulauan Cyprus sebagaimana yang dinyatakan hanyalah destinasi pertemuan kesemua kapal-kapal sebelum berlayar ke Gaza.

Ahli parlimen, Jamal Khudri, Pengerusi Jawatankuasa Rakyat bagi menghadapi sekatan berkata, kapal-kapal armada laut pemecah sekatan dalam perjalanan ke destinasi pertemuan di perairan laut antarabangsa Cyprus sebelum memulakan pelayaran menuju Gaza. Dinyatakan, awal pagi ini feri penumpang yang membawa aktivis-aktivis, ahli politik dan media-media telah berlepas dari pelabuhan Antalya, Turki.

Beliau turut menegaskan bahawa konvoi kapal tidak menetapkan untuk berlabuh di pelabuhan Cyprus, tetapi hanya berkumpul di perairan laut antarabangsa Cyprus untuk belayar menuju ke Gaza.

Sebagaimana media Israel menyebarkan pada petang Khamis mengenai Cyprus membantah dari menyambut ketibaan kapal-kapal yang terlibat dalam misi armada laut di perairan laut dan pelabuhan Cyprus.

Namun, dalam laporan pada jam 2.32 pagi Palestin/Mesir(Jumaat), yang menukilkan dari Pertubuhan Pembebasan Sekatan Gaza dari Eropah menafikan laporan yang dinyatakan media Israel berhubung bantahan dari Pihak Berkuasa Cyprus ke atas kapal-kapal.

Rami Abduh, anggota pertubuhan tersebut yang berada di Cyprus berkata kepada agensi berita, "ini adalah propaganda dari media-media Israel yang berterusan dilakukan oleh pihak penjajah bagi menghalang usaha kemanusiaan dari kalangan aktivis-aktivis".

Jelas beliau lagi, "kami tidak memohon kepada Pihak Berkuasa Cyprus untuk berlabuh di perairan Cyprus kerana kapal-kapal akan terus berlayar ke Gaza, dan berita mengenai perhentian kami di perairan laut Cyprus hanyalah untuk destinasi pertemuan kesemua kapal-kapal".

Sementara itu, berita Al-Jazeerah melaporkan bahawa tentera Israel mendirikan tiga buah khemah di pelabuhan Ushdud(Ashdod, Israel) bersiap-sedia untuk memberkas para aktivis yang menuju ke Gaza. Sumber 28/05/2010, web berita safa.ps dan 27/05/2010, berita Al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS