الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

HAMAS sangkal pembohongan zionis yang bertujuan bunuh komander AL-QASSAM

02 April 2011

Laporan asal jam 08.46 pagi, Palestin/Mesir
Jam 02.46 petang, waktu Malaysia

Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) pagi ini menyangkal dakyah bohong dan helah sepertimana yang disebutkan rejim zionis bagi mewajarkan jenayahnya membunuh tiga komander AL-QASSAM.

Serangan udara zionis awal pagi tadi di Khan Yunus telah membunuh seorang komander tertinggi, إسماعيل لبّد dalam lingkungan umur 35(gambar), serta saudaranya محمد لبّد, berusia 44 tahun dari Mukhayyam Shatie dan محمد الداية berusia 35 tahun berasal dari Hayyu As-Sabrah, bandar Gaza.

Kenyataan media HAMAS dari jurucakapnya, Fauzi Barhum menyebut kerajaan rejim zionis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesan dari akibat tentangan ini. Beliau turut menyeru kepada peringkat rasmi dan masyarakat dari Negara-negara Arab dan Islam mengambil pendirian dan ketetapan tegas terhadap penjajah ini selari dengan kesengsaraan yang dilalui masyarakat Palestin.

Jurucakap HAMAS menegaskan bahawa pengeboman zionis menyasarkan kereta dan tiga yang terbunuh adalah perbuatan jenayah yang sengaja dilakukan. Hal ini, pembunuhan dan tindakan jenayah berupa negara pengganas menjadi dasar yang sentiasa dilakukan kerajaan penjajah.

Beliau menilai bertambahnya pembunuhan ke atas penduduk Palestin kerana tidak ada keadilan di peringkat antarabangsa, ketetapan yang tegas malah tidak ada seorang pun dari pemimpin zionis yang diadili atas kekejaman yang dilakukan.

Jelas beliau,"sepatutnya pentadbiran Amerika Syarikat mesti menghentikan semua bentuk sokongan, kewangan dan ketenteraan kepada kerajaan penjajah kerana faktor ini menjadi pendorong kepada pengganas membunuh penduduk Palestin." Sumber 02/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

Api yang dinyalakan akan bakar diri sendiri - Abu Ubaidah

Serangan yang dilancarkan pesawat pengintip zionis awal pagi ini telah mengakibatkan tiga pejuang AL-QASSAM syahid. Beberapa jam sebelum itu, radio tentera Israel telah menghebahkan dakyah bahawa gerakan HAMAS telah mempersiapkan dirinya untuk menggugurkan pesawat tempur zionis yang berterbangan rendah di ruang udara Gaza pada masa akan datang.
_______________________________________________
Baca lagi:

1. 3 pejuang AL-QASSAM syahid dibom pesawat pengintip
2. AL-MUQAWAMAH kecam pembunuhan ke atas AL-QASSAM
3. [Gambar] Serangan bunuh ke atas AL-QASSAM

_______________________________________________

Menurut pegawai tertinggi dalam tentera zionis, HAMAS memiliki roket anti-pesawat yang boleh dilancarkan dari atas bahu malah keupayaan roket itu dapat menjatuhkan pesawat yang berterbangan rendah di Gaza.

Tambah pegawai itu, tentera udara Israel tahu cara untuk menghadapi kemampuan jenis bahaya yang dimiliki kumpulan-kumpulan di Gaza.

Mengulas awal jenayah pengecut zionis, Abu Ubaidah(gambar) berkata dalam kenyataan khas kepada web rasmi penerangan AL-QASSAM, serangan itu adalah jenayah bunuh yang terancang, zionis akan membayarnya dengan harga yang tinggi.

Berhubung dakwaan zionis mangsa serangan yang syahid merancang menculik warga Israel di Sinai(tanah Mesir), seraya dibantah Abu Ubaidah, lalu dijawab, "penjajah sengaja mencari helah untuk melakukan jenayahnya, tetapi kami takkan terseret membalas dakyah zionis itu."

Jurucakap tentera HAMAS turut menyatakan apabila ditanya berhubung, sekiranya kesan dari operasi bunuh itu mendorong satu gelombang baru di Gaza meningkatkan serangan, beliau hanya menjawab, "jika musuh mahu sangat main dengan api yang dinyalakannya sendiri, maka api itu akan membakarnya." Sumber 02/04/2011, web berita Al-Jazeerah.net, web rasmi penerangan AL-QASSAM dan web berita safa.ps

Read more...

[Gambar] Serangan bunuh ke atas AL-QASSAM

Terbitan asal jam 04.24 pagi, Palestin/Mesir
Jam 10.24 pagi, waktu Malaysia


GAZA - Lokasi kejadian sebuah kereta yang dinaiki tiga pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera gerakan HAMAS telah dibom pesawat pengintip zionis tanpa juruterbang. Tiga pejuang AL-QASSAM syahid dalam serangan tersebut.

Laporan lanjut, baca di sini. Sumber 02/04/2011, web berita safa.ps









Read more...

AL-MUQAWAMAH kecam pembunuhan ke atas AL-QASSAM

Laporan asal jam 03.13 pagi, Palestin/Mesir
Jam 09.13 pagi, waktu Malaysia

GAZA - KATAIB AL-MUQAWAMAH AL-WATANIAH(كتائب المقاومة الوطنية), sayap tentera kepada Barisan Demokrasi Pembebasan Palestin mengecam keras operasi pengecut pembunuhan yang dilancarkan pesawat pengintip zionis awal pagi ini di Gaza tengah(pertengahan Semenanjung Gaza). Baca sini.

Salinan kenyataan AL-MUQAWAMAH yang disampaikan kepada Safa menyatakan, bahawa waktu ini telah bebas dari sebarang gencatan(sikap bertenang) dengan rejim zionis, dan serang balas ke atas jenayah bunuh tidak akan dilengah-lengahkan.

Barisan Demokrasi menyebut rejim zionis bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pembunuhan yang dilakukan, malah menggesa kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin melihat semula 'sikap bertenang' dengan rejim zionis, serta mengkaji jalan untuk bertindak ke atas jenayah seumpama ini yang berterusan.

Kumpulan pejuang ini berjanji kepada masyarakat Palestin bagi sentiasa meneruskan 'menentang' dan meningkatkan serangan sehinggalah penjajah beredar dari tanah-tanah Palestin. Sumber 02/04/2011, web berita safa.ps

Logo: Barisan Demorasi Pembebasan Palestin(DFLP)

Pautan lain:

1. Barisan Demokrasi Pembebasan Palestin, wikipedia
2. Web rasmi

3. Web penerangan

Read more...

3 pejuang AL-QASSAM syahid dibom pesawat pengintip

Laporan asal jam 12.19 pagi, Palestin/Mesir
Jam 06.19 pagi, waktu Malaysia

GAZA - Pesawat zionis mengebom sebuah kereta yang dinaiki tiga pejuang Palestin awal pagi ini. Serangan yang dilancarkan pesawat pengintip tanpa juruterbang di pertengahan Gaza(Gaza tengah) mengakibatkan tiga pejuang syahid dan seorang penduduk cedera.

Berhubung kejadian, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, pengeboman itu mengakibatkan tiga syahid dan seorang lagi mengalami kecederaan.

Jelas beliau, mangsa yang syahid telah dibawa ke hospital 'Syuhada Al-Aqsa' di Der Balah. Menurut beliau lagi, jasad pejuang yang syahid dalam keadaan hangus.

Sumber lain menyatakan kepada 'Safa' bahawa pejuang yang syahid itu dari pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, seorang komander tertinggi, إسماعيل لبّد dalam lingkungan umur 35(gambar), serta saudaranya محمد لبّد, berusia 44 tahun dari Mukhayyam Shatie dan محمد الداية berusia 35 tahun berasal dari Hayyu As-Sabrah, bandar Gaza.

AL-QASSAM ancam musuh

Sayap tentera gerakan HAMAS(KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM) mengesahkan tiga pejuangnya dari komander tempur telah syahid.

"Mereka yang menjadi sasaran pembunuhan zionis yang pengecut telah pergi dijemput menemuiNya," ungkap kenyataan ketenteraan AL-QASSAM.

Sambil itu, AL-QASSAM menyatakan, pembunuhan sebegini merupakan jenayah yang sengaja menghimpit ke tahap bahaya, dan musuh pasti menanggung segala kesan yang akan menyelubunginya.

Kereta musnah teruk

Pemberita Safa berkata, pengeboman dari pesawat pengintip menyasarkan kereta jenis KIA yang melalui jalan di hadapan Stesen Gas Al-Aqsa di jalan Salahuddin, daerah Qararah, Gaza tengah.

Menukil dari sumber keselamatan bahawa kereta itu dalam perjalanan dari Khan Yunus menuju ke Der Balah. Kereta tersebut musnah teruk selepas dibom.

Dinyatakan lagi, kesemua penumpang dalam kereta tersebut syahid, manakala mangsa yang keempat seorang awam yang dikenali داهش إبراهيم السرساوي dalam usia 27 mengalami kecederaan sewaktu memandu keretanya yang kebetulan melalui lokasi kereta yang dinaiki mangsa yang syahid dibom. Kereta mangsa yang keempat turut rosak.

Kerjasama tentera dengan SHABAK

Sementara itu, media Israel versi hebrew 'Maarev' menyatakan kereta awam yang menjadi sasaran pengeboman pesawat pengintip adalah milik pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(كتائب الشهيد عز الدين القسام), sayap tentera gerakan HAMAS.

Tambah Maarev, serangan itu berlaku hasil penyelarasan dan kerjasama antara tentera rejim zionis dengan Perkhidmatan Keselamatan Umum Israel(SHABAK).

Dakwa sumber itu lagi, sasaran yang diserang telah merancang untuk menculik warga Israel di sinai ketika cuti sempena perayaan hari Paskah Yahudi(الفصح اليهودي). Sumber 02/04/2011 [kemaskini jam 03.24 pagi, Mesir], web berita safa.ps dan web rasmi pejabat penerangan AL-QASSAM

Pautan lain:


1. Perkhidmatan Keselamatan Umum Israel(SHABAK)
2. Hari Paskah Yahudi

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS