الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

HAMAS tangguh pertemuan dengan FATAH

21 Ogos 2010

GAZA - Sumber dari berita Al-Jazeerah melaporkan gerakan HAMAS telah menangguhkan pertemuannya dengan gerakan FATAH yang dijadualkan berlangsung pada malam ini di bandar Gaza.

Gambar(safa): Kanan, Salah Bardawil dan di sebelah kiri, Aiman Taha.

Menurut web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah bahawa keputusan HAMAS adalah protes membantah pendirian rasmi Lajnah Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO) yang memutuskan bagi mengadakan semula rundingan damai secara langsung dengan Israel.

Salah Bardawil, salah seorang anggota biro politik HAMAS ketika sidang akhbar yang diiringi jurucakap HAMAS, Aiman Taha pada malam tadi di bandar Gaza berkata, "Sebagaimana yang dijangkakan memang akan berlangsung pertemuan dengan beberapa pemimpin FATAH yang datang ke Gaza berikutan mengiringi jenazah bekas Pengerusi Badan Perisikan Am Palestin, Amin Hindi tetapi setelahmana Lajnah Eksekutif PLO memutuskan bagi mengadakan semula rundingan damai dengan Israel, maka kami menangguhkan dulu pertemuan ini sehinggalah timbul rasa yang lain."

Tambah Bardawil lagi, "Keputusan mengadakan rundingan ini telah mencetuskan kekacauan dan kekeliruan dalam arena politik Palestin berikutan pendirian kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin dan masyarakat Palestin yang membantah rundingan."

Anggota biro politik HAMAS itu menyebut, "ketikamana keadaan buruk yang telah berlaku masa ini amat sukar untuk duduk di meja perbincangan demi pembaikan dalaman Palestin kerana ia seolah-olah menutup keputusan rundingan."

Beliau menegaskan bahawa kaedah yang digunapakai oleh PLO serta keputusannya yang berkaitan dengan rundingan secara langsung akan melenyapkan permasalahan-permasalahan Palestin.

"Waktu ini, adanya pertemuan-pertemuan dan saling menghubungi antara HAMAS dengan kumpulan-kumpulan pembebasan yang lain bagi mengungkapkan(jelas) pendirian kami mengenai rundingan serta menyusun tindakan penentangan sehinggalah rantaian itu gagal."

Lajnah Eksekutif PLO telah mengumumkan pendiriannya pada pagi sabtu yang bersetuju mengadakan semula rundingan damai secara langsung dengan Israel untuk menyelesaikan kesemua permasalahan penyelesaian kemuncak. Berikutan itu, Menteri Luar Amerika Syarikat, Hillary Clinton telah mengundang kedua-dua belah pihak, Palestin dan Israel hadir ke pertemuan pelancaran rundingan menjelang September akan datang di Washington, Amerika Syarikat.

Sementara itu, Amerika Syarikat turut menjemput Presiden Mesir, Muhammad Housni Mubarak dan Raja Abdullah II, Raja Jordan ketika pelancaran rundingan damai.

Setakat ini, menurut berita Al-Jazeerah, Presiden Mesir telah menerima undangan tersebut. Sumber 21/08/2010, berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

Read more...

Tembak nelayan Gaza

GAZA - Seorang nelayan Palestin cedera pada waktu tengahari tadi akibat ditembak tentera laut penjajah di utara Gaza.

Pengerusi Bantuan Cemas, Dr. Muawiyah Husnain berkata kepada agensi berita safa bahawa bot-bot laju penjajah melepaskan tembakan ke arah bot nelayan Gaza di kawasan Sudaniah, utara Gaza, lantas menyebabkan seorang dari nelayan luka parah.

Sumber menjelaskan luka tersebut pertengahan. Ketika laporan diterbitkan pada waktu tengahari tadi, pasukan bantuan sedang memberikan rawatan kepada nelayan yang berkenaan. Sumber 21/08/2010, web berita safa.ps

Read more...

Tekanan tunda pelayaran Maryam

GAZA - Ahli Parlimen Bebas, Jamal Al-Khudri selaku Pengerusi Jawatankuasa Rakyat bagi menentang pengepungan terhadap Gaza telah menyatakan bahawa wujudnya tekanan kuat ke atas kapal maryam 'Lubnan' yang menyebabkan pelayarannya ke Gaza terpaksa ditunda. sebagaimana jadual asal, kapal Maryam akan berlepas ke Gaza pada hari ahad.

Ketika sidang akhbar hari ini, beliau meminta pihak yang berkenaan agar memudahkan pelayaran kapal yang membawa bantuan kemanusiaan.

Beliau turut menyatakan, semasa berhubung dengan Presiden Yayasan Bebas Palestin, Yasser Qochloq yang menggagaskan pelayaran kapal Maryam telah mengesahkan bahawa mereka sedang berusaha mencari alternatif yang lain dan tidak akan membatalkan misi pelayaran tersebut.

Khudri berkata, "Kapal Maryam dengan muatan penumpang wanita yang terdiri dari para sukarelawan, dan salah seorang darinya ialah sister of America serta tokoh-tokoh dari beberapa buah Negara", jelas beliau lagi, "kapal Maryam membawa muatan bantuan perubatan berupa peralatan mencuci usus serta ubat-ubatan bagi merawat penyakit kanser, rawatan untuk kanak-kanak dan wanita."

Jamal Al-Khudri menyatakan lagi, pihak antarabangsa dan Arab tekad menjalankan kempen-kempen sokongan secara penuh kepada Palestin untuk meneruskan usaha mahupun pelayaran serta tindakan sehinggalah Gaza bebas dari sekatan yang dikenakan sejak empat tahun yang lalu.

Beliau menegaskan setiap ancaman dan dakwaan Israel bagi menghadang setiap kapal kemanusiaan ke Gaza menyalahi dari realiti yang sebenar kerana kapal-kapal ini membawa misi damai yang disertai masyarakat awam bertujuan membantu penduduk Palestin yang di bawah sekatan.

Sementara itu, berita Al-Jazeerah melaporkan bahawa Menteri Perang(pertahanan) Israel, Ehud Barak menghubungi wakil Amerika dan Perancis sebagai usaha untuk menghalang dua buah kapal bantuan kemanusiaan, salah sebuah darinya 'Maryam' berlepas dari pelabuhan Lubnan menuju ke Gaza. Sumber 21/08/2010, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Read more...

Rundingan damai awal bulan September

Panitia Kuartet Perdamaian Timur Tengah menggesa kedua-dua pihak, Pihak Berkuasa Palestin(gambar kiri) dan Israel(gambar kanan) agar memulakan semula rundingan damai secara langsung yang terhenti sejak tahun 2008 ketika Ehud Olmert menjawat jawatan Perdana Menteri.

Kuartet Perdamaian Timur Tengah yang dianggotai Kesatuan Eropah(EU), Rusia, Amerika Syarikat dan PBB(UN) menetapkan pada 2 September akan datang adalah pertemuan bagi mengadakan semula rundingan damai serta berharap tercapai persepakatan dalam setahun.

Tekad beri sokongan

Kenyataan dari Kuartet Damai Timur Tengah yang dikeluarkan semalam mengungkapkan keazaman menyokong kedua-dua belah pihak ketika berlangsungnya rundingan yang boleh untuk menjayakannya dalam masa setahun serta melaksanakan persepakatan.

Ketetapan rasmi kuartet damai meminta sekali lagi kepada kedua belah pihak agar menjaga keadaan dan tenangkan diri serta melarang sebarang tindakan provokasi dan ucapan-ucapan yang menimbulkan kemarahan.

Dari sudut lain, Menteri Luar Amerika Syarikat, Hillary Clinton menyatakan bahawa kedua belah pihak telah bersetuju mengadakan semula rundingan damai secara langsung pada 2 September akan datang.

"Perbincangan dalam rundingan ini menumpukan kepada penyelesaian kesemua permasalahan kemuncak", jelas Clinton.

Jelas Clinton(gambar sebelah), beliau merasa tanpa sebarang syak bahawa akan bertembung dengan halangan-halangan yang bakal bertambah, tetapi beliau berharap kepada niat baik dan komitmen untuk menjayakan rundingan. Berikutan itu, Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama akan menjemput Raja Jordan, Raja Abdullah II dan Presiden Republik Mesir, Muhammad Housni Mubarak hadir ketika melancarkan rundingan damai secara langsung antara Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Washington.

Sementara itu, George Mitchell, Utusan Damai Amerika Syarikat di Timur Tengah berkata, Amerika Syarikat meminta Israel patuh kepada permintaannya iaitu menghentikan pembinaan penempatan Israel yang baru di Tebing Barat.

Tambah Mitchell, 'Kami menjangkakan dua pihak mampu menjaga keadaan sehingga ke meja rundingan', jelas beliau lagi bahawa Amerika Syarikat bersedia untuk mengemukakan sebarang cadangan yang bertujuan untuk mendekatkan kedua belah pihak ketika rundingan, tetapi perkara tersebut, menurut beliau, 'kembali di penghujung rundingan melalui perunding Palestin dan Israel bagi mencapai persepakatan.'

Negara-negara penyumbang

Dari pihak Perancis, Presiden Nicolas Sarkozy(gambar) dalam kenyataan rasmi berkata, beliau selalu menggesa Netanyahu dan Mahmoud Abbas agar mengadakan dialog.

Sarkozy menyatakan, Negaranya berazam menjalinkan kerjasama dengan sekutunya dari Eropah untuk menyokong usaha perdamaian yang baru.

Dalam kenyataan rasmi itu, Presiden Perancis menyatakan, beliau telah memikirkan untuk mengadakan persidangan Negara-negara penyumbang bagi membangunkan Negara Palestin pada masa akan datang. Sedemikian itu, jika wujudnya anjakan dalam perbincangan(rundingan damai).

Seiring dengan kenyataan itu, Britain turut mengungkapkan bahawa perpindahan dari rundingan damai secara tidak langsung sejak bulan Mei yang lalu kepada rundingan damai secara langsung adalah 'langkah yang cukup berani'.

Menteri Luar Britain, William Hiegh berkata, beliau mengalu-alukan dengan setinggi-tingginya ketetapan berpindah kepada rundingan damai secara langsung.

Tambah beliau lagi, penyelesaian dengan penubuhan dua buah Negara adalah satu-satunya harapan untuk mencapai kepada perdamaian dan keamanan yang berpanjangan.

Tanpa HAMAS

Mitchell dalam kenyataannya menjelaskan bahawa pihaknya sedang membincangkan mengenai masa dan tempat untuk mengadakan perbincangan damai antara Palestin dan Israel. Berikutan itu, kedua belah pihak akan menetapkan agenda-agenda dan sumber rujukan asas rundingan ketikamana telah bertemu.

Jelas Mitchell lagi bahawa gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) tidak ada langsung peranannya dalam perbincangan damai.

Palestin, Israel mengalukan rundingan

Berhubung dengan gesaan tersebut, pejabat Netanyahu mengumumkan bahawa Netanyahu menerima pelawaan Amerika Syarikat demi mengadakan semula rundingan damai secara langsung dengan Palestin.

Netanyahu berkata, pihaknya akan pergi ke rundingan dengan rasa keinginan untuk mencapai persepakatan damai.

Kata Netanyahu lagi, 'pihaknya mahu rundingan yang diadakan ini adalah secara sempurna dan bersungguh-sungguh.'

Dalam kenyataannya, Netanyahu sekali lagi membantah permintaan yang diletakkan oleh Palestin bagi memulakan rundingan iaitu tertakluk kepada 'syarat yang sebelum ini'. Malah, Netanyahu melahirkan rasa gembira dengan penjelasan yang dibuat oleh Amerika Syarikat bahawa rundingan damai secara langsung tanpa bersandarkan kepada syarat-syarat terdahulu.

Palestin Ramallah terima

Dari pihak Palestin, Pihak Berkuasa Palestin(Ramallah) mengalu-alukan pelawaan Kuartet Timur Tengah yang menyeru kembali kepada rundingan. Malah Pihak Berkuasa Palestin mengungkapkan keyakinan bahawa boleh mencapai kepada persepakatan damai sekurang-kurangnya dalam masa setahun.

Pengerusi Badan Rundingan Pertubuhan Pembebasan Palestin(منظمة التحرير الفلسطينية), Saeb Arekat(gambar) berkata, kenyataan dari Kuartet Timur Tengah mengandungi unsur-unsur yang boleh untuk mencapai persepakatan damai.

Beliau berharap Kuartet Timur Tengah terus memberi tekanan kepada Israel bagi menghentikan pembinaan penempatan di tanah-tanah yang dijajah sebagaimana yang telah diminta dalam kenyataannya yang lalu.

Pada awal bulan Ogos, Mahmoud Abbas berkata beliau bersedia untuk rundingan damai secara langsung iaitu sebaik sahaja Kuartet Timur Tengah mengeluarkan kenyataan seperti yang telah dinyatakan pada 19 Mac yang lalu. Dalam kenyataan itu, Kuartet Timur Tengah mendesak Israel menghentikan pembinaan penempatan di Tebing Barat dan berusaha mencapai persepakatan damai dalam masa dua tahun serta menubuhkan Negara Palestin merdeka mengikut garisan sempadan 4 Jun 1967. Sedemikian itu diiktibarkan sebagai asas untuk mengadakan rundingan.

Palestin lain bantah

Sementara pengumuman rundingan yang bakal diadakan semula, beberapa buah kumpulan pembebasan Palestin(ada media menyebut kumpulan pemisah) mengumumkan bahawa pihaknya membantah tindakan Pihak Berkuasa Palestin yang akan mengadakan rundingan damai secara langsung dengan penjajah(Israel). Kumpulan-kumpulan Palestin mengungkapkan tindakan sedemikian hanyalah semata-mata membuang masa.

Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniah berkata, 'tidak ada faedah dari mengadakan semula rundingan dengan pihak Israel.'

"Kuartet Timur Tengah juga tidak akan dapat mengemukakan apa-apa yang menyokong permasalahan Palestin", tambah beliau.

Jurucakap gerakan HAMAS, Sami Abu Zuhri turut mengumumkan bahawa pelawaan kembali ke rundingan adalah 'usaha terbaru untuk memperdaya masyarakat Palestin', jelas beliau, pelawaan tersebut 'tidak berguna dan pasti akan memberikan titik sifar tanpa mencapai apa-apa natijah' kerana rundingan tidak lain adalah untuk meluluskan penempatan dan menerima penerusan perkara tersebut.

Adapun dari gerakan JIHAD ISLAMI(حركة الجهاد الإسلامي) dalam kenyataan rasminya turut mengumumkan bahawa pelawaan ke rundingan adalah untuk 'mengukuhkan lagi hegemoni' dan bukti pentadbiran Amerika berhasrat membantu mendapatkan kepentingan penjajah.

Sementara itu, Setiausaha Agung gerakan Inisiatif Tanahair Palestin(حركة المبادرة الوطنية الفلسطينية), Mustafa Al-Barghousi berkata, persetujuan mengadakan rundingan damai secara langsung dengan Israel tanpa menghentikan pembinaan penempatan serta menetapkan sebarang rujukan asas turut kan mengundang kegagalan yang amat besar serta bahaya seperti yang berlaku dalam Perjanjian Damai Camp David pada tahun 2000.

Beliau mengungkapkan, perbincangan mengenai rundingan tanpa menetapkan syarat-syarat yang sebelum ini dan tidak mematuhi undang-undang antarabangsa bermakna telah menerima syarat Israel, iaitu tidak ditetapkan sebarang mekanismes dan rujukan yang jelas untuk berunding. Sumber 20-21/08/2010, web berita Al-Jazeerah

Baca di sini:

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS