الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label peace talk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peace talk. Papar semua catatan

Abbas: Rakyat Palestin akan memohon pengiktirafan PBB jika rundingan damai gagal

31 Mac 2011

[Terjemahan laporan akhbar dari media Israel, Haaretz, 31/03/2011]

Presiden PA mengugut untuk berundur September ini jika rundingan damai dengan Israel tidak dilanjutkan, mendesak Israel supaya ‘mengambil peluang’ ‘arahan’ semasa di Tebing Barat.

Oleh Avi Issacharoff

Presiden Palestin Mahmoud Abbas telah menunjukkan tanda-tanda bahawa beliau akan meninggalkan jawatan beliau September ini jika rundingan dengan Israel tidak diteruskan hingga saat itu, dan jika tiada sebarang persetujuan untuk membina negara Palestin.

Semasa pertemuan di Ramallah bersama ahli Majlis Keselamatan dan Keamanan(yang juga disertai oleh bekas pegawai-pegawai atasan Pasukan Pertahanan Israel [IDF: Israel Defense Forces]), Abbas telah mengumumkan bahawa PA(Palestinian Authority) berniat untuk berusaha ke arah pembinaan sebuah negara Palestin, dan berjaya mendapat pengiktirafan Israel terhadap negara itu. Walaubagaimanapun, beliau menyatakan, jika tidak ada sebarang persetujuan dicapai antara kedua-dua pihak, dan jika perbincangan serius tidak dilanjutkan, PA akan merujuk Perhimpunan Agung PBB September ini seterusnya memohon pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara merdeka.

Ketika ditanya tentang senario-senario yang kemungkinan akan berlaku selepas pengundian PBB, Abbas mendakwa beliau sengaja mengekalkan kesamaran isu ini. Hingga kini, beliau berkata, “Kita harus kembali [dari PBB] dengan tangan kosong, kami akan mengadakan persidangan dengan kepimpinan Palestin dan membuat keputusan apa yang perlu dilakukan. Kami memiliki kuasa autonomi, tetapi kami tidak memiliki kemerdekaan. Mereka menjajah kawasan kami. Mereka boleh melakukan apa sahaja. Mereka bahkan boleh menghentikan saya, sebagai ketua PA, dari kembali ke rumah.”

“Jadi apa yang seharusnya kita lakukan?” beliau bertanya. “Apa yang perlu kami jawab, jika kami kehilangan semua harapan? Saya tidak dapat memberi respon tentang itu.”

Abbas mengulangi bahawa PA hanya akan merujuk kembali Jabatan Am PBB jika sudah tidak ada lagi pilihan yang lain.

“Jika kamu [Israel] tidak mahukan perundingan, dan tidak mahu sebarang perjanjian, maka apa yang harus kami lakukan?” kata beliau. “Kami telah mengerahkan arahan dan keselamatan di sini sejak 4 tahun lepas, dan sekarang semuanya stabil: Di sana telah ada undang-undang dan peraturan, ekonomi semakin membangun, kehidupan kembali normal di mana-mana sekitar Tebing Barat. Tolong, kamu perlu mengambil kelebihan peluang ini untuk meneruskannya [rundingan ini]. Jika [Israel] tidak mahu [rundingan tersebut], maka kami akan berundur. Kami akan berundur.”

Apabila ditanya oleh Haaretz samada maksud beliau yang PA akan dirombak, Abbas memberi respon bahawa beliau tidak menyatakan sedemikian. Beliau menjelaskan bahawa di bawah keadaan terkini, persoalannya “mengapa terus begini” ditanya berkali-kali. Sumber 31/03/2011, web berita haaretz

Read more...

Pengawai IDF: Gagalnya Rundingan boleh menyebabkan Fatah Jatuh

18 November 2010

Sumber IDF melaporkan kelangsungan hidup kerajaan FATAH bergantung kepada perundingan keamanan.
________________________________________________
Pautan lain:

1. IDF: Israel Defense Forces(wikipedia)
________________________________________________

Yitzhak Benhorin
Diterbitkan pada: 11.17.10, 19:10 / Israel News


WASHINGTON – Penangguhan rundingan Israel-Palestin tidak hanya merenggangkan hubungan Israel dengan Amerika Syarikat(AS), tetapi juga boleh merosakkan hubungan para pemimpin Palestin di Tebing Barat.

Gambar(wikipedia): Logo IDF

Menurut laporan luar negeri, tentera dan pegawai perisikan IDF memberi amaran bahawa jika tiada perjanjian damai segera dicapai, kerajaan FATAH akan runtuh, meninggalkan rejim di tangan HAMAS – yang mana disokong oleh Iran dan Syria.

Dalam sebuah wawancara yang diterbitkan dalam Washington Post, seorang pegawai senior Israel memberi amaran bahawa mereka yang terlibat dalam pengendalian rundingan mempunyai peluang yang sempit sebelum berakhirnya dengan ketenangan iaitu tanpa sebarang penyelesaian. Ketenangan tersebut tidak akan tetap selamanya, pengawai tersebut memberi amaran dan mengatakan bahawa jika ahli politik Israel gagal mencapai apa-apa melalui perundingan, akan ada perkara yang lebih besar berlaku dalam masa enam hingga sembilan bulan.

Walaupun peningkatkan koordinasi antara pasukan keselamatan Israel dan Palestin yang memberikan sumbangan terhadap ketenangan rundingan, situasi ini mampu mencetuskan propaganda. Pengawai tersebut ragu sekiranya pasukan dari pihak Palestin akan dapat terus melakukan koordinasi jika rundingan itu gagal. Oleh sebab itu, IDF sedang mempersiapkan pergerakan menghadapi Intifada ketiga.

Surat khabar itu juga memetik pegawai lain daripada perisikan Israel, yang setuju supaya proses penghapusan infrastruktur keselamatan Palestin dipercepatkan.

Majalah mingguan Time juga mendakwa bahawa kejayaan hubungan keselamatan bersama Israel-Palestin bergantung pada kemajuan(anjakan) dalam perundingan. Semasa sesi penerangan antara wartawan asing, seorang pengawai Israel mengatakan Israel mengharapkan rundingan keamanan tersebut berjaya dilaksanakan dan pada masa yang sama untuk mempertahankan legitimasi pasukan keselamatan Palestin. Sumber 17/11/2010, www.ynetnews.com

Read more...

Pendatang Israel siap sedia, Abbas terus mesyuarat

26 September 2010

Beberapa jam sebelum berakhirnya tempoh pembekuan kerja bina di penempatan Israel di Tebing Barat, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Menteri-menteri Luar Arab pada 4 Oktober akan datang. Mesyuarat tersebut bagi menentukan nasib rundingan damai, sementara itu, pendatang-pendatang Israel di Tebing Barat sedang bersiap sedia untuk memulakan kerja pembinaan.

Jelas Abbas, atas permintaannya, Jawatankuasa Arab akan mengadakan satu pertemuan di ibu pejabat Liga Arab di Kaherah pada 4 Oktober ini bagi membincangkan permasalahan penempatan Israel ketika rundingan damai yang masih berterusan.

Abbas menyatakan, sebaik sahaja mesyuarat dengan Menteri-menteri Luar Arab, beliau akan mengadakan pula pertemuan dengan Badan-badan gerakan FATAH bagi menetapkan keputusan mengenai masa depan rundingan.

Kenyataan Abbas yang dinukilkan dari agensi berita Perancis, berkata, beliau akan membincangkan masalah yang berterusan dalam rundingan, iaitu mengenai keputusan yang diputuskan oleh Israel berhubung pembekuan penempatan sama ada secara positif atau negatif.

Sebelum ini, Abbas menegaskan bahawa beliau membantah sebarang penyelesaian menurut persamaan yang tidak menghentikan kesemua kerja bina penempatan malah, Abbas menyatakan, beliau menolak penyelesaian dalam bentuk yang sebahagian.

"Sesungguhnya Israel hanya ada dua pilihan, sama ada pilih untuk damai atau meneruskan penempatannya," Kata Abbas ketika menyampaikan ucapan dalam Perhimpunan Agung PBB.

Memetik dari media 'Al-Hayat' London, Abbas berkata, beliau tidak mahu menghentikan rundingan damai dengan Israel secara tergesa-gesa sekalipun tidak dilanjutkan tempoh pembekuan ke atas sebahagian kerja bina di penempatan Israel di Tebing Barat.

US terus hubungi

Sedemikian itu, Amerika Syarikat(US) terus menghubungi Israel secara kerap untuk menyelamatkan rundingan damai sebelum tempoh pembekuan berakhir.

Gambar(haaretz): Pendatang Israel ketika upacara pembukaan kerja bina di penempatan kelihatan terlalu gembira kerana tanah Palestin yang dianggap tanah Yahudi di Tebing Barat.

Sementara itu, Jurucakap bagi nama Presiden Abbas, Nabil Abu Radinah, berkata, US masih meneruskan usahanya sehingga sekarang supaya tidak berlaku sebarang perlanggaran.

Jelas wakil berjawat tinggi White House, US amat berharap kedua-dua pihak meneruskan rundingan damai secara bersemuka meskipun tempoh pembekuan penempatan selesai.

David Axelrod, salah seorang, penasihat Presiden Amerika, Barrack Obama berkata kepada sebuah rangkaian berita 'ABC' Amerika, "sepanjang hari, kami terus mendesak dan menekan demi tercapainya penyelesaian dalam masalah penempatan Israel."

Beliau menyatakan, Menteri Luar US, Hillary Clinton telah berusaha keras bagi mengadakan perbincangan secara terbuka antara kedua belah pihak, Israel dan Palestin.

Menjawab kenyataan yang sedemikian, Israel mempamerkan sikapnya yang bersedia untuk mencapai penyelesaian dengan persamaan yang disepakati semua pihak. Namun, dalam masa yang sama, Israel mengulangi keputusannya, "tidak boleh menghentikan keseluruhan kerja-kerja pembinaan" di penempatan-penempatan.

Pendatang siap sedia

Gambar(haaretz): Pendatang Israel ketika upacara pembukaan menjalankan semula kerja bina penempatan di Tebing Barat.

Ketika ini, Netanyahu telah menyarankan kepada pendatang-pendatang Yahudi agar menenangkan diri. Malah, Netanyahu berharap mereka dapat sama-sama bertanggungjawab sepertimana yang telah dilalui selama 10 bulan ketika penggantungan kerja bina penempatan.

Susulan ketika hampir tempoh berakhirnya pembekuan, pendatang-pendatang Israel telah menyediakan berpuluh-puluh buah kapal korek(case), termasuk jentolak yang memastikan lagi kerja bina di penempatan-penempatan Israel akan bermula.

Menurut radio Israel, lebih dari 1,500 buah perumahan telah mendapat kelulusan yang membolehkan kerja bina dijalankan dengan segera.

Berikutan itu,langkah permulaan yang ditunjukkan oleh para pendatang Israel yang disokong sayap kanan parti politik Israel, Likud telah meletakkan batu asas di sebuah perumahan Israel yang baru di penempatan 'Kiryat Netafim'. Kedudukan penempatan tersebut terletak di bahagian utara Tebing Barat.
______________________________________________
Parti Likud Israel

Presiden: Benjamin Netanyahu

______________________________________________

Dani Dayan, seorang pemimpin Badan penempatan Israel, Yesha yang terkemuka di Tebing Barat, berkata, "kerja bina penempatan mesti dijalankan menyeluruh seperti yang telah dijanjikan oleh Kerajaan."

Setiausaha Agung sebuah NGO Israel "Damai Sekarang" yang menentang penempatan, Yariv Oppenheimer mengungkapkan bahawa pembekuan kerja bina penempatan separa menyeluruh amat boleh dilakukan kerana Kerajaan mempunyai berbagai-bagai perantaraan bagi menghentikan pembinaan di penempatan.

Gambar(ynet): Gerakan "damai sekarang" Israel mengadakan demontrasi di hadapan kediaman Netanyahu.

Sebuah pertubuhan antarabangsa yang beribu pejabat di Us, Human Right Watch turut menggesa tempoh pembekuan kerja bina di penempatan-penempatan dilanjutkan lagi ke tempoh yang lebih panjang dan menyeluruh. Sumber 26/09/2010, web berita Al-Jazeerah

Pautan lain:

1. Despite Netanyahu's plea for restraint, thousands of settlers celebrate end of building freeze
2. Leftists: Building will destroy Israel

Read more...

Liputan kerja-kerja pembinaan di penempatan Israel

Beberapa hari yang lalu, lensa kamera Al-Jazeerah terus meneropong pergerakan pendatang-pendatang Israel yang bersiap sedia memulakan kerja-kerja pembinaan di beberapa buah penempatan Israel di Tebing Barat. Sambil itu, banyak gesaan yang meminta supaya tempoh pembekuan yang berakhir menjelang pertengahan malam, hari ini dilanjutkan lagi.

Peta, sumber google map.

Al-Jazeerah yakin kewujudan rumah siap bina yang dipasang oleh Israel beberapa hari yang lalu di penempatan 'Revava' berhampiran kampung Dayr Istiya, selatan bandar Nablus adalah persediaan bagi memulakan kerja bina sebaik sahaja tempoh pembekuan berakhir.

Liputan lain turut mengintai kerja bina perumahan di penempatan 'Hargilo' yang terletak di barat bandar Bet Lehem.

Dibawah: peta, sumber google map.

Walid Al-Umari, Pengerusi pejabat Al-Jazeerah di Ramallah menukilkan dari sumber Israel bahawa sebanyak 2000 unit perumahan Israel yang tidak perlu kepada lesen baru sedia untuk dilaksanakan. Manakala, 17,000 unit perumahan Israel yang lain masih bergantung kepada kelulusan dan jumlah sebanyak ini meliputi penempatan Israel di Al-Quds.

Melihat kepada senario semasa, Walid Al-Umari menyatakan, kerja-kerja bina penempatan akan bermula selepas dari hari ini.

Pendatang-pendatang Israel di penempatan Revava, utara Tebing Barat telah mendapatkan bungkusan-bungkusan simen yang baru, malah kapal korek(case) kelihatan bersedia untuk memulakan kerja bina di penempatan Israel selepas selesai tempoh pembekuan.

Agensi berita 'Safa' pula melaporkan dari Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Menentang Tembok Pemisah dan Penempatan di Bet Lehem, Hassan Buraijiah petang semalam, berkata, pendatang Israel memasang 3 buah rumah pasang siap di sebuah tanah yang dirampas dari kawasan Ummu Nadhur.

Buraijiah menyatakan, kerja-kerja bina unit perumahan masih berterusan di dua buah penempatan Israel, Efratah dan El'azar yang terletak di selatan Bet Lehem pada dua hari yang lalu meskipun perayaan Yahudi dan hari terakhir dari tempoh pembekuan bina penempatan.

Netanyahu tidak benar cakap mengenai beku penempatan

Menurut radio Israel, Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel meminta kepada anggota kabinet menteri dan Kerajaannya agar tidak membicarkan mengenai masalah pembekuan penempatan Israel menerusi media massa hari ini.

Sumber terdekat Netanyahu berkata, beliau meyakini usaha penyelesaian yang masih diteruskan itu adalah perkara yang teramat penting. Sedemikian itu, Netanyahu meminta semua pihak yang berkenaan tenangkan diri di saat-saat akhir tempoh pembekuan selesai.

Seperti yang dijadualkan, ketetapan Israel yang mengumumkan 10 bulan sebelum ini adalah tempoh pembekuan kerja bina penempatan Israel di Tebing Barat tetapi Al-Quds dikecualikan. Berikutan itu, rundingan damai secara bersemuka antara Palestin dan Israel diambang bahaya jikalau Israel tidak bertekad melanjutkan lagi ketetapan tempoh pembekuan, seperti yang didesak Pemerintah Palestin Ramallah.

Perayaan memulakan kerja bina penempatan

Berita Al-Jazeerah melaporkan lagi, pada waktu petang tadi, pendatang Israel di penempatan Revava meraikan perayaan bagi memulakan kerja bina penempatan di Tebing Barat. Sumber 26/09/2010, web berita Al-Jazeerah, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Read more...

Kerja bina penempatan akan diteruskan - Lieberman

19 September 2010

Menteri Luar rejim zionis, Avigdor Lieberman(gambar) berkata, Israel tidak boleh lagi untuk meneruskan pembekuan kerja binaan perumahan di penempatan Israel di Tebing Barat.

Kenyataan Lieberman yang dinukilkan dari radio Israel, katanya, "sehingga sekarang pun, belum ditemui penyelesaian mengenai pembekuan kerja bina di penempatan-penempatan Israel di Tebing Barat."

Menurut Lieberman, ketika menghubungi teman sejawatnya dari Britain melalui panggilan telefon, "Palestin telah meletakkan 9 sebulan sebagai tempoh pembekuan kerja binaan di penempatan, dan mereka datang ke rundingan hanyalah semata-mata terpaksa untuk menggerakkan langkah sedemikian."

Jelas Lieberman, "Israel telah menjalankan apa yang sepatutnya dari sifat ehsan(niat baik), dan sekarang *bola berada di padang Palestin."

*keputusan dan tindakan selanjutnya adalah dari pihak Palestin

Seperti yang difahami, ketetapan dari Kerajaan haram zionis yang membekukan kerja bina di penempatan haram Israel ini berakhir pada 26 September akan datang.

Sehari sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) telah mengemukakan permintaannya sekali lagi kepada Kerajaan haram zionis supaya melanjutkan tempoh pembekuan kerja bina perumahan dan penempatan haram Israel.

Utusan Khas PBB bagi usaha damai di Timur Tengah, Robert Sierre mengesahkan ketika memberi kenyataan dalam Majlis Keselamatan Antarabangsa, bahawa, "pendirian dari PBB menganggap penempatan-penempatan Israel menyalahi perundangan mengikut undang-undang antarabangsa."

Sierre turut menegaskan bahawa perlu menghalang dari kedua-dua belah pihak, Palestin dan Israel tidak membuat sebarang tindakan yang mencetuskan provokasi(ketegangan). Dan kedua-duanya mesti berusaha bersama-sama dengan rasa perkongsian bagi memelihara suasana rundingan damai. Sumber 19/09/2010, web berita Al-Jazeerah

Read more...

Pusingan kedua rundingan damai hari ini

14 September 2010

SHARM EL-SHEIKH - Sejak awal pagi tadi, berita Al-Jazeerah melaporkan bahawa beberapa pertemuan telah diadakan antara beberapa pihak bagi menggerakkan pelancaran rundingan damai secara langsung antara Palestin dan Israel.

Gambar(travel): Jolie Ville, Golf & Resort Sharm El-Sheikh tempat berlangsungnya pusingan kedua rundingan damai hari ini.

Sehingga kini, pada jam 12.40 tengahari waktu Mesir, pelancaran rundingan damai secara bersemuka untuk pusingan kedua belum lagi dimulakan berikutan perdebatan yang berlaku antara Palestin dengan Israel.ss

Terkini dari laporan Al-Jazeerah bahawa rundingan pusingan kedua telah bermula sebentara tadi. Pertemuan yang menemukan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden telah tamat tempoh menurut HAMAS) dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta turut dihadiri Menteri Luar Amerika Syarikat(US), Hillary Clinton.

Sumber 14/09/2010, berita Al-Jazeerah, web berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

Read more...

Pusingan pertama rundingan selesai

03 September 2010

WASHINGTON - Pusingan pertama rundingan damai secara bersemuka antara perunding Palestin dengan Israel yang berlangsung di Washington, Amerika Syarikat(US) telah selesai semalam.

Gambar(Al-Jazeerah): Washington akan berusaha menjayakan rundingan secara bersemuka antara perunding Palestin dengan Israel-Clinton.

Kanan, Mahmoud Abbas, tengah, Hillary Clinton dan kiri, Benjamin Netanyahu.

Sementara itu, Utusan Damai US ke Timur Tengah, George Mitchell mengumumkan bahawa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah bersetuju untuk bertemu lagi pada 14 dan 15 September akan datang bagi meneruskan rundingan, kemudian pertemuan selanjutnya akan diadakan setiap dua minggu.

Menurut sumber Al-Jazeerah, George Mitchell menyifatkan rundingan yang diadakan kali pertama ini telah berhasil. Jelas Mitchell, kedua-dua belah pihak menyatakan matlamat masing-masing yang mahu menubuhkan dua buah Negara bagi dua bangsa. Dinyatakan lagi, tujuan rundingan ini adalah untuk meneruskan ruang persepakatan bagi mencapai perdamaian di Timur Tengah.

Sebagaimana dijelaskan, setelahmana Menteri Luar US, Hillary Clinton mempengerusikan pembukaan perbincangan, kedua belah pihak, Abbas dan Netanyahu hanya berbincang dengan Mitchell tidak menyentuh secara meluas. Kemudian, Netanyahu dan Abbas bertemu pula dalam perbincangan dua hala. Dalam masa yang sama, pembantu-pembantu kepada kedua belah pihak ini mengadakan perbincangan berasingan untuk persediaan rundingan yang seterusnya.

Menyentuh tempat rundingan akan datang, Mitchell berkata, "hal ini masih diperbincangkan tetapi tidak menolak kemungkinan akan diadakan di rantau Timur Tengah yang akan dihadiri Hillary Clinton."

Obama puas hati

Dari sudut lain, jurucakap White House, Robert Gibbs berkata, "Presiden US, Barrack Obama berpuas hati setelah kedua belah pihak Palestin dan Israel bersungguh-sungguh memulakan rundingan damai secara bersemuka yang telah dilancarkan di Washington."

Tambah Robert Gibbs ketika bertemu dengan wartawan, ''Presiden US amat merasa lega ketika pertemuannya semalam hasil dari pendirian yang kukuh kedua-dua pemimpin yang bertemu bagi menjalankan perbincangan damai."

Pendirian kumpulan pembebasan Palestin

Berhubung dengan rundingan damai, gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) menyifatkan rundingan yang diadakan oleh Washington tidak menepati perundangan kerana ia dibantah masyarakat Palestin.

Sami Abu Zuhri, jurucakap rasmi HAMAS mengungkapkan bahawa Abbas tidak ada hak untuk berunding atas nama penduduk Palestin.

Sementara itu, Ahmad Mudallal salah seorang pemimpin gerakan JIHAD ISLAMI di Palestin(حركة الجهاد الإسلامي في فلسطين) mengiktibarkan pusingan baru dari rundingan damai secara bersemuka hanya percubaan untuk merungkai hak-hak yang telah tetap kepada Palestin, permulaannya untuk mencetuskan angin permusuhan di rantau ini.

Sebuah lagi kumpulan pembebasan Palestin, JABHAH SHA'BIAH(الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين-القيادة العامة) yang diketuai Ahmad Jibril dalam kenyataan rasminya berkata, "Abbas dan kumpulannya benar-benar telah menimbulkan bahaya kepada permasalahan Palestin dan mereka sewajarnya mesti dikuarantin," ungkap beliau lagi, "arab juga yang terjebak dengan rundingan seolah-olah melindungi jenayah-jenayah penjajah." Sumber 03/09/2010, web berita Al-Jazeerah, 02/09/2010, web berita safa.ps, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah

Klip berita di bawah sepanjang rundingan yang berlangsung


Atas: Suasana di awal rundingan damai yang berlangsung.

Sumber: youtube Al-Jazeerah



Ketika perasmian rundingan damai secara bersemuka antara perundinga Palestin - Israel. Ketika upacara perasmian, Presiden Mesir, Muhammad Housni Mubarak dan Raja Jordan, Raja Abdullah II turut mengiringi kedua-dua belah pihak.

Sumber: youtube Al-Jazerah



Beberapa isu utama yang menjadi topik perbincangan dalam rundingan damai secara bersemuka adalah mengenai garisan sempadan(Negara), keamanan, Al-Quds, pelarian Palestin, masalah air, tahanan Palestin, penempatan Yahudi.

Sumber : youtube Al-Jazeerah

Read more...

Serangan ketiga 'banjir api' AL-QASSAM

02 September 2010

Info ringkas AL-QASSAM

GAZA - Lagi serangan pejuang Palestin ke atas perampas tanah Palestin malam tadi. Sayap tentera HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM telah mengumumkan bahawa pihaknya bertanggungjawab di atas serangan malam ini ke atas sebuah kereta yang dinaiki warga zionis berhampiran sebuah penempatan haram zionis di timur Ramallah, Tebing Barat.

Jurucakap rasmi AL-QASSAM, Abu Ubaidah(gambar) berkata ketika sidang akhbar bahawa AL-QASSAM telah melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta yang dinaiki warga Israel berhampiran bandar Ramallah. Kejadian ini turut disahkan oleh pihak rejim zionis.

Awal malam tadi, warga zionis atau perampas tanah Palestin memberitahu terdengar bunyi tembakan dari arah utara penempatan haram عوفرا, Tebing Barat.
_____________________________________

Sebahagian petikan dari keterangan AL-QASSAM:

"Kami telah mengumumkan tanggungjawab melakukan operasi jihad yang mulia, dan ini adalah yang ketiga selepas dua operasi serangan berani, Khalil dan Ramallah..memastikan lagi bahawa kami berpegang dengan janji-janji kepada Allah dan masyarakat Palestin serta umat Islam. Kami akan terus melalui laluan jihad dan penentangan agar dapat membalas jenayah yang dilakukan oleh penjajah dan perampas sehinggalah setiap inci tanah Palestin bebas dari kekotoran penjenayah zionis."
_____________________________________

Menurut radio Israel yang menjelaskan bahawa tentera rejim zionis telah dikerahkan untuk melakukan operasi mengesan.

Palestin Ramallah tangkap individu yang disyaki

Sementara itu, web berita media Israel 'Haaretz' melaporkan Pihak Keselamatan Pemerintah Palestin di Tebing Barat telah menangkap dua individu yang disyaki terlibat dalam operasi serangan di Khalil, selatan Tebing Barat pada malam selasa lalu yang mengakibatkan empat warga zionis dibunuh.

Sumber turut menukilkan kenyataan dari sumber Keamanan Palestin, jelasnya, Pihak Keselamatan Palestin masih menjejaki seorang lagi individu yang disyaki terlibat dalam serangan terbabit. Sumber 02/09/2010, web berita safa.ps dan web rasmi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM.

Klip berita di bawah adalah mengenai permulaan operasi 'banjir api'

Sumber klip berita, 01/09/2010, youtube Al-Jazeerah

Read more...

Obama umum rundingan

Dari kanan, Raja Abdullah II, Raja Jordan, Mahmoud Abbas, Presiden Palestin(telah tamat tempoh menurut HAMAS), tengah, Presiden Amerika Syarikat(US), Barrack Obama, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan kiri sekali, Presiden Republik Mesir, Housni Mubarak.

Siaran langsung Al-Jazeerah pada jam 01.30 pagi waktu Mesir menyiarkan perasmian pembukaan rundingan damai secara bersemuka(secara langsung) antara perunding Palestin dengan Israel. Dalam perasmian itu, Presiden US mengumumkan rundingan damai antara kedua belah pihak telah bermula dan turut dihadiri oleh Presiden Mesir dan Raja Jordan yang mengiringi Mahmoud Abbas dan Benjamin Netanyahu ke ruang perasmian. Sumber 02/09/2010, berita Al-Jazeerah

Read more...

Pakar Mesir sokong perunding Palestin

31 Ogos 2010

KAHERAH - Sumber diplomasi dan keselamatan Mesir mendedahkan pada hari ini bahawa Pemerintah Palestin Ramallah meminta bantuan dari sudut kepakaran Mesir untuk berunding dengan Israel. Berikutan itu, sebuah panel penasihat Mesir akan dibentuk bagi membantu perunding Palestin ketika rundingan damai bersemuka antara perunding Palestin dengan Israel berlangsung.

Seperti yang dijadualkan, 2 September pada hari Khamis ini, bermulanya rundingan damai secara langsung antara kedua belah pihak di Washington.

Akhbar-akhbar Mesir yang menukilkan dari sumber tersebut menyatakan bahawa beberapa buah jabatan dalam Kerajaan Mesir sedang sibuk berusaha memilih anggota delegasi Mesir yang memiliki bidang penkhususan dalam setiap ruang rundingan dalam permasalahan-permasalahan yang bakal diperbincangkan ketika rundingan.

Akhbar Mesir(tidak dinyatakan) menjelaskan bahawa ada sekumpulan yang terdiri dari ahli-ahli akademik Mesir, Palestin yang menetap di Eropah dan Amerika Syarikat(US) akan mengemukakan perbincangan secara khusus kepada perunding Palestin ketikamana rundingan itu berlangsung antara perunding Palestin dengan Israel.

Sebagaimana dinyatakan lagi, Mesir dan Jordan bertekad memberikan beberapa cadangan dan pelan tindakan ketika pertemuan pendahuluan rundingan secara bersemuka.

Cadangan tersebut pada awal pendahuluannya mengemukakan pandangan Arab kepada pentadbiran US, Barrack Obama. Pandangan itu yang mengkhususkan kepada permasalahan Al-Quds, pelarian, air dan sempadan agar diambil perhatian ketika membuat ikrar mengenai usaha penyelesaian yang menyamakan isu.

Disebutkan bahawa Kaherah beranggapan pandangannya seumpama rujukan sandaran kepada delegasi Palestin yang tidak boleh diundurkan. Lebih-lebih lagi yang berkait dengan Al-quds dan pelarian meskipun pada awalnya ada cambahan ketetapan yang fleksibel mengenai permasalahan pelarian, namun ketetapan itu merasa cukup dengan kembalinya pelarian Palestin dari Lubnan. Sumber 31/08/2010, web berita safa.ps

Read more...

Karikatur: Ragam rundingan damai

28 Ogos 2010

Sama ada hidup atau mati, Arab dipaksa hadir ke pelancaran rundingan damai
secara bersemuka antara perunding Palestin -Israel di Washington pada 2 September ini.

Sumber karikatur, web berita Palestine 1948(Pls48)

Kanan, rundingan sulit. Tengah rundingan secara tidak langsung dan
kiri rundingan secara langsung(bersemuka).

Read more...

Karikatur: Beban perdamaian

27 Ogos 2010

Tetap mahu berunding

Lebih menyedihkan, dia terlalu sanggup menyembah 'rundingan damai' meskipun Palestin berpecah-belah, malah hak-hak Palestin entah ke mana. Hak tersebut wujud dan ada tetapi tiada terjaga seakan dibiarkan penjajah mengambil dengan bayaran 'damai'.

Dorongan ke Washington?

Ketika sengsara dan bebanan maut yang ditanggung, masih ada pihak Arab yang beria-ria sanggup menerima sedemikian. Harapkan jirannya yang di sebelah dan berjiran, namun masing-masing mendorong supaya pergi ke Washington pada 2 September akan datang.

Lenyapnya hak sejarah

Sejarawan Israel memutuskan tidak terdapat kewujudan hak sejarah terhadap yahudi-Israel di bandar al-Quds, akan tetapi yahudi-Israel tetap meneruskan juga perancangan untuk me'yahudi'kan bumi al-Quds dengan pelbagai dakwaan, tidak cukup dengan itu yahudi-Israel turut melakukan penyelewengan dari sudut sejarah. Lihat, mukasurat 10, Majalah Al-Arabi, keluaran Mei 2007

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

Read more...

Perlu ketetapan yang 'berani' dengan Palestin - Barak

24 Ogos 2010

AN-NASIRAH, - Menteri Perang(Pertahanan) Israel, Ehud Barak menukilkan bahawa untuk mencapai persepakatan damai dengan Palestin memerlukan ketetapan yang berani dari Kerajaan Israel ketika mengadakan rundingan damai secara langsung(bersemuka) dengan Pemerintah Palestin yang dijadualkan diadakan semula pada minggu hadapan.

Gambar(arkib safa): Ehud Barak, Menteri Perang Israel.

Memetik dari sebuah akhbar Israel 'Maarev' versi hebrew yang menukilkan kenyataan Barak ketika menyambut kunjungan Utusan Damai Kuartet Antarabangsa Timur Tengah, Tony Blair di Tel-Aviv, katanya, "rundingan akan bermula pada minggu hadapan di Washington, kami semua akan pastikan ini adalah peluang yang sebenar untuk beranjak lebih ke hadapan."

Tambah Barak, "pihak Israel bersedia memutuskan beberapa ketetapan yang berani ketika rundingan bagi menjamin kepentingan kepada keamanannya, demikian itu, kami harap pihak lain - Pemerintah Palestin - juga bersedia memutuskan sebarang ketetapan yang berani bersama-sama kami agar dapat mengorak lebih ke hadapan dalam ruang lingkup perdamaian."

Kunjungan Tony Blair ke Tel-Aviv dialu-alukan oleh Ehud Barak. Berikutan itu, kunjungan sebegini juga termasuk dalam usaha antarabangsa bagi mewujudkan perjanjian persepakatan penyelesaian antara Palestin dengan Israel.

Sebagaimana dijadualkan, rundingan damai secara langsung antara Israel dan Palestin akan diadakan pada 2 September akan datang di Washington setelahmana diundang oleh Menteri Luar Amerika Syarikat, Hillary Clinton dan Kuartet Timur Tengah. Sumber 24/08/2010, web berita safa.ps

Read more...

Karikatur: Dilema damai

22 Ogos 2010

(Terkini) "Palestin akan tarik diri dari rundingan damai secara langsung jika Israel bina lagi penempatannya yang baru" - Perunding Palestin

(Sebelum setuju rundingan) "Palestin tidak setuju mengadakan semula rundingan damai secara langsung dengan Israel selagimana Israel tidak menghentikan pembinaan penempatannya" - Palestin

Terpaksa walaupun sukar ..

Sedang dalaman Palestin banyak yang menentang rundingan damai dengan penjajah, dia masih bertegas untuk ke meja rundingan. Adakah dipengaruhi faktor luar?

Sumber karikatur, web berita al-Jazeerah

Read more...

HAMAS tangguh pertemuan dengan FATAH

21 Ogos 2010

GAZA - Sumber dari berita Al-Jazeerah melaporkan gerakan HAMAS telah menangguhkan pertemuannya dengan gerakan FATAH yang dijadualkan berlangsung pada malam ini di bandar Gaza.

Gambar(safa): Kanan, Salah Bardawil dan di sebelah kiri, Aiman Taha.

Menurut web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah bahawa keputusan HAMAS adalah protes membantah pendirian rasmi Lajnah Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO) yang memutuskan bagi mengadakan semula rundingan damai secara langsung dengan Israel.

Salah Bardawil, salah seorang anggota biro politik HAMAS ketika sidang akhbar yang diiringi jurucakap HAMAS, Aiman Taha pada malam tadi di bandar Gaza berkata, "Sebagaimana yang dijangkakan memang akan berlangsung pertemuan dengan beberapa pemimpin FATAH yang datang ke Gaza berikutan mengiringi jenazah bekas Pengerusi Badan Perisikan Am Palestin, Amin Hindi tetapi setelahmana Lajnah Eksekutif PLO memutuskan bagi mengadakan semula rundingan damai dengan Israel, maka kami menangguhkan dulu pertemuan ini sehinggalah timbul rasa yang lain."

Tambah Bardawil lagi, "Keputusan mengadakan rundingan ini telah mencetuskan kekacauan dan kekeliruan dalam arena politik Palestin berikutan pendirian kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin dan masyarakat Palestin yang membantah rundingan."

Anggota biro politik HAMAS itu menyebut, "ketikamana keadaan buruk yang telah berlaku masa ini amat sukar untuk duduk di meja perbincangan demi pembaikan dalaman Palestin kerana ia seolah-olah menutup keputusan rundingan."

Beliau menegaskan bahawa kaedah yang digunapakai oleh PLO serta keputusannya yang berkaitan dengan rundingan secara langsung akan melenyapkan permasalahan-permasalahan Palestin.

"Waktu ini, adanya pertemuan-pertemuan dan saling menghubungi antara HAMAS dengan kumpulan-kumpulan pembebasan yang lain bagi mengungkapkan(jelas) pendirian kami mengenai rundingan serta menyusun tindakan penentangan sehinggalah rantaian itu gagal."

Lajnah Eksekutif PLO telah mengumumkan pendiriannya pada pagi sabtu yang bersetuju mengadakan semula rundingan damai secara langsung dengan Israel untuk menyelesaikan kesemua permasalahan penyelesaian kemuncak. Berikutan itu, Menteri Luar Amerika Syarikat, Hillary Clinton telah mengundang kedua-dua belah pihak, Palestin dan Israel hadir ke pertemuan pelancaran rundingan menjelang September akan datang di Washington, Amerika Syarikat.

Sementara itu, Amerika Syarikat turut menjemput Presiden Mesir, Muhammad Housni Mubarak dan Raja Abdullah II, Raja Jordan ketika pelancaran rundingan damai.

Setakat ini, menurut berita Al-Jazeerah, Presiden Mesir telah menerima undangan tersebut. Sumber 21/08/2010, berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS