الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label IDF. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IDF. Papar semua catatan

Rangkuman Berita Israel-Gaza

19 November 2012


 فاءن تولوا فقل حسبي الله لا اله الا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم
اللهم انصر اخواننا المجاهدين و المستضعفين
اللهم ثبت قلوبهم على دينك وطاعتك

Pelbagai serangan udara telah membunuh 11 orang dan mengakibatkan 70 orang lagi cedera di Semenanjung Gaza setelah serangan oleh Israel masuk hari ke enam. Muhammed Iyad Abu Zour, 4, Abu Zour, 19, Ahed Al-Qatati, 38, dan Sahar Abu Zour syahid setelah serangan udara Israel membedil sebuah rumah di Hayyu al-Zaitun di Bandar Gaza.

Muhammed Salameh Jundi, 31 syahid di Hayyu al-Shujaiyeh, Imad Abu Hamda, 30 syahid di kem pelarian al-Shati manakala Jalal Nasr, 35 pula syahid akibat kecederaan semasa serangan di Jabalia, di utara Gaza. Seorang bayi berusia 18 bulan, Rama al-Shandi pula dilaporkan syahid dalam satu serangan.
30 orang yang lain turut tercedera dalam serangan-serangan yang dilakukan Israel. Menurut wartawan di Bandar Gaza, sebuah letupan pada jam 2 pagi telah merosakkan sebuah balai polis.

Di Rafah, Sabha al-Hashash, 60 syahid dan 3 orang lagi cedera apabila pesawat tentera Israel mengebom rumah Mahmoud al-Hashash. Mangsa yang cedera dibawa ke hospital. Serangan kedua yang disasarkan di utara Rafah menyebabkan Ahmad Hussein Agha dan Saif al-Sadiq syahid manakala seorang lagi cedera. 

Memetik kata-kata jurucakap tentera Israel, beliau mengatakan tiada laporan sebarang serangan roket di Israel sejak lewat malam tadi.

GENCATAN SENJATA

Setiausaha Agung UN Ban Ki-moon akan ke Kaherah bagi mambincangkan tentang usaha gencatan senjata yang diusahakan Mesir. Beliau menyatakan kesedihannya tentang pembunuhan keluarga al-Dalou. "Ini perlu dihentikan," beliau berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam. "Saya menggesa semua pihak untuk bekerjasama dalam usaha Mesir bagi mencapai gencatan senjata."


Israel telah mengebom rumah keluarga al-Dalou menyebabkan 11 orang awam syahid, 4 orang daripadanya kanak-kanak.

Izzat Risheq, salah seorang pemimpin Gerakan Perjuangan Islam (HAMAS), mengatakan HAMAS akan bersetuju bagi mencapai gencatan senjata hanya selepas Israel memberhentikan pencerobohan, menamatkan polisi sasaran pembunuhan dan membebaskan Gaza dari sekatan.
Manakala Timbalan Perdana Menteri Israel, Moshe Yaalon pula menulis di laman tweeternya, "Jika keaadan di selatan tenang dan tiada roket atau missile disasarkan terhadap rakyat Israel, kami tidak akan menyerang."

sumber: 19/11/2012, web berita Maannews, BBC, Haaretz   

  

Read more...

'ESTELLE' diserang komando laut zionis

20 Oktober 2012

Sumber tentera Israel
Sebuah kapal yang membawa aktivis-aktivis (relawan) pro Palestin dalam usaha melepasi sekatan laut yang dikenakan oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza telah "diserang" sejurus selepas didekati oleh bot-bot laju tentera Israel(penjajah/zionis), kata seorang jurucakap.

"ESTELLE kini telah diserang - saya baru sahaja menerima pesanan ringkas daripada mereka melalui telefon," kata Victoria Strand, jurucakap bagi kempen Ship to Gaza Sweden daripada Stockholm memberitahu agensi berita AFP hari ini(Sabtu).

Memetik kata-kata seorang lagi jurucakap, Dror Feiler, kapal ESTELLE yang membawa aktivis-aktivis termasuk 5 ahli parlimen dan seorang bekas ahli politik Kanada, telah diserang pada kira-kira jam 08:15 GMT.

Berhubung kejadian, kata Dror, "5 atau 6 buah bot laju tentera mengelilingi ESTELLE. Askar-askar memakai topeng muka dan kini sedang mencuba untuk menaiki kapal. Serangan ini berlaku di perairan antarabangsa: N31 26 E33 45 (kiraan latitud)."

"Baru sebentar tadi tentera laut Israel merempuh masuk ke atas dek kapal ESTELLE dalam perjalanan ke Gaza yang mencuba untuk melepasi sekatan keselamatan maritim," demikian petikan kenyataan yang disebut oleh tentera Israel.

Tentera mengatakan bahawa kapal yang terkibar bendera Finland telah dibawa ke pelabuhan Ashdod, selatan Israel.

Kapal ESTELLE yang terbaru ini sebahagian dari pergerakan Freedom Flotilla yang mahu memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza. Ia mula berlayar dari Naples, selatan Itali.

ESTELLE: Ship to Gaza
Semasa berada di pelabuhan Naples, krew-krew ESTELLE turut dilawati Datuk Bandar Naples, Luigi de Magistris.

Pelayaran ESTELLE dikelolakan oleh gabungan pro Palestin antarabangsa membawa barangan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.




Aktivis ESTELLE melibatkan 17 orang aktivis seluruh dunia, termasuk krew dan penumpang dari Kanada, Israel, Norway, Sweden dan Amerika Syarikat.

Akuan tentera zionis

Rempuhan masuk ke kapal itu dijalankan selaras dengan undang-undang antarabangsa atas arahan kerajaan Israel, lebih-lebih lagi setelahmana semua cubaan untuk menghalang kapal itu melalui saluran diplomatik dan kerajaan dari tiba ke Gaza telah dilakukan, tetapi tidak berjaya.

Dakwa tentera zionis yang disiarkan oleh IDF dan jurucakapnya, Avichay Adraee, rempuhan itu dilakukan selepas beberapa panggilan dibuat, namun mereka tidak mahu bekerjasama dan mengabaikan arahan untuk menukar haluan perjalanan.

Semasa laporan ini ditulis (1 petang, waktu Kaherah), ESTELLE yang dikawal bot-bot laju tentera laut zionis masih dalam perjalanan menuju ke Ashdod.

Demikian itu, sebaik sahaja tiba di pelabuhan Ashdod, mereka (aktivis/relawan) akan berada di bawah jagaan polis Israel dan pihak imigresen di Kementerian Dalam Negeri Israel. Sumber 20/10/2012, web berita Al-Jazeerah (edisi english) dan pautan rasmi tentera Israel

Read more...

Kali pertama Israel berjaya melancarkan anti-roket ‘Iron Dome’

27 Mac 2011

[Terjemahan laporan akhbar dari media Israel, Haaretz, 27/03/2011]

Pelancaran menempatkan penangkis peluru berpandu ini di kawasan gurun diharapkan dapat mula beroperasi pada hari Ahad ini. IDF menggambarkan langkah 'percubaan' sebagai tambahan bahawa sistem ini sahaja tidak cukup untuk mempertahankan Israel.

Oleh: Pfeffer Anshel dan Perkhidmatan Haaretz

Angkatan Pertahanan Israel(IDF) pada hari ini(Ahad) dikerahkan untuk memasang ‘Iron Dome’ iaitu sistem anti-roket(gambar kiri) untuk pertama kalinya di selatan Israel(tanah jajahan 1948). Tambahan dari radio Israel, beberapa hari lagi, bateri yang kedua akan ditempatkan di kawasan Askalan.

Memetik laporan berita media Arab yang berpusat di London, Al-Quds Al-Arabi, jurucakap tentera di Tel-Aviv ketika mengulas kepada agensi berita Jerman memberitahu, sistem penangkis ini akan dipasang di kawasan gurun, luar dari bandar Beer Sheva(Bi'ru Sabie'). Waktu dijadualkan pada jam 1 petang(waktu Greenwich).

Minggu lalu yang penuh dengan serangan roket dan serangan mortar telah menimbulkan ketakutan akan muncul perang baru, serta-merta memaksa ketenteraan Israel melancarkan sistem yang menelan kos USD200 juta.

Sebagaimana ditugaskan, askar daripada unit pertahanan udara Israel Air Force mula memasang sistem tersebut, iaitu komponen bateri - yang merangkumi pelancar, radar, sistem kawalan dan monitor , masing-masing ditempatkan dalam jarak beberapa kilometer antara satu sama lain di kawasan gurun.

IDF mengatakan sistem tersebut akan beroperasi pada Ahad ini, namun telah dijelaskan langkah ini sebagai sebagai "operasi percubaan," seperti yang dijelaskan Pengawai Operasi bahawa operasi penggunaan ‘Iron Dome’ yang sebetul-betulnya akan mengambil masa.

Tentera berkata bahawa lebih banyak anti-peluru berpandu akan ditempatkan di lokasi yang lain di selatan Israel, tapi tidak tahu bilakah masanya.

Gambar(petikan Al-Jazeerah): Sebahagian dari komponen sistem anti-roket 'Iron dome'.

Sistem yang dibangunkan Israel menggunakan kamera dan radar untuk mengesan roket yang masuk dan seterusnya akan menembak roket tersebut yang dilancarkan beberapa saat selepas tembakan.

Pegawai keselamatan mengatakan serangan baru dari serangan roket Jalur Gaza(ada menyebut Semenanjung Gaza, Genting Gaza) dan desakan awam telah mendorong tentera untuk melancarkan sistem ini. Syarat untuk pegawai keselamatan bercakap tidak boleh didedahkan nama kerana mereka tidak dibenarkan untuk membincangkan keputusan operasi.

Jurucakap IDF, Kapten Barak Raz mengatakan sistem ini masih berada di tahap penilaian, sepertimana sistem baru yang lain.

Tentera Udara Israel telah menekankan bahawa dua bateri yang pertama tidak akan cukup, dan sekurang-kurangnya tiga lagi akan diperlukan untuk memberikan pertahanan yang cukup dari serangan roket Gaza.

Menteri Perumahan, Matan Vilnai berkata kepada Radio tentera darat pada hari Ahad bahawa setelah sistem ini dilancarkan, ‘Iron Dome’ masih belum dapat memberikan perlindungan penuh kepada penduduk selatan Israel.

Berhubung dengan itu, sumber dari keamanan Israel menyatakan jika keadaan terdesak, sistem anti-roket ini akan dipindahkan ke kawasan yang lain.

Jelas radio Israel, ujian(eksperimen) ke atas sistem anti-roket akan dijalankan hari ini melibatkan kesemua bandar-bandar yang menjadi sasaran serangan roket, iaitu Beer Sheva, Ushdud, Askalan dan Kiryat Ghat.
_______________________________________________
Pautan lain:

1. Isyarat perang baru, sistem tidak berfungsi, laporan pada 09/01/2011
2.
إسرائيل تنشر نظام دفاع صاروخي
نشر القبة الحديدية ببئر السبع3

_______________________________________________

Di akhir minggu ini, kumpulan bersenjata Palestin telah menembak puluhan roket ke atas Israel, lalu Israel menyerang semula dengan serangan udara Israel ke atas kawasan-kawasan sasaran di Semenanjung Gaza. Tentera Israel mengambil perhatian secara serius terhadap tentangan ini, kemungkinan memaksa melancarkan operasi ketenteraan berskala besar. Pada bulan Disember 2008, Israel telah menyerang Gaza sebagai serangan balas ke atas kumpulan bersenjata Palestin yang melancarkan roket dan mortar terhadap warga Israel di sebelah selatan. Perang Gaza ini mengorbankan 1,400 penduduk Palestin. Di antaranya lebih daripada 900 orang awam, dan menyebabkan kemusnahan yang besar. Tiga belas warga Israel juga maut dalam perang tahun lalu.

Walaupun Israel mengatakan HAMAS mengalami kerugian yang besar dalam perang itu, namun sebahagian besarnya telah berdaya dibaik pulih serta mempunyai stok simpanan senjata yang lebih kuat dari jangkaan.

Juga pada hari Ahad, Tentera Udara Israel menyasarkan dua penduduk Gaza dan mencederakan tiga lagi yang cuba melancarkan roket ke Israel.

Serangan itu berlaku sehari selepas kumpulan pembebasan Palestin di Gaza bersetuju bahawa mereka akan menghentikan serangan roket di Israel sekiranya IDF juga menghentikan serangan. Sumber 27/03/2011, web berita haaretz

Read more...

Zionis rempuh masuk daerah-daerah di Jenin

22 November 2010

JENIN - Sepasukan tentera rejim zionis telah merempuh masuk ke beberapa buah daerah di barat Jenin, awal pagi tadi. Rempuhan di daerah utara Tebing Barat itu turut disertai operasi pemeriksaan, malah sekatan jalan yang menghubungi Jenin-Haifa berhampiran kampung zabouna juga diadakan secara mengejut selama beberapa jam di awal pagi.

Sumber tempatan berkata,"awal pagi tadi, tentera zionis yang menceroboh 'Anoun, Yamoun dan Ramaanah turut melakukan operasi mengesan di beberapa buah kawasan terbuka, namun tiada rumah yang diserbu masuk."

Gambar(safa): Tentera rejim zionis yang menjalankan operasi 'mengesan' di beberapa buah kawasan terbuka.

Jelas lagi sumber, kerahan sebilangan besar tentera zionis dapat dilihat di dua buah kampung, Yamoun dan Burqain. Rejim zionis telah menjalankan operasi 'mengesan' antara tempat-tempat pemprosesan minyak zaitun yang kini telah memasuki hari kedua. Sumber 22/11/2010, web berita safa.ps

Read more...

Pengawai IDF: Gagalnya Rundingan boleh menyebabkan Fatah Jatuh

18 November 2010

Sumber IDF melaporkan kelangsungan hidup kerajaan FATAH bergantung kepada perundingan keamanan.
________________________________________________
Pautan lain:

1. IDF: Israel Defense Forces(wikipedia)
________________________________________________

Yitzhak Benhorin
Diterbitkan pada: 11.17.10, 19:10 / Israel News


WASHINGTON – Penangguhan rundingan Israel-Palestin tidak hanya merenggangkan hubungan Israel dengan Amerika Syarikat(AS), tetapi juga boleh merosakkan hubungan para pemimpin Palestin di Tebing Barat.

Gambar(wikipedia): Logo IDF

Menurut laporan luar negeri, tentera dan pegawai perisikan IDF memberi amaran bahawa jika tiada perjanjian damai segera dicapai, kerajaan FATAH akan runtuh, meninggalkan rejim di tangan HAMAS – yang mana disokong oleh Iran dan Syria.

Dalam sebuah wawancara yang diterbitkan dalam Washington Post, seorang pegawai senior Israel memberi amaran bahawa mereka yang terlibat dalam pengendalian rundingan mempunyai peluang yang sempit sebelum berakhirnya dengan ketenangan iaitu tanpa sebarang penyelesaian. Ketenangan tersebut tidak akan tetap selamanya, pengawai tersebut memberi amaran dan mengatakan bahawa jika ahli politik Israel gagal mencapai apa-apa melalui perundingan, akan ada perkara yang lebih besar berlaku dalam masa enam hingga sembilan bulan.

Walaupun peningkatkan koordinasi antara pasukan keselamatan Israel dan Palestin yang memberikan sumbangan terhadap ketenangan rundingan, situasi ini mampu mencetuskan propaganda. Pengawai tersebut ragu sekiranya pasukan dari pihak Palestin akan dapat terus melakukan koordinasi jika rundingan itu gagal. Oleh sebab itu, IDF sedang mempersiapkan pergerakan menghadapi Intifada ketiga.

Surat khabar itu juga memetik pegawai lain daripada perisikan Israel, yang setuju supaya proses penghapusan infrastruktur keselamatan Palestin dipercepatkan.

Majalah mingguan Time juga mendakwa bahawa kejayaan hubungan keselamatan bersama Israel-Palestin bergantung pada kemajuan(anjakan) dalam perundingan. Semasa sesi penerangan antara wartawan asing, seorang pengawai Israel mengatakan Israel mengharapkan rundingan keamanan tersebut berjaya dilaksanakan dan pada masa yang sama untuk mempertahankan legitimasi pasukan keselamatan Palestin. Sumber 17/11/2010, www.ynetnews.com

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS