الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Isyarat perang baru, sistem tidak berfungsi

09 Januari 2011

Laporan asal(shehab, 08/01/2011) jam 02.02 pagi, Palestin/Mesir

GAZA - "Nampaknya sistem pertahanan 'Iron dome' @ منظومة القبة الحديدية untuk menangkis serangan roket dari Gaza ke penempatan Israel di selatan tanah jajahan tidak boleh berfungsi hadang ancaman serangan roket," ujar Ashkenazi yang mengakui hal berkenaan.

Gambar(Shehab): Gabi Ashkenazi, kiri sedang memperkatakan sesuatu kepada Perdana Menteri Kerajaan Zionis, Benjamin Netanyahu berbaju biru tua di sebelahnya.

Ketika perjumpaan dengan para ibu-bapa pelajar sekolah menengah di Holon, Gabi Ashkenazi(Ketua Turus Angkatan Tentera zionis) berkata, akan tiba masanya nanti, tentera Israel terpaksa menyerang pihak yang melancarkan serangan roket sebagaimana serangan sebelum ini di Gaza, 'operation cast lead'.
_________________________________________________
Info:

Zionis menyebut Perang Gaza 2008-2009 'Operation Cast Lead' atau bahasa arab 'عملية الرصاص المصبوب', manakala gerakan HAMAS menamakannya Ma'rakah Al-Furqan.

_________________________________________________

Berhubung sistem pertahanan yang belum dapat berfungsi sepenuhnya, Ashkenazi menyatakan, sistem tersebut akan digunakan secara praktikal dalam terdekat ini, ia akan ditempatkan di lokasi yang paling strategik mengikut penilaian tentera.

Peta(wikipedia): Holon, sebuah bandar yang terletak di selatan Tel-Aviv.

Sehingga hari ini, sistem pertahanan yang akan digunakan angkatan tentera zionis gagal berfungsi untuk menangkis serangan roket jarak dekat yang dilancarkan pejuang Palestin Gaza dan pejuang selatan Lubnan.

Rentetan yang sedemikian, seperti yang dijadualkan 2 minggu yang lalu, angkatan tentera zionis akan menguji sistem pertahanan 'Iron Dome' untuk kali terakhir, namun terpaksa dibatalkan ujian tersebut disebabkan masalah teknikal sistem.
_________________________________________________
Berita berkait:

1. Menukil web pejabat penerangan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM
(sayap tentera HAMAS) yang memetik berita 'Yediot Ahronout' melaporkan bekas Ketua Perisikan MOSSAD, Meir Dagan berkata, masa ini, pertahanan dalaman zionis tidak bersedia menerima serangan roket malah Dagan mengungkapkan putus asa kerana tidak memperolehi maklumat berhubung seorang tentera zionis, Gilad Shalid yang berada dalam tawanan gerakan HAMAS di Semenanjung Gaza.[link]
_________________________________________________
Klip berita, sistem pertahanan berjaya diuji:


Sumber: youtube.com
_________________________________________________

2. Lapor beberapa media zionis yang mendedahkan kos program sistem pertahanan 'Iron Dome' yang diiktibarkan buatan tentera zionis itu menelan belanja yang teramat tinggi, namun ia adalah satu kemajuan besar untuk menghadapi serangan roket pejuang Palestin.[link]

3. Menurut berita CNN, wakil Kementerian Pertahanan Zionis berkata, zionis telah berjaya menguji sistem anti-roket yang bertujuan untuk melindungi Negara Israel(tanah Palestin yang dirampas) dari serangan roket jarak dekat dari Semenanjung Gaza dan selatan Lubnan.[link]

4. Rujuk berita CNN pada 24/08/2009, sumber ketenteraan zionis menjelaskan bahawa sistem pertahanan anti-roket jarak dekat yang dikenali 'Iron Dome' akan digunakan dalam masa 10 bulan lagi. Berikutan itu, dalam beberapa hari lagi, tentera zionis akan meletakkan sistem pertahanan tersebut di lokasi yang berdekatan dengan sempadan Gaza.[link]


Gambar: Sistem pertahanan 'Iron Dome', penangkis serangan roket jarak dekat. Klik di gambar untuk besarkan.

5. Hebah radio zionis bahawa tentera rejim zionis telah menyelesaikan beberapa siri ujian ke atas sistem pertahanan 'Iron Dome' bagi menangkis seangan roket jarak dekat dan peluru mortar yang dimiliki gerakan HAMAS dan HIZBULLAH. Tentera zionis mengungkapan sistem ini mampu melenyapkan serangan roket ke atas lokasi rejim zionis.

Beberapa bulan yang lalu, kongres Amerika telah meluluskan bantuan kewangan sebanyak USD200-205 juta sebagai kos pembelian sistem pertahanan ini seperti yang dipohon tentera zionis.[link]


6. The Iron Dome System destroys a Grad-style Katyusha rocket (IDF)The Israeli-designed “Iron Dome” missile defense system passed a crucial series of rigorous tests on Wednesday at an Air Force test range in the Negev, successfully intercepting mock rockets built to imitate Kassam and Grad-style Katyusha rockets such as those in the arsenals of Hamas and Hizbullah.[link]

7. The Iron Dome short-range missile defense system passed a series of tests over the last few days with flying colors, successfully shooting down Qassam rockets, Grad rockets and mortar shells one after the other.[link]


8. 'Iron Dome', sekadar mempamerkan di televisyen?[link]

9. Iron Dome may be ready, but Gaza front is still in danger.[link]
_________________________________________________

Dari sudut lain, Ketua Turus Angkatan Tentera zionis berkata, "kedudukan pertahanan tentera zionis sangat kuat, ini adalah bagi menjamin kewujudan masyarakat Israel, oleh itu semua pemuda dan pemudi Israel termasuklah yang berpegang kuat dengan agama Yahudi mesti mengikuti latihan khidmat tentera."

Tambah Ashkenazi lagi, "Jika sesiapa yang tidak dapat menjalani tempoh latihan ini dengan sempurna, mereka boleh juga menjalani khidmat masyarakat yang lain." Sumber 07/01/2011, web berita safa.ps dan 08/01/2011, web berita shehab.ps

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS