الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(14)

09 Januari 2011

9 Januari 2009
HARI KE-14 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari ke-6 serangan darat di Gaza)
_______________________________________
kronologi sebelum ini:

Serangan Israel di Gaza 2008-2009(13)
_______________________________________

Peningkatan mangsa perang terkini:

Mereka yang syahid: 802 orang
Cedera, kritikal: 3300 orang


Rundingan, diplomasi hentikan serangan

- Raja Bahrain meminta supaya diadakan pertemuan kemuncak Negara-negara Islam khusus untuk membincangkan mengenai Gaza.

- Ketetapan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu:
1) Menghentikan segera serangan(kedua belah pihak) di Gaza.
2) Menetapkan perlaksanaan dan pemeriksaan bagi menjamin tidak ada lagi penyeludupan senjata.


- Ketetapan ini mendapat undian majoriti anggota yang bersidang, antaranya Negara-negara Arab. Bagaimanapun Amerika mengambil sikap tidak menyokong.

- HAMAS: Ketetapan tersebut menandakan Israel gagal mencapai target(matlamat) dalam peperangan di Gaza. Jelas HAMAS, ketetapan Majlis Keselamatan itu tidak ada makna kerana dikeluarkan tanpa ada sebarang mesyuarat dengan pihak kami.

- Sementara itu, wakil JIHAD ISLAMI menyatakan pendirian kami adalah seperti HAMAS.

- SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) pula menyatakan ketetapan Majlis Keselamatan itu tidak menyebut langsung apa yang kami mahu(cita-cita Palestin).

- FATAH juga meminta HAMAS melihat ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa bersatu dengan pandangan yang positif dan berpegang dengan inisiatif Mesir bagi menghentikan peperangan ini.

- Wakil dari FATAH menjelaskan, ketetapan Majlis Keselamatan adalah secara umum. Perlaksanaan dan waktu bagi menetapkan perlaksanaan itu adalah dari Arab(persidangan Arab) berpandukan inisiatif Mesir.

- Sebelum ini, HAMAS menyatakan pihaknya akan hentikan serangan roket ke Israel, jika:
1) Israel mesti hentikan peperangan dan berundur dari Semenanjung Gaza.
2) Bebaskan Gaza dari sekatan Israel, dan
3) Buka semua sempadan(perlintasan Israel-Gaza) termasuk sempadan Rafah(Gaza-Mesir).


- FATAH: Ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu adalah salah satu bentuk bagi menyempurnakan ketetapan Arab secara bersama(satu pendirian).

Israel terus menyerang

- Pengeboman Israel di Gaza awal pagi tadi mengakibatkan jumlah penduduk Palestin yang syahid meningkat.

Sebuah kawasan(zuweidah) di serang dengan tembakan dari bot perang Israel, manakala di Beit Lahiya pula, artileri Israel membedil beberapa buah rumah, sambil disokong serangan udara. Kejadian di 2 tempat tersebut mengakibatkan 9 penduduk Palestin syahid.

- Gaza diserang dari darat, laut dan diceroboh melalui serangan darat.

- Bot perang Israel masih menyerang kawasan di persisiran laut Gaza. Menurut sumber, kedapatan jumlah mangsa yang agak ramai dalam akibat serangan tersebut. Pasukan penyelamatan dan perubatan bergegas ke tempat kejadian.

- Israel membedil 3 tempat di Beit Hanoun dan Beit Lahiya. Di timur laut Gaza pula, Israel membedil sebuah bangunan dengan artileri.

- Israel sebagaimana yang dinyatakan pada hari sebelum ini berpegang dengan gencatan senjata selama 3 jam setiap hari bagi memberi laluan bantuan kemanusiaan kepada mangsa serangan. Bagaimanapun, hari ini 3 jam gencatan senjata itu berubah kepada serangan yang lebih dahsyat.

Respon penceroboh

- Olmert dalam kenyataannya(semalam) menyatakan operasi ketenteraan di Gaza akan diteruskan meskipun Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengeluarkan ketetapan berhubung perang di Gaza, yang utamanya adalah 'menghentikan segera serangan antara kedua belah pihak'.

- Bagaimanapun timbul persoalan, iaitu tidak ditetapkan masa dan hari bagi menghentikan perang. Olmert juga menegaskan, tentera Israel tidak akan berundur selagimana beberapa sasaran dan matlamatnya tidak tercapai.

- Hari ini, tentera Israel mengetatkan kawalan di bandar Al-Quds(BaitulMaqdis), tidak terkecuali seluruh tempat di Tebing Barat berikutan adanya gesaan bagi mengadakan demontrasi dan tunjuk perasaan.

Balas tentangan Israel

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) membalas kejahatan Israel dengan mengebom pengkalan tentera udara Israel, Tel Nauv dengan serangan roket jenis 'grad'. Menurut sumber, pengkalan tersebut terletak kira-kira 45km dari Gaza. Ini adalah kai pertama pengkalan tersebut diserang roket Palestin.

- Berikutan serangan Israel yang tertumpu ke atas awam di Gaza, AL-QASSAM membalas lagi serangan roketnya ke Ushdud, Majedal, Selim, Be'er Sabiek(Beer Sheba), Sderot dan Ain Salithah.

- SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) pula melancarkan 9 serangan roket ke Sderot, Askalan dan Kafr Ezzah.

- Pertempuran sengit berlaku antara pejuang Palestin dan tentera Israel di barat laut, Beit Lahiya. Dinyatakan, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mencederakan beberapa tentera Israel dalam pertempuran tersebut. Sementara itu, AL-QASSAM menyatakan pihaknya mengebom sebuah kawasan di bandar Ushdud untuk kali kedua dengan serangan roket.

- Menurut sumber tentera Israel, sebanyak 30 serangan roket telah dilancarkan ke Israel semenjak awal pagi tadi.

- Unit khas dari KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) berjaya membunuh 8 tentera Israel. Menurut Abu Ubaidah, jurucakap AL-QASSAM, ketika itu pasukan AL-QASSAM mendapati sepasukan pasukan khas Israel memasuki sebuah rumah tanpa penghuni. Serta-merta pasukan khas AL-QASSAM menuju ke rumah tersebut. AL-QASSAM bertindak menembak secara berdepan kesemua 8 tentera Israel. Serangan hendap itu berlaku di Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

- SARAYA AL-QUDS menembak roket RPG ke arah sepasukan khas Israel. Menurut sumber, kejadian itu berlaku ketika pasukan khas Israel berada di dalam sebuah rumah.

- Pihak Israel mengakui, 3 tenteranya parah dalam pertempuran dengan pejuang Palestin.

Masyarakat dunia kecam serangan Israel

- Doha, Qatar. Tunjuk perasaan ini diketuai Dr.Yusof Qardhawi sempena hari Gaza sedunia dan hari kemenangan untuk Gaza. Beribu-ribu penduduk Doha sebaik sahaja selesai menunaikan solat jumaat, mereka berjalan menuju ke satu tempat sambil menyatakan simpati untuk Gaza yang diserang Israel.

- Istanbul, Turki. Tunjuk perasaan penduduk Turki yang berterusan semenjak hari pertama Israel menyerang Gaza malah Perdana Menteri Turki juga terlibat bagi mendamaikan keadaan di Timur Tengah berikutan peperangan yang berlaku di Gaza.

- Amman, Jordan. Para penunjuk perasaan berkumpul di hadapan kedutaan Israel. Menurut sumber, pertempuran antara para penunjuk perasaan dengan pihak keselamatan turut tercetus.

- Tebing Barat(Palestin). Puluhan ribu penduduk Palestin keluar beramai-ramai bagi menyatakan simpati terhadap Gaza malah mengecam dan mendesak supaya Israel menghentikan serangannya di Gaza.

- Indonesia. Tidak ketinggalan, para penunjuk perasaan di Indonesia juga bangkit menyatakan sikap mereka terhadap Gaza, iaitu sentiasa bersama penduduk Gaza. Mereka menyokong menentang Israel.

- Malaysia. Para penunjuk perasaan turut bersimpati terhadap apa yang menimpa penduduk Gaza.

- Mesir. 100 ribu para penduduk Iskandariah mengadakan tunjuk perasaan yang mengecam tindakan Israel malah juga mengkritik Kerajaan Mesir.

- Selain itu, di Iraq, Algeria, Nawakshout, Ukraine(kiev), Sudan, Kenya dan umat Islam di Denmark juga diadakan demontrasi dan tunjuk perasaan membantah serangan Israel di Gaza.

Bantuan kemanusiaan

- Brazil menghantar 14 tan bantuan ke Gaza dengan kapal terbang.

- 11 orang doktor telah mendapat kebenaran ke Gaza melalui sempadan Rafah.

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS