الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label Perang Gaza. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perang Gaza. Papar semua catatan

Sempena peringati perang: AL-QASSAM tunjuk persembahan ketenteraan

27 Disember 2011

Laporan jam 09:04 malam, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 09:04 malam, waktu Mesir

GAZA - Sayap tentera kepada gerakan HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM mengadakan pertunjukan ketenteraan malam ini di bandar Gaza.

Pertunjukan ini sempena memperingati tahun ketiga perang zionis ke atas Gaza atau disebut Operation Cast Lead. Sumber 27/12/2011, web berita Safa.ps


SAFA melampirkan rakaman gambar
berhubung pertunjukan AL-QASSAM













Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(23)

18 Januari 2011

18 Januari 2009
HARI KE-23 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Israel umum henti serangan, pejuang berjaya bertahan)
_______________________________________
Kronologi sebelum ini:

Serangan Israel di Gaza 2008-2009(22)
_______________________________________

Saat-saat kemenangan Gaza

- Israel telah mengumumkan pihaknya menghentikan serangan (gencatan senjata)di Semenanjung Gaza. Bagaimanapun, Israel tidak mengundurkan tenteranya untuk dikekalkan di Gaza dalam masa beberapa hari.

- Jelasnya, tentera Israel yang dikekalkan di Gaza adalah bagi membalas serangan tembak-menembak.

- Ehud Olmert(Perdana Menteri Israel) dalam kenyataannya, Israel akan menghentikan serangannya di Gaza bermula hari ini.

- Menurut Ehud Olmert, pemimpin Eropah telah berjanji pada kami kerjasama bagi menghalang penyeludupan senjata ke Semenanjung Gaza.

- Sementara itu, Perancis, Britain dan Jerman telah menyatakan kesediaan ikut serta dalam usaha menghentikan penyeludupan senjata di Gaza.

- Sebagaimana yang diumumkan Israel, pihaknya akan menghentikan serangan di Gaza. Dinyatakan, pengumuman ini adalah di sebelah pihak(Israel) sahaja.

- Bagi pejuang-pejuang Palestin, selagimana tentera Israel tidak berundur sepenuhnya dari Semenanjung Gaza, serangan dan penentangan tetap diteruskan.

- Sukar untuk dipercayai janji Israel. Setelah Israel mengumumkan menghentikan serangan di Gaza, sebuah penempatan di Hayyu Tufah diancam dengan bom phosporous yang telah digugurkan oleh Israel.

- Sementara itu, jentera perang udara Israel melakukan tinjauan di ruang udara Gaza.

Semenanjung Gaza berjaya dipertahankan
______________________________________
Klip berita: Israel umum hentikan perang

Ismail Haniah, Ketua Kerajaan Palestin Gaza mengumumkan penduduk Palestin di Gaza telah mencapai kemenangan mulia dalam menghadapi tentangan Israel. Terbukti penduduk Gaza berjaya menghentikan serangan Israel yang gagal mencapai matlamatnya.


Sumber: youtube.com

Sedutan jangkaan dan doa Ismail Haniah untuk kemenangan Gaza:


Sumber: youtube.com

Pemberita menangis ketika melapor hari pertama perang Gaza:


Sumber: youtube.com
______________________________________

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(22)

17 Januari 2011

17 Januari 2009
HARI KE 22 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari ke-13 Serangan dan pencerobohan darat di Gaza)
_______________________________________
Kronologi sebelum ini:

Serangan Israel di Gaza 2008-2009(21)
_______________________________________

Usaha selamatkan Gaza

- Persidangan tergempar Gaza yang berlangsung di Doha, Qatar selesai dengan resolusi yang dapat memberikan perlindungan kepada Gaza, malah secara umum kepada Palestin dari bentuk kekejaman Israel. Resolusi tersebut menyokong Palestin dari sudut diplomasi dan ketenteraan.
_______________________________________

Klip berita: Penjelasan dari Perdana Menteri Qatar(Menteri Luar) berhubung ketidakhadiran Mahmoud Abbas(Abu Mazen) ke Persidangan Tergempar Gaza pada 16-17/Januari/2009.


Sumber: youtube.com
_______________________________________

- Persidangan tersebut tidak disertai Mahmoud Abbas, presiden Palestin(HAMAS tidak memperakui jawatan tersebut). Beliau mengatakan ketidakhadirannya disebabkan tekanan yang menimpa dirinya.

Perjanjian serantau

- Satu perjanjian telah ditandatangani antara Condolezza Rice, Menteri Luar US dengan Tsipi Livni, Menteri Luar Israel bertujuan memberi tekanan kepada HAMAS. Perjanjian tersebut berkait dengan perlaksanaan menghentikan penyeludupan senjata ke Gaza dan keselamatan serantau.

Pejuang membalas lagi serangan

- Pejuang Palestin telah melancarkan lebih 15 serangan roket ke Israel(tanah jajahan 1948). 7 dari serangan tersebut gugur di beberapa buah kawasan yang berlainan di barat Naqab.

Selain itu, nntara kawasan di tanah jajahan yang menjadi sasaran serangan roket:

1) Bandar Ofakim
2) Netivot
3) Sderot
4) Pengkalan Tentera Udara Israel 'Hetsarim'

Israel terus serang

- Israel membedil barat laut Gaza dengan artileri(meriam) menyebabkan 2 penduduk Gaza syahid.

- Serangan masih diteruskan. Tentera Israel telah menyerang kawasan di Rafah dan beberapa serangan di Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza. Sebuah sekolah seliaan UNRWA turut dibedil Israel.

- Dinyatakan, Israel menggugurkan bom phosporous putih ke atas sebuah rumah di Abraj Al-Karamah.

- Di timur Gaza pula, pertempuran sengit antara pejuang Palestin dengan pasukan tentera Israel.

- Timur laut Khan Yunus, dilaporkan 2 penduduk syahid dalam satu serangan Israel ke atas penempatan Husainat. Menurut sumber, jam 12 tengahari(Mesir/Gaza) sehingga jam 3 petang(Mesir/Gaza) adalah waktu gencatan senjata yang diumumkan oleh Israel bagi memberi laluan kepada bantuan kemanusiaan dan kemasukan barang-barang bantuan ke Gaza.

- Namun, Israel melanggar gencatan senjata hari ini yang bermula jam 12 tengahari hingga 3 petang. Menurut sumber, Israel telah menyerang beberapa tempat di Gaza.

Mangsa perang

- Jumlah syahid dan cedera penduduk Gaza sentiasa meningkat dari masa ke masa berikutan serangan tentera Israel yang sentiasa berterusan.

- Usamah Hamdan, anggota Biro Politik HAMAS: Pengumuman Israel berhubung menghentikan serangan di sebelah pihak adalah cuba untuk mendapatkan perhatian dari semua pihak terhadap usahanya dan bertujuan untuk membantu Israel.

Kedudukan terkini

- Desas-desus mengatakan Israel hampir mengumumkan bagi menghentikan serangan di Gaza(sebelah pihak) setelah perang memasuki minggu ke empat.

- Dari sebelah utara Gaza, tentera zionis mengepung Bet Hanoun dan berpengkalan sementara antara di tengah-tengah jalan menghubungi antara Bet Hanoun dan Bet Lahiya.

- Tentera zionis dikerahkan bertebaran di sepanjang garisan merah dari perlintasan Karni sehingga ke Netzarim(penempatan haram Israel 2005).

- Di selatan Gaza, Israel menguasai Abbasan.

Penjuru utara Semenanjung Gaza: Bet Hanoun dan Bet Lahiya.

Penjuru tengah Gaza: Garisan merah yang merintangi pertengahan Gaza, tentera Israel dikerahkan berada di sepanjang garisan tersebut.

Penjuru selatan Gaza: Israel kuasai Abbasan dan menyerang As-Shaukah. Sementara, pesawat-pesawat tempur Israel mengebom terowong bawah tanah.

- Di Rafah Gaza, pesawat-pesawat tempur Israel mengebom terowong-terowong bawah tanah yang terletak di sepanjang garisan sempadan yang memisahkan antara Rafah Gaza - Rafah Mesir.

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(21)

16 Januari 2011

16 Januari 2009
HARI KE-21 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari ke-13 Serangan dan pencerobohan darat di Gaza)
_______________________________________
Kronologi sebelum ini:

Serangan Israel di Gaza 2008-2009(20)

_______________________________________

Israel mula berundur

- 23 mayat penduduk Gaza telah ditemui awal pagi ini setelah tentera Israel berundur dari Tel Hawa.

- Sejumlah besar kawasan di Tel Hawa mengalami kerosakan akibat serangan.

Rundingan sengit

- Menteri Luar Israel berangkat ke Amerika Syarikat hari ini. Menurut sumber, Livni akan membincangkan berkenaan perang di Gaza. Dinyatakan juga, Livni akan mendapatkan sokongan (berbentuk undang-undang) dari peringkat antarabangsa bagi menghentikan penyeludupan senjata di Semenanjung Gaza.

Sementara itu, Livni akan membincangkan dengan wakil Amerika berkenaan inisiatif Mesir.

- Livni juga sedang berusaha bagi mendapatkan mekanisma pengawasan bagi menghalang penyeludupan senjata malah mengawasi gerakan HAMAS.

- Pertemuan di antara Ehud Olmert(Perdana Menteri Israel), Tsipi Livni(Menteri Luar Israel), dan Ehud Barak(Menteri Pertahanan Israel) yang membincangkan syarat-syarat bagi menghentikan perang di Gaza.

- Menurut sumber, berlaku perselisihan antara Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel dengan Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel berhubung perang di Gaza. Ehud Barak mahu menghentikan serangan di Gaza, Olmert pula mahu meneruskan perang di Gaza.

- Amus Gilad, wakil Menteri Pertahanan Israel datang semula ke Kaherah hari ini bagi membincangkan inisiatif Mesir.

Tindakan pejuang Palestin

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) dan kesemua kumpulan pejuang Palestin yang lain berjanji akan membalas serangan Israel yang menyebabkan salah seorang pemimpin HAMAS, Said Siam(Menteri Dalam Negeri, Kerajaan Palestin Gaza) syahid dalam pengeboman Israel kelmarin di Hayyu Yarmouk. Turut syahid bersama Said Siam adalah anaknya dan beberapa ahli keluarganya.

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(20)

15 Januari 2011

15 Januari 2009
HARI KE 20 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Diplomasi dan Perang Sama Sengit)
(Hari ke-12 Serangan dan pencerobohan darat di Gaza)

_______________________________________
kronologi sebelum ini:

Serangan Israel di Gaza 2008-2009(19)

_______________________________________

Israel menyerang, pejuang bertahan

- Israel mengebom pertengahan Hayyu Tufah, timur Gaza. Sementara itu, artileri-artileri Israel membedil beberapa buah rumah penduduk Gaza secara membabi-buta.

- Fakta serangan dan pengeboman Israel:

1) Tawwam
2) Jabaliya
3) Hayyu Tufah
4) Hayyu Zaitun
5) Tel-Hawa
6) Syeikh Ajlain


- Kawasan yang dinyatakan di atas adalah merupakan benteng pertahanan yang di kawal kuat pejuang Palestin. Kawasan-kawasan tersebut adalah melingkungi bandar Gaza. Boleh dikatakan sebagai pelindung kepada bandar Gaza. Di kawasan ini juga pejuang-pejuang Palestin akan menyelaraskan setiap maklumat dan tindakan bagi menghadang kemaraan tentera darat Israel.

- Kawasan yang terlalu sengit menerima serangan Israel adalah Jabaliya, Hayyu Tufah dan Hayyu Zaitun.

- Kawasan yang menjadi pertahanan utama(berhadapan sempadan Gaza-Israel), selatan Jabaliya) adalah Azbah Abd Rabbuh, bagaimanapun pasukan tentera darat Israel telah melepasinya. Di kawasan ini, pejuang-pejuang Palestin akan melakukan serangan hendap.

- Kawasan pertahanan utama di bahagian utara adalah Beit Lahiya, di timur pula Beit Hanoun. Dua kawasan ini juga telah dilepasi oleh tentera Israel. Bukan bermakna setiap kawasan yang telah dilepasi tentera Israel tiada pejuang yang mengawal, bahkan ada. Kemungkinan terlalu sengit dibom dan bedilan, dilepaskan ke kawasan lain. Dari semasa ke semasa, pejuang Palestin akan mengikuti setiap pergerakan tentera Israel bagi melakukan serangan mengejut dan operasi hendap.

- Setiap hari, enam kawasan yang telah disebutkan di atas menjadi tumpuan serangan tentera Israel yang disokong pesawat tempur, helikopter apache, bot-bot perang, dan artileri Israel bagi melemahkan pejuang-pejuang.

- Serangan udara Israel mensasarkan sebuah masjid Abrar di bandar Rafah Gaza, selatan Semenanjung Gaza.

- Dijelaskan, Israel mengepung semua kawasan di Tel-Hawa. Menurutnya lagi, sekuran-kurang 100 buah rumah di kawasan tersebut.

- Sebuah bangunan utama milik palang merah Palestin dibedil Israel. Menurut sumber, bangunan tersebut terletak di pertengahan bandar Gaza.

- Sebuah hospital di Tel Hawa(bawah seliaan palang Merah Palestin) turut dibom Israel. Sumber menyatakan, ketika Israel mengebom sebahagian daripada bangunan hospital, terdapat 500 orang di dalam bangunan itu yang terdiri daripada pesakit dan anggota penyelamat. Dinyatakan, api marak di sebuah farmasi yang berkembar dengan bangunan hospital.

Bantuan kemanusiaan

- UNRWA: 40,000 penduduk Palestin berlindung di beberapa buah sekolah bawah seliaan UNRWA. Menurut Penasihat Media UNRWA, Abu Hasnah..pihaknya(UNRWA) telah memaklumkan kepada tentera Israel tempat-tempat UNRWA untuk menjalankan aktiviti menyelamat dan menguruskan bantuan-bantuan kepada penduduk Gaza supaya tidak dibom dan diganggu Israel. Bagaimanapun, Israel masih mengebom.

- Dinyatakan, gudang tempat simpanan makanan, bahan bakar turut menjadi sasaran serangan Israel.

- Kawasan di Hayyu Rimal, Tel Hawa, kelihatan beberapa buah kereta kebal Israel berada tidak jauh dari rumah Dr. Mahmud Zahar, salah seorang dari pemimpin HAMAS.

Tindakan pejuang Palestin

- Pejuang Palestin telah melancarkan 19 serangan roket ke Israel(tanah jajahan 1948) hari ini.

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(19)

14 Januari 2011

14 Januari 2009
HARI KE 19 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari ke-11 Serangan dan pencerobohan darat di Gaza)
_______________________________________
kronologi sebelum ini:

Serangan Israel di Gaza 2008-2009(18)
_______________________________________


Bantuan kemanusiaan

- Beberapa buah trak dari Syria dengan muatan bantuan kemanusiaan menuju ke Gaza.

- Sebuah kapal bantuan dari Iran terpaksa mengubah laluannya ke Gaza berikutan menerima ancaman daripada bot-bot perang Israel

- OIC menghantar bantuan kemanusiaan sebanyak 300 tan yang di bawa masuk ke Gaza.

Respon Ulamak

- 100 orang ulamak-ulamak Arab dan Islam mengungkapkan penutupan sempadan dengan Gaza serta diikuti menghancurkan terowong-terowong bawah antara Gaza-Mesir adalah tindakan khianat terhadap umat.

Rundingan hentikan perang

- 14 buah Negara setuju hadir ke Pertemuan Tergempar Arab yang dijadualkan berlangsung pada hari jumaat, di Doha. Antara Negara-negara Arab yang menyatakan persetujuan adalah Syria, Lubnan, Libya, Oman, Jebouti, Sudan, Algeria, Maghribi, Mauritania, Juzrul Qamr, Somalia dan Palestin.

- Menurut sumber, jumlah kehadiran bagi menjayakan pertemuan ini setelah Arab Bersatu dan Iraq memberikan persetujuan hadir. Mesir telah menyatakan tidak akan hadir, diikuti Arab Saudi yang menyokong Mesir bagi menghadiri Pertemuan Arab (Ekonomi) di Kuwait. Begitu juga Tunisia yang menyatakan tidak akan ikut serta pertemuan tergempar Arab di Doha.

- Arab Saudi berharap hentikan segera serangan di Gaza. Menurut sumber, Arab Saudi meminta supaya dilaksanakan inisiatif Mesir secara menyeluruh. Bagaimanapun, semalam beberapa kumpulan pembebasan Palestin membantah inisiatif Mesir yang disifatkan merugikan Palestin.

- Farouk Qodumi, Salah seorang pemimpin tertinggi FATAH menyokong pendirian HAMAS, JIHAD ISLAMI dan beberapa lagi kumpulan pembebasan Palestin yang menangguhkan perbincangan gencatan senjata sehinggalah Israel menghentikan serangan di Gaza.

Serangan sengit

- Israel membedil sebuah penempatan Syeikh Ridhuan, utara bandar Gaza. Dinyatakan, Israel melepaskan tembakan ke arah pejuang Palestin yang berada di tanah perkuburan syuhada.

- Israel masih mengebom beberapa tempat di Jabaliya dan Beit Lahiya. Selain itu, Israel juga membedil kawasan di barat bandar Gaza dan timur laut Gaza.

- Sementara itu, di sempadan Sufa(perlintasan) Gaza-Israel, 2 pejuang Palestin syahid dalam satu pengeboman Israel. Pejuang Palestin turut menembak pelancar roket ke arah tentera Israel.

- Pendirian Israel(Politik dan ketenteraan): Serangan akan diteruskan. Sementara itu, tekanan ke atas HAMAS juga digerakkan melalui diplomasi iaitu pihak Israel meminta mengekalkan syarat-syarat Israel.

- Israel memperhebatkan serangannya di Jabaliya dan Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza. Dinyatakan, serangan Israel di kawasan tersebut tidak pernah henti bahkan Israel menerima tentangan yang cukup kuat dari pejuang Palestin. Berbagai-bagai taktik yang digunakan oleh tentera Israel bagi menawan kawasan tersebut tetapi Israel tidak mampu mara, malah terpaksa berundur beratus-ratus meter.

- Sumber juga mengatakan, Israel tidak mampu menguasai kawasan-kawasan yang dipercayai menjadi tempat pelancar roket. Sehingga hari ini, pejuang Palestin masih lagi melancarkan serangan roket ke Israel.

> Peringkat serangan Israel
1. Setelah pasukan tentera darat Israel menyerang sebuah kawasan, kemudian berundur.
2. Pesawat tempur dan helikopter Israel pula datang mengebom dan menyerang.

Sokong Gaza

- 5 serangan roket jenis 'katyushia' dari selatan Lubnan jatuh ke atas sebuah penempatan Israel(utara). Menurut sumber, serangan tersebut awal pagi tadi. Bagaimanapun, Israel membalas dengan 17 serangan(artileri dan misil) ke selatan Lubnan.

Tentangan sengit dari pejuang Palestin

> Taktik serangan roket dan pergerakan pejuang
1. Roket dilancarkan dari bawah tanah.
2. Taktik serangan pejuang tidak tetap tetapi penyelarasan antara semua kumpulan pejuang dilakukan dengan tangkas.

- SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) meletupkan sebuah rumah yang dijadikan kubu pertahanan pasukan khas tentera Israel, selatan Gaza. Jumlah tentera Israel yang terbunuh belum dinyatakan.

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) meletupkan sebuah kereta kebal Israel dengan peledak di timur Gaza.

- Di utara Gaza pula, AL-QASSAM menembak sebuah kereta kebal Israel dengan pelancar roket RPG.

- KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera FATAH) melancarkan 3 serangan roket ke bandar Askalan, Israel yang berhadapan dengan utara Gaza.

- KATAIB MUQAWAMAH WATANIAH mengebom sekumpulan jentera perang Israel dengan roket hawn di selatan Gaza.

- Pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) bertindak merempuh masuk ke sebuah rumah yang diceroboh pasukan khas Israel. Menurut sumber, pejuang AL-QASSAM melepaskan tembakan yang mengakibatkan beberapa tentera khas Israel terbunuh dan parah.

- Sementara itu, pasukan penembak tepat AL-QASSAM menembak 2 tentera Israel berdekatan Mukhayyam Shatie dan meletupkan sebuah jentera perang Israel dengan peluru mortar hawn.

- Pejuang Palestin(AL-QASSAM, SARAYA AL-QUDS, SYUHADA AL-AQSA dan beberapa lagi kumpulan) telah mengebom beberapa penempatan dan kawasan Israel. Menurut sumber Israel, sebanyak 15 serangan roket Palestin gugur di beberapa penempatan Israel. Antaranya, Beer Sheeba, 'Askalan, Netvatuf, Ain Thalita, Ushkul, Ushdud, Nehal Auz, Oulu Meem dan Kafr Ezza.

- SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) telah mengebom sebuah jentera perang Israel di Netzarim, Gaza.

- SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI): Pejuang Palestin berjaya menggagalkan satu operasi komander Israel yang cuba mendarat dipersisiran pantai Gaza. Menurut sumber, beberapa tentera Israel parah dalam pertempuran itu.

- Jumlah tentera Israel termasuk pegawai tentera yang terbunuh semenjak perang bermula di Gaza adalah 32, manakala tentera Israel yang mengalami kecederaan termasuk kritikal adalah 315.

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(18)

13 Januari 2011

13 Januari 2009
HARI KE 18 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari ke-10, Israel kerah serangan darat di Gaza)
_______________________________________
kronologi sebelum ini:

Serangan Israel di Gaza 2008-2009(17)

_______________________________________

Peningkatan mangsa perang terkini:

Mangsa perang yang syahid: 971 orang
Cedera, kritikal: 4420 orang

Respon mereka

- Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel dalam satu sidang akhbar di Askalan, berkata dia(Olmert) meminta Bush(Presiden Amerika) campur tangan dan Condolezza Rice(Menteri Luar Amerika) supaya tidak menyokong ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu baru-baru ini.

- Nakhalah(JIHAD ISLAMI, Damsyik): Inisiatif-inisiatif Arab dan selain Arab yang dikemukakan adalah bertujuan menekan pejuang Palestin supaya hentikan penentangan(mengangkat bendera putih).

Serangan lagi

- Sebelum ini, serangan roket dari selatan Lubnan ke Israel, kemudian sehari lepas itu satu tembakan dilepaskan ke arah tentera Israel di Dataran Tinggi Golan, Syria. Terkini, satu lagi tembakan yang mensasarkan tentera Israel di sempadan Wadi Arbah, Jordan.

- Setakat ini, tidak diketahui pihak yang melepaskan tembakan ke arah tentera Israel. Bagaimanapun, setelah kejadian itu, sempadan terus ditutup.

- Israel masih membedil beberapa kawasan di Gaza. Kelihatan asap tebal menjulang di udara. Kawasan yang terbabit dalam pengeboman sebentar tadi adalah timur bandar Gaza dan utara Gaza.

- Menurut sumber, tentera Israel masih berusaha menceroboh ke bandar Gaza. Beberapa buah rumah hancur akibat pengeboman yang dilakukan Israel.

- Bagaimanapun, pasukan tentera darat Israel berhadapan dengan tentangan sengit pejuang Palestin yang disifatkan 'serang balas yang dahsyat'.

- Kawasan yang baru diceroboh Israel semalam, adalah Tel Hawa. Kedudukannya di timur bandar Gaza, rumah yang dibom turut diratakan. Dinyatakan, pasukan tentera Israel turut disokong kereta kebal malah bedilan artileri membuka laluan agar dapat mara ke hadapan. Sejam yang lalu, namun tentera Israel terpaksa berundur berikutan diasak sengit pejuang Palestin.

- Kawasan lain yang diserang ketika ini, barat laut Gaza, Hayyu Ridhuan, barat bandar Gaza.

- Dari arah timur bandar Gaza pula, Hayyu Tufah dan Jabaliya dinyatakan, pertempuran sengit juga berlaku antara pejuang Palestin dengan pasukan tentera Israel.

- Selain itu, Israel turut menyerang dari udara. Satu serangan udara Israel mengakibatkan sebuah gudang simpanan milik sebuah Syarikat Bekalan Elektrik hancur.

- Di kawasan Hayyu Ridhuan, beberapa misil Israel dilepaskan ke arah kawasan tersebut. Manakala, bot-bot perang Israel juga menyerang kawasan di persisiran laut Gaza.

- Menurut sumber, Penempatan Khuza'ah diserang pasukan khas Israel semenjak semalam.

- Saksi, Said Fuad penduduk Khuza'ah, timur Khan Yunus menceritakan permulaan pasukan khas Israel menceroboh Khuza'ah. Helikopter apache Israel pada awalnya mengebom dan membedil, lalu diikuti unit khas Israel melakukan pencerobohan dan dihadang oleh pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS). Pertempuran sengit meletus.

- Menurut Said Fuad, di Khuza'ah terputus bekalan elektrik. Tambahnya, pasukan penyelamatan dan ambulan tidak dapat sampai ke sana berikutan kawasan tersebut telah dikawal tentera Israel.

- Sumber menyatakan, mayat mangsa masih berada di jalanan.

Pejuang Palestin menyerang balas

- Abu Wadi', jurucakap bagi kumpulan pejuang KATAIB SYAHID ABU ALI MUSTAFA menyatakan kumpulannya bersama KATAIB SYUHADA AL-AQSA dan KATAIB AIMAN JUDAH menyerang sekumpulan jentera perang Israel secara berhadapan. Bagaimanapun, Abu Wadi' menjelaskan selepas melancarkan serangan itu, terus mereka beredar dengan segera.

- Pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS): Pasukan infantri Israel menjadi sasaran serangan hendap di Khaza'ah.

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS): Seorang pegawai tentera Israel terbunuh dan 4 lagi tentera Israel parah akibat letupan daripada sebuah rumah yang diisi dengan peledak.

- Televisyen al-Aqsa: 12 tentera Israel terbunuh dalam satu operasi ketenteraan di barat Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

Rundingan dan pertemuan tergempar

- Pertemuan tergempar Negara-negara Arab jumaat akan datang akan diadakan di Doha, Qatar. Menurut sumber, pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan jalan menghentikan serangan di Gaza.

- Bagaimanapun, pertemuan tergempar Menteri Luar Arab juga akan diadakan di Kuwait pada minggu akan datang.

- 21 wakil rakyat Kuwait meminta Amir Kuwait tidak menjemput Mahmoud Abbas, Presiden Palestin Ramallah ke Persidangan Ekonomi Arab.

- Menurut sumber, wakil-wakil rakyat tersebut bertindak sedemikian adalah kerana pendirian Mahmoud Abbas yang tidak jelas menentang Israel.

- Sumber menyatakan, pertemuan tersebut juga akan membincangkan bentuk bantuan khusus bagi membina semula Gaza.

- Majlis Keselamatan Antarabangsa mengadakan pertemuan hari ini bagi membincangkan kedudukan perang di Gaza.

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(17)

12 Januari 2011

12 Januari 2009
HARI KE-17 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari ke-9 Serangan dan pencerobohan darat di Gaza)
_______________________________________
kronologi sebelum ini:

Serangan Israel di Gaza 2008-2009(16)

_______________________________________

Peningkatan mangsa perang terkini:

Mereka yang syahid: 917 orang
Cedera, kritikal: 4260 orang


Rundingan, diplomasi

- Perbincangan antara delegasi HAMAS dengan wakil Mesir di Kaherah masih dijalankan. Menurut sumber, Usamah Hamdan(HAMAS) menyatakan pihaknya tidak menolak inisiatif Mesir secara keseluruhan. Dinyatakan, sebahagian inisiatif Mesir tidak seperti apa yang Palestin kemukakan.

- Tambah Usamah, contoh yang tidak dapat diterima oleh HAMAS daripada inisiatif Mesir adalah pasukan tentera antarabangsa yang akan berkawal di sempadan Gaza-Israel.

Israel menyerang lagi

- Serangan Israel di Gaza awal pagi tadi tertumpu di timur laut bandar Gaza. Dinyatakan, serangan tersebut adalah bagi membuka laluan kepada pasukan tentera darat Israel menceroboh bandar Gaza.

- Di tenggara Semenanjung Gaza juga diserang Israel. Lapor sumber, Israel membedil beberapa tempat dengan artileri malah juga menggunakan bom fosforus putih(white phosporus). Kelihatan kepulan-kepulan asap tebal di setiap kawasan yang diserang.

Gambar: Israel menyerang penduduk Palestin Gaza dengan bom white phosporus.

- 10 buah rumah terbakar akibat terkena ledakkan bom fosforus putih(white phosporus).

- Kawasan yang menerima serangan Israel tanpa henti, iaitu timur Jabaliya.

- Kelihatan kepulan asap tebal menguasai kawasan dan ruang udara. Selain itu tembakan meriam Israel juga sengit. Israel juga berusaha untuk menawan Jabal Ris(bukit) yang merupakan tempat strategi.

- Israel melepaskan serangan misil ke sebuah kawasan terbuka di tengah bandar Gaza. Menurut sumber, kawasan tersebut adalah kali pertama diserang, mengakibatkan 2 penduduk syahid dan beberapa lagi cedera.

- Di Jabaliya, pertempuran masih berterusan. Beberapa penduduk cedera. Sementara itu, jentolak Israel juga dilihat menyamaratakan kawasan yang dibom, Jabal Ris.

- Di Hayyu Zaitun, penceroboh Israel telah memasuki pertengahan kawasan tersebut. Menurut sumber, tentera Israel juga menembak secara membabi-buta ke arah penduduk. Beberapa penduduk dilaporkan parah.

- Di Rafah juga, pesawat tempur Israel mengebom beberapa kawasan. Bagaimanapun, dilihat tidak ada sebarang perubahan dari sudut pergerakan tentera Israel.

- Israel mengebom Hayyu Tufah dengan bom fosforus putih(white phosporus).

Tindakan pejuang Palestin

Fakta dari KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) semenjak Israel mula menyerang Gaza.

- Setakat ini, pejuang Palestin telah melancarkan 330 serangan roket ke Israel.


- Jumlah tentera Israel termasuk pegawai tentera yang dibunuh pejuang Palestin sebanyak 32, manakala 315 tentera Israel cedera akibat tentangan daripada pejuang.

- 5 buah helikopter apache mengalami kerosakan akibat ditembak dengan penangkis kapal terbang.

- Sebuah pesawat pengintip tanpa juruterbang milik Israel juga berjaya dijatuhkan oleh AL-QASSAM.


Pejuang menyerang balas

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mengebom bandar kecil Israel, kriat Ziad, selatan Israel dengan serangan roket jenis 'grad'. M

enurut sumber, di kawasan lain pejuang AL-QASSAM meledakkan letupan ke atas sepasukan tentera Israel(pasukan khas).


- SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) pula mengebom dua penempatan Israel, Nir Auz dan Nir Ishaq dengan beberapa serangan roket jenis 'Quds'.

- KATAIB SYAHID JIHAD JIBRIL: 3 pejuang Palestin syahid dalam pertempuran di salah satu penjuru yang menjadi laluan masuk tentera Israel ke Gaza. Sementara itu, pejuang tersebut telah menyerang sebuah kereta pengangkut tentera Israel yang mengakibatkan hancur.

- SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) melancarkan 8 serangan roket ke Netzarim, Israel.


- Di kawasan yang lain, SARAYA AL-QUDS mengebom sebuah jentera perang Israel.


- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) menyatakan, pihaknya telah menawan seorang tentera Israel. Bagaimanapun tentera itu terbunuh dalam satu pengeboman yang dilakukan Israel.

Menurut AL-QASSAM lagi, tentera yang terbunuh bersama sekumpulan lagi tentera Israel yang ditawan pejuang Palestin.

- Menurut pejuang Palestin, setakat ini mereka telah melancarkan 11 serangan roket ke Israel.

- KATAIB MUQAWAMAH WATANIAH: Pertempuran sengit meletus antara pejuang Palestin dengan tentera Israel di barat Hayyu Zaitun. Pertempuran tersebut mengakibatkan beberapa tentera Israel parah.

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) melancarkan 3 serangan roket ke Sderot, Israel.

- Di Jabaliya, AL-QASSAM mengebom sebuah jentera perang Israel. Manakala di Buraij, AL-QASSAM mengebom artileri Israel.


- ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN dan KATAIB SYAHID JIHAD JIBRIL mengebom sebuah jentera perang Israel dengan pelancar mortar hawn.


- Pejuang Palestin telah melancarkan 20 serangan roket ke Israel hari ini.


Reaksi penduduk dunia

- Beratus-ratus aktivis dan petugas UNRWA mengadakan tunjuk perasaan di Ramallah dan badan Al-Quds hari ini. Menurut sumber, tujuan tunjuk perasaan itu adalah protes terhadap perang di Gaza.

Para penunjuk perasaan juga menyampaikan risalah kepada Ban Ki Moon, Setiausaha Agung PBB berhubung perang di Gaza yang boleh disabitkan jenayah perang ke atas Israel.

- Selain itu, para penunjuk perasaan menyatakan Israel melanggar hak UNRWA di Gaza.

Bantuan kemanusiaan

- Kapal 'Al-karamah' bertolak dari pelabuhan Cyprus hari ini. Menurut sumber, Al-Karamah menuju ke Gaza bagi misi membebaskan Gaza dari sekatan Israel. Al-Karamah membawa muatan bantuan ubat-ubatan yang diperlukan hospital di Gaza.

- Sumber tentera Israel menyatakan, pihaknya memberi amaran tidak membenarkan kapal ke Gaza. Katanya, perairan laut Gaza adalah zon tertutup yang dikawal tentera laut Israel.

- 61 doktor-doktor Arab telah mendapat kebenaran daripada Kerajaan Mesir untuk memasuki Gaza.

- Salam Fayadh, Perdana Menteri Kerajaan Pentadbiran Palestin Ramallah berharap HAMAS menerima inisiatif Mesir supaya tidak ada lagi penduduk Gaza yang menjadi mangsa serangan Israel.

- Pejuang Palestin telah melancarkan 20 serangan roket ke Israel hari ini.

- Marwan Baghoutti, Pengerusi Lajnah Inisiatif Palestin mengulas keadaan di Gaza, katanya Kerajaan Palestin sama ada di Ramallah atau di Gaza..kesemuanya di bawah taklukan Israel. Masalah utama yang perlu diketahui adalah rentetan persepakatan Oslo.

- Beliau menyatakan amat bersetuju dengan saranan daripada Receip Tayyib Erdogan, Perdana Menteri Turki kerana ia merupakan asas bagi menghentikan perang di Gaza.

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(16)

11 Januari 2011

11 Januari 2009
HARI KE-16 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari ke-8 serangan dan pencerobohan darat di Gaza)
_______________________________________
kronologi sebelum ini:

Serangan Israel di Gaza 2008-2009(15)
_______________________________________

Peningkatan mangsa perang terkini:

Mereka yang syahid: 888 orang
Cedera, kritikal: 4080 orang

Rundingan hentikan perang

- Delegasi HAMAS, gabungan pimpinan luar dan dalam Palestin tiba di Kaherah. Menurut sumber, delegasi HAMAS akan mengadakan perbincangan dengan wakil Mesir berhubung keadaan di Gaza.

- Dinyatakan, perbincangan antara delegasi HAMAS dengan wakil Mesir turut dihadiri delegasi Turki.

Kekejaman Israel

- Dinyatakan, sebuah Yayasan kebajikan di Mukhayyam Shatie Bahr(kem pelarian persisiran laut) turut dibom. Sementara itu, Israel juga membedil kawasan di Syiekh Ajlain dan Tel Hawa. Serangan Israel yang disifatkan penyembelihan beramai-ramai ke atas penduduk Gaza itu juga menggunakan bom phosporus putih yang mengundang kontroversi.

- Sebagaimana yang sebut, bom tersebut tidak boleh digunakan di kawasan yang padat dengan penduduk. Jika digunakan juga, boleh disabitkan jenayah perang. Bagaimanapun hakikatnya telah dan sedang berlaku.

-Di Khan Yunus awal pagi tadi, Israel menggunakan bom tersebut setiap kali menyerang, dan mangsa yang terkena boleh mengalami kecederaan tubuh kulit terbakar dan sesak nafas.

- Hakikatnya, penduduk Gaza di Khan Yunus melaporkan sebilangan besar mereka merasai sesak nafas kesan daripada pengeboman yang menggunakan phosporus putih. Dinyatakan, 50 penduduk parah. Israel pula menyatakan terpaksa menggunakan bom tersebut kerana untuk mengkaburkan pandangan pejuang-pejuang Palestin yang menyerang tentera Israel.

- Selain itu, bot-bot perang Israel juga mengebom deretan rumah di persisiran laut, bandar Gaza. Sementara pertempuran dan berbalas tembakan, tentera Israel juga melakukan pemeriksaan ke kawasan-kawasan berhampiran untuk mencari sasaran.

- Barat bandar Gaza, pertempuran yang terlalu sengit. Menurut saksi, artileri juga dilihat terlalu kerap membedil rumah dan kawasan yang berhampiran. Di samping itu, pejuang Palestin masih lagi bertahan dari serangan tentera Israel yang disokong kereta kebal.

- Timur Gaza, pertempuran sengit di salah satu penjuru yang menjadi laluan masuk ke Gaza. Menurut sumber, pejuang Palestin berjaya menggagalkan kemaraan musuh. Dalam masa yang sama, pejuang Palestin melancarkan 2 serangan roket jenis 'grad' ke pertengahan bandar Beer Sheeba.

- Israel mengebom tempat pelancar roket bawah tanah yang dimiliki oleh pejuang Palestin. Setakat ini, pejuang Palestin belum memberikan apa-apa maklum balas berkenaan serangan tersebut.

- Di Rafah, pesawat tempur Israel menggugurkan bom di kawasan yang dipercayai terdapat terowong bawah tanah yang merintangi sempadan Gaza-Mesir.

- Sementara itu, Israel mengebom sebuah kereta dengan muatan 4 penduduk Palestin, malah seorang penduduk yang menunggang motosikal turut dibom dan syahid di tempat kejadian.

- Di Mukhayyam Nuseirat pula, beberapa serangan Israel mensasarkan sebuah rumah dengan bedilan daripada pesawat tempur yang menyebabkan seorang parah dan beberapa lagi kritikal.

- Serangan terbaru Israel di kawasan Shujaiyyah yang padat dengan penduduk dengan tembakan peluru misil.

- Dan satu lagi serangan Israel mensasarkan sebuah kilang perindustrian dan sebuah rumah. Kelihatan api marak menjulang ke udara.

Reaksi penduduk dunia

- Para penunjuk perasaan di Beirut, Lubnan hari ini kebanyakannya adalah kanak-kanak. Kepelbagaian bentuk dan cara melakukan tunjuk perasaan tersebut adalah diharapkan menjadi 'mesej kepada dunia' berikutan peperangan di Gaza menyebabkan berlakunya bencana manusia yang teramat teruk.

- Para penunjuk perasaan dari kalangan kanak-kanak membawa anak-anak patung seiring ambulan bagi menyatakan simpati mereka terhadap kanak-kanak Gaza yang menjadi mangsa serangan ganas Israel. Selain itu, terdapat dikalangan para penunjuk perasaan menggunakan simbolik sempadan Rafah yang menjadi salah satu bentuk ancaman terhadap penduduk Gaza.

- Salah seorang daripada kanak-kanak, mengkritik pemimpin-pemimpin Arab yang disifatkan seperti 'tunduk' kepada kehendak Israel dan Amerika.

- Britain, tunjuk perasaan yang mengecam kekejaman Israel ke atas Gaza juga disertai pertubuhan yahudi Britain. Mereka juga mendesak supaya Israel menghentikan segera peperangan di Gaza.

- Selain itu, penduduk di Los Angeles juga mengadakan tunjuk perasaan berhubung perang di Gaza.

- Beberapa buah bandar di Pakistan juga dinyatakan ada tunjuk perasaan yang mengecam kezaliman Israel di Gaza.

Gesaan dan bantahan

- HAMAS membantah kewujudan pasukan tentera antarabangsa mengawal sempadan antara Gaza-Israel. SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) juga menyatakan tidak menerima pasukan tentera antarabangsa di Gaza.

- HAMAS turut menyatakan, gencatan senjata dengan Israel tidak mungkin terjadi melainkan setelah hentikan peperangan, Israel juga berundur dari Gaza, buka semua sempadan yang berhadapan dengan Gaza dan bebaskan Gaza dari sekatan Israel.

- Bagaimanapun, Mahmoud Abbas, Presiden Palestin mendesak HAMAS agar menerima inisiatif Mesir sebagai mekanisma perlaksanaan daripada ketetapan Majlis Keselematan Bangsa-bangsa Bersatu baru-baru ini.

- Menteri Luar Mesir, Ahmad Aboul Gheit menyatakan Mesir tidak akan membekalkan bantuan dari sudut ketenteraan ke Gaza tetapi Mesir akan berusaha bagi memastikan penduduk Gaza boleh hidup dengan aman. Beliau juga mengkritik pandangan Hassan Nasrallah yang meminta Negara-negara Arab menghantar bantuan senjata ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir.

Pejuang Palestin terus bertahan, menyerang balas

- KATAIB SYAHID JIBRIL menyatakan pihaknya telah menggagalkan tentera Israel yang cuba menceroboh Gaza dari arah barat Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) menyatakan pihaknya telah membalas serangan Israel. Setakat ini, AL-QASSAM telah:

- Mengebom penempatan Sderot dengan 3 serangan roket jenis 'qassam'.

- Melancarkan serangan roket ke 2 buah penempatan Israel, Ushdud dan Nativout dengan roket jenis 'grad'.

- Mengebom pengkalan tentera udara Israel, Belmakhiem bagi kali kedua dengan serangan roket jenis 'grad' dan 'qassam'.

- Bandar Beer Sheeba dengan satu serangan roket jenis 'grad'.

- Seorang tentera Israel dari sebuah pasukan turut menjadi sasaran penembak tepat AL-QASSAM di selatan bandar Gaza.

- Berjaya meletupkan sebuah kereta kebal Israel dengan 2 bahan peledak di barat Jabaliya, utara Semenanjung Gaza.

- Berjaya menembak sebuah helikopter apache Israel.

- Pejuang dari kumpulan SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) membedil sepasukan jentera perang Israel di utara dan selatan gaza dengan menggunakan beberapa pelancar roket.

- AL-QASSAM mengebom lagi Majedal, Israel dengan 2 serangan roket jenis 'grad'.

Bantuan kemanusiaan

- Mesir membenarkan sepasukan doktor daripada Persatuan Doktor-doktor Arab memasuki Gaza melalui sempadan Rafah Mesir.

- Hospital Shifa' yang merupakan sebuah hospital terbesar di Semenanjung Gaza menerima beribu-ribu pesakit sepanjang peperang ini berlaku. Di bahagian merawat, kelihatan mangsa perang akibat terbakar dan kulit melepuh.

- Menurut sumber, doktor mengesahkan Israel menggunakan senjata yang berbeza kerana mangsa serangan Israel kali ini terjejas teruk dari segi kesihatan dan tubuh badannya.

- Menurut seorang doktor di hospital Shifa', mangsa-mangsa serangan Israel yang terbakar kulit malah melepuh adalah akibat terkena serangan yang menggunakan kandungan bahan kimia yang tidak diketahui kerana terdapat perbezaan yang amat ketara dengan mangsa-mangsa sebelum ini.

- Doktor Mohammad Osman, jurucakap bagi Persatuan Doktor Arab ketika memasuki Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah Mesir menyatakan beliau teramat sedih melihat keadaan yang berlaku. Jelasnya, bencana di Gaza terlampau teruk.

- Beliau bersama doktor-doktor dari berbagai Negara Arab telah mendapat kebenaran daripada Kerajaan Mesir untuk memasuki Gaza. Beliau juga menceritakan terpaksa menempuh perjalanan yang penuh dengan ketakutan dari Khan Yunus menuju ke Gaza(bandar Gaza).

- Beliau merayu kepada semua pihak agar tampil memberikan bantuan kepada penduduk Gaza, khususnya dari segi rawatan.

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(15)

10 Januari 2011

10 Januari 2009
HARI KE-15 BELAS SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari ke-7 serangan dan pencerobohan darat di Gaza)
_______________________________________
kronologi sebelum ini:

Serangan Israel di Gaza 2008-2009(14)
_______________________________________

Peningkatan mangsa perang terkini:

Mereka yang syahid: 854 orang
Cedera, kritikal: 3681 orang

Pejuang terus balas serangan

- Pertempuran sengit meletus tanpa henti dari semalam antara pejuang-pejuang Palestin dengan tentera Israel yang disokong kereta kebal di Hayyu Zaitun.

- SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) menyatakan salah seorang pejuangnya syahid awal pagi tadi dalam satu pengeboman yang dilakukan Israel di barat bandar Gaza.

- Sementara itu, seorang tentera Israel terbunuh dan beberapa lagi parah dalam satu serangan mengejut daripada pejuang Palestin di utara Gaza.

- Mohammad Nazal, salah seorang pemimpin HAMAS menyatakan, 12 tentera Israel terbunuh semalam. Sementara itu, penembak tepat dari pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) melakukan operasi tersebut di beberapa kawasan dan tempat sekitar Gaza.
____________________________________________
Klip berita Al-Jazeerah


Sumber: youtube.com
____________________________________________

Imbang Penuh- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) meletupkan 2 peledak ke atas sepasukan tentera Israel dan seorang tentera Israel ditembak oleh penembak tepat AL-QASSAM.

- 3 serangan roket jenis 'grad' yang dilancarkan dari Gaza gugur di Sderot dan 'Askalan. Menurut sumber, serangan tersebut menyebabkan 2 penduduk Israel mengalami kecederaan dan 2 buah bangunan mengalami kerosakan.

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) telah mengebom sebuah pengkalan tentera udara 'bilmakhem' dengan serangan roket jenis 'grad'. Menurut sumber, kali ini serangan roket yang dilancarkan AL-QASSAM mampu mencapai jarak 50km.

Israel serang lagi

- Dinyatakan, 8 buah rumah penduduk Palestin hancur akibat dibedil Israel. Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku di berlainan kawasan.

- Serangan Israel tertumpu ke atas bangunan-bangunan rumah, dan pengeboman masih berterusan.

- Di Jabaliya, artileri Israel terus membedil beberapa tempat.

- Di Hayyu Zaitun, kebanyakan rumah rosak teruk akibat pengeboman dan serangan yang membuta-tuli.

- Sebagaimana didakwa, Israel telah mengebom sebuah rumah mengakibatkan 30 Palestin di dalamnya syahid dalam satu masa.

Rundingan, diplomasi dan respon

- Delegasi HAMAS berada di Kaherah, Mesir bagi membincangkan bagi menghentikan serangan Israel. Menurut sumber, delegasi HAMAS juga akan menyampaikan cadangannya berhubung inisiatif Mesir.

- Mahmoud Abbas, Presiden Palestin Ramallah bertemu Housni Mubarak, Presiden Mesir di Kaherah hari ini. Menurut sumber, pertemuan ini adalah untuk mendapat maklum balas ketetap Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu dan inisiatif Mesir.

Bagi HAMAS, tempoh presiden Abbas telah berakhir semalam(9 Januari 2009) setelah 4 tahun memegang jawatan tersebut, namun sebilangan besar anggota Majlis Legislatif(perundangan) Palestin yang terdiri dari HAMAS berada dalam penjara Israel. Salah seorang darinya adalah Dr. Aziz Duweik yang merupakan Ketua Majlis Legislatif Palestin yang telah dihukum penjara beberapa tahun oleh mahkamah Israel.

- Mohammad Nazal, pemimpin HAMAS di Damsyik, Syria berkata: Delegasi HAMAS akan bertemu dengan wakil Mesir. Jelas beliau, sebagaimana yang dinyatakan Mesir meminta pihak kami secara rasmi agar berbincang dan mendengar cadangan-cadangan HAMAS berhubung apa yang berlaku sekarang ini. Juga cadangan kami terhadap inisiatif Mesir.

- Tambah beliau lagi, sebelum ini kami telah nyatakan untuk menghentikan serangan dari pihak pejuang Palestin adalah:
1) Israel perlu hentikan peperangan di Gaza dan berundur dari Gaza.
2) Bebaskan Gaza dari sekatan, dan
3) Sempadan yang berhadapan dengan Gaza perlu dibuka.

- Jelas Nazal, HAMAS ada beberapa penelitian terhadap inisiatif Mesir dan kami akan sampaikan kepada pihak Mesir. Kami juga tidak menerima kehadiran pasukan tentera antarabangsa mengawal sempadan Gaza-Israel kerana pihak antarabangsa ingin melindungi Israel.

- Mengulas campur tangan Turki, Nazal berkata, HAMAS mengalu-alukan Turki kerana pendirian Turki lebih terkehadapan dan amat sesuai. Dalam hal ini, kita tidak boleh mengasingkan peranan Turki. Seharusnya ada penyelarasan di antara Turki dan Mesir.

- Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ahmad Daud Oglo, salah seorang menteri di Turki iaitu, "secara asasnya bagi menghentikan serangan ini adalah bebaskan Gaza dari sekatan".

- Amus Gilad, wakil rundingan Israel dijadualkan akan datang ke Mesir untuk kali kedua bagi mengadakan perbincangan dengan Mesir. Menurut sumber, perbincangan tersebut berhubung insiatif Mesir dan menghentikan serangan di Gaza.

- PBB mendesak agar siasatan terhadap serangan Israel yang boleh membawa kepada jenayah perang.

Bantuan kemanusiaan

- PBB melalui UNRWA akan menyalurkan semula bantuan kepada penduduk Palestin Gaza yang menjadi mangsa perang Israel. Menurut sumber, sebelum ini UNRWA terpaksa menghentikan aktivitinya kerana Israel turut menyerang beberapa bangunan seliaannya dan aktivisnya juga menjadi mangsa serangan Israel.

- Sebanyak 14 trak bantuan ubat-ubatan dihantar ke Gaza melalui sempadan Rafah. Sementara itu, 13 orang doktor dari persatuan perubatan Arab juga telah mendapat kebenaran masuk ke Gaza

Reaksi penduduk dunia

- Jutaan penduduk dunia mengadakan tunjuk perasaan membantah perang di Gaza. Antaranya, di Amerika, Bosnia, BelJik, Norway, Jepun, Australia, Greek, dan Sweden.

- Para penunjuk perasaan di London bertempur dengan polis ketika cuba merempuh kedutaan Israel.

Timbal balas

- Fred Abraham, biro kajian di Human Rigth Watch berkata, bom phosporus putih dan ledakan api tidaklah dilarang sama sekali akan tetapi bom tersebut tidak boleh digunakan ke atas kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk. Jelasnya lagi, pihak kami juga telah merayu kepada pihak tentera Israel agar tidak menggunakan senjata phosporus.

- Khaled Mashal, Ketua Biro Politik HAMAS ketika mengulas perkembangan di Gaza menyatakan perang yang Israel lancarkan bukanlah untuk memerangi HAMAS sahaja atau sesiapa yang memikul senjata, akan tetapi peperangan itu adalah ke atas Palestin.

- Jelas Mashal, saat ini penentangan(muqawamah/Jihad) itu adalah sesuatu yang penting. Israel mahu menundukkan kami(HAMAS) dengan syarat-syaratnya agar kami kalah.

- Beliau berkata, pejuang Palestin akan menang dan kejutan ke atas musuh pasti akan berlaku. Mashal juga mengingatkan bahawa tujuan penakluk ingin menghapuskan pejuang-pejuang adalah untuk membersihkan permasalahan lama(sejarah dan seumpamanya).

- Mashal meminta supaya melihat semula persepakatan sempadan Rafah, November 2005.

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(14)

09 Januari 2011

9 Januari 2009
HARI KE-14 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari ke-6 serangan darat di Gaza)
_______________________________________
kronologi sebelum ini:

Serangan Israel di Gaza 2008-2009(13)
_______________________________________

Peningkatan mangsa perang terkini:

Mereka yang syahid: 802 orang
Cedera, kritikal: 3300 orang


Rundingan, diplomasi hentikan serangan

- Raja Bahrain meminta supaya diadakan pertemuan kemuncak Negara-negara Islam khusus untuk membincangkan mengenai Gaza.

- Ketetapan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu:
1) Menghentikan segera serangan(kedua belah pihak) di Gaza.
2) Menetapkan perlaksanaan dan pemeriksaan bagi menjamin tidak ada lagi penyeludupan senjata.


- Ketetapan ini mendapat undian majoriti anggota yang bersidang, antaranya Negara-negara Arab. Bagaimanapun Amerika mengambil sikap tidak menyokong.

- HAMAS: Ketetapan tersebut menandakan Israel gagal mencapai target(matlamat) dalam peperangan di Gaza. Jelas HAMAS, ketetapan Majlis Keselamatan itu tidak ada makna kerana dikeluarkan tanpa ada sebarang mesyuarat dengan pihak kami.

- Sementara itu, wakil JIHAD ISLAMI menyatakan pendirian kami adalah seperti HAMAS.

- SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) pula menyatakan ketetapan Majlis Keselamatan itu tidak menyebut langsung apa yang kami mahu(cita-cita Palestin).

- FATAH juga meminta HAMAS melihat ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa bersatu dengan pandangan yang positif dan berpegang dengan inisiatif Mesir bagi menghentikan peperangan ini.

- Wakil dari FATAH menjelaskan, ketetapan Majlis Keselamatan adalah secara umum. Perlaksanaan dan waktu bagi menetapkan perlaksanaan itu adalah dari Arab(persidangan Arab) berpandukan inisiatif Mesir.

- Sebelum ini, HAMAS menyatakan pihaknya akan hentikan serangan roket ke Israel, jika:
1) Israel mesti hentikan peperangan dan berundur dari Semenanjung Gaza.
2) Bebaskan Gaza dari sekatan Israel, dan
3) Buka semua sempadan(perlintasan Israel-Gaza) termasuk sempadan Rafah(Gaza-Mesir).


- FATAH: Ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu adalah salah satu bentuk bagi menyempurnakan ketetapan Arab secara bersama(satu pendirian).

Israel terus menyerang

- Pengeboman Israel di Gaza awal pagi tadi mengakibatkan jumlah penduduk Palestin yang syahid meningkat.

Sebuah kawasan(zuweidah) di serang dengan tembakan dari bot perang Israel, manakala di Beit Lahiya pula, artileri Israel membedil beberapa buah rumah, sambil disokong serangan udara. Kejadian di 2 tempat tersebut mengakibatkan 9 penduduk Palestin syahid.

- Gaza diserang dari darat, laut dan diceroboh melalui serangan darat.

- Bot perang Israel masih menyerang kawasan di persisiran laut Gaza. Menurut sumber, kedapatan jumlah mangsa yang agak ramai dalam akibat serangan tersebut. Pasukan penyelamatan dan perubatan bergegas ke tempat kejadian.

- Israel membedil 3 tempat di Beit Hanoun dan Beit Lahiya. Di timur laut Gaza pula, Israel membedil sebuah bangunan dengan artileri.

- Israel sebagaimana yang dinyatakan pada hari sebelum ini berpegang dengan gencatan senjata selama 3 jam setiap hari bagi memberi laluan bantuan kemanusiaan kepada mangsa serangan. Bagaimanapun, hari ini 3 jam gencatan senjata itu berubah kepada serangan yang lebih dahsyat.

Respon penceroboh

- Olmert dalam kenyataannya(semalam) menyatakan operasi ketenteraan di Gaza akan diteruskan meskipun Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengeluarkan ketetapan berhubung perang di Gaza, yang utamanya adalah 'menghentikan segera serangan antara kedua belah pihak'.

- Bagaimanapun timbul persoalan, iaitu tidak ditetapkan masa dan hari bagi menghentikan perang. Olmert juga menegaskan, tentera Israel tidak akan berundur selagimana beberapa sasaran dan matlamatnya tidak tercapai.

- Hari ini, tentera Israel mengetatkan kawalan di bandar Al-Quds(BaitulMaqdis), tidak terkecuali seluruh tempat di Tebing Barat berikutan adanya gesaan bagi mengadakan demontrasi dan tunjuk perasaan.

Balas tentangan Israel

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) membalas kejahatan Israel dengan mengebom pengkalan tentera udara Israel, Tel Nauv dengan serangan roket jenis 'grad'. Menurut sumber, pengkalan tersebut terletak kira-kira 45km dari Gaza. Ini adalah kai pertama pengkalan tersebut diserang roket Palestin.

- Berikutan serangan Israel yang tertumpu ke atas awam di Gaza, AL-QASSAM membalas lagi serangan roketnya ke Ushdud, Majedal, Selim, Be'er Sabiek(Beer Sheba), Sderot dan Ain Salithah.

- SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) pula melancarkan 9 serangan roket ke Sderot, Askalan dan Kafr Ezzah.

- Pertempuran sengit berlaku antara pejuang Palestin dan tentera Israel di barat laut, Beit Lahiya. Dinyatakan, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mencederakan beberapa tentera Israel dalam pertempuran tersebut. Sementara itu, AL-QASSAM menyatakan pihaknya mengebom sebuah kawasan di bandar Ushdud untuk kali kedua dengan serangan roket.

- Menurut sumber tentera Israel, sebanyak 30 serangan roket telah dilancarkan ke Israel semenjak awal pagi tadi.

- Unit khas dari KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) berjaya membunuh 8 tentera Israel. Menurut Abu Ubaidah, jurucakap AL-QASSAM, ketika itu pasukan AL-QASSAM mendapati sepasukan pasukan khas Israel memasuki sebuah rumah tanpa penghuni. Serta-merta pasukan khas AL-QASSAM menuju ke rumah tersebut. AL-QASSAM bertindak menembak secara berdepan kesemua 8 tentera Israel. Serangan hendap itu berlaku di Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

- SARAYA AL-QUDS menembak roket RPG ke arah sepasukan khas Israel. Menurut sumber, kejadian itu berlaku ketika pasukan khas Israel berada di dalam sebuah rumah.

- Pihak Israel mengakui, 3 tenteranya parah dalam pertempuran dengan pejuang Palestin.

Masyarakat dunia kecam serangan Israel

- Doha, Qatar. Tunjuk perasaan ini diketuai Dr.Yusof Qardhawi sempena hari Gaza sedunia dan hari kemenangan untuk Gaza. Beribu-ribu penduduk Doha sebaik sahaja selesai menunaikan solat jumaat, mereka berjalan menuju ke satu tempat sambil menyatakan simpati untuk Gaza yang diserang Israel.

- Istanbul, Turki. Tunjuk perasaan penduduk Turki yang berterusan semenjak hari pertama Israel menyerang Gaza malah Perdana Menteri Turki juga terlibat bagi mendamaikan keadaan di Timur Tengah berikutan peperangan yang berlaku di Gaza.

- Amman, Jordan. Para penunjuk perasaan berkumpul di hadapan kedutaan Israel. Menurut sumber, pertempuran antara para penunjuk perasaan dengan pihak keselamatan turut tercetus.

- Tebing Barat(Palestin). Puluhan ribu penduduk Palestin keluar beramai-ramai bagi menyatakan simpati terhadap Gaza malah mengecam dan mendesak supaya Israel menghentikan serangannya di Gaza.

- Indonesia. Tidak ketinggalan, para penunjuk perasaan di Indonesia juga bangkit menyatakan sikap mereka terhadap Gaza, iaitu sentiasa bersama penduduk Gaza. Mereka menyokong menentang Israel.

- Malaysia. Para penunjuk perasaan turut bersimpati terhadap apa yang menimpa penduduk Gaza.

- Mesir. 100 ribu para penduduk Iskandariah mengadakan tunjuk perasaan yang mengecam tindakan Israel malah juga mengkritik Kerajaan Mesir.

- Selain itu, di Iraq, Algeria, Nawakshout, Ukraine(kiev), Sudan, Kenya dan umat Islam di Denmark juga diadakan demontrasi dan tunjuk perasaan membantah serangan Israel di Gaza.

Bantuan kemanusiaan

- Brazil menghantar 14 tan bantuan ke Gaza dengan kapal terbang.

- 11 orang doktor telah mendapat kebenaran ke Gaza melalui sempadan Rafah.

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(13)

08 Januari 2011

8 Januari 2009
HARI KE-13 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari ke-5 serangan darat di Gaza)
_______________________________________
kronologi sebelum ini:

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(12)
Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(11)

_______________________________________

Peningkatan mangsa perang terkini:

Mereka yang syahid: 767 orang
Cedera, kritikal: 3150 orang


- Awal pagi ini, Israel masih menyerang beberapa kawasan di Semenanjung Gaza.

Rundingan

- Sumber menyatakan, delegasi Israel mengadakan lawatan ke Mesir hari ini. Menurut sumber, lawatan tersebut untuk membincangkan inisiatif Mesir berhubung peperangan di Gaza.

Perbincangan tertumpu bagi menghentikan peperangan di Gaza.

Israel terus menyerang

- Serangan Israel masih berterusan. Menurut sumber, sekarang ini Israel menyerang timur Jabaliya. Kedengaran 3 tembakan dari jentera perang Israel. Sementara itu, bom berangkai yang dikatakan mengandungi kimia berbahaya juga digugurkan di kawasan yang padat dengan penduduk Palestin.

- Di Abbasan pula, beberapa keluarga parah akibat serangan Israel yang berterusan. Pihak perubatan Gaza mendapat panggilan bagi menyelamatkan mangsa-mangsa serangan Israel. Bagaimanapun, bantuan tidak mampu sampai ke sana kerana pertempuran yang berlaku terlalu sengit.

- Menurut sumber, seorang anggota penyelamat terkena tembakan Israel ketika bergegas untuk menyelamatkan penduduk-penduduk yang terkena serangan Israel.

- Tentera Israel terus mengasak di beberapa kawasan yang kerap menerima tentangan sengit daripada pejuang-pejuang Palestin.

- Antara kawasan tersebut adalah Jabaliya(utara Gaza), Hayyu Tufah, Shujaieyah.

Lubnan tembak Israel

- Simpati terhadap Gaza, marah Israel. Menurut sumber, serangan roket jenis katyushia menggemparkan 2 kawasan di utara Israel(Nahariyya dan Shaloumi). Dinyatakan, serangan roket tersebut dilancarkan dari selatan Lubnan.

- Serangan tersebut mengakibatkan 4 penduduk Israel parah. Keadaan di utara Israel yang berdekatan dengan sempadan Lubnan(selatan) tegang berikutan serangan roket ini.

- Setakat ini, masih belum diketahui pihak yang melancarkan serangan roket tersebut.

- Israel tidak menuduh HIZBULLAH. Bagaimanapun, Israel membalas serangan itu dengan bedilan artileri(meriam) sebanyak 4 tembakan ke arah kawasan yang menjadi tapak pelancaran serangan roket.

Pejuang Palestin balas serangan

- 4 penduduk Israel parah akibat terkena serangan roket yang dilancarkan dari Gaza ke Ushkul, selatan tanah jajahan 1948.

- Penembak tepat dari sayap tentera HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM berjaya menembak 3 tentera Israel di barat Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) melancarkan 2 serangan roket jenis 'grad' ke pengkalan tentera udara Israel, Hetzarim.

- KATAIB AS-SYAHID ABU RISH(pecahan sayap tentera FATAH) mengebom sebuah kawasan di barat Naqab dengan 2 serangan roket jenis 'grad'.

- KATAIB MUJAHIDIN menyatakan pihaknya berjaya mengebom sepasukan tentera Israel.

- Sebuah kereta kebal Israel menjadi sasaran roket RPG. Menurut sumber, KATAIB MUQAWAMAH WATANIAH yang melancarkan serangan tersebut.

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mengebom sebuah kawasan di Majedal, Israel kali ketiga dengan serangan roket.

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) menyatakan pejuangnya telah mengebom sebuah pengkalan tentera, Isnad sufa, timur Rafah dengan serangan roket jenis 'qassam'.

- Kumpulan pejuang, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengebom Askalan dengan 3 serangan roket.

- Sebanyak 24 serangan roket dari Gaza menyerang Israel hari ini. Yang terakhir, roket menyerang 'Askalan.

Bantuan kemanusiaan

- Pasukan bantuan Palang Merah: Kami tidak mampu untuk pergi ke tempat-tempat yang dibom Israel bagi menyelamatkan mangsa. Menurut sumber, pertempuran terlalu sengit sehingga menyukarkan tugas menyelamat. Pihak penyelamat juga bimbang berikutan Israel turut menyerang sesiapa sahaja. Dinyatakan, sebelum ini 12 orang pemandu ambulan maut akibat terkena serangan Israel.

- Rafah. Sumber menyatakan, sempadan Rafah Mesir-Gaza dibuka bagi laluan bantuan kemanusiaan. Dinyatakan, 8 trak muatan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir. Bagaimanapun, sumber dari Hospital As-shifa' menyatakan pihaknya memerlukan lagi bantuan khususnya ubat-ubatan berikutan jumlah kecederaan dan mangsa yang parah meningkat.

- Dinyatakan juga, pesawat tempur Israel bertindak melepaskan tembakan berdekatan sempadan Rafah bagi menghalang ambulan-ambulan menuju ke sempadan Rafah.

- Seorang doktor menyatakan isteri dan anaknya telah disahkan syahid setelah beberapa jam beliau menunggu ambulan membawa anak dan isterinya ke hospital.

Beliau menceritakan, kereta kebal Israel melepaskan beberapa das tembakan ke arah rumahnya. Kekejaman itu berlaku pada jam 2 petang tadi di Hayyu Tufah. Setelah rumahnya ditembak, anak dan isterinya meminta pertolongan namun terpaksa menunggu waktu gencatan senjata
(3 jam yang diistihar Israel), tetapi Israel tetap meneruskan serangan meskipun Israel sendiri yang mengistiharkan gencatan senjata.

Bantahan penduduk dunia

- Demontrasi dan tunjuk perasaan di seluruh dunia tidak pernah surut semenjak Israel menyerang Gaza.

Di Maghribi. Kanak-kanak di sana akan mengadakan tunjuk perasaan sebagai rasa simpati terhadap kanak-kanak Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel. Menurut sumber, tunjuk perasaan itu akan diadakan pada hari akan datang.

Algeria. Kerajaan membenarkan tunjuk perasaan pada esok hari (jumaat) bagi membantah peperangan di Gaza.

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS