الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(12)

07 Januari 2011

7 Januari 2009
HARI KE-12 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari ke-4 serangan darat di Gaza)
_______________________________________
kronologi sebelum ini:

serangan Israel di Gaza 2008-2009(11)

_______________________________________

Peningkatan mangsa perang terkini:

Mereka yang syahid: 697 orang
Cedera, kritikal: 3100 orang



Bantuan kemanusiaan

- Sebelum ini, doktor-doktor Arab dan luar(termasuk pakar kedoktoran) memohon untuk masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir tetapi hingga saat ini belum mendapat keizinan dari Kerajaan Mesir. Menteri Kesihatan, Kerajaan Palestin Gaza pernah merayu agar doktor-doktor tersebut diizinkan ke Gaza memandangkan jumlah mangsa serangan Israel meningkat dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, belum diizinkan.

Rundingan dan diplomasi

- Persidangan Majlis Keamanan Bangsa-bangsa Bersatu menangguhkan pertemuannya awal pagi tadi setelah mendengar beberapa pandangan dari wakil yang hadir, antaranya Palestin(Mahmoud Abbas), Libya(Abd Rahman Shalqam), Amerika Syarikat(Condolezza Rice), Mesir, Israel dan beberapa lagi Negara. Persidangan tersebut bertujuan membincangkan ketetapan Arab berhubung bagi menghentikan peperangan dan serangan roket antara Israel-Palestin sebelum membuat ketetapan rasmi dari Majlis Keselamatan. Dinyatakan pertemuan ini akan membuat ketetapan rasmi hari khamis ini.

- Amr Mousa, Setiausaha Agung Liga Arab meminta supaya dihentikan segera peperangan ini, juga bebaskan Gaza dari sekatan Israel malah meminta Israel berundur segera dari Semenanjung Gaza.

- Inisiatif Mesir-Perancis bagi menghentikan serangan di gaza disambut baik oleh Israel. Bagi HAMAS, pihaknya akan mengkaji dan membuat penelitian ke atas cadangan dan langkah penyelesaian yang dikemukakan oleh Mesir.

- Mesir telah mencadangkan agar dihentikan serangan buat sementara waktu. Bagaimanapun Israel menyatakan, pihaknya menerima 3 jam dalam sehari untuk gencatan. Pihak pejuang Palestin pula menyatakan, tidak akan menerima inisiatif tersebut.

Israel terus menyerang, pejuang terus bertahan

- Petikan berita dari Haaretz.com versi English, sebuah media Israel melaporkan Israel mengebom sebuah sekolah di Jabaliya, utara Semenanjung Gaza petang semalam kerana dipercayai menjadi tempat persembunyian HAMAS.

- Pertempuran antara tentera Israel dengan Pejuang Palestin serta bedilan serangan Israel semakin sengit. Antara kawasan yang kerap diserang Israel dan merupakan tempat pertahanan bagi pejuang Palestin:

1) Jabaliya, utara Semenanjung Gaza
2) Beit Hanoun
3) Beit Lahiya
4) Hayyu Zaitun
5) Bandar Gaza
6) Pertengahan Gaza


- Tekanan dan serangan dari tentera Israel amat sengit. Sejak serangan darat bermula, Israel cuba menguasai Jabaliya, Beit Hanoun dan Beit Lahiya dengan sepenuh kekuatan jentera perang. Namun, kumpulan-kumpulan pejuang Palestin memberi tentangan sengit dan mengasak tentera Israel. 3 kawasan yang disebutkan sebentar tadi diserang dari berbagai sudut, contohnya Beit Hanoun yang agak hampir dengan sempadan Gaza-Israel di sebelah utara Gaza.

- Dinyatakan juga, Abbasan sebuah bandar kecil yang berhampiran sempadan Gaza-Mesir yang berkedudukan timur Gaza telah dimasuki sepasukan tentera Israel diiringi kereta kebal. Tentera Israel menceroboh rumah penduduk Palestin dan melakukan pemeriksaan. Selain itu, di Khan Yunus juga sedemikian.

- Sumber juga menyatakan kehidupan penduduk Palestin amat sukar berikutan serangan malah menghadapi krisis bekalan air dan elektrik.

- Beit Lahiya. Satu serangan Israel ke atas sebuah rumah yang dihuni 4 orang. Menurut sumber, ibunya parah, seorang anaknya syahid dan 2 lagi selamat.

- Utara Gaza. Israel membedil beberapa bangunan di kawasan Syeikh Ridhuan yang menyebabkan 4 penduduk Palestin syahid.

- Di bandar Gaza pula, helikopter apache Israel menyerang dari penjuru barat dan timur. Kepulan asap putih yang dipercayai mengandungi kimia berbahaya memenuhi persekitaran tempat yang dibedil dan juga di ruang udara bandar Gaza. Kedengaran letupan dari tembakan artileri Israel.

- Kapal perang Israel turut mengebom deretan rumah penduduk Gaza yang berhampiran dengan persisiran pantai Gaza.

- Hospital As-Shifa' yang merupakan hospital terbesar di Gaza menyatakan pihaknya sukar menyelamatkan mangsa-mangsa perang berikutan bekalan elektrik yang bermasalah malah turut memberi kesan pihaknya ditimpa kekurangan peralatan.

- Israel membedil kawasan di Hayyu Zaitun. Sumber menyatakan, beberapa jam sebelum ini 23 penduduk Palestin telah syahid akibat serangan Israel.

Tindakan pejuang Palestin

- Kelmarin, 2 tentera Israel berjaya dibunuh oleh penembak tepat pejuang Palestin(ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN dan KATAIB PEJUANG KEBANGSAAN). Ini bukanlah kali pertama tentera Israel menjadi sasaran penembak tepat pejuang Palestin bahkan beberapa hari lalu, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) juga berjaya menembak tepat 2 tentera Israel.

- Bagaimanapun, pejuang-pejuang Palestin berkata, sehinggalah nyawa terakhir, mereka tetap akan pertahankan Gaza. Tidak dinafikan, meskipun Israel memiliki teknologi senjata dan jentera perang yang canggih, pejuang Palestin boleh dan telah berjaya membunuh tentera Israel malah kereta kebal, pesawat pengintip, kereta pengangkut tentera dan helikopter apache juga menjadi mangsa pejuang Palestin.

Di samping itu, serangan-serangan roket pejuang Palestin ke Israel masih belum ditangkis Israel hingga sekarang.

- SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) melancarkan 6 serangan roket ke Sderot, Israel.

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mengebom Ushdud dan Grata, Israel dengan serangan roket jenis grad.

- Sebuah lagi kawasan Israel, iaitu Majedal turut dibom dengan serangan roket jenis qassam.

- Penembak tepat dari pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) telah menembak 2 tentera Israel, barat laut Gaza.

- Untuk hari ini, pejuang-pejuang Palestin telah melancarkan 16 serangan roket ke Israel.

Impak dan bertenang

- Helikopter apache meninjau-ninjau di ruang udara bandar Gaza sambil menembak ke arah barat laut bandar Gaza. Selepas itu, apache tersebut menggugurkan bom cahaya(digunakan pada malam hari bagi menerangi kawasan yang gelap). Dinyatakan, tembakan itu adalah syarat berakhirnya tempoh 3 jam gencatan senjata.

- 85% penduduk Palestin Gaza terputus hubungan telekomunikasi berikutan perang yang terlalu dahsyat.

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS