Serangan kedua roket grad ALWIYAH ke Urim
23 Februari 2012
Jam 11:39 malam, waktu Mesir
GAZA - Sayap tentera kepada LIJAN MUQAWAMAH, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengumumkan pejuangnya mengebom kali kedua lokasi Urim yang terletak dalam jajahan 1948 dengan satu serangan roket.
Berhubung misinya, 'لبيك يا أقصى', menukil laporan ketenteraan ALWIYAH, alhamdulillah..sebuah unit serangan roket pejuang ALWIYAH berupaya mengebom kali kedua lokasi Urim dalam jajahan 1948 dengan satu serangan roket grad pada jam 11:10 malam, 23/02/2012.
Sebelum itu, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengumumkan pejuangnya mengebom buat kali pertama lokasi Urim dengan roket grad pada jam 10:30 malam, Khamis, 23/02/2012.
ALWIYAH menyebut pejuangnya berupaya melaksanakan misi tersebut meskipun pesawat-pesawat tempur zionis kerap meninjau di ruang udara. Pejuang-pejuang terbabit dapat kembali dengan selamat sambil diawasi Ar-Rahman ke pengkalan operasi.
Jelas ALWIYAH, operasi serangan roket ini adalah serangan balas berikutan jenayah yang dilakukan zionis ke atas Masjid Al-Aqsa malah kerap kali warga-warga haram merempuh masuk ke sana. Serangan ini juga sebagai mesej kepada zionis bahawa pejuang-pejuang tidak berpeluk tubuh ekoran jenayah-jenayah zionis terhadap kesucian Islam, terutamanya Masjid Al-Aqsa.
Kata ALWIYAH, pejuang-pejuang ini sentiasa berada di barisan hadapan bagi melindungi tanah-tanah suci serta menghadang dan membalas sebarang ancaman mahupun tentangan zionis. Maka, ingin kami mengesahkan keimanan kami berpegang kuat dengan jalan jihad dan penentangan, inilah satu-satunya cara(jalan) bagi membebaskan keseluruhan tanah kami Palestin yang dirompak.
Radio zionis akui serangan roket
Memetik laporan SAMANEWS, radio rasmi Israel versi hebrew berkata, satu serangan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza telah gugur di kawasan Majlis Penempatan She'er Hanegev, barat Naqab malam ini(Khamis).
Berhubung serangan roket, sumber dari WALANEWS Israel menyebut serangan terbabit tidak mengakibatkan sebarang kecederaan mahupun kerosakan di kawasan berkenaan. Sumber 23/02/2012, web berita Qaweim.com dan Samanews.com