Sekatan Israel di Gaza
22 Jun 2009
Menurut sumber, seorang penduduk Palestin, Kauthar Mustafa yang berumur 50 tahun telah meninggal dunia sekaligus mencatat jumlah mangsa akibat sekatan Israel meningkat ke angka 345 mangsa. Dinyatakan, mangsa yang berasal dari bandar Gaza itu mengharungi penderitaan dalam tempoh yang lama setelah mengidap kanser. Bagaimanapun, usaha bagi mendapatkan rawatan di luar Gaza tidak mendapat keizinan kerana sekatan yang masih berlarutan di Semenanjung Gaza.
Laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza mengatakan terlalu penting dengan pembukaan sempadan, secara khususnya sempadan Rafah Mesir.
Sumber menjelaskan, pembukaan sempadan perlu bagi membolehkan pesakit mendapatkan rawatan susulan di hospital luar.
Selain itu, Kementerian kesihatan juga mengatakan, sempadan yang dibuka turut membolehkan bekalan ubat-ubatan dan perubatan dapat disalurkan ke Semenanjung Gaza.
Dari laporan yang lain, Badan Pentadbiran Sempadan menyatakan sempadan Rafah akan dibuka selama 3 hari, dari 27 Jun sehingga 29 Jun. Sumber 22/06/09, web berita Shehab.ps
Ucapan Mash'al khamis ini
Laporan terkini dari sumber (Shehab.ps) menyatakan Khaled Mash'al, Ketua Biro Politik HAMAS akan menyampaikan ucapannya pada hari khamis akan datang (25/06/09). Pada asal, sumber melaporkan, Mash'al akan berucap pada jam 6 petang semalam, tetapi telah ditunda.
Menurut sumber lain, Salam Fayadh, Ketua Kerajaan Palestin yang berpusat di Tebing Barat turut akan menyampaikan ucapan. Dinyatakan, ucapan beliau adalah bagi menjawab ucapan Netanyahu. Sumber 22/06/09, berita Al-Jazeerah dan web berita Shehab.ps
Tentera Israel tangkap 12 Palestin
Sumber melaporkan, tentera Israel telah menangkap 12 penduduk Palestin pada malam semalam dan awal pagi di beberapa kawasan yang berlainan di Tebing Barat.
Seperti kebiasaannya, radio Israel menyatakan kesemua yang ditangkap adalah atas dakwaan "dikehendaki" menurut Bahagian Keselamatan Israel. Selain itu, Israel mendakwa mereka yang ditangkap kerana terlibat dengan aktiviti yang disifatkan 'keganasan'. Lantas sebaik sahaja ditangkap, penduduk Palestin dibawa ke pusat Perkhidmatan Keselamatan Umum (SHABAK atau GSS) untuk siasatan.
Mutakhir ini, Israel terus menggiatkan operasi penangkapan di Tebing Barat. Para pemerhati yang menilai tindakan Israel menjelaskan bahawa ianya adalah petanda dokumen perjanjian bagi penukaran Gila'ad Shalit hampir mencapai persepakatan. Sumber 22/06/09, web berita Shehab.ps
Fakta lain: GSS (Perkhidmatan Keselamatan Umum), juga dikenali dengan Agensi Keselamatan Israel (ISA). SHABAK adalah istilah dalam bahasa Hebrew, dan SHIN BET adalah istilah dari bahasa inggeris. SHABAK merupakan Perkhidmatan Keselamatan Dalaman Umum Israel.
Pautan, Shin Bet (wikipedia) dan laman utama Shin Bet