Penjajah rampas lagi tanah Palestin
11 Julai 2011
Pihak berkuasa penjajah telah merampas tanah penduduk Palestin seluas 200 hektar di kampung Qaryut yang terletak di antara buah bandar, Ramallah dan Nablus di Tebing Barat. Jelasnya, tujuan rampasan tersebut bagi mendirikan lagi unit-unit perumahan zionis dan melebarluaskan penempatan zionis di lokasi berkenaan.
Status tanah-tanah yang dirampas oleh pihak berkuasa penjajah telah diubah kepada 'hak milik pemerintah'. Berikutan itu, dua buah NGO(Pertubuhan bukan kerajaan) hak asasi manusia Israel, Peace Now dan Yesh Din telah membawa isu rampasan ini ke mahkamah tertinggi Israel untuk mempertikaikan ketetapan yang membenarkan rampasan. Bagaimanapun, usaha itu hanya sia-sia.
Pemberita Al-Jazeerah, Jivara Al-Badiri berkata, rampasan tanah Palestin dilakukan secara mengejut tanpa sebarang makluman kepada penduduk-penduduk kampung.
Sedemikian itu, rampasan tanah ini berlaku sebagaimana pertengahan tahun 2008. Semenjak kejadian rampasan tanah hingga ke hari ini, rundingan yang telah dihentikan oleh pihak Pemerintah Palestin Ramallah juga tidak dapat menghentikan pembinaan penempatan zionis sehinggakan jumlah warga-warga haram zionis meningkat lebih 1 juta. Manakala, pembinaan penempatan-penempatan zionis serta tembok pemisah dan pusat-pusat tentera zionis telah menjalari 60% dari keluasan tanah-tanah Palestin di Tebing Barat. Sumber 11/07/2011, web berita Al-Jazeerah