Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.

Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Penjajah tangkap Abu Teir

30 Jun 2010

AL-QUDS, - Sumber berita yang melaporkan pada jam 04.42 petang, Palestin/Mesir, sepasukan unit polis Israel telah menangkap ahli parlimen Majlis Legislatif Palestin, Muhammad Abu Teir(gambar) di jalan masuk bandar kecil Umm Tuba, selatan bandar Al-quds.

Abu Teir yang ditangkap polis Israel telah dibawa ke arah yang tidak diketahui, menurut saksi kejadian.

Bekas Menteri Al-Quds, Khalid Abu Arfah yang berkata kepada agensi berita, 'polis Israel telah menangkap Syeikh Abu Teir dan membawanya ke arah yang tidak diketahui dari Umm Tuba.'

Menurut Abu Arfah, menyatakan pasukan peguam sedang berusaha bagi mengetahui nasib Abu Teir yang diancam akan ditangkap sekiranya tidak mengikut ketetapan Israel yang membuangnya dari bandar Al-Quds berkuat kuasa pada 25 Jun. Sekarang, tidak tahu sama ada polis Israel akan menghalaunya dari Al-Quds atau tidak.

Propaganda media

Abu Arfah turut mengulas mengenai laporan terlalu pantas diterbitkan mengenai isu ahli-ahli parlimen dan usaha Mahmoud Abbas.

Beliau berkata, "Kami tidak akan menyerahkan kad pengenalan atau apa jua dokumen malah ketetapan Israel yang menghalau kami tidak dibatalkan. Apa-apa laporan media mengenai hal sedemikian adalah sebaliknya dan ia merupakan propaganda media." Berita ringkas, sumber 30/06/2010, web berita safa.ps

Read more...

Israel pinda undang-undang pengusiran ahli parlimen Al-Quds

Sumber menyatakan, isu ahli-ahli parlimen Baitul Maqdis(gambar) yang diusir dari Al-Quds sedang diselesaikan. Sementara itu, ahli-ahli parlimen berkenaan menafikan wujudnya sebarang tawaran atau syarat-syarat yang membuatkan Israel menilai semula ketetapan 'pengusiran' ahli-ahli parlimen tersebut, tetapi ahli-ahli parlimen amat berharap mereka diberikan keputusan secara bertulis yang membatalkan pengusiran itu.

Pihak Berkuasa Israel telah menggugurkan status ahli parlimen Al-Quds, Muhammad Tutah, Muhammad Abu Teir, Ahmad Atuan dan bekas Menteri Al-Quds, Khalid Arfah yang mewakili gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية). Kesemua ahli parlimen ini telah diberikan tempoh beberapa hari supaya keluar bandar Al-Quds, tetapi ahli parlimen ini membantah dari meninggalkan Al-Quds.

'Batal'

Abu Arfah berkata, beliau dan ahli-ahli parlimen berkenaan mendapat maklumat yang menunjukkan Pihak Berkuasa Israel telah bersetuju untuk menilai semula ketetapan melucutkan status penduduk asal Baitul Maqdis dan membatalkan ketetapan pengusiran.

Hal tersebut yang dinyatakan kepada agensi berita bahawa Amerika Syarikat(US) dan Eropah telah menekan Israel ekoran dari ketetapannya setelah Pihak Kerajaan Palestin campur tangan dalam hal tersebut, tetapi Abu Arfah mengungkapkan rasa khuatir sekiranya Israel tidak mematuhi perjanjian.

Beliau berkata, Pihak Berkuasa Penjajah bersungguh-sungguh untuk menolak dari mengadakan sebarang perjanjian. Berikutan itu, Abu Arfah dan rakan ahli parlimennya menanti dokumen status penduduk asal Al-Quds dikembalikan serta menerima ketetapan baru yang membatalkan ketetapan pembuangan ke luar(pengusiran).

Abu Arfah menjelaskan, status dan dokumen pengesahan penduduk asal beliau dan kesemua ahli parlimen masih lagi tidak dikembalikan meskipun ada khabar yang baik, namun sehingga sekarang Pihak Berkuasa Penjajah tidak mengeluarkan ketetapan lain bagi membatalkan ketetapan pengusiran itu.

Sementara itu, Penasihat Presiden Palestin, Amin Maqbul menyatakan maklumat terkini yang diterimanya mengisyaratkan perbincangan melalui telefon yang dilakukan oleh Pihak Pemerintah Palestin dengan US berjaya mengekalkan ahli-ahli parlimen Baitul Maqdis menetap di bandar asal mereka(Al-Quds) dan isu ini selesai.

Amin Maqbul berkata kepada agensi berita Al-Jazeerah bahawa US telah memberikan jawab balas pada jam 5.00 petang Isnin selepas Mahmoud Abbas, Presiden Palestin dan Saeb Arekat, Pengerusi Badan Perundingan Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO) menghubungi pentadbiran US secara langsung.

Nafi wujud syarat atau tawaran

Penasihat Presiden juga menafikan wujudnya sebarang syarat-syarat dan tawaran lain. Jelas beliau, persepakatan yang dilakukan telah menyelesaikan isu tersebut tanpa ada sebarang syarat atau apa-apa ikatan dan status penduduk asal Al-Quds dikembalikan kepada mereka yang digugurkan haknya.

Begitu juga, Abu Arfah menafikan sebarang tawaran bagi menyelesaikan isu berkenaan seperti membuat pengumuman ahli-ahli parlimen itu tiada kaitan dengan gerakan HAMAS, sebagaimana yang didakwa oleh media-media.

Abu Arfah berkata lagi, usaha Mahmoud Abbas yang tertumpu kepada ahli-ahli parlimen kerana mereka dipilih oleh penduduk Palestin melalui jalan perundangan, dan mewakili penduduk Palestin dari keseluruhan kumpulan pembebasan Palestin, sama ada HAMAS atau selainnya.

Akhbar Al-Quds yang menyebut dari sumber Palestin berkata, "inisiatif persamaan itu yang disebut terzahir dari kenyataan tiga ahli parlimen dan bekas Menteri Al-Quds ketika pertemuan dengan Mahmous Abbas di Ramallah pada petang Jumaat yang lalu. Ketika pertemuan itu, mereka membuat pengumuman bahawa mereka adalah wakil-wakil penduduk Palestin dan ahli parlimen yang dipilih dan tidak mewakili mana-mana gerakan politik, termasuk HAMAS."

Merujuk kepada kisah yang dilalui ahli-ahli parlimen tersebut dapat dilihat empat tahun yang lalu apabila Menteri Dalam Negeri Israel pada waktu itu mendesak mereka meletakkan jawatan dari Majlis Legislatif Palestin setelah pilihanraya Palestin 2006, jika tidak berbuat demikian, status mereka sebagai penduduk asal Baitul Maqdis yang mendapat hak kekal menetap di Al-Quds tanpa memiliki status warganegara Israel akan dilucutkan. Sumber 30/06/2010, web berita Al-Jazeerah

Read more...

Livni bantah longgarkan sekatan

29 Jun 2010

AN-NASIRAH, - Ketua Parti Kadima yang merupakan parti pembangkang terbesar di Israel, Tsipi Livni(bekas Menteri Luar Israel) berkata, 'ketetapan Israel melonggarkan sekatan ke atas Gaza selamanya tidak rasional kerana ia menzahirkan kelemahan Israel dan menambahkan lagi pengiktirafan secara undang-undang kepada HAMAS.'

Memetik rangkaian 10, televisyen Israel yang menyiarkan pertemuan antara Livni dengan Setiausaha Agung parti pemerintah Perancis.

"Tujuan kami menentang agenda perlonggaran sekatan ke atas Gaza kerana kami mahu tunjukkan ketetapan kami adalah dari titik permulaan yang kuat dan bukan yang lemah serta mudah mengikut telunjuk Negara-negara luar dan Arab."

Livni dalam pertemuan itu meminta kepada wakil Perancis agar mengenakan tekanan kepada gerakan HAMAS agar dapat membebaskan seberapa segera seorang tentera Israel, Gilad Shalit yang ditawan HAMAS sejak empat tahun yang lalu.

Tambah Livni, 'waktu sebegini, Kerajaan Perancis dapat membentukkan faktor yang memberikan tekanan kepada HAMAS demi pembebasan Gilad Shalit dalam masa segera yang mungkin, inilah yang kami harap dari Kerajaan Perancis.'

Tsipi Livni yang juga terlibat dalam mengenakan sekatan ke atas Gaza membantah agenda bagi meringankan sekatan sebagaimana yang dikemukakan oleh Kerajaan Benjamin Netanyahu. Sedemikian itu, ia menjadi hujah yang merendah-rendahkan kedudukan Israel di mata dunia dan tempatan kerana tunduk kepada tekanan luar ekoran dari serangan berdarah ke atas freedom flotilla. Sumber 29/06/2010, web berita safa.ps

Read more...

Perkhemahan Musim Panas UNRWA dibakar, senarai barangan yang tidak dibenarkan

Menurut sumber dan saksi kejadian berkata, sekumpulan bersenjata yang tidak dikenali telah menceroboh kem perkhemahan musim panas UNRWA di pantai Zuweidah, pertengahan Gaza.

Dalam kejadian itu, sekumpulan yang tidak dikenali itu telah mengikat pengawal kem. Sebelum kumpulan yang terbabit beredar dari kem tersebut, mereka telah membakar kem yang mengakibatkan kerugian besar.

Senarai-senarai yang tidak dibenarkan masuk ke Gaza

Sementara itu, sumber dari Kerajaan Israel menyatakan, pihaknya berharap agar mendapat sokongan dari Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dalam perjumpaan di Washington pada 6 Julai akan datang berhubung senarai barangan baru yang tidak dibenarkan bawa masuk ke Gaza.
Memetik akhbar "Jerusalem Post" Israel dari sumber berkenaan menjelaskan bahawa Israel melihat senarai barangan yang meliputi 100 jenis kategori barang boleh digunakan untuk logistik ketenteraan. Sumber 29/06/2010, suratkhabar Shourouk(Mesir)

Read more...

Pihak Keamanan Palestin tangkap 4 anggota kami - HAMAS

TEBING BARAT - Gerakan HAMAS( حركة المقاومة الإسلامية) mendakwa Pihak Keamanan Palestin di Tebing Barat menangkap empat anggotanya di Nablus dan Tubas.

Dalam kenyataan rasmi HAMAS yang disampaikan kepada agensi berita berkata, "seorang dari anggota HAMAS yang baru dibebaskan dari tahanan, Bahauddin Ya'ish telah ditangkap pada tengah malam semalam setelah rumahnya dipecah masuk, dan Musaddiq Kharuf serta 'Ala Hamami juga ditangkap."

Di Tubas pula, Pihak Keselamatan Palestin menangkap tahanan yang juga baru dibebaskan, Muhammad Audah Sawafitah. Malah beberapa dari kalangan anggota HAMAS yang lain dipanggil melapor diri, menurut kenyataan HAMAS.

Sementara itu, HAMAS mendakwa Pihak Keselamatan di Tebing masih menahan seorang pemimpin veteran HAMAS, Anuar A'mir berasal dari bandar kecil Bal'a semenjak seminggu yang lalu. Pemimpin HAMAS yang ditangkap itu adalah tahnan yang baru dibebaskan dari penjara Israel setelah ditahan selama 3 tahun. Sumber 29/06/2010, web berita safa.ps

Read more...

Seorang penduduk syahid, 2 parah dalam pengeboman Israel

28 Jun 2010

GAZA - Menuruk saksi kejadian, "Sebuah kereta kebal Israel telah mengebom sekumpulan penduduk di akhir jalan Al-Nakhlu(النخل ) yang terletak di kawasan As-Sya'af(الشعف), timur Gaza yang mengakibatkan seorang penduduk syahid dan 3 yang lain parah."

Kumpulan pejuang Palestin, KATAIB ABU ALI MUSTAFA(sayap tentera Barisan Rakyat) berkata, sekumpulan pejuang dari unitnya telah melancarkan serangan 3 roket jenis RPG ke atas kereta kebal Israel. Kemudian, tentera penjajah mengebom sekumpulan pejuang itu yang mengakibatkan seorang pejuang, Basam Ibrahim Badwan, 29 dari Hayyu Syuja'iyah syahid, manakala 2 lagi pejuang parah.

Dalam keterangan akhbar, kumpulan pejuang itu menyatakan serangan itu adalah balasan ke atas jenayah penjajah khasnya di Al-Quds dan projek pengyahudian Al-Quds.

Sumber dari tentera Israel pula mengumumkan bahawa satu serangan roket buatan tempatan telah gugur di kawasan barat Naqab tengahari tadi.

Jelas sumber tersebut, tidak ada sebarang luka parah atau kerosakan harta benda akibat serangan roket yang gugur di Wilayah terbabit. Sumber 28/06/2010, web berita safa.ps

Read more...

Penjajah rempuh masuk ke Khalil, seorang ditangkap

KHALIL - Sepasukan tentera penjajah telah merempuh masuk ke tiga buah bandar kecil di Wilayah Khalil(Hebron) di selatan Tebing Barat. Dalam rempuhan pagi ini di Wilayah tersebut, seorang penduduk Palestin telah ditangkap oleh tentera penjajah.

Sumber peta, google map. Bandar besar Khalil berada di kedudukan penanda berwarna kuning dan bandar-bandar kecil yang dirempuh tentera penjajah sebagaimana yang tertera di bawah:

1) Kedudukan Halhul bernombor 16 hijau di utara Khalil.
2) Nombor 8 hijau berwarna hijau adalah kedudukan Bayt 'Awwa.
3) Manakala 14 berwarna hijau adalah bandar kecil Al-Dhahiriya.
4) Kampung Dayr Samit bernombor 13 warna hijau.

Sumber keselamatan yang menyampaikan kepada agensi berita berkata, "tentera-tentera penjajahh telah merempuh masuk ke bandar kecil Halhul di utara Khalil, dan juga ke bandar kecil Al-Dhahiriya di selatan serta bandar kecil Bayt 'Awwa di barat daya Khalil."

Sementara itu, tentera penjajah turut memecah masuk ke sebuah rumah
penduduk Palestin, Isa Abdul Jawad Al-
Hurub di kampung Dayr Samit. Setelah berjaya pecah masuk, tentera penjajah melakukan pemeriksaan dalam keseluruhan rumah berkenaan.

Menurut saksi kejadian yang memaklumkan kepada agensi berita berkata, "tentera penjajah telah menangkap Raed Al-Hurub anak kepada pemilik rumah tersebut yang telah ditangkap sebelum ini dalam satu operasi penangkapan ke atas 21 penduduk di kampung yang sama seminggu yang lalu. Sumber 28/06/2010, web berita safa.ps

Read more...

Turki tidak benarkan kapal terbang tentera Israel melintasi ruang udaranya

Berita semalam:

Sebagaimana dilaporkan, Kerajaan Turki tidak membenarkan kapal terbang tentera Israel yang membawa lebih dari 100 pegawai tentera Israel melintasi ruang udaranya menuju ke Polland dalam rangka lawatan ke kem tentera Nazi.

Memetik akhbar berita "Yediot Ahronot" Israel pada 27/06/10, Ahad, menyatakan Angkatan Tentera Udara Israel terpaksa mengubah laluan penerbangan bagi pesawat pengangkut yang membawa pegawai-pegawai tentera Israel setelah Kerajaan Turki tidak membenarkan pesawat itu melintasi laluan yang sebagaimana biasa dari ruang udara Turki.

Akhbar tersebut menjelaskan, tentera Israel tidak boleh menjawab secara rasmi berhubung tindakan Turki kerana bertujuan tidak mahu meningkatkan lagi krisis ketegangan yang melanda antara dua pihak. Krisis itu meletus setelah serangan Israel ke atas kapal-kapal freedom flotilla dan membunuh 9 sukarelawan Turki yang berada di atas kapal laut berkenaan. Sumber 27/06/2010, web berita Palestine 48(Pls48)

Read more...

Pertempuran meletus lagi

27 Jun 2010

06.11 petang, Palestin/Mesir : Sumber melaporkan, pertempuran antara penduduk Palestin dengan tentera penjajah meletus lagi pada petang ini di kawasan Telaga Ayub, Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa.

Sumber dari penduduk Palestin yang menyampaikan kepada agensi berita bahawa sejumlah dari penduduk Israel yang dikawal tentera pengawal sempadan penjajah melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin.

Sebagaimana yang dijangkakan, tentera penjajah akan menjalankan operasi penangkapan ke atas penduduk Palestin malam ini.

Laporan yang dinyatakan pada jam 08.45 pagi tadi, bahawa 20 penduduk Baitul Maqdis mengalami kecederaan akibat serangan tentera penjajah yang merempuh masuk ke pertengahan Silwan pada lewat malam semalam.

Sumber dari penduduk yang menyampaikan kepada agensi berita berkata, "pertempuran sengit telah meletus pada lewat malam semalam dan berlarutan sehingga awal subuh. Tentera penjajah yang merempuh masuk ke kawasan perumahan ini melepaskan tembakan secara rambang ke arah penduduk Baitul Maqdis sehingga mengakibatkan sebilangan dari mereka mengalami kecederaan."

Sebagaimana dijelaskan, sebilangan penduduk yang mengalami kecederaan itu akibat sesak nafas ekoran gas pemedih mata dan tembakan yang dilepaskan ke arah penduduk dan beberapa buah rumah. Malah ada penduduk Palestin yang mengalami kecederaan ringan akibat ditembak dengan peluru getah. Sumber 27/06/2010, web berita safa.ps

Read more...

Karikatur: Demam Piala Dunia, penentang menjadi sasaran, undang-undang kacau-bilau


Sumber karikatur, Al-Jazeerah

Ketika dunia dilanda berbagai-bagai krisis, perang, krisis ekonomi global dan kebuluran. Hanya demam Piala Dunia membuatkan ia tenang seketika.

Sumber karikatur, Al-Jazeerah

Golongan yang bangkit melawan zionis sedikit pun tidak dilindungi malah kerap kali kenyataan rasmi beliau menjadi penyumbang meningkatnya tekanan kepada pejuang-pejuang.

Sumber karikatur, Al-Jazeerah

Undang-undang Antarabangsa menjadi kacau-bilau akibat sentuhan zionis

Read more...

Mesir bantah Turki campurtangan dalam usaha pembaikan dalaman Palestin

26 Jun 2010

Mesir telah membantah cadangan dari Turki yang memutuskan Ankara sebagai pelaksana mendekatkan pandangan antara dua gerakan pembebasan Palestin; gerakan HAMAS dengan gerakan FATAH. Tujuan Turki itu adalah untuk mempermudahkan misi Mesir bagi memperolehi persepakatan dalaman Palestin.

Sumber rasmi Palestin mendedahkan kepada Al-Jazeerah bahawa Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoğlu(gambar: arkib-Reuters) dengan sokongan Perdana Menteri Turki, Receip Tayyib Erdogan telah menghubungi Pengerusi Badan Perisikan Mesir, Wazir Omar Sulaiman selepas kejadian serangan berdarah ke atas freedom flotilla akhir bulan Mei lalu.

Ahmad yang menghubungi Omar Sulaiman memaklumkan bahawa Turki meminta untuk memainkan peranan sebagai perantaraan bagi menghubungkan pandangan antara HAMAS dengan FATAH.

Berikutan, dari sumber yang enggan menyebut namanya menyatakan Presiden Palestin(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS), Mahmoud Abbas bersetuju dengan cadangan Turki tetapi menarik semula persetujuan itu apabila Mesir membantah hal yang dikemukakan oleh Turki yang memutuskan Menteri Luarnya mahu mengadakan pertemuan dengan pemimpin HAMAS dan FATAH serta Setiausaha Agung Liga Arab, Amru Moussa dan juga bersama Omar Sulaiman di Kaherah.

Sumber yang sama menjelaskan bahawa Mesir menyatakan kepada Turki iaitu mana-mana pemimpin HAMAS tidak boleh mengadakan kunjungan ke Kaherah atau menyeberangi tanah Mesir untuk berkunjung ke Negara lain. Kunjungan yang dibenarkan melalui Mesir hanyalah untuk menandatangani dokumen pembaikan Palestin yang disediakan oleh Mesir.

HAMAS membantah menandatangi dokumen Mesir sebelum dilakukan perubahan mahupun rombakan.

Sumber tersebut turut mengesahkan bahawa Omar Sulaiman menyampaikan kepada Menteri Luar Turki bahawa Mesir tidak dapat menerima kunjungan pemimpin HAMAS pada masa ini, dan HAMAS boleh faham iaitu pihaknya mesti menandatangani dokumen Mesir terlebih dahulu dan *pemerhatian HAMAS akan diambil kira selepas HAMAS menandatangani dokumen tersebut.

*pemerhatian: Apa-apa pandangan, cadangan, bantahan atau penambahan dari HAMAS.

Menurut sumber itu, Omar Sulaiman membantah dari memberikan kata putusnya kepada Menteri Luar Turki bahawa pemerhatian dari HAMAS akan diambil kira sebaik sahaja HAMAS menurunkan tandangan di atas dokumen Mesir, sekaligus membuatkan Turki menolak permintaan Mesir bagi memujuk HAMAS menandatangi dokumen tersebut.

Tandatangan dulu

Sebelum ini, sumber-sumber Palestin mendedahkan kepada Al-Jazeerah bahawa Mesir memaklumkan kepada individu bebas(bukan ahli politik, gambar: Munib Misri) yang Mesir tidak setuju perjanjian persefahaman antara HAMAS dengan FATAH ataupun perjanjian persefahaman itu menjadi sebahagian yang menyempurnakan persepakatan. Bagi Mesir, kedua-dua pihak ini perlu faham iaitu turunkan tandatangan terlebih dahulu ke atas dokumen Mesir untuk pembaikan dalaman Palestin.

Sekumpulan dari individu Palestin turut berusaha mencari jalan keluar dari konflik dengan meminta persetujuan HAMAS dalam perjanjian persefahaman bersama FATAH.

Perjanjian persefahaman ini sebagai pendahuluan dari dokumen Mesir, namun turut dibantah keras oleh Mesir yang meminta supaya pujuk HAMAS menandatangani dokumen Mesir kemudian barulah bincangkan mengenai pemerhatian HAMAS.

Dari sumber itu juga menyatakan, kaherah melihat pemerhatian HAMAS akan diambil ketika untuk perlaksanaan, tetapi HAMAS melihat yang sedemikian itu menyalahi perkara yang asal dari persepakatan dan HAMAS tidak mahu pemerhatiannya menyebabkan timbul masalah yang baru dalam ruang lingkup Palestin selepas menurunkan tandangan.

Sebagaimana disebutkan, Mahmoud Abbas telah bersetuju dokumen perjanjian persefahaman dalaman Palestin tanpa menetapkan sama ada sebelum atau selepas HAMAS menandatangani dokumen Mesir. Sumber 26/06/2010, web berita Al-Jazeerah

Read more...

Pertempuran di Syu'fat

AL-QUDS, - Sumber melaporkan sebuah pertempuran meletus pada selepas waktu asar tadi antara pemuda Palestin dengan tentera penjajah di Mukhayyam Syu'fat, utara Al-Quds.

Menurut saksi kejadian di Mukhayyam tersebut yang menyampaikan kepada agensi berita bahawa sepasukan tentera penjajah merempuh masuk ke Mukhayyam itu selepas asar, lalu dihadang pemuda-pemuda Palestin dengan lontaran batu dan botol kaca kosong.

Tentera penjajah turut membalas dengan melepaskan tembakan peluru gerah, sound-bom dan gas.

Saksi kejadian berkata, tidak ada berlaku sebarang kecederaan atau luka parah dalam kejadian itu. Sumber 26/06/2010, web berita safa.ps

Read more...

Piala Dunia: Gaza hadir ketika perlawanan

AFRIKA SELATAN - Kerancakan Piala Dunia telah menemukan pasukan Algeria menentang pasukan Amerika Syarikat pada 23 Jun yang lalu di Stadium Loftus Versfeld, Pretoria. Perlawanan antara dua pasukan ini turut dihadiri Bill Clinton, bekas Presiden Amerika Syarikat. Ketika perlawanan berlangsung, Clinton dapat dilihat dengan jelas di tempat penonton VIP yang duduk bersebelahan dengan Sepp Blatter, Presiden Gabungan Bola Sepak Antarabangsa(International Federation of Association Football: FIFA) dan Presiden Kesatuan Afrika.

Semasa kedua pasukan berentap, para penyokong Algeria yang memberi sokongan kepada pasukannya turut mengangkat sepanduk sokongan kepada Gaza. Kesempatan ini adalah dengan kewujudan Clinton dengan menuntut pembebasan Gaza dari sekatan. Salah satu tulisan berbahasa inggeris tertera 'Free Gaza' yang memberikan isyarat kepada seluruh penduduk Algeria agar mesti membebaskan sekatan ke atas penduduk Palestin.

Dalam perlawanan tersebut, pasukan kebangsaan Algeria tewas 1-0 kepada Amerika Syarikat. Sumber 26/06/2010, web berita safa.ps

Baca lagi:


Pautan lain:

> Zaki Abdul Fatah mendedahkan Bill Clinton meraikan kemenangan dengan pasukan Amerika Syarikat yang menewaskan Algeria. Sumber kolum sukan, suratkhabar Misril-Youm, 26/06/2010.

Gambar-gambar penyokong Algeria yang tetap mengingati Palestin





Read more...

Seorang pejuang syahid dalam operasi jihad di Gaza

GAZA - KATAIB SYAHID IZZUDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) telah mengumumkan pada pagi Sabtu bahawa seorang dari pejuangnya telah syahid kesan daripada luka parah yang dialaminya pada pagi semalam, Jumaat ketika mengikuti satu operasi jihad.

Laporan rasmi dari Al-QASSAM yang disampaikan kepada agensi berita 'safa' menyatakan pejuangnya bernama Usamah Hasan, 24 berasal dari kampung Al-Maghraqah, selatan bandar Gaza telah syahid ekoran kecederaan yang dialaminya. Sumber 26/06/2010, web berita safa.ps

Pautan lain:

Read more...

Pembersihan etnik di Al-Quds dan penangkapan tanpa undang-undang

Sebagaimana yang dinyatakan oleh pelapor Jawatankuasa Al-Quds di Majlis Legislatif Palestin, ahli parlimen Ahmad Halabiah berkata, zionis melakukan pembersihan etnik secara besar-besaran di bandar Al-Quds.

Beliau mendedahkan mengenai satu ketetapan Israel yang bersedia untuk dilaksanakan iaitu pengusiran yang tidak kurang dari 315 penduduk asal Palestin dari kalangan pemimpin agama, politik dan kemasyarakatan.

Akhir-akhir ini, empat dari kalangan ahli parlimen Majlis Legislatif Palestin telah dihalau keluar dari Al-Quds.

Sementara itu, Pusat Penyelidikan Tahanan Palestin menyebutkan hampir 220 penduduk Palestin yang ditanpa undang-undang berada dalam penjara-penjara Israel(Naqab 'Negev', Ofer dan Magedo) mengikut laporan dari Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa.

Pengerusi Pusat tersebut, Ra'fat Hamdunah berkata, sebilangan dari para tahanan Palestin itu ditangkap tanpa sebarang dakwaan sebagaimana analisis yang dibuat oleh Palang Merah.

Dinyatakan, para tahanan yang terdiri dari kalangan kanak-kanak, golongan berusia, wanita dan pesakit Palestin itu diberkas oleh Badan Perisikan Israel. Sumber 26/06/2010, suratkhabar Shourouk(Mesir)

Read more...

Israel yang gagalkan pembebasan Shalit - HAMAS

Gerakan HAMAS menyatakan Kerajaan Israel yang diketuai Benjamin Netanyahu bertanggungjawab di atas kegagalan rundingan penukaran tawanan-tahanan yang turut berkaitan dengan pembebasan seorang tentera Israel yang berada dalam tawanan HAMAS, Gilad Shalit.

Jurucakap gerakan HAMAS, Sami Abu Zuhri berkata, 'penjagaan Gilad Shalit yang berada dalam tawanan gerakannya setelah empat tahun merupakan kejayaan keselamatan yang besar kepada gerakan HAMAS.'

Manakala dari sudut lain, Usamah Hamdan yang merupakan anggota biro politik HAMAS di Beirut menyatakan Israel akan menurut juga pada akhirnya terhadap syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh HAMAS.

Beliau memberikan kenyataan tersebut dalam laman web rasmi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS), bahawa "musuh ini tidak boleh memberikan apa-apa manfaat melainkan dia menurut tuntutan dan kemahuan dari syarat-syarat pejuang supaya kita dapat melihat para tahanan Palestin yang ditahan juga bebas."

Anggota biro politik HAMAS menjelaskan, "syarat-syarat bagi penyempurnaan rundingan tukaran sepertimana yang telah ditetapkan dan musuh mengikut syarat-syarat itu dengan baik, kemudian pada akhir pentadbiran bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert , ia telah berundur disebabkan beberapa hal yang berkait", meskipun sedemikian, pihak perantaraan masih berusaha dengan bersungguh-sungguh tetapi selepas Benjamin Netanyahu menjawat jawatan Perdana Menteri Israel dan sehinggalah sekarang tidak ada
perkembangan yang baru berhubung isu ini.

Berikutan itu, rancangan televisyen Al-Aqsa di Gaza membuat liputan mewawancara keluarga-keluarga tahanan Palestin. Mereka amat berharap anak-anak mereka dikembalikan(bebas) hasil dari rundingan penukaran dengan tentera Israel.

Israel adakan hari memperingati Shalit

Sementara itu, pada hari Jumaat(semalam)Israel mengadakan hari peringatan tahun ke empat mengingati Gilad Shalit, seorang tentera Israel yang berada dalam tawanan HAMAS.

Di Tel-Aviv, konvoi yang terdiri dari 100 buah motosikal berarak sambil membawa gambar Gilad Shalit merentasi di hadapan kedutaan lima buah Negara anggota tetap PBB dan menyerahkan memo yang mendesak supaya PBB mengadakan perjumpaan bagi membincangkan isu Shalit.

Sumber menyebutkan, Noam shalit bapa kepada Gilad Shalit akan mengadakan perarakan dari rumah keluarganya di utara Israel menuju ke pejabat Perdana Menteri di bandar Al-Quds pada hari Ahad ini. Pada hari Rabu lalu, keluarga Shalit menuduh Kerajaan Israel tidak mengendahkan Shalit.

Berhubung dengan isu Shalit(gambar sewaktu pihak pejuang membuat rakaman video mengenai keadaan Shalit), ahli-ahli parlimen Eropah dan Pertubuhan Human Right Watch yang mempertahankan hak asasi kemanusiaan telah menggesa gerakan HAMAS agar membenarkan Panitia Antarabangsa dari Pertubuhan Palang Merah melawat Gilad Shalit.

Manakala, sumber terdekat dari Netanyahu menyatakan pada Januari yang lalu, Netanyahu membuat keputusan tidak mahu memberikan sebarang syarat-syarat tambahan bagi membebaskan Shalit. Hal tersebut disampaikan kepada Penyelaras Rundingan Penukaran, Hagai Hadas dengan pihak Jerman.

Dalam dokumen rundingan penukaran tahanan-tawanan itu telah memuatkan nas persepakatan yang telah dicadangkan iaitu Israel mesti membebaskan 1000 tahanan Palestin dari jumlah beribu-ribu penduduk Palestin yang ditahan dalam penjara Israel sebagai tukaran pembebasan Gilad Shalit yang ditawan di Gaza pada tahun 25 Jun 2006. Sumber 26/06/10, web berita Al-Jazeerah

Baca lagi:


Pautan lain:

> Gilad Shalit(wikipedia)

Read more...

Karikatur: Helah Jawatankuasa Siasatan dan ketetapan yang seimbang

Sumber karikatur, web berita shehab.ps

US : U jangan gelisah ok!!, bila Al-Quds dah diyahudikan semua sekali..kita akan setel dengan Jawatankuasa Siasatan Israel.

Arab : ........... !!!!
___________________________________________

Kesimpulan dari karikatur di atas:

1) Kini, bandar Al-Quds(Baitul Maqdis) dalam proses pengyahudian secara menyeluruh. Setiap unsur hidup dan fakta-fakta sejarah sedang dan akan dirubah menjadi unsur yang ada hubungan dengan Yahudi. Usaha tersebut adalah untuk menafikan hak-hak Palestin seolah-olah penduduk asal Al-Quds mahupun Palestin itu tidak ada kaitan dengan tanah mahupun aspek sejarah di Palestin.

2) Walaupun US dan Eropah mengecam tindakan Israel yang membina penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Timur Al-Quds, namun ia hanyalah sekadar kecaman dan tidak ada tekanan yang lebih kuat mahupun hukuman yang sewajarnya ke atas Israel sebagaimana Bush mengerahkan bala tenteranya menyerang dan menakluk Afghanistan dan Iraq.

3) Arab dengan sikapnya yang dahulu masih berharap semua ini akan selesai dengan 'perdamaian' sehinggakan mudah menerima sebarang tawaran dari US dan sekutunya.

4) Sindiran dari kartun US yang memujuk Arab agar tidak risau kerana selepas Israel me'yahudi'kan kesemua sekali, maka hal tersebut akan diselesaikan dengan helah pembentukan Jawatankuasa Siasatan Israel.

Sebenarnya, dialog tersebut adalah menempelak Jawatankuasa Siasatan Israel yang ditubuhkan untuk menyiasat kejadian serangan berdarah ke atas freedom flotilla. US menyambut baik tindakan Israel yang menubuhkan jawatankuasa tersebut meskipun Israel dikecam keras dan semua orang tahu kebenarannya.

Parlimen Eropah sebulat suara(lebih 80%) mengutuk Israel akibat serangan berdarah tetapi kuasa pemutus untuk menetapkan apa-apa tindakan dari keputusan itu adalah dari Kuartet Timur Tengah(US, Kesatuan Eropah, Rusia, dan PBB) sehinggalah membawa kepada 'melonggarkan sekatan ke atas Gaza'.

5) Mahmoud Abbas, Presiden Palestin yang telah tamat tempoh menurut HAMAS pula memberikan persetujuan apa-apa keputusan dari pihak antarabangsa(Majlis Keamanan Antarabangsa, Kuartet Timur Tengah, Eropah).

6) Realitinya, Israel boleh dihukum tetapi disebabkan beberapa sebab, antaranya 'penangguhan' yang diminta oleh Mahmoud Abbas, maka Israel terselamat.

Contoh kes, iaitu laporan Richard Goldstone mengenai laporan perang di Gaza dan sekatan Israel ke atas Gaza. Laporan Richard ini telah mengesahkan tindakan Israel adalah penjenayah perang dan boleh dibawa ke Majlis Keselamatan Antarabangsa untuk diputuskan hukuman ke atas Israel, namun pihak Palestin(Ramallah) minta ditangguhkan. Kesudahannya, isu ini sengaja dibiarkan berlalu.

Sumber karikatur, web berita Palestine 48(Pls48)

Gambaran karikatur di atas adalah mengisarkan tentang usaha Israel untuk menyamakan(seimbang) ketetapan yang telah diluluskannya agar tidak dikecam teruk.

:: Gaza ::

[ Israel membuat keputusan(ketetapan) untuk melonggarkan sekatan ke atas Gaza ]

dalam masa yang sama ..

:: Timur Al-Quds ::

[ Israel menetapkan sebanyak 22 buah rumah Palestin diroboh untuk membangunkan taman arkeologinya di Hayyu El-Bustan yang berada di selatan Masjid Al-Aqsa ]

Realitinya, tindakan Israel, dari sudut lain bersifat tidak menghormati orang lain dan sudut lain pula menunjukkan dia bersimpati dengan nasib orang lain. Sudah tentu, tindakan Israel adalah helah dan mahu mengalihkan pandangan umum terhadapnya bahawa dia bukanlah sekejam yang disangka meskipun Israel telah ternyata kejam dan tidak ada *siapa yang menafikannya.

*siapa : orang yang berfikiran waras dan mampu menilai dengan minda yang kritis.

Read more...

Pesawat F-16 penjajah hentam utara dan selatan Gaza

25 Jun 2010

GAZA - Sumber melaporkan, pesawat tempur penjajah telah melancarkan serangan pada pagi ini(Jumaat) ke atas kawasan terbuka di utara Gaza, sementara dua terowong bawah tanah di selatan Gaza juga dibom.

Sumber keamanan Palestin menjelaskan, bahawa pesawat tempur Israel jenis F-16 telah menghentam dua buah kawasan terbuka di Bet Lahiya dan Jabaliya, utara Semenanjung Gaza dengan dua serangan peluru. Bagaimanapun, tiada laporan mengenai sebarang kecederaan tetapi berlaku kerosakan dari segi harta benda.

Laporan dari berita Al-Jazeerah menyebut serangan Israel di utara Gaza itu adalah mensasarkan tempat simpanan senjata.

Sementara itu, pesawat tempur Israel mengebom dua buah terowong bawah tanah di Rafah, selatan Semenanjung Gaza yang mengakibatkan kemusnahan dan ada laporan mengenai mangsa yang terkorban.
_______________________________________

Terkini(03.26 petang, Palestin/Mesir). Laporan dari sumber perubatan selepas waktu Jumaat bahawa pasukan penyelamat dan bantuan cemas telah membawa naik 2 mayat penduduk Palestin yang terkorban dalam pengeboman Israel di salah sebuah terowong bawah tanah.

Menurut sumber yang menghubungi agensi berita menyatakan, pihaknya telah mengecam identiti salah seorang penduduk Palestin itu, iaitu Amir Abu Hudaid, 22.

Jelas sumber lagi, Abu Hudaid terkorban bersama seorang kawannya ketika sedang bekerja dalam salah sebuah terowong bawah tanah sebelum kawasan itu menjadi sasaran pengeboman Israel.
________________________________________

Dari pihak penjajah melalui radio am Israel menyebut, serangan itu disifatkan serangan ke atas sasaran yang digunakan untuk kelengkapan logistik peperangan, iaitu dua buah terowong bawah tanah di selatan Gaza. Radio tersebut berkata, pesawat tempur Israel telah melancarkan serangan yang tepat ke atas sasarannya.

Jelas radio Israel lagi, bahawa serangan ini adalah balasan ke atas 10 roket jenis 'hawn' yang dilancarkan ke atas penempatan Israel yang kedudukannya setentang dengan Semenanung Gaza. Sumber 25/06/2010(09.00 pagi, Palestin/Mesir), web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah(03.10 petang, Mesir)-Kemaskini jam 04.20 petang, Mesir-

Read more...

Likud ikrar teruskan bina penempatan Yahudi

24 Jun 2010

Parti Likud yang berhaluan kanan di Israel telah bersepakat pada hari ini bagi meneruskan pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat.

Gambar(Al-Jazeerah): Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel selaku Presiden Parti Likud yang berhaluan kanan di Israel. Parti berhaluan kanan ini agak lebih 'keras' berbanding Parti Kadima(haluan kiri) yang mengetuai Kerajaan Israel pada sesi lepas. Pada sesi lepas, Ehud Olmert dari parti Kadima menjadi Perdana Menteri, namun menjelang pilihanraya Israel yang lalu, Olmert didakwa terlibat dalam 'rasuah' sekaligus mencemar personalitinya. Jawatan Olmert sebagai pengerusi parti Kadima diganti dengan Tsipi Livni, bekas Menteri Luar Israel. Hasil keputusan pilihanraya yang lalu, parti Kadima menang tipis namun Netanyahu telah membentuk 'campuran kuasa' dengan parti-parti lain. Lantas kuasa Kerajaan jatuh di tangan Netanyahu. Akhirnya, Presiden Israel, Shimon Peres menyerahkan mandat kepada Netanyahu untuk membentuk kerajaan yang ada sekarang ini.

Dalam kenyataan rasmi, parti Likud yang diketuai Benjamin Netanyahuitu berkata, jawatankuasa-jawatankuasa kepimpinannya telah sepakat sebulat suara meneruskan pembinaan penempatan Yahudi di Tebing Barat setelah tempoh pembekuan pembinaan itu berakhir pada 26 September 2010.

Dalam pungutan suara tersebut, Netanyahu tidak berada dalam pertemuan parti Likud.

Kenyataan rasmi itu menunjukkan ahli jawatankuasa pusat parti Likud menyokong pembinaan penempatan-penempatan Yahudi di seluruh tempat yang dinamakan "Israel Raya", tidak terkecuali kawasan-kawasan di Tebing Barat, Al-Quds, Naqab(Negev) dan Galilee.

Persepakatan itu dicapai meskipun Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon mengecam keras tindakan Majlis Perbandaran Al-Quds yang mendahului dengan merancang meroboh beberapa buah rumah Palestin di Timur Al-Quds.

Malahan, persepakatan itu juga menjelang pertemuan yang dinantikan pada bulan Julai akan datang antara Benjamin Netanyahu dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Obama juga memperlihatkan pentadbirannya yang mengecam pembinaan penempatan Yahudi kerana diiktibarkan salah satu penghalang kepada usaha perdamaian.

Sebagaimana disebutkan, Netanyahu telah mengakui pada November tahun lepas bagi membekukan pembinaan penempatan Yahudi selama 10 bulan. Pembekuan itu ekoran tekanan dari Amerika Syarikat(US) yang mahu memudahkan usaha rundingan dijalankan semula dengan Pihak Berkuasa Palestin. Sumber 24/06/2010, web berita Al-Jazeerah

Pautan lain:

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS