الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

3 Palestin cedera dalam serangan udara zionis

24 Mac 2011

Laporan asal jam 08.28 malam, Palestin/Mesir
Jam 02.28 pagi(25/03/2011), waktu Malaysia

GAZA - Serangan udara zionis malam ini di Gaza menyasarkan sebuah bangunan badan perisikan 'As-Safina' yang terletak di kawasan As-Sudaniah, sebelah barat laut bandar Gaza.

Menurut pemberita 'Safa', pesawat F-16 zionis menembak 3 peluru berpandu ke atas bangunan yang telah dikosongkan, lalu mengakibatkan infrastrukturnya terjejas teruk.

Berhubung kecederaan, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah, berkata, 3 penduduk mengalami cedera ringan. Jelas beliau, kesemua mangsa telah dibawa ke hospital As-Shifa' di bandar Gaza.

Pesawat tempur zionis menyerang pula Jabal Reis yang terletak di Hayyu Tufah, timur laut Gaza. Bagaimanapun, tiada laporan mengenai kecederaan.

Safa melaporkan lagi pada jam 11.23 malam, selepas F-16 menyerang bangunan As-Safina, sebuah lagi dewan tertutup milik Kelab Sukan Gaza dibom.

Pemberita safa berkata, pengeboman yang sengaja dilakukan ke atas dewan berkenaan mengakibatkan musnah teruk.

Semasa perang Gaza(2008-2009), tentera rejim zionis turut mengebom beberapa buah bangunan dan milikan Kelab Sukan. Antara yang terjejas teruk sebuah padang tertutup di daerah Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Tambahan pula, 3 penduduk yang sedang bersukan syahid waktu itu. Sumber 24/03/2011, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah

Read more...

Turki rancang armada baru 15 buah kapal ke Gaza

[laporan diterjemahkan dari sebuah media Israel, 22/03/2011]

IHH, kumpulan Eropah sayap kiri bercadang untuk menghantar armada Mei ini. Setahun selepas peristiwa armada IHH mengakibatkan pertumpahan darah yang mendorong kecaman antarabangsa yang luas terhadap Israel.

Oleh: Barak Ravid

Israel akan melancarkan kempen awam pada hari Selasa terhadap perancangan pertubuhan IHH Turki dan beberapa kumpulan sayap kiri Eropah untuk menghantar armada ke Jalur Gaza(ada media menyebut Semenanjung Gaza, Genting Gaza) Mei ini, setahun selepas satu armada IHH mengakibatkan pertumpahan darah yang mendorong kecaman antarabangsa yang luas terhadap Israel.

Aktivis IHH ketika di atas kapal armada menyerang tentera Israel yang cuba menahan dengan kapak, pisau dan besi. Namun, sembilan warga Turki terkorban.

Gambar: Mavi Marmara ketika dalam perjalanan ke Turki[link].


Baca >> Israel bebas kapal freedom flotilla.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Danny Ayalon akan memanggil duta besar asing untuk membantu mereka dalam menghentikan armada tahun ini, yang dijadualkan berlayar minimumnya 15 kapal. Tarikh belayar belum ditetapkan, tetapi Kementerian Luar Negeri menjangka hal itu terjadi antara 15 Mei, ketika Palestin memperingati "Nakba" (bencana) dan 31 Mei, ulang tahun penangkapan secara besar-besaran tahun lalu.

Tiga puluh penyelenggara dari 15 negara bertemu di Madrid sekitar enam minggu lalu untuk membincangkan rancangan mereka, yang setakat ini telah disembunyikan atas “alasan keselamatan". Mereka juga meminta kerajaan daripada beberapa negara yang warga negaranya merancang untuk melayarkan armada kapal agar memastikan keselamatan mereka sekiranya Israel cuba untuk menghentikan kapal.

Selama dua bulan terakhir, Jabatan Luar Negeri telah meminta beberapa kerajaan, termasuk Sepanyol, Inggeris, Ireland dan Sweden, untuk menerbitkan “travel advisories warning” kepada rakyat negara-negara tersebut yang bercadang untuk belayar ke Gaza. Inggeris dan Ireland sebenarnya telah melakukannya.

Gambar: Ilustrasi kejadian serangan lanun bukan di Teluk Aden tetapi kejadian di laut lepas, Mediterranean.

Ketika Presiden Cyprus, Demetris Christofias, melawat Israel sekitar 10 hari yang lalu, armada tersebut merupakan topik utama diperbincangkan. Christofias menegaskan bahawa perintah itu telah dikeluarkan setahun yang lalu, iaitu melarang kapal belayar ke Gaza dari Pelabuhan Cyprus tetapi ia tetap berlaku.

Kementerian Luar Negeri merasakan bahawa menghentikan rancangan armada itu melalui perbincangan diplomatik tidak akan mendapat sambutan tetapi mereka bertekad untuk mencuba. Sumber 22/03/2011, web berita haaretz

Read more...

'Grad' bedil pertengahan Israel

Laporan asal jam 03.29 petang, Palestin/Mesir
Jam 09.29 malam, waktu Malaysia

AN-NASIRAH, - Serangan roket 'Grad' pada waktu asar petang ini telah membedil dua bandar Israel di tanah jajahan, Ushdud(Ashdod) dan Rishon Le Tsiyon di sebelah selatan Tel Aviv, pusat jajahan 1948[lihat peta di atas]. Meskipun tidak mengakibatkan sebarang luka parah, tetapi ia adalah serangan kali pertama sejak dua tahun lalu(perang Gaza 2008-2009) yang menimpa pertengahan Israel.

Siaran 10 televisyen Israel(penjajah) melaporkan bahawa siren kecemasan berbunyi di kedua buah bandar ini, lantas mencetuskan kepanikan terhadap beratus warga Israel.

Jelas siaran 10 yang memperincikan laporan bahawa roket yang menyerang Ushdud gugur berhampiran sebuah kompleks perniagaan. Sementara itu, satu lagi serangan roket menimpa sebuah kawasan terbuka berdekatan bandar Rishon Le Tsiyon di selatan Tel Aviv.

Respon awal yang diterbitkan pada jam 04.49 petang, safa melaporkan bahawa rejim zionis menafikan roket 'Grad' gugur di Rishon Le Tsiyon, dan hanya mengesahkan roket 'Grad' gugur di Ushdud.

Pejuang Palestin terus menyerang kepentingan rejim zionis. Sumber safa melaporkan pada jam 03.46 petang, kumpulan pejuang, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN, melancarkan dua serangan roket 'Naseer' ke atas penempatan haram Re'im di sebelah timur Pertengahan Semenanjung Gaza.

Tambah safa lagi pada jam 04.26 petang, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN melepaskan lagi serangan roket 'Naseer' ke atas كيوتس تسوحار di sebelah utara Semenanjung Gaza. Sumber 24/03/2011, web berita safa.ps

Read more...

Kami sokong usaha Israel jaga keamanannya - Juppé

Laporan asal jam 02.09 petang, Palestin/Mesir

PARIS - "EU(Kesatuan Eropah) tetap menyokong usaha Israel bagi menjamin keamanan dan keselamatan Negaranya," demikian ungkapan Menteri Luar Perancis.

Gambar(wikipedia): Alain Marie Juppé , Menteri Luar Perancis

Segmen wawancara bersama radio Israel di Paris, Alain Marie Juppé mengungkapkan simpatinya terhadap kejadian letupan yang membunuh dan mencederakan warga Israel semalam di Baitul Maqdis(Al-Quds, Baitul Muqaddas atau ibrani - Jerusalem).

Beliau memberi pandangan bahawa sekarang ini adalah waktu yang sesuai bagi mengadakan semula rundingan antara Palestin dengan Israel serta melaksanakan ketetapan antarabangsa. Menteri Luar Perancis berkata sedemikian khususnya berhubung usaha damai di Timur Tengah.

Nyata beliau lagi, EU akan memainkan peranan bagi menekan Israel(penjajah) demi keputusan dialog yang berlangsung akan membentuk Negara Palestin.

Lapor sumber, Menteri Luar Perancis akan bertemu Avigdor Lieberman rakan sejawatnya dari Israel hari ini. Sumber 24/03/2011, web berita safa.ps

Read more...

Lagi roket 'grad' hentam Ofakim

Laporan asal jam 02.02 petang, Palestin/Mesir
Jam 08.02 malam, waktu Malaysia

GAZA - Radio Israel dalam rangkaiannya menghebahkan bahawa satu serangan roket 'grad' yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza telah menghentam sebuah kawasan lapang di penempatan haram 'Ofakim'. Bagaimanapun, serangan ke atas penempatan tersebut yang terletak 31 km dari Gaza tidak mengakibatkan sebarang luka parah.

Jelas sumber menyatakan, sejak awal pagi ini, kawasan tanah jajahan di barat Naqab telah diserang 3 roket buatan tempatan dan peluru mortar.

Menurut pemberita 'safa', pejuang Palestin melepaskan dua serangan roket buatan tempatan dan peluru mortar ke arah sempadan(perlintasan) Sufa dan menara kawalan tentera zionis di sebelah timur Rafah.

Selain ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN, pejuang dari kumpulan KATAIB ABU ALI MUSTAFA(sayap tentera جبهة الشعبية لتحرير فلسطين) mengebom Asqalan dengan roket grad.

"Kekejaman zionis tidak akan lepas begitu sahaja tanpa hukuman, maka, titisan darah para syuhada akan menghantui para penjajah." Nyata dua kumpulan pejuang dalam satu kenyataan bersama.

Pejuang Palestin ini menegaskan lagi bahawa sasaran serangan adalah serang balas ke atas perlakukan jenayah penjajah yang tidak henti ke atas pejuang dan penduduk Palestin. Sumber 24/03/2011, web berita safa.ps

Read more...

SALAHUDDIN lancar roket ke Ner Auz

Laporan asal jam 11.31 pagi, Palestin/Mesir
Jam 05.31 petang, waktu Malaysia

GAZA - Pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN lancar pula 3 serangan roket jenis 'Naseer' ke atas sebuah penempatan haram Israel 'Ner Auz' yang berada di sebelah timur Khan Yunus, selatan semenanjung Gaza.

Gambar(arkib safa): Pejuang Palestin ketika sedang menuju tempat operasi.

Kenyataan rasmi SALAHUDDIN, berkata, operasi ini telah direkodkan, jelasnya, ia adalah berupa serang balas ke atas kekejaman zionis yang berterusan, malah semakin meningkat.
________________________________________________
Baca lagi:

1. SALAHUDDIN selamat selepas lancar mortar

________________________________________________

Berikutan serang balas SALAHUDDIN, media Israel, Yediot Ahronout melaporkan bahawa satu serangan roket Palestin menyerang barat Naqab(selatan tanah jajahan 1948). Bagaimanapun, tiada laporan mengenai kecederaan. Sumber 24/03/2011, web berita safa.ps

Read more...

SALAHUDDIN selamat selepas lancar mortar

Laporan asal jam 09.09 pagi, Palestin/Mesir
Jam 03.09 petang, waktu Malaysia

GAZA - Kumpulan pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN(sayap tentera لجان المقاومة الشعبية), mengumumkan pagi ini bahawa seorang dari komandernya terselamat dari cubaan bunuh pengeboman zionis yang menjadi sasaran pesawat pengintip di utara Semenanjung Gaza.

Sementara itu, SALAHUDDIN turut mengumumkan dalam kenyataan rasmi yang diterima agensi berita 'safa', berkata, pejuangnya telah mengebom Kibbutz Kermia, selatan Asqalan jajahan) dengan tiga serangan roket 'Naseer'.

Gambar(safa): Pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN.

SALAHUDDIN menyatakan lagi, pejuangnya turut melancarkan serangan peluru mortar jenis berat(100mm) ke atas lokasi zionis 'Abu Sufiyyah' yang terletak di timur Mukhayyam El-Maghazi.

Berhubung serangan, media Israel 'haaretz' versi hebrew melaporkan bahawa satu serangan serangan Palestin telah gugur di pesisir pantai bandar Asqalan, lokasi yang dimaksudkan SALAHUDDIN. Bagaimanapun, tiada sebarang luka parah dan kerosakan harta benda.

Awal pagi ini, pesawat tempur zionis telah melancarkan serangan ke atas dua sasaran, salah satunya di bandar Gaza, manakala satu lagi serangan di bandar Rafah. Dalam serangan tersebut, tidak ada laporan mengenai luka parah. Sumber 24/03/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS