الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label pejuang Palestin serang tentera Israel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pejuang Palestin serang tentera Israel. Papar semua catatan

Pejuang hentam RPG ke atas tentera zionis di timur Gaza

17 Februari 2012

Laporan jam 10:45 malam, waktu Palestin
Jam 10:45 malam, waktu Mesir

GAZA - Tentera rejim zionis telah mengakui bahawa salah sebuah jentera perangnya diserang Palestin sebentar tadi. Kejadian serangan pejuang di sebelah timur Semenanjung Gaza tidak mengakibatkan sebarang kecederaan. Bagaimanapun, pagar keselamatan yang memisahkan tanah Gaza dengan tanah jajahan 1948 mengalami kerosakan.

Sumber dari web berita Israel versi hebrew 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) berkata, pejuang Palestin yang bersenjata telah melepaskan tembakan dari pelancar roket jenis RPG serta meletupkan dua peledak anti perisai ketikamana sepasukan tentera zionis menjalankan rondaan di garisan sempadan sebelah timur Gaza.

YNET menambah bahawa tentera zionis membalas tembakan pejuang. Berikutan itu, tiada maklumat dari pihak Palestin berhubung kecederaan.

Tentera zionis menuding gerakan HAMAS mesti bertanggungjawab di atas kejadian ini. Sumber 17/02/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Unit khas zionis dibedil empat peluru 'hawn'

10 Januari 2012

Laporan jam 01:44 pagi, waktu Palestin
Jam 01:44 pagi, waktu Mesir
Jam 07:44 pagi, waktu Malaysia

RAFAH - Sebuah unit khas tentera rejim zionis menjadi sasaran empat peluru mortar jenis 'hawn' yang dilepaskan oleh pejuang Palestin pada awal pagi ini(Selasa, 10/01/2012). Serangan dari pejuang ketikamana unit khas berkumpul di sekitar Terminal Karem Abu Salem, sebelah timur bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut pemberita agensi SAFA, sebaik sahaja empat peluru mortar gugur ke atas unit khas zionis, lantas kelihatan kereta-kereta kebal zionis bertebaran di sekitar lokasi berkenaan.

Tambahan lagi, pesawat-pesawat pengintip tanpa juruterbang turut mengadakan tinjauan secara kerap di selatan Gaza pada ketinggian yang sederhana. Sumber 10/01/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Pejuang ALWIYAH syahid, awam cedera di Khan Yunis

06 September 2011

Laporan jam 07:30 malam, waktu Palestin/Mekah
Jam 06:30 petang, waktu Mesir
Jam 12:30 pagi(waktu Malaysia, 07/09/2011)

GAZA - Seorang pejuang dari unit pertahanan sayap tentera ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN, Khaled Ahmad Samhud, 23 telah syahid dalam satu serangan dari pesawat pengintip zionis tanpa pemandu di kawasan 'الزنة', sebelah timur Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza.

Selain itu, seorang warga tua serta dua anaknya turut tercedera ekoran terkena tembakan tentera zionis yang menceroboh timur Khan Yunis. Menurut sumber, pencerobohan zionis disokong oleh beberapa buah jentera perang, termasuk helikopter dan pesawat pengintip tanpa pemandu.

Berhubung kejadian, pemberita Safa berkata, jentolak zionis melancarkan operasi meratakan tanah secara meluas, sementara itu, kereta kebal dan helikopter melepaskan tembakan tidak putus-putus di kawasan yang diceroboh.

Sayap tentera Palestin, ALWIYAH berkata, pejuangnya terlibat dalam pertempuran berbalas tembakan dengan skuad tentera zionis yang menceroboh, kemudian ALWIYAH melepaskan peluru mortar 'hawn' serta menembak tepat ke atas sebilangan tentera zionis di lokasi terbabit.

Demikian itu, sumber media zionis pula berkata, 2 peluru mortar gugur di Naqab. Bagaimanapun tidak menjejaskan nyawa dan harta benda.

Ceroboh terbatas

Sebelum itu, Safa menjelaskan bahawa pada petang tadi, sekumpulan tentera zionis yang menceroboh secara terbatas di timur daerah Qararah, sebelah utara bandar Khan Yunis telah meranapkan tanah-tanah pertanian penduduk Palestin. Di samping itu, pencerobohan diiringi tembakan dari helikopter Apache dan menara-menara kawalan tentera.

Pemberita Safa memperincikan, 4 buah jentolak dan 5 buah kereta kebal menceroboh secara terbatas di samping sokongan jentera udara. Berikutan itu, jentera perang zionis melepaskan tembakan tidak terputus-putus ke arah rumah-rumah penduduk. Sumber 06/09/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Pejuang hadang skuad khas zionis

09 Ogos 2011

Laporan jam 01:24 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 12:24 pagi, waktu Mesir

GAZA - Pertempuran tercetus setelahmana sekumpulan pejuang Palestin menghadang kemaraan skuad khas tentera zionis yang cuba menyelinap masuk ke kawasan sekitar tapak pelupusan sampah di Jahr El-Deik, pertengahan Semenanjung Gaza(media lain menyebut Tebing Gaza, Genting Gaza, Jalur Gaza) awal pagi ini.

Wartawan agensi berita Safa berkata, pertempuran itu disusuli 3 serangan peluru mortar jenis 'hawn' yang dilepaskan oleh pejuang Palestin, jelas menunjukkan pertempuran agak sengit ekoran penglibatan jentera perang zionis di lokasi berlakunya tembak-menembak.

Safa melaporkan lagi dari sudut lain yang dapat dilihat, tentera zionis menembak bom cahaya ke ruang udara perumahan timur Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Sumber 09/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

AL-QUDS mengebom jentera perang zionis

08 Ogos 2011

Laporan jam 04:50 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 03:50 pagi, waktu Mesir

GAZA - Sayap tentera kepada gerakan JIHAD ISLAMI, SARAYA AL-QUDS(Gambar: arkib Safa, beberapa anggota pejuang SARAYA AL-Quds) mengumumkan bahawa salah satu dari unit pejuangnya telah menyasarkan serangan ke atas jentera perang zionis awal pagi ini. Jentera zionis dibom dengan 3 serangan peluru roket jenis hawn 80mm ketika menceroboh Gaza dari sebelah timur Hayyu Shujaieyah.

Salinan keterangan media SARAYA AL-QUDS yang disampaikan kepada agensi berita Safa mengesahkan misi ini adalah bagi menghadang sebarang percubaan zionis menceroboh ke dalam Semenanjung Gaza, sambil menekankan kumpulan pejuang ini memilih jalan penentangan(المقاومة) dan jihad sehinggalah kesemua tanah Palestin dibebaskan.

Pencerobohan zionis berlepas keluar dari pangkalan tenteranya di Nehal Auz(Nahal Oz) dilakukan secara mengejut ke timur Hayyu Shujaieyah yang menghala ke timur bandar Gaza, namun pencerobohan itu terbatas.

Serangan roket

Semalam, Safa menukil dari web berita Israel 'Yedioth Ahronoth' versi hebrew yang menyebut satu serangan peluru roket gugur di sebuah kawasan tanah lapang di barat Naqab.

Jelas sumber, roket yang gugur di kawasan Majlis Penempatan Sha'ar Henegev tidak mengakibatkan sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda.

Ketika laporan ini diterbitkan, sumber tidak menyebut mana-mana kumpulan pejuang Palestin yang mengakui melancarkan serangan roket. Sumber 08/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Tentera zionis jadi sasaran pejuang ABU ALI

28 Julai 2011

Laporan jam 04:15 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 03:15 petang, waktu Mesir

GAZA - Sebuah kumpulan pejuang Palestin di Gaza, KATAIB ABU ALI MUSTAFA, sayap tentera kepada JABHAH SHAHBIAH LI TAHRIR FALESTIN mengumumkan pejuangnya telah menyasarkan tembakan ke atas unit jentera tentera rejim zionis di timur Shujaieyah, bandar Gaza.

Gambar(Safa): Pejuang Palestin, ABU ALI MUSTAFA.

Keterangan ABU ALI yang disampaikan kepada agensi berita Safa menyebut, pejuang-pejuang kami dari unit penembak tepat berjaya menyasarkan sebuah unit dari tentera rejim zionis di timur Shujaieyah yang menghala di sebelah utara kilang jus. Nyata ABU ALI, tembakan tersebut mengakibatkan kecederaan di kalangan tentera zionis.

Pejuang Palestin ini menegaskan pihaknya tetap meneruskan usaha penentangan serta menghadang sebagai respon serang balas ke atas jenayah-jenayah yang dilakukan penjajah. Mereka turut berjanji sumpah setia kepada pengorbanan dan titisan darah para syuhadak. Sumber 28/07/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Zionis cedera ceroboh terhad di Gaza

07 Julai 2011

Laporan jam 12:38 petang, Palestin/Mekah
Jam 11:38 pagi, Mesir

GAZA - Kejadian awal pagi tadi, lima buah kereta kebal zionis mengiringi beberapa buah jentolak menceroboh sejauh 300 meter ke dalam tanah Gaza di kawasan El-Farahain yang terletak di sebelah timur bandar Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza(media lain menyebut Genting Gaza, Jalur Gaza, Tebing Gaza).

Menurut sumber Palestin, tentera zionis melepaskan bertubi-tubi tembakan ke arah rumah penduduk awam Palestin ketika sedang mara menuju ke daerah Khuza'ah.

Kemudian, kedengaran letupan kuat berdekatan salah sebuah jentera perang zionis. Sedemikian itu, jurucakap tentera zionis mengumumkan seorang tenteranya cedera ketika cuba menanggalkan fungsi peledak.

Saksi kejadian berkata, selepas letupan itu, kereta kebal zionis berundur sambil melepaskan tembakan dan bom asap bagi melindungi mereka sewaktu berundur.

Bagaimanapun, sumber dari web berita Israel 'Yedioth Ahronoth' versi hebrew menyatakan tentera zionis yang cedera setelahmana kebal zionis menjadi sasaran peluru anti-perisai yang ditembak oleh pejuang Palestin. Tentera zionis yang cedera menerima rawatan lanjut di hospital Suruka di bandar Beer Sheeba(بئر السبع).

Jelas sumber Palestin pada jam 09:11 pagi(waktu Palestin) bahawa turut berlaku tembak-menembak antara tentera zionis dengan pejuang Palestin. Sumber 07/07/2011, web berita Safa.ps, web berita Maanews.net dan Berita Al-Jazeerah

Read more...

Pejuang sekat unit khas tentera zionis

07 Jun 2011

Laporan jam 12.31 pagi, Palestin/Mekah
Jam 11.31 malam(06/06/11), waktu Mesir

GAZA - Sebuah kumpulan pejuang Palestin, KATAIB AL-MUQAWAMAH AL-WATANIAH sayap tentera kepada BARISAN DEMOKRASI PEMBEBASAN PALESTIN, telah mengumumkan bahawa unit pejuangnya telah menyekat kemaraan sebuah unit khas tentera rejim zionis yang cuba menceroboh di timur El-Buraij, Gaza Tengah(pertengahan Semenanjung Gaza).

Kenyataan pejuang AL-MUQAWAMAH yang diterima agensi berita Safa menyebut, pejuang Palestin kumpulan ini telah melepaskan dua serangan peluru mortar ke atas unit khas tentera zionis yang menceroboh timur El-Buraij pada jam 09.40 malam tadi(06/06/2011), waktu Palestin.

Sayap tentera itu menyatakan bahawa 'penentangan'(المقاومة) adalah jalannya bagi menuntut kembali hak-hak tanahair, sepertimana janji kepada masyarakat Palestin bagi meneruskan gagasan dan menggiatkan penentangan ke atas tentera rejim penjajah sehinggalah mereka keluar dari Palestin. Sumber 07/06/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Israel dakwa halang roket, AL-QASSAM sasar bas

07 April 2011

Laporan asal jam 10.19 malam, Palestin/Mekah
Jam 09.19 malam, Mesir

GAZA - Sayap tentera gerakan HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM mengumumkan secara rasmi pejuangnya berjaya menyasarkan sebuah bas pengangkutan rejim zionis berdekatan tanah rampasan 'Kefar Sa'ad' bersebelahan timur Gaza. Sasaran tersebut sebagai serang balas pertama ke atas tindakan jenayah penjajah terhadap masyarakat Palestin.

AL-QASSAM menyerang balas setelah rejim zionis menggasak Gaza petang Khamis.
_______________________________________________
Baca lagi:

[Terkini] Syahid, cedera dalam serangan sengit zionis

_______________________________________________

Sementara itu, tentera rejim zionis mendakwa sistem 'iron dome' dapat menangkis satu serangan roket pejuang Palestin buat pertama kali.

Berbalik kepada AL-QASSAM dalam laporan kenyataan ketenteraannya berkata, pada jam 03.05 petang, Palestin(02.05 petang, Mesir), pejuangnya berjaya menyasarkan sebuah bas berhampiran Kefar Sa'ad mengakibatkan bas tersebut rosak teruk.

Rejim zionis mengakui serangan itu serta menyebut dua dari warga Israel cedera, salah seorangnya dikatakan mencapai tahap kritikal. Media Israel 'Yedioth Ahronoth' versi hebrew juga melaporkan hal yang sama.

Tambahan lagi, kedua-dua warga Israel dipindahkan dengan helikopter tentera ke hospital Suruka.

Berhubung dakwaan sistem penangkis dapat beroperasi, lapor Yedioth Ahronoth bahawa sistem penangkis yang dipasang oleh tentera zionis di tanah jajahan, Beersheba(بئر السبع) dan Askalan telah menangkis satu serangan roket dari asal 45 roket termasuk peluru mortar yang ditembak ke Israel.
_______________________________________________
Pautan lain:

Barak: Iron Dome tidak sempurna

_______________________________________________

Salah seorang warga Israel berkata, dia terdengar satu bunyi seakan-akan kebocoran gas ketika sedang berjalan, lalu dijelaskan bahawa sistem penangkis iron dome telah menghadang satu roket Palestin yang dilancarkan dari Gaza.

Sementara itu, pejuang AL-QASSAM berjaya mengebom sebuah pos tentera zionis.

Jelas kenyataan ketenteraan AL-QASSAM, pada jam 06.20 petang(05.20 petang, Mesir), pejuang berjaya mengebom pos tentera 'Isnad Sufa' dengan roket 'Al-Qassam'.

"Apabila kami dari pejuang AL-QASSAM telah mengumumkan bahawa kami berpegang teguh dengan misi jihad, maka pejuang kami telah bersedia dengan apa yang kami miliki bagi membalas serangan zionis dan menghadang tindakan bodoh dari perompak," jelas AL-QASSAM.

Tambah pejuang Palestin itu lagi, "Mesej AL-QASSAM yang disampaikan kepada zionis pada hari ini betul-betul jelas, bahawa selepas dari hari ini, kami tidak akan membiarkan kamu menindas masyarakat Palestin, dan ketahui AL-QASSAM hari ini adalah lebih gagah dan kukuh berbanding hari semalam, ia akan lebih kuat pada hari mendatang dan melangkah demi selangkah penuh yakin ke arah membebaskan tanah Palestin, dari daratan sehinggalah ke lautannya..insya Allah."

AL-QASSAM turut mengucapkan takziah ke atas seorang pejuangnya yang syahid dalam pengeboman zionis petang tadi di kawasan As-Shaukah, timur Rafah, selatan Semenanjung Gaza setelahmana menjalankan misi agung dan mulia.

Jelas AL-QASSAM, pejuangnya, as-syahid Saleh At-Turabain, 38 berasal dari bandar Rafah telah menemui Allah Ta'ala. Sumber 07/04/2011, web berita safa.ps dan web rasmi penerangan AL-QASSAM

Rakaman gambar bas yang menjadi sasaran serangan roket Al-Qassam






Read more...

'Grad' bedil pertengahan Israel

24 Mac 2011

Laporan asal jam 03.29 petang, Palestin/Mesir
Jam 09.29 malam, waktu Malaysia

AN-NASIRAH, - Serangan roket 'Grad' pada waktu asar petang ini telah membedil dua bandar Israel di tanah jajahan, Ushdud(Ashdod) dan Rishon Le Tsiyon di sebelah selatan Tel Aviv, pusat jajahan 1948[lihat peta di atas]. Meskipun tidak mengakibatkan sebarang luka parah, tetapi ia adalah serangan kali pertama sejak dua tahun lalu(perang Gaza 2008-2009) yang menimpa pertengahan Israel.

Siaran 10 televisyen Israel(penjajah) melaporkan bahawa siren kecemasan berbunyi di kedua buah bandar ini, lantas mencetuskan kepanikan terhadap beratus warga Israel.

Jelas siaran 10 yang memperincikan laporan bahawa roket yang menyerang Ushdud gugur berhampiran sebuah kompleks perniagaan. Sementara itu, satu lagi serangan roket menimpa sebuah kawasan terbuka berdekatan bandar Rishon Le Tsiyon di selatan Tel Aviv.

Respon awal yang diterbitkan pada jam 04.49 petang, safa melaporkan bahawa rejim zionis menafikan roket 'Grad' gugur di Rishon Le Tsiyon, dan hanya mengesahkan roket 'Grad' gugur di Ushdud.

Pejuang Palestin terus menyerang kepentingan rejim zionis. Sumber safa melaporkan pada jam 03.46 petang, kumpulan pejuang, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN, melancarkan dua serangan roket 'Naseer' ke atas penempatan haram Re'im di sebelah timur Pertengahan Semenanjung Gaza.

Tambah safa lagi pada jam 04.26 petang, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN melepaskan lagi serangan roket 'Naseer' ke atas كيوتس تسوحار di sebelah utara Semenanjung Gaza. Sumber 24/03/2011, web berita safa.ps

Read more...

SALAHUDDIN serang balas lokasi tentera zionis

22 Mac 2011

Laporan asal jam 02.48 pagi, Palestin/Mesir
Jam 08.48 pagi, waktu Malaysia

GAZA - Sayap tentera kepada , iaitu KATAIB NASEER SALAHUDDIN mengumumkan pihaknya telah mengebom pos tentera zionis 'Sufa' yang terletak di timur Khan Yunus dengan 3 serangan roket model 'Naseer 3'.

Kenyataan NASEER SALAHUDDIN yang diterima agensi berita safa berkata, salah satu dari unit tenteranya telah mengebom lokasi tentera zionis pada jam 12.30 pagi, Palestin/Mesir. Setelah menyerang, pejuang-pejuangnya telah kembali ke pusat operasi dengan selamat.

KATAIB(ALWIYAH) NASEER SALAHUDDIN mengesahkan bahawa serangan ini adalah pelancaran misi yang di kenali 'angin berang' sebagai balasan kejahatan zionis yang berterusan di Semenanjung Gaza. Sumber 22/03/2011, web berita safa.ps

Read more...

AL-QASSAM binasakan lokasi tentera zionis

19 Mac 2011

Laporan asal jam 09.22 pagi, Palestin/Mesir
Jam 03.22 petang, Malaysia

GAZA - Semenanjung Gaza telah dikejutkan dengan letupan kuat ekoran serangan pejuang Palestin yang menumpukan beberapa buah lokasi tentera rejim zionis di timur Gaza. Rejim zionis turut membalas dengan mengebom beberapa tempat di Gaza.

Memetik laporan berita safa, pejuang Palestin dari KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) mengumumkan telah mengebom pos kawalan tentera 'Isnad Sufa' dengan 10 serangan peluru mortar. Lagi serangan, pejuang AL-QASSAM terus mengebom lokasi tentera zionis di 'Kissufim', 'Sufa', dan 'El-Farahain' dengan 15 serangan peluru mortar. Sebuah lagi lokasi tentera zionis 'Nehal Auz' turut dibom dengan beberapa serangan mortar.

Laporan ketenteraan yang dikeluarkan AL-QASSAM, berkata, 'sesungguhnya dengan pertolongan Allah pada pagi Sabtu, 19/03, pejuangnya berjaya mengebom lokasi tentera zionis Isnad Sufa dengan 10 peluru mortar pada jam 08.30 pagi, Palestin/Mesir'.

Tambahan lagi, pada jam 08.40 pagi, Palestin/Mesir, pejuang AL-QASSAM berjaya membinasakan 4 buah lokasi tentera zionis di selatan Semenanjung Gaza, iaitu, Sufa, El-Farahain, Kissufim, dan 'Ain Salisah. Sebanyak 15 serangan mortar digunakan mengebom lokasi-lokasi tersebut.

Pada jam yang sama, 08.40 pagi, Palestin/Mesir, pejuang AL-QASSAM berupaya mengebom lagi sebuah lokasi tentera Nehal Auz dengan 8 serangan mortar 'hawn'.

KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM mengesahkan pengeboman ke atas lokasi-lokasi sasaran tersebut adalah bagi membalas serangan zionis yang tidak henti-henti di Semenanjung Gaza, malah serangan terbaru zionis mengakibatkan 2 pejuang AL-QASSAM syahid di lokasi tentera AL-QASSAM, Abu Jarad.

Zionis balas serangan AL-QASSAM

Media Israel, Yediot Ahronout, melaporkan sebanyak 56 serangan peluru mortar menyerang Naqab Barat pagi Sabtu, namun jelas AL-QASSAM pihaknya melepaskan 33 serangan mortar. Media Israel melaporkan serangan mortar mengakibatkan sebuah rumah terjejas teruk di penempatan haram Ushkul, manakala 6 orang Israel(warga haram) cedera ringan.

Selepas pengeboman AL-QASSAM seorang warga haram Israel berkata, kami tidak pernah menyaksikan serangan sengit dari sebelum ini.

Berhubung serangan AL-QASSAM, safa melaporkan, rejim zionis membalas dengan menyerang kawasan di timur Khan Yunus, Rafah, Der Balah, Gaza dan Jabaliya.

Menurut saksi dan pemberita 'safa', artileri(meriam) zionis menyasarkan Masjid Imar Bin Yaseer yang terletak di Qararah, timur Khan Yunus.

Kawasan tumpuan serangan zionis seterusnya di timur Rafah, Hayyu El-Nasr dan Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza yang kini telah hancur musnah.

Tambahan lagi, artileri zionis melepaskan 3 serangan ke atas lokasi Keamanan Dalam Negeri di Hayyu Shujaieyah, timur Gaza. Safa menyatakan, 5 penduduk Palestin cedera dan salah seorang darinya kritikal. Kesemuanya telah dibawa ke hospital Dar As-Shifa'.

Rejim zionis mengebom lagi sebuah kawasan pertanian yang lapang di timur Jabaliah yang terletak di utara Semenanjung Gaza dengan 4 peluru berpandu jarak jauh. Sejurus pengeboman itu, helikopter 'Apache' zionis melancarkan 2 serangan peluru misil ke atas sebuah rumah tidak berpenghuni yang terletak antara Abbasan dan Qararah.

2 tentera zionis cedera

Maklumat terkini, tentera rejim zionis mengakui 2 orang tenteranya mengalami kecederaan setelah AL-QASSAM mengebom salah satu dari lokasi tenteranya.

Pemberita 'safa' turut menyatakan bahawa kepulan asap besar memenuhi lokasi tentera zionis, Isnad Sufa. Kelihatan ambulan bergegas ke lokasi berkenaan.

.. liputan berita ..

Sumber 19/03/2011, web berita safa.ps dan al-qassam.ps

Read more...

Tentera zionis diserang RPG

18 Mac 2011

Laporan asal jam 11.05 pagi, Palestin/Mesir
Jam 05.05 petang, Malaysia

GAZA - Pejuang Palestin bertempur dengan tentera zionis yang berpengkalan sementara di garisan sempadan timur Qararah yang terletak di bahagian timur Khan Yunus menjelang waktu zohor tadi.

Saksi kejadian menjelaskan, dua pejuang Palestin melepaskan tembakan roket RPG ke arah tentera rejim zionis di lokasi berkenaan.

Sementara itu, radio penjajah menyebut bahawa dua pejuang Palestin menembak peronda tentera zionis di laluan yang berdekatan dengan garisan sempadan di selatan Semenanjung Gaza. Bagaimanapun, tiada sebarang luka parah atau kerosakan harta benda.

Safa melaporkan pada waktu pagi Jumaat, tentera rejim zionis dengan senjata beratnya melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah penduduk dan ladang pertanian di timur Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Jelas pemberita 'Safa' bahawa tentera-tentera rejim zionis yang berada di menara kawalan 'Al-Ahmar' berhampiran perlintasan(sempadan) Karem Abu Salem menghujani tembakan ke arah sasaran tersebut. Berikutan itu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Dari sudut yang lain, pemberita 'Safa' menyatakan, pergerakan jentera perang zionis di kawasan sempadan timur Khan Yunus tidak sebagaimana hari biasa. Sumber 18/03/2011, web berita safa.ps

Read more...

3 hawn WATANIAH bedil lokasi tentera zionis

26 Februari 2011

Laporan asal jam 05.29 malam(waktu Palestin/Mesir)
Jam 11.29 malam(waktu Malaysia)

GAZA - Kumpulan pejuang KATAIB MUQAWAMAH AL-WATANIAH(sayap tentera JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN) memaklumkan bahawa pejuangnya membedil sebuah lokasi tentera zionis 'موقع أبو مطيبق العسكري' yang terletak di timur El-Buraij dengan 3 serangan mortar 'hawn'.

Kenyataan WATANIAH yang disampaikan pada petang sabtu kepada agensi berita 'Safa' berkata, serangan mortar ini adalah balasan kepada serangan zionis yang berterusan menentang penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

"Jalan penentangan ini adalah pilihan kami bagi mendapatkan semula hak-hak kami, begitu juga, kami telah berjanji kepada masyarakat kami untuk meneruskan usaha penentangan bagi menentang rejim penjajah sehinggalah mereka berambus dari tanah-tanah kami," tegas kumpulan pejuang ini.

Sedemikian itu, serangan mortar pejuang Palestin setelahmana rejim zionis melakukan beberapa serangan di kawasan yang berlainan di Gaza, malah mengakibatkan penduduk Palestin mengalami kecederaan. Tambahan pula, sebuah rumah penduduk Gaza hancur musnah. Sumber 26/02/2011, web berita safa.ps

Baca lagi:

1. Zionis serang lagi Gaza
2. 2 serangan udara zionis sasar lokasi AL-QASSAM
3. Zionis bedil lagi Gaza

Read more...

Zionis ceroboh Gaza, 11 Palestin cedera parah

23 Februari 2011

Laporan asal jam 11.52 tengahari(waktu Palestin/Mesir)
jam 05.52 petang(Malaysia)


GAZA - Seramai 11 penduduk Palestin di Gaza mengalami cedera parah akibat tembakan senjata ringan dan serangan artileri(meriam) yang dilepaskan tentera zionis setelah menceroboh 300 meter ke dalam kawasan tanah Gaza tengahari tadi.

Menurut pemberita 'Safa', 3 buah jentolak dan dua buah jentera perang rejim zionis dilihat keluar dari kem tentera zionis(موقع ملكة العسكري) dari arah timur Hayyu Zaitun. Kedudukan tersebut terletak di sebelah timur bandar Gaza. Ketika menceroboh, tentera zionis menjalankan operasi meratakan tanah-tanah pertanian penduduk Gaza. Di samping itu, tentera zionis melepaskan tembakan tanpa henti ke arah rumah-rumah dan kawasan pertanian penduduk Gaza, malah beberapa buah tembakan meriam juga dilepaskan.

Berikutan kejadian ceroboh dan tembakan dari tentera zionis, seramai 11 penduduk Palestin di Gaza mendapat luka parah.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah menjelaskan, 11 mangsa yang cedera parah telah dibawa ke hospital As-Shifa' di pertengahan Semenanjung Gaza. 3 di antara jumlah mangsa adalah kanak-kanak dan dua lagi mangsa mengalami kecederaan yang kritikal.

Agensi berita 'Safa' dimaklumkan bahawa salah sebuah dari jentera perang zionis yang menceroboh Gaza terkena letupan dari sebuah peledak.

Memetik laporan dari web rasmi penerangan AL-QASSAM menjelaskan tentera HAMAS telah menghadang pencerobohan tentera zionis pada tengahari di timur Hayyu Zaitun.

Dalam laporan ketenteraannya, AL-QASSAM berkata, dengan petunjuk serta bantuan dari Allah, pejuang-pejuang AL-QASSAM berupaya meletupkan peledak ke atas sebuah jentolak zionis dan mengebom pasukan tentera zionis yang menceroboh Gaza dengan serangan 3 peluru mortar 'hawn'.

Jelas AL-QASSAM secara terperinci, pada jam 10.00 pagi(waktu Palestin/Mesir), pejuang AL-QASSAM meletupkan sebuah peledak ke atas jentolak zionis yang menceroboh Hayyu Zaitun.

Tambahnya lagi, pada jam 11.20 tengahari, pejuang AL-QASSAM mengebom pula sepasukan tentera zionis yang zionis menceroboh di lokasi yang sama dengan 3 serangan peluru mortar jenis 'hawn'.

Setelah hadangan itu, tentera zionis terpaksa berundur dari timur bandar Gaza akibat tentangan dari pejuang Palestin.

Sementara itu, SARAYA AL-QUDS, sayap tentera kepada gerakan JIHAD ISLAMI turut melancarkan 2 serangan peluru mortar 'hawn' ke arah jentera perang zionis.

SARAYA AL-QUDS memaklumkan bahawa 3 pejuangnya cedera akibat pengeboman zionis yang mensasarkan mereka di timur Hayyu Zaitun. Kecederaan yang dialami salah seorang pejuang tersebut disifatkan kritikal. Sumber 23/02/2011, web berita safa.ps dan web rasmi penerangan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM

Read more...

ABU ALI serang jip tentera zionis

09 Februari 2011

GAZA - KATAIB ALI MUSTAFA berkata, pihaknya telah menyerang sebuah jip tentera zionis di timur Hayyu Shuja'eiyah, bandar Gaza.

Sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN itu dalam kenyataan rasmi hari ini yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' menjelaskan bahawa pejuangnya berjaya melancarkan serangan peluru 'Cobra' ke atas sebuah jip tentera zionis. Serangan pada jam 6.30 pagi dilakukan ketikamana jip tersebut sedang menurunkan tentera-tentera zionis.

Jelas ABU ALI lagi, serangan tersebut tepat mengenai jip tentera zionis. Lantaran itu, kelihatan tentera sokongan zionis bergegas ke tempat kejadian.

Berikutan itu, ABU ALI menyatakan serangan ini adalah serang balas biasa terhadap jenayah yang dilakukan zionis ke atas pejuang-pejuang dan rakyat Palestin, malah turut mengesahkan lagi, ABU ALI berpegang teguh dengan penentangan terhadap dasar penjajahan zionis. Sumber 09/02/2011, web berita safa.ps

Read more...

ABU ALI tembak tentera zionis

24 Januari 2011

Laporan asal jam 05.13 petang, Palestin/Mesir

GAZA - Sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN mengumumkan pihaknya telah menembak tentera zionis berhampiran lokasi tentera 'Kissufim' yang terletak di timur desa Qararah, selatan Semenanjung Gaza petang tadi.

Kataib ABU ALI MUSTAFA berkata, pejuang dari unit penembak tepatnya telah melepaskan das tembakan ke atas seorang tentera zionis berhampiran dengan pintu gerbang 'Suraij-Kissufim' di timur Khan Yunus.

Jelas ABU ALI lagi, selepas itu, pejuangnya menembak lagi seorang tentera zionis di lokasi tentera Kissufim.

Salinan dari kenyataan kumpulan pejuang ABU ALI MUSTAFA yang diterima 'Safa' mengesahkan bahawa pejuang ABU ALI berpegang teguh dengan jalan penentangan serta berusaha untuk menghadang sebarang tentangan malah akan menyerang balas jenayah yang dilakukan zionis. Sumber 24/01/2011, web berita safa.ps

Read more...

Seorang tentera zionis maut, 4 cedera bertempur dengan pejuang

07 Januari 2011

Laporan asal jam 07.39 malam, Palestin/Mesir
Kemaskini jam 11.00 malam, Palestin/Mesir

GAZA - Sumber melaporkan, seorang tentera zionis maut dan 4 lagi cedera setelah bertempur dengan beberapa Palestin di timur Mukhayyam El-Maghazi yang terletak di pertengahan Semenanjung Gaza malam ini.

Gambar(Safa): Salah seorang tentera zionis yang dibawa ke hospital untuk rawatan.

Menurut web berita Haaretz Israel versi hebrew menyebut, seorang dari tentera zionis yang cedera itu mengalami luka parah yang kritikal, namun menemui maut selepas dibawa ke hospital, manakala 4 lagi mengalami cedera yang disifatkan pertengahan dan ringan. Berikutan itu, kesemua tentera zionis yang cedera telah dibawa ke hospital Suruka di Beer Sheba untuk rawatan lanjut.

Berhubung situasi tempur, Safa menjelaskan bahawa kereta kebal zionis melepaskan satu das tembakan artileri(meriam) ke arah pejuang Palestin. Bagaimanapun, tiada pejuang yang cedera.
___________________________________________
Pautan sumber Haaretz:

ארבעה חיילי צה"ל נפצעו מאש מחבלים בגבול הרצועה
___________________________________________

Tambahan lagi, helikopter perang zionis jenis apache turut serta memerangi pejuang dengan melepaskan tembakan machine-gun ke arah tanah pertanian penduduk Gaza di timur El-Maghazi.

Gambar(Haaretz): Kejadian lalu, tentera zionis yang dipindahkan ke hospital Suruka dengan helikopter berikutan cedera bertempur dengan pejuang Palestin di Gaza.

Namun, sebagaimana yang dijelaskan, pejuang Palestin turut menyerang infantri zionis(tentera pejalan kaki) dengan dua peluru mortar. Ketika itu, tentera zionis berada di garisan sempadan timur El-Maghazi - tanah jajahan 1948(tanah Palestin yang dirampas Israel).
___________________________________________
Siaran 10 Israel:

Jam 08.57 malam, Palestin/Mesir: Susulan serangan pejuang Palestin, tentera zionis akan meningkatkan tahap berjaga-jaga serta mengancam akan membalas serangan yang lebih sengit.

Terkini:

Lapor Safa pada jam 10.24 malam, Palestin/Mesir: Tentera zionis mengumumkan secara rasmi bahawa seorang dari tentera zionis telah maut berikutan kecederaan yang dialaminya disifatkan kritikal dalam pertempuran dengan pejuang Palestin di timur Mukhayyam El-Maghazi.

Berhubung kecederaan yang dialami tentera zionis, sumber dari tentera zionis membuat jangkaan terkena tembakan kawan sendiri ketika sepasukan tentera zionis dikerahkan ke lokasi pertempuran.
___________________________________________

Hingga hari ini, tentera rejim zionis kerap menceroboh ke dalam tanah Gaza dari arah timur dan utara. Biarpun pencerobohan yang disifatkan terbatas, namun tetap dilakukan operasi menyerodok dan meratakan tanah serta menjalankan pengesanan di lokasi terbabit. Sumber 07/01/2011, web berita safa.ps

Read more...

Infantri zionis diserang pejuang

05 Januari 2011

Laporan asal jam 06.23 malam, waktu Palestin/Mesir

GAZA - Sebuah kumpulan pejuang bersenjata di Gaza, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN telah melepaskan dua serangan peluru mortar 100mm ke atas sekumpulan unit infantri zionis yang menceroboh masuk tanah Gaza dari arah timur Khuza'ah.

Sayap tentera kepada LIJAN MUQAWAMAH itu berkata, salah satu unit dari pejuangnya telah berjaya mengebom infantri zionis yang disokong jentera perang ketika menceroboh melepasi pos kawalan tentera 'Kissufim' di timur Qararah.

Operasi ini seperti yang dinyatakan adalah bagi menghadang tentangan dari zionis malah mengesahkan lagi bahawa jalan penentangan dan jihad merupakan usaha bagi membebaskan keseluruhan tanah Palestin dari penaklukan zionis.

Media berita ibrani(Israel) dalam laporannya pada tengahari tadi, berkata, dua serangan roket telah gugur di sebuah penempatan Ushkul(penempatan haram).

Kedudukan Ushkul setentang dengan Khan Yunus.

Walaubagaimanapun, serangan roket itu tidak mengakibatkan sebarang luka parah atau kerosakan harta benda. Sumber 05/01/2011, web berita safa.ps

Read more...

ALWIYAH serang tentera zionis di Khan Yunus

03 Januari 2011

Laporan asal jam 02.06 petang, waktu Palestin/Mesir

GAZA - Kumpulan bersenjata yang merupakan sayap tentera kepada LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH telah mensasarkan serangan dua peluru mortar 100mm ke atas satu unit tentera pejalan kaki zionis yang menceroboh timur Khuza'ah, timur Khan Yunus.

Sayap tentera tersebut, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN berkata dalam laporannya hari ini, sekumpulan dari pejuang ALWIYAH telah membedil tentera pejalan kaki zionis di Khuza'ah, timur Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza. Jelas lagi, pejuang-pejuangnya dapat kembali dengan selamat.

Laporan pejuang itu turut menyatakan bahawa operasi ini adalah bagi menghadang sebarang tentangan dari zionis malah mengesahkan lagi pilihan jihad dan penentangan adalah jalan untuk membebaskan keseluruhan tanah-tanah Palestin.

Penduduk cedera akibat letupan di utara Gaza

Sementara itu, kejadian yang berlaku selepas zohor hari ini, satu objek yang mencurigakan meletup lalu mengakibatkan seorang penduduk Palestin di Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza mengalami kecederaan.

Berhubung kejadian, Jurucakap Panitia Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, mangsa berkenaan cedera sebaik sahaja mendekati satu objek yang mencurigakan itu meletup.

Menurut laporan Safa, tentera rejim zionis telah meninggalkan banyak objek yang mencurigakan ketikamana melakukan pencerobohan di kawasan-kawasan yang bertentangan dengan sempadan. Objek tersebut akan meletup apabila didekati. Sumber 03/01/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS