Israel dakwa halang roket, AL-QASSAM sasar bas
07 April 2011
GAZA - Sayap tentera gerakan HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM mengumumkan secara rasmi pejuangnya berjaya menyasarkan sebuah bas pengangkutan rejim zionis berdekatan tanah rampasan 'Kefar Sa'ad' bersebelahan timur Gaza. Sasaran tersebut sebagai serang balas pertama ke atas tindakan jenayah penjajah terhadap masyarakat Palestin.
AL-QASSAM menyerang balas setelah rejim zionis menggasak Gaza petang Khamis.
Baca lagi:
[Terkini] Syahid, cedera dalam serangan sengit zionis
_______________________________________________
Sementara itu, tentera rejim zionis mendakwa sistem 'iron dome' dapat menangkis satu serangan roket pejuang Palestin buat pertama kali.
Berbalik kepada AL-QASSAM dalam laporan kenyataan ketenteraannya berkata, pada jam 03.05 petang, Palestin(02.05 petang, Mesir), pejuangnya berjaya menyasarkan sebuah bas berhampiran Kefar Sa'ad mengakibatkan bas tersebut rosak teruk.
Rejim zionis mengakui serangan itu serta menyebut dua dari warga Israel cedera, salah seorangnya dikatakan mencapai tahap kritikal. Media Israel 'Yedioth Ahronoth' versi hebrew juga melaporkan hal yang sama.
Tambahan lagi, kedua-dua warga Israel dipindahkan dengan helikopter tentera ke hospital Suruka.
Berhubung dakwaan sistem penangkis dapat beroperasi, lapor Yedioth Ahronoth bahawa sistem penangkis yang dipasang oleh tentera zionis di tanah jajahan, Beersheba(بئر السبع) dan Askalan telah menangkis satu serangan roket dari asal 45 roket termasuk peluru mortar yang ditembak ke Israel.
Pautan lain:
Barak: Iron Dome tidak sempurna
_______________________________________________
Salah seorang warga Israel berkata, dia terdengar satu bunyi seakan-akan kebocoran gas ketika sedang berjalan, lalu dijelaskan bahawa sistem penangkis iron dome telah menghadang satu roket Palestin yang dilancarkan dari Gaza.
Sementara itu, pejuang AL-QASSAM berjaya mengebom sebuah pos tentera zionis.
Jelas kenyataan ketenteraan AL-QASSAM, pada jam 06.20 petang(05.20 petang, Mesir), pejuang berjaya mengebom pos tentera 'Isnad Sufa' dengan roket 'Al-Qassam'.
"Apabila kami dari pejuang AL-QASSAM telah mengumumkan bahawa kami berpegang teguh dengan misi jihad, maka pejuang kami telah bersedia dengan apa yang kami miliki bagi membalas serangan zionis dan menghadang tindakan bodoh dari perompak," jelas AL-QASSAM.
Tambah pejuang Palestin itu lagi, "Mesej AL-QASSAM yang disampaikan kepada zionis pada hari ini betul-betul jelas, bahawa selepas dari hari ini, kami tidak akan membiarkan kamu menindas masyarakat Palestin, dan ketahui AL-QASSAM hari ini adalah lebih gagah dan kukuh berbanding hari semalam, ia akan lebih kuat pada hari mendatang dan melangkah demi selangkah penuh yakin ke arah membebaskan tanah Palestin, dari daratan sehinggalah ke lautannya..insya Allah."
AL-QASSAM turut mengucapkan takziah ke atas seorang pejuangnya yang syahid dalam pengeboman zionis petang tadi di kawasan As-Shaukah, timur Rafah, selatan Semenanjung Gaza setelahmana menjalankan misi agung dan mulia.
Jelas AL-QASSAM, pejuangnya, as-syahid Saleh At-Turabain, 38 berasal dari bandar Rafah telah menemui Allah Ta'ala. Sumber 07/04/2011, web berita safa.ps dan web rasmi penerangan AL-QASSAM
0 comments:
Catat Ulasan