Penjajah tangkap 70 wanita, 80 lelaki Palestin
07 April 2011
NABLUS - Tentera rejim penjajah terus melancarkan operasi ketenteraannya di daerah 'Awarta, selatan Nablus, utara Tebing Barat. Sehingga kini, sejumlah besar wanita dan lelaki Palestin telah ditangkap.
Menurut saksi kepada agensi berita 'Safa', tentera rejim penjajah telah menangkap lebih dari 70 penduduk Palestin dari kalangan wanita dan 80 lelaki. kesemua mereka yang ditangkap dibawa ke kem tentera Hawwara berhampiran Nablus.
Saksi menjelaskan lagi bahawa wanita yang ditangkap berusia dalam lingkungan 70 tahun ke atas dan remaja di bawah umur 18 tahun.
Kesemua yang ditangkap telah menjalani soal jawab, sejak awal pagi, sebahagian telah dibebaskan. Bagaimanapun, nasib sejumlah besar lagi dari mereka yang ditangkap tidak diketahui.
Operasi ketenteraan yang dilancarkan secara berleluasa bermula semalam. Seluruh daerah tersebut dikenakan perintah berkurung. Lebih dari itu, sesi pengajian di daerah berkenaan terganggu malah kesemua jalan masuk ke 'Awarta turut diadakan sekatan jalan.
Sehingga waktu ini, tentera rejim penjajah juga tidak membenarkan krew bulan sabit merah, wartawan dan pemberita memasuki daerah 'Awarta. Sumber 07/04/2011, web berita safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan