الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Penduduk Palestin terus bertempur dengan tentera penjajah

25 Februari 2010

Israel melalui suara rasminya, Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel telah menetapkan tempat suci umat Islam, Masjid Nabi Ibrahim di bandar Khalil dan Masjid Bilal bin Rabah di Bait Laham ke dalam senarai artifak sejarah Yahudi, lantas menimbulkan kemarahan umat Islam, khususnya Palestin.

Ketetapan ini adalah seiring bagi usaha pengyahudian Al-Quds sebagaimana yang dinyatakan oleh sumber media.



Sumber klip di sini, 24/02/2010

Berikutan ketetapan tersebut, penduduk Palestin bangkit meneruskan penentangan ke atas tentera penjajah(Israel) yang melaksanakan kawalan di kawasan suci umat Islam.

Sumber melaporkan(11.55 pagi/waktu Mesir) bahawa pertempuran(gambar di atas) antara pemuda-pemuda(sebahagiannya remaja yang masih bersekolah peringkat menengah dan rendah) Palestin yang bersenjatakan batu dengan tentera penjajah masih berterusan di pertengahan kawasan Masjid Nabi Ibrahim, di Khalil, Tebing Barat.
_________________________________________________________

22 Februari 2010 - Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel telah membuat ketetapan dengan menggabungkan Masjid Nabi Ibrahim dan 'Qubbah Rahil' atau dikenali dengan Masjid Bilal bin Rabah ke dalam senarai dan tempat artifak sejarah Yahudi.

Menurut siaran radio Israel, Netanyahu berjanji dengan memperuntukkan USD100 juta(400 juta shekel) bagi memperbaiki serta memelihara beberapa kawasan artifak sejarah di Israel, termasuk Masjid Nabi Ibrahim dan Masjid Bilal bin Rabah.

Netanyahu mengesahkan tindakannya itu ketika pertemuan khas yang diadakan Kabinet Menteri Israel. Netanyahu berkata, 'dengan penubuhan Negara Israel bukan sahaja bergantung kepada kekuatan tentera dan ekonomi yang teguh sahaja tetapi perlu kepada untuk membangkitkan perasaan dikalangan penduduk Israel dan mengembangkan kesedaran tentang artifak sejarah yang mereka miliki.
_________________________________________________________


Pemimpin agama dan politik mengecam tindakan Israel

Mufti Palestin, Syeikh Mohammad Husein dalam kenyataannya mengingkari berhubung ketetapan yang diumumkan Netanyahu dengan menguasai tempat suci ini.

Beliau berkata, Israel berusaha keras dengan merompak hak umat Islam di kesemua tanah-tanah mahupun bandar Palestin bertujuan untuk mengubah kedudukan bandar-bandar Palestin dari Islam mahupun Arab supaya dapat memastikan tanah itu adalah asal Yahudi.

Beliau menjelaskan, perang harini bukan sahaja dengan artileri atau roket tetapi perang agama, aqidah untuk memalsukan artifak sejarah Islam.

Ismail Haniah(gambar), Perdana Menteri Palestin di Semenanjung Gaza dalam ucapannya(Isnin/22 Februari) menyatakan ketetapan Israel itu adalah usaha mencuri tanah suci dan menghapuskan dentiti serta menghilangkan kedua buah masjid ini dari persekitaran Palestin, Arab malah Islam.

Beliau turut berkata, seiring dengan ketetapan ini adalah ucapan-ucapan mahupun perbualan di ruang media berhubung dengan kembali kepada rundingan yang disifatkan Haniah bahawa rundingan ini secara langsung atau tidak langsung adalah sia-sia.

Haniah menegaskan rundingan dengan Israel mesti dihentikan. Malah penyelarasan atau pemusatan keselamatan dengan Israel juga mesti dihentikan.

Ucapan beliau dalam mogok bantahan yang diadakan Majlis Legislatif Palestin di Gaza turut berharap kepada masyarakat Palestin agar bangkit mengadakan intifadhah Palestin menentang ketetapan Israel.

Sementara itu, Lajnah Eksekutif, Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO) turut mengkritik keras sebagaimana disifatkan tindakan Israel adalah, 'lanun baru' ke atas ketetapan yang dikeluarkan oleh Netanyahu yang menggabungkan kawasan suci umat Islam ke dalam tempat yang didakwa artifak sejarah bagi Negara penjajah yang mengakui Israel satu-satunya mempunyai hak.

Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah pula mendesak masyarakat antarabangsa supaya melihat ketetapan Israel ini melibatkan kedudukan suci bagi Islam dan kristian.

Mahmoud Abbas, Presiden Palestin(telah tamat tempoh menurut HAMAS) dalam kenyataannya mengingatkan tentang perang agama yang meletus.

Anggota Biro Politik gerakan Jihad Islami, Nafeez Azam berkata, 'ketetapan seumpama ini adalah perang baru yang dilancarkan ke atas penduduk Palestin dan jelas menentang hak asal dari peninggalan sejarah Islam.

Beliau mendesak dalam kenyataannya bahawa dengan ketetapan Israel supaya usaha pembaikan dalaman Palestin tercapai.

Di pihak Mesir, Lajnah Hal-Ehwal luar Arab dan Keselamatan Negara dalam Majlis Syura juga mengecam keras tindakan Israel.

Sementara itu, Jordan juga menuduh Israel sengaja melanggar ruang lingkup yang termaktub dalam usaha perdamaian dengan menggabungkan Masjid Nabi Ibrahim dan Masjid Bilal bin Rabah ke dalam senarai peninggalan Yahudi. Sumber 22/02/2010, suratkhabar Ad-Doustour, berita al-Jazeerah, 25/02/2010, berita al-Jazeerah, suratkhabar Al-Ahram dan web berita Rusiatoday

Read more...

15 lagi didakwa terlibat dalam pembunuhan Mabhuh

Dalam siasatan berhubung pembunuhan Mohammad Abdul Rauf Al-Mabhuh, salah seorang pemimpin HAMAS yang juga merupakan pemimpin tertinggi KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS), polis Dubai menjelaskan 15 lagi individu terlibat dalam kes berkenaan.

Gambar di sebelah menunjukkan hubungan dan kaitan suspek-suspek dalam pembunuhan Mabhuh

Berikutan itu, Polis Dubai menyenaraikan nama terbaru membabitkan 15 individu mengikut pasport Negara-negara berkenaan; 6 Britain, 3 Ireland, 3 Perancis dan 3 Australia.

Sementara itu, Kerajaan Australia meminta Duta Israel di Australia untuk memberikan penjelasan mengenai 3 individu terbabit yang menggunakan pasport Australia dalam pembunuhan Mabhuh. Australia juga meminta kerjasama yang sepenuhnya dari Israel bagi mendedahkan penggunaan pasport Australia dalam kes ini.


Sumber klip di sini melalui berita al-Jazeerah

Bagi membantu siasatan tersebut, Polis Dubai telah menahan seorang lagi Palestin. Bagaimanapun, polis Dubai tidak mendedahkan identiti Palestin yang ditahan itu. Sumber 24-25/02/2010, berita al-Jazeerah

Read more...

Lawatan Menteri Ireland ke Gaza

Sumber melaporkan, Menteri Luar Ireland hari ini mengadakan lawatan ke Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah Mesir-Gaza setelah penjajah(Israel) menghalang beliau dari memasuki Gaza melalui sempadan Beit Hanoun, utara Gaza.

Sementara itu di Israel, perbicaraan ke atas bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert disambung semula. Sebagaimana dinyatakan, Olmert dihadapkan ke pengadilan kerana dituduh melakukan penyelewengan. Sumber 25/02/2010, berita al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS