الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memboikot barangan Israel dan Amerika menurut Islam

18 Januari 2010


Komiti MAP tetap bersama dengan kempen usaha memboikot barangan Yahudi mahupun Amerika Syarikat yang hasilnya adalah untuk memerangi umat Islam, khususnya umat Islam di Palestin.

1.MUKADDIMAH

Saya ada menerima foward mesej yang menunjukkan kepada artikel tentang face book. Saya tidak mahu membincangkan adakah ia adakah face book itu yahudi atau pun bukan dan apakah hukum menggunakan face book. Namun mata saya terpaku pada kenyataan dalam artikel tersebut yang berbunyi:

"Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM."

Saya agak terkejut dengan kenyataan dari pendakwah terkemuka di malaysia ini. Ini kerana kenyataan ini telah bertentangan dengan ulama-ulama di seluruh dunia. Oleh itu di sini saya ingin mengemukakan pandangan ulama terhadap boikot barangan Amerika dan Israel.

2.BOIKOT ADALAH SENJATA DI ZAMAN NABI

Kita lihat bagaimana kisah Thumamah bin athal ra ثمامة بن أثال yang baru masuk Islam telah memboikot orang-orang musyrikin di mekah. Setelah masuk Islam , beliau berkata:

والله لا يأتيكم من اليمامة حبة حنطة حتى يأذن فيها رسول الله صلى الله عليه وسلم

"Demi Allah tidak akan datang kepada kamu (kaum Quraisy) sebiji gandum pun dari Yamamah sehingga Rasulullah saw izinkan."

Hadis SAHIH Bukhari Muslim.

Sepertimana di ketahui beliau adalah penghulu Yamamah.

Dalam hadis lain menyebut:

فانصرف إلى بلده ومنع الحمل إلى مكة حتى جهدت قريش فكتبوا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يسألونه بأرحامهم أن يكتب إلى ثمامة أن يخلي إليهم حمل الطعام ففعل رسول الله صلى الله عليه وسلم

"Lalu Thumamah pun pulang ke kampungnya dan menegah untuk dibawa barang dagangan ke Mekkah sehinggalah orang Quraisy kemelaratan . Lalu orang-orang Quraisy menulis kepada Rasulullah saw meminta dengan berkat hubungan persaudaraan supaya thumamah membiarkan barang makanan sampai kepada mereka. Rasulullah saw memperkenankan permintaan mereka."

hadis HASAN riwayat Imam Baihaqi dan Ahmad.

INI ADALAH DALIL YANG KUKUH TERHADAP PENSYARIATAN BOIKOT TERHADAP MUSUH-MUSUH ISLAM. KALAULAH ORANG MUSYRIKIN MASIH MENINDAS NABI DAN PARA SAHABAT KETIKA ITU MESTILAH NABI SAW AKAN MENERUSKAN PEMBOIKOTAN ITU.
_________________________________________________________
Dalam sebuah rancangan wawancara di al-Jazeerah, iaitu "As-Syariah Wal-Hayah" turut membangkitkan isu boikot. Tetamu undangan dalam rancangan tersebut adalah Dr.Yusuf Qardhawi. Persoalan yang dibangkitkan, sampai bilakah kita perlu memboikot barangan-barangan(produk) Yahudi, Amerika Syarikat? Beliau menjawab, selagimana penindasan Israel ke atas Palestin masih berterusan, boikot tetap diteruskan.
_________________________________________________________

3. MELEMAHKAN EKONOMI MUSUH ISLAM ADALAH SUNNAH NABI

Cara melemahkan ekonomi musuh yang dilakukan pada zaman Nabi saw ada dua cara.

Cara pertama:

Dengan menghantar pasukan tentera untuk peperangan badar bagi menghalang rombongan perniagaan mereka. Begitu mengambil harta orang kafir (ghanimah) setiap kali lepas perang juga adalah bertujuan melemahkan ekonomi mereka. Nabi saw dan para sahabat juga telah memusnahkan tanaman orang yahudi Bani Nadhir sedangkan asalanya Nabi saw menegah untuk dimusnahkan tanaman orang kafir. Ini semua adalah untuk melemahkan ekonomi mereka.

Cara kedua: Dengan doa

Nabi saw telah mendoakan kepada orang-orang Quraisy:

اَلَّلهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَيْهِمْ بِسَبْعِ كَسَبْعِ يُوْسُفَ

"Ya Allah bantulah aku untuk memusnahkan mereka dengan engkau menjadikan mereka فtujuh tahun mereka seperti mana tujuh tahun yang menimpa Nabi Yusuf (tujuh tahun kemarau)."

Maka mereka ditimpa dengan kemarau sehinggalah ada yang makan bangkai. Lalu Abu Sufyan berkata kepada Nabi saw: "Hai Nabi, sesungguhnya Kaum mu telah binasa. Doalah supaya Allah menghilangkan kemarau ini."

Hadis SAHIH riwayat Bukhari dan Muslim.

4. MEMANGLAH ASAL BERMUAMALAH DENGAN MEREKA ITU HALAL TAPI IA BERUBAH DENGAN KEADAAN

Pihak yang tidak mahu memboikot menyatakan bahawa tidak perlu boikot kerana Nabi saw juga bermuamalah dengan orang yahudi. Ini memang jelas bahawa kita boleh berusan dengan orang kafir tidak kira apa agama sekalipun. Hubungan kita dengan mereka adalah hubungan kemanusian. Ini jelas melalui Firman Allah swt:

"Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap org2 kafir yang tidak memerangimu kerana agamamu dan tidak mengusirmu dr kampung halamanmu.ssghnya ALLAH mencintai org2 yg berlaku adil." (8 : al-Mumtahanah)

Namun dalam ayat seterusnya menjelaskan kita dilarang untuk berbaik dengan orang yang memerangi dan mengusir umat Islam. Firman Allah swt:

"Sesungguhnya Allah hanya melarangkamu menjadikan orang-orang yangg memerangimu kerana agamamu dan mengusirmu dari kampung halamanmu dan membantu untuk mengusirmu sebagai kawanmu (dengan membantu mereka).barangsiapa yg menjdkan mereka sbg kawan, mereka itulah org yg zalim." (9: al-Mumtahanah)

Penindasan dan kezaliman Israel dan Amerika terhadap umat Islam adalah perkara yang amat jelas. Oleh itu kita jangan bermudah-mudah untuk keluarkan hukum. Setiap keadaan dan masa itu mempunyai hukum yang tersendiri. Kita hendaklah menyerahkannya pada Ulama.

5. PANDANGAN ULAMA TERHADAP BOIKOT

Para ulama seluruh dunia menyatakan kewajipan boikot baragan Yahudi dan Israel. Di antaranya ialah Bekas mufti Mesir Dr.Nasr Farid al-Wasil, Ulama Saudi albani dan Syeikh Abdullah Jibrin, ulama Lubanan, Syeikh Faisal Maului, Ulama-ulama India dan yang paling tegas ialah ulama haraki DR.YUSUF QARDAWI.

Dr.Yusuf Qardawi berkata:

"Di antara cara membantu umat Islam di Palestin adalah dengan memboikot barangan musuh dengan sempurna (bukan pilih-pilih). Setiap ringgit dan sen yang kita gunakan untuk membeli barangan mereka adalah di anggap peluru yang menembusi dada-dada saudara-saudara dan anak-anak kita di Palestin. Oleh kerana yang demikian wajib atas kita untuk tidak membantu musuh-musuh yang menindas Umat Islam dengan membeli barangan mereka. Ini kerana ia termasuk dalam perkara membantu di atas perkara permusuhan dan dosa.Barang-barang buatan Amerika seumpama barang-barang Israel dari segi wajib diboikot. Pada hari ini Amerika adalah Israel yang kedua."

6. KESIMPULAN

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan keberanian seorang doktor dari Jordan yang telah meletupkan dirinya di Afghanistan yang membunuh tujuh pegawai perisikan Amerika CIA. Umurnya masih muda (30an) dan mempunyai isteri yang cantik(orang turki). Doktor ini sanggup mengorbankan jiwanya demi Islam tetapi mengapa kita tidak mampu walau hanya dengan memboikot barangan musuh Islam kerana tuntutan Nafsu. Firman Allah swt:

"Maka kamu akan lihat orang-orang yang berpenyakit nifak dalam hati mereka segera menjadikan orang-orang yahudi dan nasrani sebagai teman dan membantu mereka, mereka berkata sebagai alasan, "Kami takut akan ditimpa bencana atau mereka mengalahkan orang-orang Islam." Maka pastilah Allah akan memberi kemenangan kepada umat Islam atau Allah akan memusnahkan orang-orang yahudi dan nasrani yang menyebabkan orang-orang munafik itu menyesal terhadap apa yang mereka lakukan(menolong yahudi dan nasrani)." (52 : al-Maidah)

JADI JELAS DARI AYAT INI MEMBANTU YAHUDI DAN NASRANI YANG MEMUSUHI DAN MENINDAS UMAT ISLAM ADALAH PERBUATAN ORANG-ORANG MUNAFIK.

Rujukan: al-Quran , al-Muqataah as-Syariyyah wa Dawabitul Mumarasah oleh Dr Khalid Abdul Qadir dan Fatawa min Ajli Palastin oleh Dr Yusuf Qardawi.

Sumber: Blog Ustaz Salman Mashkuri(klik). Pihak MAP telah memohon kebenaran daripada beliau untuk menerbitkan artikel tersebut di sini.

Read more...

Mashal mahu bertemu Abbas

Konflik dalaman Palestin masih belum temui jalan penyelesaian. (gambar: Kiri, Khaled Mashal dan kanan, Mahmoud abbas)

Sumber menyatakan, Mahmud Abbas(Presiden Palestin yang telah berakhir tempoh jawatannya menurut HAMAS) menolak sebarang pertemuan dengan Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Mashal sebelum HAMAS menandatangani persetujuan Palestin yang diselia oleh Mesir; yang telah ditandatangani FATAH.

Mashal dalam ucapannya ketika Pertemuan Arab bagi menyokong penentangan yang berlangsung di Lubnan pada hari Jumaat lalu menyatakan cadangannya untuk bertemu dengan Mahmud Abbas bagi menyelesaikan perselisihan dalaman Palestin.

Bagaimanapun, Mahmud Abbas dalam kenyataannya ketika persidangan Majlis Revolusi gerakan FATAH di Ramallah berkata, 'sekarang kami menunggu pada bila masa yang HAMAS mahu menandatangani persetujuan'.

'Bila HAMAS telah tandatangani persetujuan itu, sejam atau setengah jam, ataupun 15 minit selepas itu, boleh berjumpa dengan HAMAS. Tetapi, jika sebelum itu, tidak', tegas Abbas.

Sumber diplomasi Syria turut tidak menjangka diadakan pertemuan antara Mahmud Abbas dengan Khaled Mashal meskipun Kuwait mengumumkan perkara tersebut.

Dijelaskan(sumber yang rapat dengan HAMAS) di Syria, bahawa Mesir membantah pertemuan antara Abbas dan Mashal sebelum HAMAS menandatangani persetujuan yang disediakan oleh Mesir sekalipun Kuwait dan Arab Saudi berusaha untuk mengadakan pertemuan ini.

Dijelaskan bahawa perlu tindakan dari rantau Arab dapat memujuk Mesir agar menerima pemerhatian HAMAS(cadangan atau rombakan) yang dibantah oleh Mesir secara mutlak.

Dari sumber politik Palestin pula, dokumen kepentingan Palestin tidak sahaja berkait dengan pendirian HAMAS dan FATAH, tetapi turut dicengkam pihak serantau dan antarabangsa. Sudah pasti, Washington tidak merasa senang jika ada persetujuan Palestin yang terbina dengan penyertaan HAMAS dalam Kerajaan Palestin pada masa akan datang. Sumber berita al-Jazeerah(15/01/2010), suratkhabar Misril-Youm dan suratkhabar Shourouk 18/01/2010

Read more...

7 Palestin ditangkap

Sumber melaporkan, kelmarin tentera penjajah(Israel) menangkap 7 penduduk Palestin di Mukhayyam 'Ain yang berdekatan bandar Nablus, Tebing Barat.

Menurut sumber Palestin, tentera penjajah melaksanakan operasi ketenteraan secara meluas di Mukhayyam tersebut dan kawasan penduduk Palestin yang berhampiran serta menceroboh beberapa buah rumah.

Sumber menjelaskan, hampir 25 buah jentera perang Israel menceroboh Mukhayyam serta mengepung beberapa buah rumah. Sumber 18/01/2010, suratkhabar Shourouk

Read more...

5 pelampau diberkas

Sumber melaporkan 5 pelampau Yahudi yang terlibat(Disember 2009) dalam pembakaran sebuah masjid di Tebing Barat telah diberkas. Sumber 18/01/2010, berita al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS