الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Gaza diserang 13 tembakan meriam zionis

19 Mac 2011

Laporan asal jam 10.01 malam, Palestin/Mesir
Jam 04.01 pagi(20/03/2011), waktu Malaysia

GAZA - Tentera zionis menyerang Gaza malam ini. Laporan safa menyebut artileri(meriam) zionis melepaskan 13 das tembakan ke sebuah kawasan lapang di tempat pelupusan sampah, timur Der Balah, pertengahan Semenanjung Gaza.

Menurut pemberita 'safa', kereta kebal zionis yang berpengkalan sementara di lokasi tentera(dilengkapi CCTV) dari arah timur Gaza(Mukhayyam El-Buraij) melepaskan das tembakan secara selang-seli.

Sementara itu, laporan berita safa pada jam 10.23 malam, Palestin/Mesir memaparkan dari tentera zionis yang mengumumkan pihaknya telah membunuh 2 penduduk Palestin di sempadan Gaza.

Sumber dari media elektronik Israel 'Yediot Ahronout' versi hebrew(ibrani) menyebut tentera zionis yang sedang melakukan rondaan di sempadan utara Gaza telah dapat mengesan dua penduduk Palestin menghampiri pagar keselamatan, lalu, tentera zionis menembak kedua-duanya.

Jelas sumber lagi, tentera zionis menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Berhubung dua penduduk Palestin yang terbunuh, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah enggan membuat pengesahan atau menafikan berita tersebut. Berikutan itu, sehingga sekarang, maklumat tersebut hanyalah diwar-warkan dari media Israel.

Abu Salmiah menyatakan, skuad bantuan cemas Palestin telah mula menghubungi Pertubuhan Palang Merah dan pihak berkenaan bagi mendapatkan maklumat berhubung kejadian.

Safa melaporkan lagi pada jam 11.09 malam, Palestin/Mesir, kereta kebal zionis mengebom sebuah kawasan di Qararah, timur Khan Yunus.

Sewaktu laporan ini diterbitkan, pemberita safa berkata, pesawat tempur zionis sedang berlegar-legar di ruang udara Semenanjung Gaza. Sumber 19/03/2011, web berita safa.ps

Read more...

AL-QASSAM binasakan lokasi tentera zionis

Laporan asal jam 09.22 pagi, Palestin/Mesir
Jam 03.22 petang, Malaysia

GAZA - Semenanjung Gaza telah dikejutkan dengan letupan kuat ekoran serangan pejuang Palestin yang menumpukan beberapa buah lokasi tentera rejim zionis di timur Gaza. Rejim zionis turut membalas dengan mengebom beberapa tempat di Gaza.

Memetik laporan berita safa, pejuang Palestin dari KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) mengumumkan telah mengebom pos kawalan tentera 'Isnad Sufa' dengan 10 serangan peluru mortar. Lagi serangan, pejuang AL-QASSAM terus mengebom lokasi tentera zionis di 'Kissufim', 'Sufa', dan 'El-Farahain' dengan 15 serangan peluru mortar. Sebuah lagi lokasi tentera zionis 'Nehal Auz' turut dibom dengan beberapa serangan mortar.

Laporan ketenteraan yang dikeluarkan AL-QASSAM, berkata, 'sesungguhnya dengan pertolongan Allah pada pagi Sabtu, 19/03, pejuangnya berjaya mengebom lokasi tentera zionis Isnad Sufa dengan 10 peluru mortar pada jam 08.30 pagi, Palestin/Mesir'.

Tambahan lagi, pada jam 08.40 pagi, Palestin/Mesir, pejuang AL-QASSAM berjaya membinasakan 4 buah lokasi tentera zionis di selatan Semenanjung Gaza, iaitu, Sufa, El-Farahain, Kissufim, dan 'Ain Salisah. Sebanyak 15 serangan mortar digunakan mengebom lokasi-lokasi tersebut.

Pada jam yang sama, 08.40 pagi, Palestin/Mesir, pejuang AL-QASSAM berupaya mengebom lagi sebuah lokasi tentera Nehal Auz dengan 8 serangan mortar 'hawn'.

KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM mengesahkan pengeboman ke atas lokasi-lokasi sasaran tersebut adalah bagi membalas serangan zionis yang tidak henti-henti di Semenanjung Gaza, malah serangan terbaru zionis mengakibatkan 2 pejuang AL-QASSAM syahid di lokasi tentera AL-QASSAM, Abu Jarad.

Zionis balas serangan AL-QASSAM

Media Israel, Yediot Ahronout, melaporkan sebanyak 56 serangan peluru mortar menyerang Naqab Barat pagi Sabtu, namun jelas AL-QASSAM pihaknya melepaskan 33 serangan mortar. Media Israel melaporkan serangan mortar mengakibatkan sebuah rumah terjejas teruk di penempatan haram Ushkul, manakala 6 orang Israel(warga haram) cedera ringan.

Selepas pengeboman AL-QASSAM seorang warga haram Israel berkata, kami tidak pernah menyaksikan serangan sengit dari sebelum ini.

Berhubung serangan AL-QASSAM, safa melaporkan, rejim zionis membalas dengan menyerang kawasan di timur Khan Yunus, Rafah, Der Balah, Gaza dan Jabaliya.

Menurut saksi dan pemberita 'safa', artileri(meriam) zionis menyasarkan Masjid Imar Bin Yaseer yang terletak di Qararah, timur Khan Yunus.

Kawasan tumpuan serangan zionis seterusnya di timur Rafah, Hayyu El-Nasr dan Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza yang kini telah hancur musnah.

Tambahan lagi, artileri zionis melepaskan 3 serangan ke atas lokasi Keamanan Dalam Negeri di Hayyu Shujaieyah, timur Gaza. Safa menyatakan, 5 penduduk Palestin cedera dan salah seorang darinya kritikal. Kesemuanya telah dibawa ke hospital Dar As-Shifa'.

Rejim zionis mengebom lagi sebuah kawasan pertanian yang lapang di timur Jabaliah yang terletak di utara Semenanjung Gaza dengan 4 peluru berpandu jarak jauh. Sejurus pengeboman itu, helikopter 'Apache' zionis melancarkan 2 serangan peluru misil ke atas sebuah rumah tidak berpenghuni yang terletak antara Abbasan dan Qararah.

2 tentera zionis cedera

Maklumat terkini, tentera rejim zionis mengakui 2 orang tenteranya mengalami kecederaan setelah AL-QASSAM mengebom salah satu dari lokasi tenteranya.

Pemberita 'safa' turut menyatakan bahawa kepulan asap besar memenuhi lokasi tentera zionis, Isnad Sufa. Kelihatan ambulan bergegas ke lokasi berkenaan.

.. liputan berita ..

Sumber 19/03/2011, web berita safa.ps dan al-qassam.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS