AL-QASSAM binasakan lokasi tentera zionis
19 Mac 2011
Jam 03.22 petang, Malaysia
GAZA - Semenanjung Gaza telah dikejutkan dengan letupan kuat ekoran serangan pejuang Palestin yang menumpukan beberapa buah lokasi tentera rejim zionis di timur Gaza. Rejim zionis turut membalas dengan mengebom beberapa tempat di Gaza.
Memetik laporan berita safa, pejuang Palestin dari KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) mengumumkan telah mengebom pos kawalan tentera 'Isnad Sufa' dengan 10 serangan peluru mortar. Lagi serangan, pejuang AL-QASSAM terus mengebom lokasi tentera zionis di 'Kissufim', 'Sufa', dan 'El-Farahain' dengan 15 serangan peluru mortar. Sebuah lagi lokasi tentera zionis 'Nehal Auz' turut dibom dengan beberapa serangan mortar.
Laporan ketenteraan yang dikeluarkan AL-QASSAM, berkata, 'sesungguhnya dengan pertolongan Allah pada pagi Sabtu, 19/03, pejuangnya berjaya mengebom lokasi tentera zionis Isnad Sufa dengan 10 peluru mortar pada jam 08.30 pagi, Palestin/Mesir'.
Tambahan lagi, pada jam 08.40 pagi, Palestin/Mesir, pejuang AL-QASSAM berjaya membinasakan 4 buah lokasi tentera zionis di selatan Semenanjung Gaza, iaitu, Sufa, El-Farahain, Kissufim, dan 'Ain Salisah. Sebanyak 15 serangan mortar digunakan mengebom lokasi-lokasi tersebut.
Pada jam yang sama, 08.40 pagi, Palestin/Mesir, pejuang AL-QASSAM berupaya mengebom lagi sebuah lokasi tentera Nehal Auz dengan 8 serangan mortar 'hawn'.
KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM mengesahkan pengeboman ke atas lokasi-lokasi sasaran tersebut adalah bagi membalas serangan zionis yang tidak henti-henti di Semenanjung Gaza, malah serangan terbaru zionis mengakibatkan 2 pejuang AL-QASSAM syahid di lokasi tentera AL-QASSAM, Abu Jarad.
Zionis balas serangan AL-QASSAM
Media Israel, Yediot Ahronout, melaporkan sebanyak 56 serangan peluru mortar menyerang Naqab Barat pagi Sabtu, namun jelas AL-QASSAM pihaknya melepaskan 33 serangan mortar. Media Israel melaporkan serangan mortar mengakibatkan sebuah rumah terjejas teruk di penempatan haram Ushkul, manakala 6 orang Israel(warga haram) cedera ringan.
Selepas pengeboman AL-QASSAM seorang warga haram Israel berkata, kami tidak pernah menyaksikan serangan sengit dari sebelum ini.
Berhubung serangan AL-QASSAM, safa melaporkan, rejim zionis membalas dengan menyerang kawasan di timur Khan Yunus, Rafah, Der Balah, Gaza dan Jabaliya.
Menurut saksi dan pemberita 'safa', artileri(meriam) zionis menyasarkan Masjid Imar Bin Yaseer yang terletak di Qararah, timur Khan Yunus.
Kawasan tumpuan serangan zionis seterusnya di timur Rafah, Hayyu El-Nasr dan Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza yang kini telah hancur musnah.
Tambahan lagi, artileri zionis melepaskan 3 serangan ke atas lokasi Keamanan Dalam Negeri di Hayyu Shujaieyah, timur Gaza. Safa menyatakan, 5 penduduk Palestin cedera dan salah seorang darinya kritikal. Kesemuanya telah dibawa ke hospital Dar As-Shifa'.
Rejim zionis mengebom lagi sebuah kawasan pertanian yang lapang di timur Jabaliah yang terletak di utara Semenanjung Gaza dengan 4 peluru berpandu jarak jauh. Sejurus pengeboman itu, helikopter 'Apache' zionis melancarkan 2 serangan peluru misil ke atas sebuah rumah tidak berpenghuni yang terletak antara Abbasan dan Qararah.
2 tentera zionis cedera
Maklumat terkini, tentera rejim zionis mengakui 2 orang tenteranya mengalami kecederaan setelah AL-QASSAM mengebom salah satu dari lokasi tenteranya.
Pemberita 'safa' turut menyatakan bahawa kepulan asap besar memenuhi lokasi tentera zionis, Isnad Sufa. Kelihatan ambulan bergegas ke lokasi berkenaan.
Sumber 19/03/2011, web berita safa.ps dan al-qassam.ps
0 comments:
Catat Ulasan