الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Pembebasan yang belum tiba

07 Jun 2010


08.28 malam, Mesir/Palestin : Pihak Berkuasa Mesir merampas bantuan dari konvoi pembebasan Mesir, malah delegasi yang disertai 12 orang ahli parlimen Mesir turut tidak dibenarkan masuk ke Gaza.

Seorang anggota Dewan Rakyat Mesir dari kumpulan parti pembangkang, Jamaah Al-Ikhwan Muslimin, Hazem Farouq ketika berada di pintu sempadan Rafah Mesir dengan beberapa ahli parlimen Mesir dari parti-parti yang lain turut menghubungi pihak-pihak dari berbagai-bagai peringkat bagi dibenarkan memasuki Gaza.

Sebelum mereka tiba di sempadan Rafah Mesir, Mereka telah memaklumkan kepada speaker parlimen mengenai delegasi ahli parlimen ini akan mengadakan konvoi bagi yang bersimbol pemecah sekatan dan membangunkan semula Gaza untuk memasuki Gaza.

Konvoi yang diadakan itu ekoran dari ketetapan rasmi dari Presiden Mesir, Housni Mubarak membuka sempadan Rafah Mesir setelah serangan Israel ke atas kapal armada pembebasan.

Namun, setakat ini, konvoi tersebut tidak dapat memasuki Gaza, malah trak-trak yang membawa muatan bekalan bantuan seperti besi dan simen turut dirampas Pihak Berkuasa Mesir.

Ahli parlimen tersebut, Hazem Farouq berkata seorang wakil rasmi Mesir menyampaikan kepada mereka supaya hubungi pihak atasan bagi membincangkan hal ini untuk mendapatkan penyelarasan sama ada dibenarkan masuk atau tidak.

Berikutan tidak dibenarkan masuk ke Gaza, beliau berkata, "Setiap apa yang terjadi, hanya bercakap saja", seraya beliau mengungkapkan tidak rasa optimis dapat memasuki Gaza melalui sempadan pada ketika ini. Dinyatakan, mereka akan berusaha agar dapat masuk ke Gaza. Sumber web berita safa.ps

Read more...

Empat syahid dalam serangan komando laut, seorang luka parah ditembak pesawat pengintip

Beribu-ribu penduduk Palestin di Gaza mengiringi jenazah empat pejuang Palestin dari KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera gerakan FATAH) yang syahid dalam serangan bot peronda Israel di perairan pantai Gaza di bahagian selatan Gaza pagi tadi.

Gambar: Antara pemuda dari kumpulan pejuang Aiman Judah yang syahid dalam serangan komando laut Israel.

Seorang dari komander kumpulan pejuang tersebut, Abu Walid Al-Ja'bari yang terselamat dari serangan itu berkata, empat pejuang yang berpakaian sut menyelam sedang mengikuti satu latihan, tetapi tidak membawa sebarang senjata.

Beliau yang mengawasi latihan menyatakan, seorang lagi terselamat dan seorang lagi belum ditemui.

Al-Ja'bari menafikan dakwaan Israel yang melaporkan bahawa kumpulan pejuang itu berniat untuk melepasi masuk ke Israel. Jelas beliau lagi bahawa mereka berada di selatan Gaza bukannya di bahagian utara yang boleh dilakukan operasi melolos masuk ke Israel.

Gambar: Empat pejuang Palestin dari kumpulan pejuang Aiman Judah yang syahid.

Dari sumber lain(Israel), berkata unit khas dari komando laut Israel menumpaskan cubaan sekumpulan pejuang Palestin dari melepas masuk ke Israel sekitar jam 4.30 pagi. Dinyatakan lagi, komando laut Israel mengintip pergerakan kumpulan itu di laut lepas yang bertentangan dengan bandar Zahra' berhampiran dengan Wadi Gaza, lalu komando Israel melepaskan tembakan ke arah kumpulan pejuang lantas 'syahid'.

Sumber melaporkan, sampan yang dinaiki pemuda-pemuda dari kumpulan pejuang itu adalah bersaiz kecil dan tidak mampu menampung bebanan melainkan alat-alat renang.

Gambar: Sampan yang digunakan empat pejuang yang syahid tidak sesuai untuk operasi melepas masuk ke perairan Israel.

Keempat-empat pemuda yang syahid itu dibawa ke hospital Der Balah.

Dari pihak perubatan pula, doktor-doktor telah menemui kesan tembakan di beberapa bahagian tubuh badan, antaranya di kepala pemuda yang ditembak Israel.

Israel pula menceritakan bahawa tembakan yang dilepaskan itu ke arah pemuda-pemuda kerana cuba melolos masuk ke Israel untuk melaksanakan operasi yang disifatkan 'serangan pengganas'.

Sumber tempatan melaporkan, keempat-empat pemuda itu dari kumpulan pejuang Aiman Judah pecahan dari KATAIB SYUHADA AL-AQSA. Mereka adalah Hamid Sabit, 20, Hamid As-Sairi, 20, Ibrahim Al-Wahidi, 25 dan Muhammad Quwaidar, 34.

Serangan dari pesawat pengintip

Kejadian lain yang dilaporkan bahawa sepasukan unit tentera penjajah mensasarkan sekumpulan dari pemuda Palestin yang menghampiri laluan rondaan di timur Mukhayyam Jabaliya, utara Semenanjung Gaza.

Menurut Pengerusi Bantuan Cemas di Kementerian Kesihatan Gaza, Dr.Muawiyah Husnain berkata, pesawat pengintip Israel menyerang sekumpulan pemuda di kawasan terbabit mengakibatkan seorang dari pemuda itu, Ahmad Salah mengalami luka parah yang disifatkan 'pertengahan'.

Jurucakap tentera Israel menyatakan, Israel melancarkan satu serangan peluru misil ke arah sebuah kumpulan dari pejuang Palestin yang cuba untuk melancarkan serangan roket ke Israel. Namun, dari sumber Palestin menyebut mereka yang menjadi sasaran serangan Israel itu pada ketika sedang mengumpul kepingan besi. Sumber 07/06/2010, web berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS