Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.

Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Serangan zionis di Khan Yunus dan Nuseirat

27 November 2011

Laporan jam 06:34 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 06:34 pagi, waktu Mesir
Jam 12:34 petang, waktu Malaysia

GAZA - Pesawat tempur rejim zionis menyasarkan dua serangan udara di Khan Yunus dan Nuseirat awal pagi ini.

Serangan udara yang pertama, pesawat tempur jenis F-16 melepaskan dua serangan peluru misil ke atas sebuah rumah kaca pertanian(untuk tanaman) di utara bandar Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Sebelum ini, rumah kaca pertanian yang terletak berhampiran kilang simen Abu Taha di utara Khan Yunus telah diserang lima peluru misil lantas mengakibatkan terjejas teruk dan tidak dilaporkan sebarang kecederaan.

Dalam serangan kedua, pesawat pengintip zionis tanpa pemandu pula menyerang sebuah rumah tanpa penghuni di kawasan Az-Zahra'. Sumber menyatakan, kedudukan rumah tersebut betul-betul berada di belakang menara bandar Az-Zahra' di sebelah barat Mukhayyam Nuseirat, Gaza Tengah.

Berikutan kedua-dua serangan udara zionis di Semenanjung Gaza awal pagi ini, tiada sebarang laporan mengenai kecederaan dinyatakan.

Balas serangan roket

Sedemikian itu, radio penjajah menghebahkan bahawa angkatan tentera udara zionis telah melancarkan dua serangan udara awal pagi ini ke atas dua buah lokasi milik kumpulan bersenjata Palestin di Semenanjung Gaza. Jelas sumber itu lagi, serangan zionis tepat mengenai sasaran.

Sumber ketenteraan zionis mendakwa, pengeboman ini dilakukan bagi membalas serangan roket yang gugur di sekitar Majlis Daerah Eshkol pagi semalam(Sabtu).

Sewaktu laporan ini diterbitkan, pesawat-pesawat tempur zionis masih berlegar-legar di berbagai-bagai sudut ruang udara Gaza. Sumber 27/11/2011, web berita Safa.ps dan web berita Maannews.net

Read more...

Karikatur: Sepakat lindung-melindungi

Sumber karikatur, web berita AL-JAZEERAH

Read more...

Al-Qaradawi di Al-Azhar sertai kempen bela Al-Aqsa

25 November 2011


Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dr.Yusuf Al-Qaradawi turut menyertai 'Jumaat Al-Aqsa' di Masjid Al-Azhar hari ini dalam tunjuk perasaan yang diundang oleh Kesatuan Ulamak dan Jawatankuasa Kempen Masyarakat Menentang Pengyahudian Al-Quds(BaitulMaqdis).

Sumber dari kempen berkenaan berkata, penduduk Mesir dijemput solat di Masjid Al-Azhar Sharif sebagai bantahan kepada tindakan zionis yang melakukan kerja pengyahudian sehasta demi sehasta ke atas Masjid Al-Aqsa dan BaitulMaqdis(Al-Quds). Berhubung pengyahudian, Pihak Berkuasa Penjajah telah mengeluarkan ketetapan meroboh jambatan Bab Al-Magharibah berkuatkuasa pada esok hari sehinggalah selesai kerja perobohan atas dakwaan kedudukan jambatan tersebut menimbulkan bahaya.

Gambar: Dr. Yusuf Al-Qaradawi. Laman rasmi
beliau, sila klik di sini.

Kata Perancang Kempen, Dr.Jamal Abdul Salam bahawa pihak penganjur menyatakan tunjuk perasaan ini akan selalu diadakan agar mesej ini sampai kepada rejim zionis, maknanya masyarakat Mesir, negara Arab yang lain dan umat Islam tidak melupai Al-Aqsa dan BaitulMaqdis meskipun masing-masing ditimpa berbagai-bagai peristiwa.

Beliau menyatakan, kempen sedemikian tidak bertembung dengan apa yang diadakan di Dataran Tahrir sekarang ini, kempen di Masjid Al-Azhar hanya berlangsung selama satu jam selepas solat Jumaat dan berlanjutan di semua masjid di Mesir, malahan ucapan-ucapan menyebut pendirian yang sama bagi membantah tindakan penjajahan zionis. Sumber 25/11/2011, Suratkhabar Huriyyah Wal-Adalah

Read more...

Nelayan Gaza jadi sasaran bot laju zionis

24 November 2011

Laporan jam 05:55 malam, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 05:55 malam, waktu Mesir

RAFAH - Bot-bot laju tentera laut zionis yang berada di persisiran laut bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza telah melepaskan tembakan senjata berat ke arah bot-bot nelayan Palestin.

Menurut pemberita SAFA, bot-bot laju zionis bertindak melepaskan tembakan dari jarak dekat ke arah bot-bot nelayan di persisiran laut bandar Rafah, lantas nelayan Palestin terpaksa bergegas meninggalkan lokasi berkenaan.

Sehingga laporan ini diterbitkan, sumber menyebut tidak sebarang laporan mengenai kemalangan jiwa di kalangan nelayan Palestin.

Sebagaimana disebutkan, para nelayan Palestin di laut Gaza boleh dikatakan hampir setiap hari diancam bot-bot tentera laut zionis yang bertebaran di sepanjang persisiran laut Semenanjung Gaza. Kesan dari cengkaman ini pernah ada laporan menyebut nelayan Palestin cedera, di samping kerosakan harta benda(bot nelayan/sampan). Sumber 24/11/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Demontrasi Mesir 23/11/2011

TERKINI - Jam 07:00 malam, waktu Mesir. Ketegangan kembali semula di Dataran Tahrir setelah beberapa jam keadaan dihuni tenang sambil berwaspada setelahmana campurtangan dari ulamak Al-Azhar menenangkan keadaan. Sumber berita AL-JAZEERAH

TERKINI - Menjelang pertengahan malam, Menteri Dalam Negeri, Mansour Al-Esawy memberi cadangan kepada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera meminta supaya pilihanraya parlimen peringkat pertama ditunda disebabkan keadaan tegang yang berlaku di Dataran Tahrir. Tambahan pula, pertempuran sengit meledak di Jalan Muhamad Mahmud yang menghala ke bangunan Kementerian Dalam Negeri.

Lebih terbaru telah kedengaran gesaan untuk mengadakan lagi 'Himpunan Juta yang baru' di Dataran Tahrir pada hari Jumaat akan datang.
______________________________________
Capaian lagi:


Sumber klip di atas, youtube.com

Al Jazeera Mubasher Misr
Demontrasi Mesir 21-22/11/2011
______________________________________

Berhubung ketegangan yang timbul, Syeikhul Azhar Ahmad Taib meletakkan tanggungjawab kepada pihak polis dan tentera bagi menghentikan kekacauan di Dataran Tahrir. Beliau menyeru ketua-ketua polis agar keluarkan arahan supaya hentikan tembakan yang dihala ke arah para penunjuk perasaan. Beliau juga mendesak pihak tentera bertindak menghalang sebarang pertempuran sesama masyarakat.

Sepanjang Kemarahan Rakyat Di Dataran Tahrir


*Laporan mengenai demontrasi ini hanyalah bersandarkan kepada maklumat yang terhad. Selanjutnya, sila lawati WeCare4Islam

Read more...

Meshaal tiba malam ini di Mesir jumpa perisikan

23 November 2011

Laporan jam 07:32 malam, waktu Mesir

KAHERAH - Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshaal(gambar) telah tiba di Kaherah malam ini. Beliau mengetuai delegasi kepimpinan gerakan HAMAS dalam dan luar tanah Palestin datang dari Syria mengunjungi Mesir untuk selama beberapa hari. Sebagaimana yang dimaklumkan bahawa pada hari esok, Khamis, beliau akan bertemu dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas selaku Presiden gerakan FATAH bagi membincangkan perlaksanaan hasil persetujuan baik pulih hubungan dalaman Palestin.

Ketibaan beliau malam ini di Kaherah turut dijadualkan bertemu dengan beberapa wakil Mesir, antaranya Ketua Perisikan Am Mesir, Murad Mawafi berhubung perbincangan peringkat kedua dari persetujuan(dokumen/perjanjian) penukaran tahanan-tawanan dengan Israel yang diselia oleh Mesir, dan peringkat pertama telahpun dilaksanakan.

Sementara itu, Presiden Abbas yang telah tiba di Kaherah semalam juga telah bertemu dengan beberapa wakil Mesir, antaranya Panglima Tentera Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir, Marshal Muhamad Husin At-Tantawi. Sumber 23/11/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Zionis ceroboh lagi timur Gaza

Laporan jam 09:39 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 09:39 pagi, waktu Mesir

RAFAH - Tentera rejim zionis kembali menceroboh ke dalam kawasan tanah sempadan di sebelah timur Rafah pagi tadi. Pencerobohan secara terbatas turut diiringi tembakan-tembakan ke arah rumah-rumah penduduk Palestin dan tanah pertanian.

Berhubung kejadian, pemberita SAFA melaporkan bahawa beberapa buah jentera perang rejim zionis menceroboh secara terbatas di timur Hayyu An-Nahdhah. Di samping itu, pesawat pengintip tanpa pemandu atau dikenali 'si dengung' kelihatan kerap berlegar-legar di ruang udara. Sehingga laporan ini dicatat, tiada sebarang laporan kecederaan dan kerosakan diterima pemberita.

Pemberita SAFA menyebut lagi, pejuang-pejuang Palestin menghadang jentera-jentera perang zionis yang menceroboh dengan ledakan pengeboman peluru mortar 'hawn' bagi menghentikan kemaraan rejim zionis.

Saksi kejadian berkata kepada pemberita SAFA bahawa mereka melihat sebuah helikopter perang zionis menghampiri kawasan yang diceroboh, pada waktu yang sama kepulan asap tebal dan kedengaran letupan yang kuat.

Kejadian semalam, Sebuah lokasi pejuang Palestin, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN telah dibom pesawat zionis. Tambahan lagi, jentera-jentera perang zionis menceroboh 300 meter ke dalam kawasan sempadan Gaza di sebelah timur bandar Rafah. Malah, bot-bot nelayan Gaza turut diancam tembakan senjata berat di persisiran laut Rafah.
________________________________________
Baca lagi:

Lokasi tentera ALWIYAH dibom pesawat zionis

________________________________________

Setelah menjelang pertengahan malam semalam, web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) versi hebrew melaporkan bahawa satu serangan peluru mortar 'hawn' gugur di pinggir penempatan zionis, She'er Henegev di sebelah barat Naqab.

Menurut sumber berkenaan, serangan terbabit tidak mengakibatkan sebarang kecederaan mahupun kerosakan. Sedemikian itu, sepasukan dari pihak polis zionis dan bomba berkejaran ke lokasi gugurnya mortar.

Tiada mana-mana sayap tentera Palestin yang mengumumkan pihaknya bertanggungjawab melancarkan serangan peluru mortar. Sumber 23/11/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Demontrasi Mesir 21-22/11/2011

Berita Mesir 21/11/2011

TERKINI - 08:30 malam, waktu Mesir: Kerajaan Mesir telah mengemukakan pembubarannya kepada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir ekoran tragedi yang berlaku di Dataran Tahrir.

Sehingga setakat ini, Kerajaan Mesir berkata pihaknya tetap menjalankan urusan pentadbiran negara sehinggalah Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir memberikan keputusan dari pembubaran kerajaan. Sumber berita AL-JAZEERAH

TERKINI - 09:05 malam, waktu Mesir: Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir menerima pembubaran kerajaan peralihan yang diketuai 'Isam Sharaf.

Kerajaan 'Isam Sharaf masih meneruskan urusan pentadbiran negara sehinggalah Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir memutuskan keputusan yang baru.

Jurucakap tentera berkata, pihak Majlis Tertinggi Angkatan Tentera masih membincangkan Perdana Menteri yang baru selepas 'Isam Sharaf kemukakan pembubaran kerajaannya. Sumber berita AL-JAZEERAH

TERKINI - 10:00 malam, waktu Mesir: Tambahan dari berita MESIR, Kerajaan 'Isam Sharaf meneruskan perjalanan pentadbiran negara sehinggalah Majlis Tertinggi Angkatan Tentera memberikan keputusan berhubung pembubaran kerajaan. Sumber lain dari berita MESIR, Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir membincangkan jalan keluar dari krisis yang berlaku dan membantah pembubaran kerajaan 'Isam Sharaf.

Sehingga kini, Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir masih berbincang.

Berita Mesir 22/11/2011


TERKINI - Laporan dari jam 06:00 sehingga 07:35 malam, jumlah penunjuk perasaan dalam'Himpunan Juta Selamatkan Tanahair' di Dataran Tahrir mencapai ratusan ribu. Menurut AL-JAZEERAH, bilangan tersebut mungkin dapat mencecah satu juta sebagaimana yang berlaku pada bulan Februari lalu. Kelihatan kereta ambulan membawa para penunjuk perasaan yang tercedera ekoran pertempuran dengan pihak keamanan. Turut kelihatan di jalan utama, pertempuran antara penunjuk perasaan dengan pihak keamanan masih berterusan. Sementara itu, jumlah penunjuk perasaan yang cedera mengikut sumber tidak rasmi mencecah puluhan mangsa yang tidak sampai ke ratusan orang.

TERKINI - Pada jam 07:35 malam, Panglima Tentera Mesir memberikan kenyataan rasmi melalui siaran televisyen Mesir. Kata beliau, urus selia negara pada waktu peralihan kuasa bukannya tugasan yang mudah, setiap kali hampir waktu pilihanraya, ketegangan juga bertambah. Beliau turut menafikan setiap tohmahan dan hujuman yang diberikan terhadap pihak Majlis Tertinggi Angkatan Tentera.

Dalam kenyataan rasmi, beliau berkata, Majlis Tertinggi Angkatan Tentera menerima pembubaran Kerajaan 'Isam Sharaf, namun tentera mempertanggungjawabkan 'Isam Sharaf untuk memikul ketua kerajaan sementara sehinggalah kerajaan Mesir yang baru dibentuk. Tambahan lagi, pihaknya bersedia menyerahkan segera pemerintahan dalam pungutan suara.

Jelas beliau, pilihanraya parlimen akan berlangsung pada waktu yang telah ditetapkan, mula pada 28/11/2011 dan pilihanraya Presiden sebelum akhir bulan Jun 2012. Sumber berita AL-JAZEERAH

TERKINI - Jam 08:30 malam, keadaan di Iskandariah juga masih tegang ekoran pertempuran yang berlaku di antara penunjuk perasaan dengan pihak keamanan. Sumber berita AL-JAZEERAH

TERKINI - Jam 10:20 malam, waktu Mesir. Berikutan kenyataan Mushir Husin At-Tantawi, para penunjuk perasaan di Dataran Tahrir melahirkan rasa marah apabila tidak dapat mendengar dengan jelas setelahmana bergelut bagi melepaskan diri dari gas pemedih mata yang ditembak oleh pihak keamanan. Sumber berita AL-JAZEERAH

*Pihak kami hanya sempat mendapatkan maklumat terhad mengenai demontrasi yang berlaku di Mesir baru-baru ini. Selanjutnya, sila lawati WeCare4Islam

Read more...

Lokasi tentera ALWIYAH dibom pesawat zionis

22 November 2011

Laporan jam 09:41 malam, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 09:41 malam, waktu Mesir

RAFAH - Pesawat tempur zionis mengebom sebuah lokasi tentera(pejuang), ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN yang terletak di sebelah barat Rafah, selatan Semenanjung Gaza malam tadi.

Menurut pemberita SAFA, peluru misil pesawat zionis menyasarkan lokasi 'Abu Ataya' milik pejuang ALWIYAH.

Sementara itu, 3 buah kereta kebal dan 3 lagi jentera zionis menceroboh sejauh 300 meter ke dalam kawasan sempadan Gaza dari sebelah timur Hayyu An-Nahdhah, timur bandar Rafah. Jentera-jentera perang zionis dilihat keluar dari pintu gerbang 'المطبق' menuju ke lokasi berkenaan sambil melepaskan tembakan.

Tambahan lagi, bot-bot laju tentera laut zionis turut melepaskan bertubi-tubi tembakan ke arah nelayan Gaza di persisiran laut Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Sumber 22/11/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Penjajah tangkap 2 kanak-kanak dan 17 lagi penduduk

Laporan jam 08:27 malam, waktu Palestin(BaitulMaqdis)
Jam 07:27 malam, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Tentera penjajah(rejim zionis/Israel) telah menangkap dua orang kanak-kanak Palestin dari daerah Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa hari ini.

Pusat Pengumpulan Maklumat Wadi Helwah dalam kenyataan rasmi berkata, dua kanak-kanak Palestin dari perumahan tengah telah ditangkap sepasukan tentera penjajah dan kedua-duanya telah dibawa ke Balai Polis Penjajah yang terletak di Jalan Salahuddin di bandar BaitulMaqdis. Menurut Pusat tersebut, penangkapan ke atas Omar Amir Abu Madhi, 11 dan 'Ala Salah Abu Madhi, 11 tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Sementara itu, pada awal pagi Selasa(pagi tadi), tentera penjajah menangkap 17 anggota BARISAN PERTAHANAN RAKYAT di Jenin dan Ramallah.

Sumber dari BARISAN berkenaan menyebut, penangkapan ke atas anggotanya dilakukan dengan cara rumah-rumah mereka digeledah masuk malah peralatan rumah turut dirosakkan oleh tentera penjajah. Sumber 22/11/2011, web berita Safa.ps dan web berita Wafa.ps

Read more...

Presiden Palestin tiba di Mesir, jumpa Meshaal hari Khamis

Laporan jam 03:00 petang, waktu Palestin(Tebing Barat)
Jam 02:00 petang, waktu Mesir

KAHERAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Abu Mazen, gambar) bersama delegasi yang mengiringi beliau tiba di Republik Arab Mesir selepas waktu zohor siang tadi. Kunjungan rasmi beliau ke Mesir selama empat hari dijadualkan akan bertemu dengan Panglima Tentera Mesir, Mushir Muhammad Husin At-Tantawi, Ketua Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir.

Sebagaimana dijadualkan, Abbas bertemu dengan Panglima Tentera Mesir pada hari esok, Rabu dan pertemuan beliau dengan Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshaal pada hari Khamis ini.

Sedemikian itu, memetik Laporan dari web berita HAMAS semalam, 21/11/2011, Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Mousa Abu Marzouq mengesahkan bahawa HAMAS telah memberi jawab balas pertemuan antara Khaled Meshaal dengan Mahmoud Abbas pada hari Khamis ini, 24/11/2011 di Kaherah yang pada asalnya pertemuan tersebut akan berlangsung pada hari Jumaat, 25/11/2011.

Pertemuan Meshaal dan Abbas untuk membincangkan agenda-agenda pembaikan hubungan dalaman Palestin bawah seliaan Mesir, menurut sumber.

Abu Marzouq berkata, 'hari Rabu ini pihaknya akan bertolak ke Kaherah'. Pada waktu yang sama, beliau turut menafikan khabar berita yang menyebut kemungkinan pertemuan Abbas dan Meshaal akan ditunda disebabkan keadaan(demontrasi/himpunan jutaan baru di Tahrir) yang berlaku sekarang di Kaherah.

Dua isu utama

Berhubung pertemuan Abbas dan Meshaal, Perunding Hubungan Luar FATAH, Nabil Sha'at dalam kenyataannya di siaran radio bahawa dua isu menjadi topik utama dalam perbincangan Abbas dan Meshaal; isu berhubung perlaksanaan persepakatan baik pulih dalaman Palestin dan isu lain berkait dengan politik.

Pada waktu ini, Sha'at masih meneruskan kunjungannya ke Negara-negara Eropah sehinggalah hari Selasa akan datang.

Beliau turut mengumumkan bahawa setelah selesai lawatan di Eropah, beliau akan berkunjung ke Malaysia bagi memenuhi undangan Persidangan Parti Pemerintah(Barisan Nasional) dan bertemu dengan Perdana Menteri. Hal sedemikian, menurut SAFA, beliau mewakili Presiden Abbas.

Natijah yang bakal berlaku dari pertemuan Abbas dengan Meshaal, beliau menasihatkan agar waspada dengan positif. Lebih-lebih lagi dalam satu pertemuan tidak akan tercapai semua keputusan.

Tambahan dari beliau mengenai persetujuan baik pulih dalaman Palestin bahawa situasi semasa di peringkat Negara-negara Arab dan antarabangsa memberi tekanan kepada semua pemimpin Palestin agar persetujuan baik pulih adanya anjakan.

"Satu-satunya halangan dari sudut perundangan kepada Jawatankuasa Keanggotaan Majlis Keselamatan Antarabangsa PBB adalah perpecahan dalaman Palestin, satu kerajaan memang tidak dapat mengawal pemerintahan sama ada di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza," kata Nabil Sha'at.

Identiti Ketua Kerajaan

Persoalan khusus mengenai identiti Ketua Kerajaan Palestin pada masa akan datang, khabar berita menyebut tentang Salam Fayyad yang dikesampingkan dari mengetuai Kerajaan, kata Abu Marzouq, "pada asalnya, saudara dalam gerakan FATAH yang mencadangkan Fayyad dikesampingkan malahan Fayyad sendiri mengungkapkan dirinya tidak mahu memikul Kerajaan Palestin akan datang."

Lapor dari web berita HAMAS, berhubung senarai nama tertentu yang bakal memikul jawatan Kerajaan Palestin akan datang, jelas Abu Marzouq, "perbincangan mengenai dasar umum Kerajaan akan datang telah dinyatakan, dan penjelasan seterusnya melihat kepada pertemuan Abbas dan Meshaal di Kaherah."

Mengenai tahanan politik yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah dan desakan bebas sebagai niat baik untuk menjayakan pertemuan baik pulih dalaman Palestin, kata Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, "pada permulaannya, kami di Gaza telah membebaskan kesemua tahanan politik dan yang masih dipenjara tergolong dalam senarai dan sebab yang wajar dilanjutkan tahanan, dan apa yang kami tuntut dari saudara FATAH adalah lepaskan kesemua tahanan politik di Tebing Barat, jika mereka bertindak sedemikian maka tidak akan menjadi keraguan lagi dan ini adalah langkah positif."

Abbas disambut pembesar Mesir

Ketibaan Abbas bersama delegasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah siang tadi disambut oleh beberapa pembesar Mesir, Menteri Penerbangan Mesir, Lutfi Mustafa Kamal, Duta Palestin ke Kaherah, Barkat El-Farra selaku wakil tetap Palestin dalam Liga Arab, pegawai-pegawai kedutaan Palestin di Kaherah, pemimpin-pemimpin gerakan FATAH di Mesir, individu-individu yang berpengaruh dalam komuniti penduduk Palestin di Kaherah. Turut hadir, beberapa pembantu Ketua Badan Perisikan Am Mesir.

Abbas diiringi anggota Jawatankuasa Eksekutif PLO, Saeb Arekat, Perunding Hubungan Dalam Negeri Jawatankuasa Pusat FATAH, Azzam Al-Ahmad serta Ketua Badan Perisikan Palestin Ramallah, Mejar Majid Farj. Sumber 22/11/2011, web berita Wafa.ps, web berita Safa.ps dan 21/11/2011 web berita HAMAS

Read more...

Serangan zionis di utara dan timur Gaza

16 November 2011

Laporan jam 12:09 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 12:09 pagi, waktu Mesir

GAZA - Pesawat rejim zionis telah mengebom sebuah lokasi tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) berdekatan lokasi As-Safinah awal pagi ini di sebelah utara Semenanjung Gaza.

Sumber perubatan mengesahkan bahawa satu lagi serangan tidak mengakibatkan kecederaan ekoran peluru yang dilepaskan pesawat zionis tidak meletup. Menurut sumber, pesawat pengintip tanpa pemandu melepaskan serangan terbabit menyasarkan sekumpulan penduduk awam berhampiran Stesen Al-Khazindar di At-Tawwam, barat laut Semenanjung Gaza.

Pesawat zionis menyerang lagi sebuah kawasan berdekatan Jabal As-Shurani di timur Hayyu At-Tufah yang terletak di sebelah timur Semenanjung Gaza. Namun, tiada laporan yang menunjukkan berlakunya sebarang kecederaan di kalangan penduduk.
__________________________________________
Berita Isnin lepas:

Seorang syahid dan 4 cedera bangunan marin diserang pesawat zionis

__________________________________________

Pada awal pagi Isnin lepas, rejim zionis mengebom bangunan(pejabat) polis marin di utara Gaza. Kejadian ini mengakibatkan seorang anggota polis marin syahid dan 10 lagi penduduk Palestin termasuk seorang wanita cedera. Tambahan lagi, 6 anggota polis marin cedera. Serangan terbabit turut mengakibatkan bangunan berkenaan hancur musnah serta menjejaskan 3 buah rumah penduduk, milikan lain dan kenderaan.

*Jumlah kecederaan yang dinyatakan adalah yang terkini.

Berikutan serangan, Kenyataan dari Kementerian Luar Perancis juga mengecam serangan zionis ini setelahmana salah seorang dari anggota diplomatnya beserta keluarga di Gaza mengalami kecederaan. Dijelaskan bahawa Perancis mengecam keras serangan udara yang dilancarkan oleh rejim zionis ini.

Demikian itu, Pusat Hak Asasi Manusia di Gaza mengumumkan pada waktu kejadian, seorang diplomat Perancis di Gaza, Majdi Jamil Yasin Shaqurah, 44 dan anaknya tercedera akibat terkena serpihan peluru zionis ketikamana mereka berada di dalam rumah. Manakala, isterinya, Majidah Shaqurah, 42 pula mengalami keguguran sewaktu ditemani saudaranya dalam perjalanan pulang ke rumah. Mangsa hanya berada 150 meter dari bangunan marin yang diserang.

Isu lain sebagaimana yang disebutkan, Perancis mengambil sikap berwaspada dengan Israel semenjak beberapa pihak media terdengar kata-kata Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy yang menyifatkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu adalah 'penipu'. Pada ketika itu, persidangan G-20 sedang berlangsung di sebuah tempat peranginan di Perancis. Sumber 16/11/2011, web berita Safa.ps dan web berita AL-JAZEERAH

Read more...

Seorang syahid dan 4 cedera bangunan marin diserang pesawat zionis

14 November 2011

Laporan jam 02:20 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 02:20 pagi, waktu Mesir

SEMENANJUNG GAZA - Serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat tempur rejim zionis(Israel/penjajah) secara mengejut awal pagi ini mengakibatkan seorang anggota marin Palestin syahid, manakala empat lagi cedera. Dalam kejadian ini, pesawat tempur zionis menyasarkan serangannya ke atas sebuah bangunan polis marin di kawasan As-Sudaniah, sebelah barat laut bandar Gaza.

Jelas dari sumber perubatan, Adham Abu Salmiah, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, pasukan bomba dan krew penyelamat telah menarik keluar seorang dari anggota marin yang syahid, Muhammad Zaher Al-Kailani dari celah runtuhan di lokasi yang menjadi sasaran pengeboman. Tambahan pula, empat lagi anggota marin mengalami kecederaan.

Tiga dari anggota marin yang disifatkan mengalami kecederaan sederhana telah dibawa ke hospital As-Shifa' di Gaza, dan mangsa yang keempat disifatkan teramat kritikal telah dipindahkan ke hospital Kamal Udhwan di utara Semenanjung Gaza.

Berhubung serangan, menurut sumber keselamatan, pesawat tempur zionis jenis F-16 melancarkan dua serangan peluru misil secara mengejut ke atas bangunan polis marin kerajaan Palestin di Gaza, lantas mengakibatkan kebakaran besar malahan lokasi sasaran hancur musnah.

Ketika laporan ini diterbitkan, pasukan bomba masih meneruskan usaha mencari dua lagi anggota marin yang dikatakan tidak dijumpai dalam timbunan runtuhan bangunan terbabit.

Serangan balas ke atas serangan roket

Serangan zionis ini turut dibimbangi menjadi permulaan kepada tentangan sengit di Semenanjung Gaza. Lebih-lebih lagi, kejadian ini berlaku ketikamana Israel kerap memberikan ancaman serangan di Gaza.

Menukil laporan dari berita AL-JAZEERAH, jurucakap tentera rejim zionis berkata, serangan di Gaza pagi ini sebagai balasan kepada serangan roket yang dilancarkan beberapa jam yang lalu dari Gaza ke kawasan Israel(tanah jajahan) berhampiran dengan sempadan Semenanjung Gaza. Bagaimanapun, tiada mana-mana sayap tentera Palestin membuat pengakuan melancarkan roket.

Palestin mungkin balas serangan

Pemberita AL-JAZEERAH di Semenanjung Gaza menyatakan ekoran dari serangan zionis yang mengakibatkan syahid dan cedera sudah pasti mendorong sayap-sayap tentera Palestin membalas serangan zionis serta mengakhiri gencatan senjata. Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, sayap-sayap tentera Palestin tidak akan berpeluh tubuh terhadap serangan zionis di Gaza yang mengancam penduduk awam, lokasi-lokasi keamanan Gaza dan lokasi-lokasi pejuang Palestin sepertimana serang balas dari sayap tentera Palestin yang sengit ke Israel beberapa minggu yang lalu. Sumber 14/11/2011, berita AL-JAZEERAH dan web berita Safa.ps

Capaian berita lalu:

Balas pembunuhan, AL-QUDS lancarkan 5 roket grad

Read more...

Az-Zahar: Kami tidak mahu ceburkan diri dalam rundingan politik dengan Israel secara bersemuka ataupun tidak

12 November 2011

Pemimpin senior gerakan HAMAS, Mahmud Az-Zahar selaku anggota Biro Politik HAMAS menyatakan gerakan HAMAS tidak mengadakan sebarang rundingan politik dengan Israel(rejim zionis/penjajah), sama ada secara bersemuka(langsung) ataupun tidak. Jelas beliau, gerakannya hanya berunding secara tidak bersemuka dengan Israel berhubung perjanjian(dokumen) penukaran tahanan-tawanan demi menetapkan tawaran hasil dari menawan tentera Israel, Gilad Shalit. Bersesuaian dengan hal sedemikian, kata beliau adalah untuk membebaskan sebilangan besar yang mungkin para tahanan Palestin dari penjara-penjara Israel.

Tegas Az-Zahar dalam kenyataan kepada agensi berita ALHAYAT bahawa HAMAS tidak mengharap sedikitpun kepada rundingan tidak bersemuka dengan Israel melainkan perkara yang melibatkan isu kemanusiaan semata-mata.

"Contohnya, jika berlaku penularan wabak penyakit seperti influenza, maka pada ketika itu kami terpaksa menarik Israel untuk berunding tetapi dijalankan secara tidak langsung," ujar beliau.

Beliau berkata, Israel memilih kepada agenda rundingan kerana ini juga pilihan dari Presiden Mahmoud Abbas(Abu Mazen).

"Untuk apa kita mahu berunding, adakah kita mahu mengulangi eksperimen Abu Mazen yang ternyata gagal?," persoal beliau secara menyindir.

Sedemikian itu, beliau memberikan pandangan bahawa suara-suara yang bercakap-cakap boleh jadi HAMAS akan mengadakan rundingan dengan Israel adalah suara-suara yang tidak cerdik, dan apa yang telah tersebar mengenai hal ini hanyalah semata-mata belon ujian yang tidak ada nilai, lantaran sedemikian, beliau mengungkapkan bahawa rundingan dengan Israel hanya membuang masa.

Bantah kaitkan gencatan dengan tukar tahanan-tawanan

Az-Zahar membantah apabila mengaitkan antara gencatan senjata dengan perjanjian penukaran tahanan-tawanan kerana jelas beliau, dua isu ini adalah terpisah sama sekali. Berikutan itu, gencatan adalah taktik untuk melindungi gerakan tetapi ini bukanlah strategi mutlak.

Beliau juga mempertahankan gerakan JIHAD ISLAMI dari tohmahan-tohmahan sebahagian pihak yang mengatakan JIHAD ISLAMI sengaja menggegarkan keadaan pada akhir-akhir ini(merujuk serang balas roket SARAYA AL-QUDS yang bertubi-tubi ke Israel akhir-akhir ini) di Semenanjung Gaza sebagai melaksanakan agenda Syria-Iran bertujuan ketegangan di Gaza mengalih perhatian dengan apa yang berlaku di Syria.
___________________________________________
Laporan permulaan Israel cetuskan pertempuran:

5 pejuang AL-QUDS syahid dibom zionis

Diikuti serangan balas ke Israel(tanah jajahan 1948):

Balas pembunuhan, AL-QUDS lancarkan 5 roket grad
AL-QASSAM: Kami bincang bentuk balasan jenayah di Rafah
___________________________________________

"JIHAD ISLAMI bukanlah yang mula melancarkan serangan roket ke daerah-daerah Israel(tanah jajahan 1948), tetapi Israel lah yang mengheret SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) dalam pertempuran, itupun setelahmana beberapa pemimpin utama tentera SARAYA syahid," jelas Az-Zahar. Pun begitu, tambah Az-Zahar, Israel sedang menghadapi krisis dalaman dan Israel berkeyakinan bahawa tentangan sengit ketenteraan di Semenanjung Gaza menepati kepentingannya dan memberikan kebaikan kepada Israel.

Sekatan Israel di Semenanjung Gaza

Berhubung sekatan Israel yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza bukanlah natijah dari penawanan tentera Israel, Gilad Shalit. Bagaimanapun, kata beliau, "kami telah dikenakan sekatan menjelang operasi penawanan Shalit dan perkara ini berlaku selepas HAMAS memenangi majoriti undi dalam pilihanraya."

Pemimpin HAMAS ini mendakwa gerakan FATAH masih berusaha mencari keuntungan(peribahasa melayu, 'menangguk dalam air keruh') dari hasil telah tercapai melalui perjanjian penukaran tahanan-tawanan. Kata beliau, "di sana adanya dasar politik tersusun untuk mendapatkan keuntungan dari perjanjian ini."

Rentetan sedemikian, sebahagian pihak menyebarkan khabar angin yang dusta. Sebagaimana perumpamaan kecaman-kecaman yang sengaja dibuat untuk memperlekehkan perjanjian penukaran, kata sebahagian dari pihak terbabit bahawa salah seorang pemimpin gerakan FATAH, Marwan Al-Barghousi tidak dibebaskan melalui perjanjian ini meskipun HAMAS telah menjanjikan sedemikian kepada keluarga Al-Barghousi.

Az-Zahar mendedahkan bahawa Khaled Meshaal, Ketua Biro Politik HAMAS telah berkata kepada isteri Marwan Al-Barghousi, Puan Fadwa bahawa memang nama Marwan Al-Barghousi telah disebut-sebut dalam rundingan pembebasan tahanan Palestin tetapi tidak pula dikatakan bahawa perjanjian penukaran tidak akan sempurna tanpanya.
___________________________________________
Laporan terkini perjanjian penukaran tahanan-tawanan:

Baki dari tahanan wanita Palestin akan dibebaskan 15 hari lagi
AL-QASSAM jelaskan nilai-ukur peringkat kedua dari perjanjian 'tebus bebas'

___________________________________________

Tambah Az-Zahar, 'ketika rundingan, Israel telah setuju membebaskan Marwan, kemudian Israel membantah pula'. Jelas beliau, medan tempur sewaktu rundingan telah menampakkan dengan jelas mentaliti Israel yang dijelmakan dengan janji-janji bohong. Sumber 12/11/2011, web berita ALHAYAT

Read more...

Penjajah tangkap remaja cedera di Khalil

11 November 2011

Laporan jam 10:26 malam, waktu Palestin(Tebing Barat)
Jam 09:26 malam, waktu Mesir

KHALIL - Tentera penjajah menangkap seorang remaja Palestin yang cedera selepas mangsa terkena tembakan peluru getah sewaktu kekecohan meletus malam ini berhampiran jalan masuk ke daerah Bayt Umar, utara Khalil, Tebing Barat.

Sumber tempatan menjelaskan, sepasukan tentera penjajah menangkap Rabie' Sabaranah, 18 yang cedera di bahagian kaki ketika pertempuran kecil antara penduduk Palestin dengan tentera penjajah di kawasan perumahan daerah berkenaan. Kekecohan itu berlaku sebaik sahaja tentera penjajah menyerang sekumpulan penduduk Palestin yang membawa jenazah di tanah perkuburan utama di daerah Bayt Umar, menurut SAFA.

Menurut laporan MAAN menukil dari kenyataan jurucakap Jawatankuasa Rakyat di daerah berkenaan, 'Iyad Audh menyebut tentera rejim menghalang pengiringan jenazah tiba di tanah perkuburan yang terletak di jalan utama antara bandar Khalil dan BaitulMaqdis. Kemudian, para pengiring jenazah terpaksa melalui jalan lain ke tanah perkuburan, namun, sebaik sahaja tiba di tanah perkuburan, tentera rejim melepaskan tembakan gas pemedih mata yang mengakibatkan beberapa orang penduduk Palestin sesak nafas.

Berikutan kekecohan, tentera penjajah menutup sebilangan jalan masuk ke Bayt Umar dengan sekatan simen dan pagar besi malahan beberapa buah rumah penduduk Palestin digeledah.

Menurut saksi kejadian, tentera rejim menutup jalan-jalan masuk dengan jentolak serta beberapa buah rumah ditembak dengan gas pemedih mata. Tambahan pula, lebih 15 orang penduduk Palestin di daerah berkenaan ditangkap.

Sewaktu dihubungi, SAFA melaporkan bahawa pihak rejim penjajah mengetatkan kawalan keselamatannya di beberapa buah kawasan di Khalil, selatan Tebing Barat.

Kejadian di kampung Attabaqah, selatan Dura, seperti yang dilaporkan, tentera rejim merempuh masuk ke beberapa buah kawasan perumahan serta membuat rondaan sehingga beberapa jam.

Sementara di persimpangan Al-Fawwar, selatan Khalil, tentera rejim membuat sekatan(road-block) tentera serta menutup pintu utama yang terletak di hadapan jalan masuk ke Mukhayyam berkenaan. Malahan, tentera rejim tidak membenarkan lalu-lintas kereta penduduk Palestin mengikut masa tertentu.

Sebagaimana dinyatakan, pada dua hari yang lepas, tentera rejim mengadakan kawalan yang ketat di seluruh pelusuk wilayah Khalil. Operasi berkenaan tertumpu sekitar lewat malam sehinggalah waktu Subuh. Sumber 11/11/2011, web berita Safa.ps dan web berita Maannews.net

Read more...

Tazkirah tarbiyyah: Seorang pengasas Ikhwan Muslimin di Palestin meninggal dunia hari ini

Laporan jam 10:39 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 10:39 pagi, waktu Mesir

GAZA - Haji Muhammad Abdul Khattab An-Najjar, 84(gambar) salah seorang dari pengasas Jamaah Ikhwan Muslimin di Palestin telah meninggal dunia hari ini setelahmana dua bulan melalui keperitan akibat sakit.

Beliau anak kelahiran Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza lahir pada tahun 1927 dan menggabungkan dirinya ke dalam Jamaah Ikhwan Muslimin pada tahun 1948. Menukil dari web berita HAMAS, ucapan beliau yang masyhur, "saya telah dilahirkan hari ini untuk bergabung dengan Ikhwan Muslimin".

Menurut HAMAS, beliau hidup sezaman dengan beberapa pemimpin Ikhwan, antaranya sasterawan ulung Islam, Ahmad Farah 'Aqilan dan Syeikh Muhammad Abu Sardanah. Manakala sezaman dengan beliau dari pemimpin Ikhwan luar tanah Palestin, Syeikh Muhammad Faraghli, Kamel As-Sharif, Syeikh Raid Ramadhan dan Syeikh Abdul Hakim 'Abidin.

Dakwah dan jihad

Syeikh as-syahid turut merentasi jalan dakwah dan jalan jihad yang lama bersama Syeikh Ahmad Yasin. Beliau bersama Syeikh Ahmad Yasin telah mengasaskan penubuhan Universiti Islamiah di Gaza, turut mengasaskan juga Yayasan Akademi Islam, Yayasan Kebajikan Ar-Rahmah dan hospital Dar As-Salam di Khan Younis.

Pada era tahun 1950, 1960 dan 1970 kurun lepas, as-syahid adalah anggota Badan Utama Ikhwan Muslimin di Semenanjung Gaza dan beliau juga adalah salah seorang pemegang amanah Universiti Islamiah sejak 10 tahun lepas sehinggalah saat peninggalannya.

HAMAS menyebut lagi, rumah as-syahid pernah menjadi pusat dan tempat perlindungan anak-anak gerakan seperti Komanter Tertinggi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, Muhammad Ad-Dhayef, as-syahid Yahya Iyash dan as-syahid Ibrahim Al-Maqadamah.

Sepanjang hidup beliau, Haji Muhammad pernah dibicarkan oleh mahkamah tentera penjajah(Israel/rejim zionis) pada tahun 1980 dan awal 1990. Rumah as-syahid pernah dijadikan tempat perkumpulan Majlis Shura Ikhwan Muslimin di Semenanjung Gaza dalam masa berbelas-belas tahun yang lalu meskipun terpaksa melalui keadaan yang cukup sukar.

As-syahid dikenali sebagai simbol kerja kebajikan di Khan Younis. Sebelum akhir hayat, beliau menyandang Pengerusi Lembaga Yayasan Kebajikan Ar-Rahmah.

Beliau juga pernah menganggotai rejimen tentera Palestin sebaik sahaja Palestin berada dibawah mandat British pada 40an, kemudian pada awal tahun 1947, beliau keluar dari rejimen tentera Palestin dan berada di Mesir selama 7 bulan. Ketika itu, beliau bersama pemimpin dan pengasas Jamaah Ikhwan Muslimin. Beliau mendirikan rumah tangga di Mesir serta dikurniakan 5 anak lelaki dan 4 anak perempuan.

Pada 3 bulan yang lalu, Haji An-Najjar menghidap penyakit sehinggalah hayat beliau berakhir pada pagi ini, 11 November 2011 bersamaan 15 Zulhijjah 1432. Menurut SAFA, jenazah beliau akan diiringi dari Masjid Al-Kabir di pertengahan bandar Khan Younis ke tanah perkuburan selepas waktu asar hari ini.

Gambar(SAFA): Haji Muhammad ketika sakit diziarahi pemimpin-pemimpin gerakan pembebasan Palestin.

"Meningkatnya iman setelahmana kita menerima ketentuan Allah, HAMAS mengucapkan takziah dengan pemergian Syeikh Muhammad An-Najjar yang telah pergi selepas memenuhi hidupnya dengan setinggi-tinggi pengorbanan mempertahankan masyarakat kami serta menyokong penuh usaha jihad dan menentang penjajahan malah turut memperjuangkan permasalahan Arab dan umat Islam," petikan dari kenyataan HAMAS.

Berhubung pemergian Syeikh Muhammad An-Najjar, gerakan-gerakan pembebasan Palestin yang lain, gerakan JIHAD ISLAMI, GERAKAN AL-MUQAWAMAH AL-WATANIAH dan LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH turut mengucapkan takziah. Sumber 11/11/2011, web berita Safa.ps dan web berita HAMAS

Read more...

Piramid terbesar ditutup kepada pelancong hari ini

Sumber foto(MAP): Dua buah piramid terbesar di El-Giza, Kaherah.

Badan Tertinggi Arkeologi telah mengeluarkan ketetapan bagi menutup kawasan piramid yang terbesar kepada pengunjung/pelancong hari ini ekoran bagi menghalang upacara ritual mason diadakan.

Gambar: Keratan berita dalam suratkhabar EL-TAHRIR, terbitan hari Jumaat, 11/11/2011 meletakkan simbol sebegini disisi tajuk kolum, Himpunan Mason yang memerintah Mesir!

Pada 09/11, web berita AL-MASRY AL-YOUM mendedahkan bahawa sebuah syarikat travel selaku pihak penganjur dan kumpulan-kumpulan Yahudi mewar-warkan akan mengadakan upacara ritual mason pada malam ini di kaki piramid, El-Giza. Namun, ratusan dari ahli arkeologi serta Badan Tertinggi Arkeologi dan Gerakan Ikhwan Al-Misriyyin yang merupakan gabungan dari beberapa gerakan telah membantah upacara ini. Manakala, gerakan 'Belia Mesir Bebas' turut melancarkan kempen bantahan melalui jaringan sosial popular sebagai mendesak Majlis Angkatan Tertinggi Tentera Mesir dan Kerajaan Mesir agar tidak membenarkan upacara ritual mason diadakan.

Sumber dari AL-AHRAM menyebut, sejak dari 50 tahun yang lalu, undang-undang Mesir tidak membenarkan sebarang aktiviti dan pesta mahupun upacara mason diadakan.

Demikian itu, sejak dari semalam, 10/11/11, pihak keamanan memasang sekatan-sekatan di sekeliling kawasan piramid bertujuan menghalang kemasukan kumpulan-kumpulan Yahudi ke dalam kawasan piramid terbesar dari mengadakan upcara berkenaan. Sumber 11/11/11, suratkhabar EL-TAHRIR, 10/11/11 suratkhabar AL-AHRAM dan 09/11/11, web berita AL-MASRY AL-YOUM

Read more...

Paip gas ke Israel di El-Arish meletup

10 November 2011

Laporan jam 01:51 pagi, waktu Mesir

Sekumpulan bersenjata tidak dikenali telah meletupkan paip gas yang membekalkan saluran gas ke Israel dan Jordan awal pagi Khamis(hari ini). Kejadian ini adalah kali ketujuh dalam masa 9 bulan. Kali pertama yang membabitkan letupan gas pada 5 Februari sebelum dari beberapa hari Housni Mubarak melepaskan jawatan Presiden Republik Arab Mesir.

Menurut saksi kejadian, kelihatan kepulan asap tebal berterbangan tinggi di bandar El-Arish ekoran letupan dari paip gas asli yang telah diperbaiki sejak sebulan yang lalu.

Sumber menyebut, dua paip gas yang diletupkan ini berada di saluran yang menghala ke Israel iaitu terletak di dua buah kampung, Al-Maidan 20 kilometer dari barat El-Arish yang hanya terletak 3 kilometer dari jalan laluan antarabangsa dan paip yang berada di kampung An-Najah 60 kilometer dari sebelah barat bandar El-Arish.

Berhubung kejadian, sebilangan buah trak bomba dan ambulan bergegas ke lokasi letupan diikuti sepasukan besar dari anggota polis, tentera dan ketua-ketua badan keselamatan. Siasatan pertama turut dijalankan bagi mengenalpasti situasi operasi peletupan paip gas.

Sumber keamanan berkata, syarikat Mesir yang menguruskan pembekalan gas terpaksa menghentikan pengoperasian saliran gas dari stesen yang berdekatan dari lokasi letupan ekoran limpahan gas yang keluar.

Letupan paip gas terbabit ketikamana pihak tentera dan polis telah mengenakan kawalan ketat serta memasang alat amaran petanda awal di stesen gas yang telah dimusnahkan sebelum ini. Sumber 10/11/2011, web berita ALMASRY-ALYOUM dan web berita AL-WAFDU

Read more...

Al-Aruri: Baki dari tahanan wanita Palestin akan dibebaskan 15 hari lagi

09 November 2011

Laporan jam 11:40 pagi, waktu Palestin(BaitulMaqdis)
Jam 10:40 pagi, waktu Mesir

Salah seorang dari pemimpin gerakan HAMAS, Saleh Al-Aruri(gambar) mendedahkan bahawa kes 10 lagi tahanan wanita Palestin yang berbaki dalam penjara penjajah hampir selesai. Demikian itu, senarai kesepuluh nama tahanan wanita ini turut termasuk dalam perjanjian(dokumen) penukaran tahanan-tawanan 'Wafa El-Ahrar atau Tebus Bebas' sebagai pembebasan seorang tentera penjajah, Gilad Shalit.

Kenyataan khas dari Al-Aruri yang telah diringkaskan kepada web berita RESALAH hari ini mengesahkan pembebasan 10 lagi tahanan wanita Palestin akan diselesaikan dalam jangka masa paling lama dua minggu(15 hari) lagi berikutan perbincangan mengenai perjanjian ini hampir menemui penyelesaiannya.

Pemimpin HAMAS menjelaskan, pihak Mesir mengerahkan sekeras-keras usahanya agar dapat dibebaskan kesemua tahanan wanita Palestin malahan sebagai jaminan untuk menjayakan pembebasan peringkat pertama dari perjanjian penukaran ini.

Sebagaimana disebutkan, perjanjian penukaran pada peringkat pertama merangkumi pembebasan 450 tahanan Palestin, dan termasuk kesemua tahanan dari kalangan wanita. Sumber 09/11/2011, web berita RESALAH.NET

Read more...

Serangan F-16 zionis jejaskan milikan Palestin

Laporan jam 06:48 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 06:48 pagi, waktu Mesir

KHAN YOUNIS - Pesawat tempur rejim zionis melancarkan dua serangan peluru misil ke atas sebuah rumah kaca untuk tanaman pertanian(greenhouse) di sebelah utara bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza awal pagi ini.

Pemberita SAFA dan WAFA melaporkan bahawa pesawat rejim telah menyasarkan 3 serangan peluru misil ke atas lokasi terbabit yang berhampiran kilang simen Abu Taha di kawasan Al-Matahin, utara bandar Khan Younis.

Dalam laporan berasingan, WAFA menyebut bahawa serangan dari pesawat F-16 zionis mengakibatkan seorang penduduk Palestin tercedera. Manakala berhubung kerosakan, kedua-dua sumber ini melaporkan serangan zionis menyebabkan milikan Palestin terjejas teruk.

Tambahan dari WAFA, tidak lama selepas serangan pertama, pesawat tempur zionis yang lain pula menyerang kawasan Al-Matahin di utara Khan Younis mengakibatkan milikan lain pula terjejas.

Sumber dari SAFA menukilkan dari siaran radio Israel mendakwa, serangan-serangan dari pesawat tempur zionis mengenai sasarannya dengan tepat. Dakwa radio itu lagi, serangan dari pesawat tempur sebagai serang balas ke atas serangan roket dan peluru mortar yang gugur di sebelah barat Naqab(Negev/tanah jajahan 1948) pada waktu lalu. Bagaimanapun, tiada kerosakan harta benda atau kecederaan menimpa warga Israel. Sumber 09/11/2011, web berita Safa.ps dan Wafa.ps

Read more...

Pakar kajian penempatan: Selepas 20 tahun, Palestin hanya 12% dan Yahudi 88% di BaitulMaqdis

08 November 2011

Laporan jam 11:31 pagi, waktu Palestin(BaitulMaqdis)
Jam 10:31 pagi, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Menurut Khalil At-Tufkaji, pakar kajian penempatan Yayasan Kajian Hal-Ehwal Arab, 'perancangan Israel(rejim zionis/penjajah) untuk membina 60,000 unit penempatan baru di BaitulMaqdis dalam jangka masa 20 tahun akan datang adalah bertujuan mengubah kedudukan demografi bandar(BaitulMaqdis/Al-Quds)'.

Berdasarkan penerangan At-Tufkaji dalam wawancara 'Suara Palestin' hari ini(Selasa), beliau menjangkakan penggabungan dari rancangan terbabit pada tahun 2030 akan datang, jumlah taburan penduduk Palestin yang ada di BaitulMaqdis hanyalah sekitar 12% sahaja dan penduduk Yahudi sebanyak 88%, ini bermakna, pembahagian BaitulMaqdis sebagai ibunegara kepada dua buah negara(Palestin-Israel) adalah mustahil.

Tambah beliau lagi, pembinaan unit-unit perumahan ini akan merangkumi setiap inci tanah-tanah di BaitulMaqdis, sama ada yang telah dibina selepas penjajahan BaitulMaqdis pada 1967, atau unit-unit penempatan yang akan dibina pada masa hadapan malahan meliputi kawasan perumahan Arab. Maka, perkara ini bertujuan untuk mengubah demografi bandar jajahan.

Jelas beliau berhubung pengumuman perancangan yang diumumkan pada waktu ini juga bertujuan memberikan mesej kepada penduduk Palestin, Arab dan umat Islam bahawa BaitulMaqdis adalah ibunegara kepada satu-satunya negara, iaitu negara ibrani(merujuk kepada bahasa hebrew yang dipertuturkan oleh Yahudi).

Mesej kedua pula kepada masyarakat antarabangsa bahawa BaitulMaqdis adalah ibunegara kepada semua Yahudi di dunia dan ia tidak boleh dibahagi-bahagikan. Pembinaan unit-unit perumahan dan penempatan di BaitulMaqdis adalah sepertimana membangunkan penempatan di Tel-Aviv.

At-Tufkaji menerangkan lagi, perancangan membina puluhan ribu unit penempatan yang diumumkan ini merupakan perancangan '2020' yang telah diasaskan pada tahun 1994, kemudian telah dikembangkan menjadi perancangan 2030.

Sebuah akhbar Israel 'MAARIV' telah mendedahkan pada hari Ahad lalu mengenai perancangan Majlis Perbandaran BaitulMaqdis membina 60,000 unit perumahan, lantas mendapat kecaman hebat dari barisan kepimpinan Palestin yang mengungkapkan bahawa dengan sedemikian ini, Israel benar-benar mahu menambah lagi tempoh jajahannya ke atas BaitulMaqdis pada 20 tahun akan datang, dan sememangnya Israel betul-betul berhasrat merosakkan usaha damai dari kesemua sudut. Sumber 08/11/2011, web berita Safa.ps

Read more...

3 cedera dalam pengeboman zionis di sebelah timur Gaza

07 November 2011

Laporan jam 12:27 petang, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 12:27 petang, waktu Mesir

GAZA - 3 penduduk Palestin cedera selepas waktu tengahari ini ekoran serangan peluru meriam yang dilepaskan dari kereta kebal zionis ke kawasan-kawasan pertanian berhampiran pagar pemisah di sebelah timur Hayyu Shujaieyah, timur bandar Gaza.

Berhubung kecederaan, kesemua mangsa telah dibawa ke hospital As-Shifa untuk rawatan lanjut.

Menurut saksi kejadian kepada agensi berita SAFA, kereta kebal zionis melepaskan hampir 10 peluru meriamnya ke arah kawasan-kawasan terbabit secara mengejut, lantaran itu, kelihatan kepulan asap-asap tebal di kawasan kejadian.

Tambahan dari MEDIA PERANG SARAYA AL-QUDS(BRIGED AL-QUDS), pesawat-pesawat temur zionis turut melepaskan beberapa serangan gempa di beberapa buah kawasan yang berlainan. Jelas lagi, ia dapat didengari di sebelah utara dan Gaza Tengah.
____________________________________________
Baca lagi:

Syahid, cedera petang semalam di Gaza

____________________________________________

Pada hari yang lepas menjelang malam sambutan Aidil Adha, seorang pemuda, Al-Mujahid Abdullah Mehna, 26 dari anggota SARAYA AL-QUDS telah syahid, manakala 3 lagi cedera dan salah seorang darinya kritikal setelah menjadi sasaran dalam pengeboman zionis.

Mutakhir ini, rejim zionis sengaja menggiatkan serangannya di Semenanjung Gaza, pada waktu yang sama beberapa dari wakil Israel mengancam untuk menakluk semula Semenanjung Gaza. Sumber 07/11/2011, web berita Safa.ps dan web rasmi MEDIA PERANG SARAYA AL-QUDS

*Serangan gempa: Entri yang lalu, kami pernah menyebut serangan bayangan. Menurut wakil Palestin, serangan gempa ini hanyalah sekadar untuk menimbulkan ketakutan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza. Serangan tersebut dilepaskan di ruang udara Gaza serta meletup dengan begitu kuat tanpa menjejaskan nyawa dan harta benda. Kebiasaannya juga, dikatakan serangan sebegini adalah sebagai 'peringatan'.

Capaian berita mengenai serangan gempa:

1. Zionis lancar serangan gempa
2. Pejuang lancar roket, zionis serang Shujaieyah
3. Serangan bersiri gempa ruang udara Gaza

Read more...

Syahid, cedera petang semalam di Gaza

06 November 2011

Laporan jam 12:04 pagi, waktu Makkah

Seorang penduduk Palestin syahid dan 3 lagi cedera dalam serangan udara rejim zionis petang semalam di sebelah timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, menurut sumber perubatan.

Adham Abu Salmiah, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, berkata, mangsa yang syahid dikenali Abdullah Mehna, 26 tahun dan 3 lagi yang mengalami kecederaan, salah seorang darinya kritikal ekoran menjadi sasaran peluru misil pesawat tempur zionis di kawasan timur daerah Al-Qarara, timur Khan Younis.

Gambar(petikan dari AL-JAZEERAH): Saksi berkata, mangsa yang syahid dari anggota tentera SARAYA AL-QUDS.


Menurut saksi kejadian menyatakan bahawa AlMehna, mangsa yang syahid adalah salah seorang dari anggota pejuang sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI, SARAYA AL-QUDS(BRIGED AL-QUDS). Jelas sumber lagi, ketiga-tiga yang mengalami kecederaan kritikal juga dari anggota tentera SARAYA AL-QUDS.

Jelas saksi berkenaan, helikopter rejim zionis melancarkan 3 serangan udara ke di daerah Al-Qarara sebaik sahaja sasaran di kawasan berkenaan dihujani tembakan.
______________________________________________
Baca lagi:

Seorang pemuda Palestin cedera di timur Gaza

______________________________________________

Sebelum itu, pada waktu tengahari, seorang penduduk Palestin mengalami kecederaan di bahagian anggota badannya setelah menerima tembakan dari tentera rejim zionis(laporan, klik capaian di atas).

Tambahan dari agensi berita SAFA, tentera-tentera rejim zionis yang berkawal di dalam menara kawalan sebelah timur daerah Al-Qarara telah melepaskan bertubi-tubi tembakan dari mesingan ke arah rumah-rumah penduduk Palestin yang bertentangan dengan garisan sempadan tanah jajahan 1948. Kejadian ini berlaku pada pagi tadi(Ahad).

Pemberita SAFA menjelaskan, tembakan-tembakan tersebut dilepaskan oleh tentera rejim yang berada di lokasi tentera 'Kissufim' dan beberapa lokasi tentera zionis berada di sekitar garisan sempadan dengan Al-Qararah.

Kejadian tembakan ini tidak mengakibatkan sebarang kecederaan di kalangan penduduk Palestin. Sumber 06/11/2011, web berita AL-JAZEERAH dan web berita Safa.ps

Read more...

Seorang pemuda Palestin cedera di timur Gaza

05 November 2011

Laporan jam 10:56 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 10:56 pagi, waktu Mesir

GAZA - Seorang pemuda Palestin cedera terkena tembakan dari tentera rejim zionis pagi tadi. kejadian tersebut berlaku di sebelah timur Hayyu Shujaieyah, timur bandar Gaza.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, pemuda terbabit mengalami kecederaan di bahagian kanan kakinya dan telahpun di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, siaran radio Israel melaporkan bahawa satu serangan roket buatan tempatan gugur di sebelah selatan bandar Ashkelon(selatan tanah jajahan 1948) semalam.

Jelas radio, roket ditembak dari Semenanjung Gaza dan gugur di sebuah kawasan lapang tanpa mengakibatkan berlaku sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda. Sumber 05/11/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Kemaskini: Artileri, helikopter zionis lepaskan serangan mengakibatkan 2 syahid

03 November 2011

Laporan jam 01:18 petang, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 01:18 petang, waktu Mesir

BET LAHIYA - Tentera rejim zionis telah mengebom sebuah kawasan pertanian di utara Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza pada waktu tengahari tadi dengan dua serangan peluru meriam(artileri).

Saksi kejadian berkata, beberapa buah jentera perang rejim zionis turut melepaskan tembakan ke arah kebun pertanian Abu Nada yang terletak di utara Bet Lahiya. sementara itu, ruang udara dipenuhi pesawat pengintip tanpa pemandu yang kerap berlegar-legar membuat tinjauan.

Berhubung situasi, sumber dari web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH' (YNET) menyebut bahawa ketika sebuah unit khas jurutera Israel melakukan kerja baik pulih berhampiran pagar pemisah, unit jurutera berkenaan menjadi sasaran tembakan peluru mortar pejuang Palestin yang mengakibatkan jip tentera zionis terjejas teruk. Berikutan itu, tentera Israel telah membalas tembakan peluru mortar yang dilepaskan oleh pejuang Palestin.

Sejurus kejadian, kedengaran dua letupan. Tambahan dari sumber media bahawa kedua-dua letupan itu ekoran dari helikopter perang zionis yang mengebom sasarannya di Bet Lahiya.

Selepas pengeboman, sumber menyebut dua penduduk Palestin telah syahid dalam serangan rejim zionis.

Jelas jurucakap Jawatankuasan Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah kepada pemberita SAFA, 'dua penduduk Palestin yang syahid dikenali Muhammad Abu Hulaimah dan Nasr Ulyan. Kedua-duanya berusia 23 tahun dan bekerja sebagai petani'.

KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera gerakan HAMAS mengakui as-syahid Nasr Ulyan salah seorang dari anggotanya. Sumber 03/11/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Amerika hampa Israel percepatkan bina penempatan

02 November 2011

Laporan jam 04:47 petang, waktu Palestin

WASHINGTON - Seorang dari pegawai pentadbiran Amerika Syarikat berkata memang telah dijangkakan bahawa pentadbiran Amerika Syarikat merasa hampa dengan keputusan rejim zionis(Israel/penjajah) yang mempercepatkan pembinaan penempatan setelahmana persetujuan UNESCO memberikan keanggotaan penuh kepada Palestin.

Tambah pegawai berkenaan yang enggan mendedahkan namanya, 'kami merasa amat hampa dengan pengumuman ini'. Jelas beliau, pentadbiran Amerika Syarikat telahpun mula menunjukkan pendiriannya yang jelas membangkang langkah seumpama ini yang diputuskan oleh kerajaan Israel.

Gambar(AFP): Pembinaan perumahan Israel di BaitulMaqdis.

Sedemikian itu, Catherine Ashton, Suruhanjaya Tertinggi Hal-Ehwal Keselamatan dan Politik Luar Kesatuan Eropah(High Representative of the Union for Foreign Affairs and Security Policy) mengharap agar Israel mengundurkan keputusan yang mempercepatkan projek pembinaan perumahan yang baru.

"Kami harap Israel mengundurkan keputusannya dan begitu juga kedua-dua pihak(Israel-Palestin) ini menyambung perundingan damai dengan Kuartet Timur Tengah demi dapat mengorakkan langkah perdamaian," kata Ashton.

Gambar: Catherine Ashton

Pada malam semalam, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengeluarkan arahan bagi mempercepatkan penyeragaman pembinaan 2 ribu unit perumahan di bandar BaitulMaqdis dan juga kawasan berhampirannya; Gush Etzion dan Ma'ale Adumim di Tebing Barat.

Hebah radio Israel, arahan yang dikeluarkan oleh Netanyahu ketikamana persidangan forum 8 kementerian yang diadakan bagi membincangkan proses ligitasi terhadap ketetapan UNESCO menerima Pemerintah Palestin sebagai negara anggota, turut disifatkan sebuah negara merdeka.
_______________________________________________
Baca lagi:

Palestin berjaya perolehi keanggotaan penuh UNESCO
_______________________________________________

Berhubung penerimaan Palestin sebagai anggota penuh UNESCO, Israel turut membekukan bayaran cukai kepada Palestin. Sumber 02/11/2011, web berita Safa.ps

Rujukan lain:

1. Web berita BBC
2. Web berita YNET
3. Web berita BNA

Read more...

Netanyahu: Penempatan di BaitulMaqdis adalah hak kami

Laporan jam 02:52 petang, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 02:52 petang, waktu Mesir

SEMENANJUNG GAZA - "Pembinaan penempatan di BaitulMaqdis adalah hak wajib kepada kami, ia tidak boleh disamakan dengan hukuman(nafi hak Palestin), bahkan ini adalah program hak kami yang asasi bagi membina ibu negara kami yang telah lama wujud," kata Perdana Menteri Israel(penjajah/rejim zionis), Benjamin Netanyahu(gambar atas).

Hebah dari siaran radio Israel, Netanyahu telah berjanji bahawa kedudukan(status) bandar BaitulMaqdis selama-lamanya tidak boleh kembali sebagaimana sebelum perang 6 hari(perang 1967).

Netanyahu berkata sedemikian ketika persidangan yang diadakan oleh Knesset(parlimen Israel) hari ini bersempena memperingati 10 tahun pembunuhan ke atas Rehavam Ze'evi, bekas menteri Israel.

Menurut siaran radio Israel, seorang ahli parlimen Knesset Israel, Aryeh Eldad(gambar kiri) dari parti Penyatuan Kebangsaan mengungkapkan pendapatnya bahawa rancangan yang dinamakan 'Jordan adalah Palestin' benar-benar menjadi kenyataan berbanding pada masa lalu.

"Kemungkinan rancangan ini akan tercapai jika berlakunya pergolakan di Jordan sepertimana yang telah berlaku di Libya dan Mesir, sewajibnya Israel mesti bersedia menghadapi kemungkinan sebegini," ungkap Aryeh dengan pendapatnya. Sumber 02/11/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Zionis ceroboh terbatas di selatan Gaza

Laporan jam 09:10 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 09:10 pagi, waktu Mesir

DER BALAH - Sebilangan jentera perang rejim zionis telah menceroboh sebelah timur bandar Der Balah, dan pergerakan itu dilihat keluar dari pengkalan tentera 'Kissufim' dari arah timur laut Khan Younis, selatan semenanjung Gaza.

Saksi kejadian berkata, dua buah kereta kebal dan empat buah jentolak menceroboh ke dalam kawasan tanah pertanian di timur Der Balah sambil melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah penduduk Palestin.

Sumber menjelaskan jentera perang zionis, jentolak menyondol dan meratakan tanah-tanah pertanian penduduk berhampiran tempat pelupusan sampah di Der Balah. Tambahan lagi, ketika operasi berkenaan turut kelihatan pesawat pengintip tanpa pemandu yang kerap meninjau dari ruang udara sebelum jentera-jentera perang zionis berundu kembali ke dalam garisan sempadan tanah jajahan.

Menurut saksi juga, sewaktu pengunduran, tentera rejim zionis melepaskan dua tembakan peluru berasap ke arah rumah-rumah penduduk Palestin di kawasan berkenaan.

Berhubung kejadian ini, tiada laporan kecederaan dikalangan penduduk.

Kawasan-kawasan sempadan Semenanjung Gaza dengan tanah jajahan 1948 kerap kali diceroboh tentera rejim zionis. Sebagaimana dinyatakan, kawasan-kawasan yang berhampiran garisan sempadan telah dikeluarkan amaran oleh rejim zionis bahawa ia menjadi 'zon keselamatan'. Malahan menjadi sebab petani dan peladang Palestin tidak dibenarkan masuk ke kawasan tanah-tanah pertanian mereka. Sumber 02/11/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Penjajah tembak bom cahaya di Bet Hanoun

Laporan jam 01:00 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 01:00 pagi, waktu Mesir

RAFAH - Tentera rejim zionis(penjajah/Israel) telah melepaskan belasan tembakan bom cahaya di ruang udara Bet Hanoun, utara Semenanjung Gaza malam tadi.

Gambar(SAFA): Tembakan bom cahaya di salah sebuah kawasan di Semenanjung Gaza.

Menurut agensi berita SAFA, bom cahaya yang ditembak ke ruang udara jatuh ke atas sebuah rumah penduduk Palestin, lantas mengakibatkan berlaku kebakaran sebelum pasukan bomba tiba bagi memadamkan api.

Tambah SAFA, kejadian lain yang berlaku malam tadi, bot-bot laju tentera laut zionis melepaskan tembakan bertubi-tubi di persisiran laut sebelah utara Semenanjung Gaza. Begitu juga, tentera-tentera rejim zionis yang berkumpul di perlintasan Sufa, timur Rafah serta pintu gerbang Sharab Al-Asal di sebelah timur Khan Younis melepaskan tembakan secara rambang.

Sebelum kejadian ini, kelibat pergerakan jentera perang zionis tidak sebagaimana biasa dilihat berada dalam garisan sempadan dan berada berhampiran lokasi tentera zionis 'Sufa' di sebelah timur Rafah.

Berhubung kejadian-kejadian yang dilaporkan, tiada sebarang kecederaan menimpa penduduk Palestin. Sumber 02/11/2011, web berita Safa.ps

Read more...

MAAREV: Lampu hijau serangan darat di Gaza

01 November 2011

Laporan jam 09:22 malam, waktu Palestin(Baitul Maqdis)
Jam 08:22 malam, waktu Mesir

Sumber dari PALESTINE 48 menukil dari web berita Israel versi hebrew 'MA'AREV' melaporkan malam ini bahawa sumber tentera Israel berkata, kerajaan Israel telah memberikan kebenaran kepada tentera untuk melancarkan serangan darat secara besar-besaran di Semenanjung Gaza. Jelas sumber, hal sedemikian bertujuan menumpukan serangan ke atas pihak-pihak yang melancarkan serangan roket dan memusnahkan prasarana dan milikan pihak yang menjadi sasaran.

Dari sudut lain, Ketua Bahagian Keselamatan dan Politik dalam Kementerian Keamanan Israel, Amus Gilad enggan mengiyakan atau menafikan seperti apa yang disebut dari sumber tertinggi keamanan Israel bahawa jabatan ketenteraan Israel telah menghalang dari melancarkan serangan besar-besaran di Semenanjung Gaza ekoran desakkan dari pihak Mesir. Sumber 01/11/2011, web berita PALESTINE 1948

Read more...

JPOST: Lawatan Ikhwan ke Gaza ancam perdamaian

Sebuah akhbar Israel 'JERUSALEM POST'(JPOST) mendakwa hubungan yang kukuh antara Ikhwan Muslimin dengan gerakan HAMAS memberi ancaman kepada perdamaian di rantau Timur Tengah. Dakwaan tersebut di sebalik kunjungan dari delegasi Ikhwan ke Semenanjung Gaza baru-baru ini.

JPOST dalam edisi laporannya semalam berpendapat bahawa kunjungan delegasi Ikhwan Muslimin ke Semenanjung Gaza dinilai satu perubahan yang buruk kepada Mesir wajah baru.

Tambahan lagi, JPOST menyebut jangkaan yang kuat bahawa Ikhwan Muslimin bakal mencatat kemenangan besar dalam pilihanraya parlimen akan datang. Sementara itu, hubungan yang kuat juga terbentuk antara Kaherah dengan Semenanjung Gaza. Maka, jika dinisbahkan kepada rantau Timur Tengah atau usaha damai Timur Tengah, perkara ini tidak akan membawa kepada kebaikan.

Gambar: Petikan berita dari suratkhabar Hurriyah Wal-'Adalah.

JPOST turut melihat bahawa sejak kejatuhan pemerintahan Housni Mubarak, Kaherah berusaha mengukuhkan hubungannya dengan gerakan HAMAS dan perkara ini disifatkan anti semitik.

Dari sudut lain, sebuah lagi akhbar harian Israel 'HAARETZ' menghujum keras pengakuan Ikhwan Muslimin bahawa pejuang-pejuang Palestin telah membuktikan kemenangan dan ia menyebabkan Israel mendapat penghinaan, malah Israel terpaksa membebaskan para tahanan Palestin dengan menukar dengan seorang tentera Israel, Gilad Shalit yang ditawan sejak 5 tahun yang lalu. Lebih-lebih lagi, HAARETZ turut menyebut bahawa Ikhwan memusuhi Israel dan pandangan Ikhwan terhadap Israel sebuah negara bangsa yahudi adalah berupa 'laknat'.

HAARETZ mengungkapkan kebimbangan sebenar yang berlegar-legar di sekitar politik Israel dengan kejayaan Ikhwan Muslimin Mesir yang mencatatkan anjakan besar di sudut politik, sekaligus membolehkan Ikhwan memegang pemerintahan di Mesir. Sumber 01/11/2011, suratkhabar Hurriyah Wal-'Adalah[Mesir]

Read more...

Penjajah tangkap 11 Palestin

Laporan jam 07:10 pagi, waktu Palestin(Tebing Barat)
Jam 06:10 pagi, waktu Mesir


TEBING BARAT - Sepasukan tentera penjajah(rejim zionis/Israel) telah menangkap 11 orang penduduk Palestin awal pagi ini. Jelas sumber, 5 yang ditangkap berasal dari beberapa kawasan perumahan Palestin di Ramallah, Tebing Barat.

Radio penjajah mendakwa bahawa kesemua yang ditangkap disyaki terlibat dalam menyerang beberapa hak milik Israel. Berikutan dakwaan, kesemua yang ditangkap dibawa ke Badan Keamanan Am penjajah untuk penyiasatan. Sumber 01/11/2011, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS