الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label Israel Settlement. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Israel Settlement. Papar semua catatan

Pakar kajian penempatan: Selepas 20 tahun, Palestin hanya 12% dan Yahudi 88% di BaitulMaqdis

08 November 2011

Laporan jam 11:31 pagi, waktu Palestin(BaitulMaqdis)
Jam 10:31 pagi, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Menurut Khalil At-Tufkaji, pakar kajian penempatan Yayasan Kajian Hal-Ehwal Arab, 'perancangan Israel(rejim zionis/penjajah) untuk membina 60,000 unit penempatan baru di BaitulMaqdis dalam jangka masa 20 tahun akan datang adalah bertujuan mengubah kedudukan demografi bandar(BaitulMaqdis/Al-Quds)'.

Berdasarkan penerangan At-Tufkaji dalam wawancara 'Suara Palestin' hari ini(Selasa), beliau menjangkakan penggabungan dari rancangan terbabit pada tahun 2030 akan datang, jumlah taburan penduduk Palestin yang ada di BaitulMaqdis hanyalah sekitar 12% sahaja dan penduduk Yahudi sebanyak 88%, ini bermakna, pembahagian BaitulMaqdis sebagai ibunegara kepada dua buah negara(Palestin-Israel) adalah mustahil.

Tambah beliau lagi, pembinaan unit-unit perumahan ini akan merangkumi setiap inci tanah-tanah di BaitulMaqdis, sama ada yang telah dibina selepas penjajahan BaitulMaqdis pada 1967, atau unit-unit penempatan yang akan dibina pada masa hadapan malahan meliputi kawasan perumahan Arab. Maka, perkara ini bertujuan untuk mengubah demografi bandar jajahan.

Jelas beliau berhubung pengumuman perancangan yang diumumkan pada waktu ini juga bertujuan memberikan mesej kepada penduduk Palestin, Arab dan umat Islam bahawa BaitulMaqdis adalah ibunegara kepada satu-satunya negara, iaitu negara ibrani(merujuk kepada bahasa hebrew yang dipertuturkan oleh Yahudi).

Mesej kedua pula kepada masyarakat antarabangsa bahawa BaitulMaqdis adalah ibunegara kepada semua Yahudi di dunia dan ia tidak boleh dibahagi-bahagikan. Pembinaan unit-unit perumahan dan penempatan di BaitulMaqdis adalah sepertimana membangunkan penempatan di Tel-Aviv.

At-Tufkaji menerangkan lagi, perancangan membina puluhan ribu unit penempatan yang diumumkan ini merupakan perancangan '2020' yang telah diasaskan pada tahun 1994, kemudian telah dikembangkan menjadi perancangan 2030.

Sebuah akhbar Israel 'MAARIV' telah mendedahkan pada hari Ahad lalu mengenai perancangan Majlis Perbandaran BaitulMaqdis membina 60,000 unit perumahan, lantas mendapat kecaman hebat dari barisan kepimpinan Palestin yang mengungkapkan bahawa dengan sedemikian ini, Israel benar-benar mahu menambah lagi tempoh jajahannya ke atas BaitulMaqdis pada 20 tahun akan datang, dan sememangnya Israel betul-betul berhasrat merosakkan usaha damai dari kesemua sudut. Sumber 08/11/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Amerika hampa Israel percepatkan bina penempatan

02 November 2011

Laporan jam 04:47 petang, waktu Palestin

WASHINGTON - Seorang dari pegawai pentadbiran Amerika Syarikat berkata memang telah dijangkakan bahawa pentadbiran Amerika Syarikat merasa hampa dengan keputusan rejim zionis(Israel/penjajah) yang mempercepatkan pembinaan penempatan setelahmana persetujuan UNESCO memberikan keanggotaan penuh kepada Palestin.

Tambah pegawai berkenaan yang enggan mendedahkan namanya, 'kami merasa amat hampa dengan pengumuman ini'. Jelas beliau, pentadbiran Amerika Syarikat telahpun mula menunjukkan pendiriannya yang jelas membangkang langkah seumpama ini yang diputuskan oleh kerajaan Israel.

Gambar(AFP): Pembinaan perumahan Israel di BaitulMaqdis.

Sedemikian itu, Catherine Ashton, Suruhanjaya Tertinggi Hal-Ehwal Keselamatan dan Politik Luar Kesatuan Eropah(High Representative of the Union for Foreign Affairs and Security Policy) mengharap agar Israel mengundurkan keputusan yang mempercepatkan projek pembinaan perumahan yang baru.

"Kami harap Israel mengundurkan keputusannya dan begitu juga kedua-dua pihak(Israel-Palestin) ini menyambung perundingan damai dengan Kuartet Timur Tengah demi dapat mengorakkan langkah perdamaian," kata Ashton.

Gambar: Catherine Ashton

Pada malam semalam, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengeluarkan arahan bagi mempercepatkan penyeragaman pembinaan 2 ribu unit perumahan di bandar BaitulMaqdis dan juga kawasan berhampirannya; Gush Etzion dan Ma'ale Adumim di Tebing Barat.

Hebah radio Israel, arahan yang dikeluarkan oleh Netanyahu ketikamana persidangan forum 8 kementerian yang diadakan bagi membincangkan proses ligitasi terhadap ketetapan UNESCO menerima Pemerintah Palestin sebagai negara anggota, turut disifatkan sebuah negara merdeka.
_______________________________________________
Baca lagi:

Palestin berjaya perolehi keanggotaan penuh UNESCO
_______________________________________________

Berhubung penerimaan Palestin sebagai anggota penuh UNESCO, Israel turut membekukan bayaran cukai kepada Palestin. Sumber 02/11/2011, web berita Safa.ps

Rujukan lain:

1. Web berita BBC
2. Web berita YNET
3. Web berita BNA

Read more...

Israel dikutuk bina penempatan

27 Julai 2011

Laporan jam 01:18 pagi, waktu Mekah/Palestin
Jam 12:18 pagi, waktu Mesir

Jerman dan parti pemerintah di Turki telah mengajukan kutukan terhadap Israel semalam disebabkan program pembinaan penempatan-penempatan barunya di Tebing Barat. Kedua-dua pihak ini mengiktibarkan hal tersebut menjadi punca penghalang proses damai dengan Palestin malah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Wakil kementerian luar Jerman dalam Majlis Keselamatan PBB, Werner Hoyer(gambar) mengungkapkan Jerman merasa sangat bimbang ekoran pembinaan perumahan dan projek-projek penempatan baru Israel yang berterusan dan telah didaftarkan kes pertama merebut hak milik tanah-tanah di Tebing Barat sejak tahun 2008.

Beliau berpendapat bahawa tindakan Israel ini bercanggah dengan undang-undang antarabangsa, sepertimana diiktibarkan menjadi penghalang ke atas usaha damai serta menimbulkan bahaya terhadap penyelesaian berasaskan penubuhan dua buah negara.

Hoyer berharap negaranya yang menjadi Presiden Majlis Keselamatan PBB(UNSC) agar menghentikan segera aktiviti-aktiviti pembinaan penempatan Israel pada bulan ini.

Web rasmi Majlis Keselamatan Antarabangsa PBB

AKP kecam penempatan Israel

Dari sudut lain, Parti Keadilan dan Pembangunan(AK PARTİ: AKP) iaitu parti pemerintah di Turki turut mengecam perancangan Israel mendirikan penempatan di Tebing barat yang menyalahi undang-undang.

Peta: Tebing Barat(West Bank)

Kata Omar Celik, Naib Pengerusi Hal-Ehwal Antarabangsa AKP dalam satu kenyataan bahawa 'AKP mengecam tindakan Israel waktu ini yang berusaha membina 336 unit perumahan baru di Tebing Barat'.

Tambah beliau dalam kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Anadolu bahawa anggota masyarakat antarabangsa telah mengakui penempatan-penempatan Israel di Tebing Barat menyalahi undang-undang, jelasnya perancangan-perancangan pembinaan ini yang telah dibangunkan berkali-kali membuktikan Israel tidak menginginkan perdamaian.

Kementeri luar Turki dalam kenyataan yang lalu telah mengutuk Israel berikutan pengumuman akhir-akhir ini yang membuka tender projek pembinaan beratus-ratus buah unit perumahan baru di Tebing Barat. Jelas menunjukkan projek pembinaan yang menyalahi undang-undang dibangunkan oleh Tel-Aviv di tanah jajahannya tidak boleh diterima. Sumber 27/07/2011, web berita Al-Jazeerah.net dan web berita Andolu.com

Read more...

Setuju bina 294 unit perumahan Israel

22 Mei 2011

Menteri Pertahanan(perang) rejim zionis, Ehud Barak telah meluluskan projek pembinaan perumahan yang baru sebanyak 294 buah unit perumahan di Tebing Barat. Sedemikian itu, pada waktu yang sama, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berada di Amerika Syarikat untuk membincangkan mengenai usaha damai.

Gambar(rujuk): Pembinaan perumahan Israel di penempatan Betar Illit antara tahun 2006-2009, dan kini, tahun 2011 bertambah lagi rancangan pembinaan di situ.

Pertubuhan bukan kerajaan 'PEACE NOW' Israel mendedahkan pada hari ini bahawa perumahan-perumahan ini akan dibina di penempatan Betar Illit, selatan BaitulMaqdis. Tambahan lagi, sebuah komplek perniagaan dan rumah orang-orang tua juga akan dibina di penempatan Efrat, selatan BaitulMaqdis.
____________________
Pautan:

NGO Peace Now Israel
Pertubuhan Pelobi Israel AIPAC
____________________


PEACE NOW tidak mengesahkan tarikh Ehud Barak menandatangani projek perumahan ini, tetapi Peace Now menjelaskan bahawa ia menilai ke atas surat Kementerian Pertahanan yang bertarikh pada 28 April berhubung khusus hal ini.

Sumber yang sama menyatakan sejak September 2010 iaitu tempoh akhir membekukan sebahagian kerja bina perumahan Israel yang bertempoh selama 10 bulan, Tel-Aviv telah melaksanakan lebih 2000 buah unit perumahan.

Pejabat Perdana Menteri Israel turut mengakui memberikan sebahagian lesen-lesen untuk pembinaan perumahan Israel di Tebing Barat.

Gambar(rujuk): Sebahagian perumahan di penempatan Betar Illit.

Seiring pengumuman projek baru penempatan Israel, Perdana Menteri Israel waktu ini berada di Amerika Syarikat. Netanyahu telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika pada Jumaat lepas di White House dan menanti untuk memberikan ucapan di hadapan Kongres Amerika. Setelah itu, Netanyahu dijadualkan bertemu dengan anggota Pertubuhan Pelobi Israel, AIPAC(American Israel Public Affairs Committee) di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, agensi kerajaan rejim Israel telah mengumumkan persetujuan membina 1,520 unit perumahan yang baru pada Isnin minggu lepas di penempatan-penempatan Yahudi, BaitulMaqdis Timur(timur BaitulMaqdis).
_____________________________________________________
Rujuk pautan berkait:
1. Lulus bina 1500 unit perumahan baru di BaitulMaqdis
2. Rancangan bina 1500 unit perumahan di BaitulMaqdis
_____________________________________________________

Pada hari Khamis baru-baru ini, Presiden Amerika ketika menyampaikan ucapan dasar terhadap Timur Tengah mengumumkan persetujuan buat kali pertama bagi menegakkan Negara Palestin yang bersempadan tahun 1967, namun Netanyahu membantah penyelesaian konflik Israel-Palestin dengan usaha ini.

Gambar(rujuk): Sebahagian perumahan di penempatan Efrat.

Berhubung penempatan Israel, Mahmoud Abbas, Presiden Palestin di Ramallah berkata, 'Israel kena buat pilihan, sama ada mahu damai atau bina lagi penempatan.' Sumber 22/05/2011, web berita Al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS