Lulus bina 1500 unit perumahan baru di BaitulMaqdis
19 Mei 2011
BAITULMAQDIS - Jawatankuasa Perancang dan Pembangunan di BaitulMaqdis telah meluluskan malam ini satu rancangan pembinaan 1500 unit perumahan Israel yang baru di penempatan Pisgat Ze'ev dan Har Homa, selepas Obama berucap dan sehari sebelum Perdana Menteri rejim zionis bertemu dengan Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat.
Baca lagi:
Rancangan bina 1500 unit perumahan di BaitulMaqdis
________________________________________________________
Gambar(AFP): Penempatan Pisgat Ze'ev.
Hebah radio Israel, keputusan bagi meluluskan rancangan ini setelah mendengar bantahan-bantahan awam.
Sumber menyatakan lagi sebelum ini, jawatankuasa berkenaan telah berkali-kali menangguhkan perbincangan berhubung rancangan ini sebagai menyahut permintaan dari Perdana Menteri rejim zionis, Benjamin Netanyahu.
Gambar(ynet): Penempatan Har Homa.
Sumber menambah dari jawatankuasa itu bahawa Netanyahu tidak lagi meminta tangguh sebelum diperbincangkan pada hari ini. Sedemikian itu, Jabatan Perdana Menteri rejim zionis enggan mengulas berhubung rancangan ini.
Seorang ahli jawatankuasa rancangan tersebut, Yair Gabai berkata kepada media ynet, "Kerajaan Israel telah membuat keputusan hari ini secara terbuka dan jelas kepada seluruh dunia bahawa tidak ada rundingan mengenai BaitulMaqdis, dan ia akan bersatu(sebelah barat dengan timur yang dibahagikan kepada Palestin)."
"Rancangan pembinaan ini adalah hadiah terbaik yang kami terima sempena hari BaitulMaqdis yang akan datang," Kata Gabai lagi.
Gabai mendesak Kerajaan Israel untuk memajukan lagi rancangan pembinaan ribuan unit rumah yang lain. Hal tersebut bagi menjawab respon kepada pasangan-pasangan muda yang ingin tinggal di BaitulMaqdis, menurut Gabai.
Israel merosakkan usaha damai
Dari pihak Palestin, jurucakap Pemerintah Palestin, Nabil Abu Radinah pada malam ini mengungkapkan kelulusan pembinaan beratus-ratus buah unit perumahan baru Israel di BaitulMaqdis adalah tindakan segera ekoran dari ucapan dasar Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama terhadap Timur Tengah.
Kata Abu Radinah, "tindakan ini patut dikecam, pentadbiran Amerika semestinya perlu menuduh Israel bertanggungjawab merosakkan usaha damai."
Tambah beliau lagi, "kami menghargai usaha Presiden Obama untuk menghidupkan semula usaha perdamaian," sambil mengulangi, akan ada jawab balas rasmi Palestin ke atas ucapan Obama selepas pertemuan pemimpin Palestin dan perbincangan dengan tetangga Arab. Sumber 19/05/2011, web berita safa.ps, berita Al-Jazeerah dan web berita ynetnews.com
Klip Al-Jazeerah
Sumber 19/05/2011, youtube.com
0 comments:
Catat Ulasan