Lawatan delegasi HAMAS di Kaherah turut bertemu dengan Badan Perisikan Mesir.
Ketika sidang media yang berlangsung di pejabat Persatuan media-media, beliau telah menyentuh beberapa isu berhubung keadaan di Palestin dan Mesir.
Tidak gugat keamanan MesirBeliau menjelaskan bahawa gerakan HAMAS tidak menggugat keamanan Mesir walau dalam apa jua gambaran, dan tuduhan pemerintah Mesir sebelum ini terhadap HAMAS berhubung
'letupan di gereja Iskandariah' adalah rekaan semata-mata yang telah terdedah semasa berlakunya revolusi Mesir, bulan Januari lalu.
Bebas tahanan PalestinTambahan lagi, lawatan rasmi delegasi HAMAS yang kini berada di Kaherah akan bertemu dengan Menteri Luar Mesir, Dr.Nabil Arabi. Sumber melaporkan, dalam pertemuan itu, gerakan HAMAS akan membincangkan mekanisme untuk membolehkan penduduk Palestin yang berada dalam penjara Mesir dibebaskan. Berhubung dengan tahanan, gerakan HAMAS akan meminta jumlah sebenar yang ditahan dalam penjara serta laporan-laporan berasingan bagi mengetahui sebab mereka ditangkap dengan wakil Mesir mengikut jadual masa.
Berikutan itu, Mahmud Al-Zahar menyatakan HAMAS tidak akan melanggar undang-undang Mesir. Jelas dengan pertemuan Menteri Luar Mesir, beliau tidak mengetahui dengan terperinci mengenai penduduk Palestin yang berada dalam penjara Mesir.
Pemulihan dalaman PalestinBerhubung isu pemulihan(pembaikan المصالحة) Palestin, kata beliau, setiap tempat dan masa, gerakan HAMAS tetap menyatakan pendirian yang sama, iaitu usaha ke arah memperbaiki hubungan dalaman Palestin hanyalah dengan mengadakan dialog. Seterusnya, HAMAS amat berharap dapat melihat usaha pemulihan ini dapat dicapai dengan 'tindakan'.
Mengulas halangan, beliau menyebut, pihak luar, terutamanya rejim zionis adalah penghalang tercetusnya perpecahan dalaman Palestin.
Beliau menyatakan bahawa penyelesaian sekatan Gaza hari ini tidak sahaja sesuai dengan pergi kepada Mesir, mengharap kepada revolusi yang berlaku, Kerajaan Mesir yang ada sekarang serta barisan kepimpinan tentera, akan tetapi akan pasti tercapai setelahmana hubungan dalaman Palestin dipulihkan.
Dr.Khalil Hayyah turut bersama dalam delegasi gerakan HAMAS ke Kaherah.
Beliau berkata, gerakan HAMAS telah berusaha bersungguh-sungguh malah banyak bertoleransi demi memulihkan hubungan dalam Palestin. HAMAS telah menjemput Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Abu Mazen,
gambar) ke Gaza.
Namun, jelas Hayyah, Abu Mazen telah menetapkan syarat-syarat yang sedemkian. Bagaimanapun, HAMAS tidak mahu cara lawatan dan sambutan yang sedemikian, akan tetapi mengumumkan bagi memulakan pemulihan dengan cara yang betul. Sedemikian itu, mestilah dimulai dengan lawatan sebelum menyempurnakan isu-isu yang lain.
Berhubung dengan lawatan Abu Mazen ke Gaza, Dr.Mahmud Al-Zahar meminta supaya ditangguhkan pada masa lain sehinggalah selesai beberapa permasalahan yang penting, iaitu berkaitan dengan sandaran Palestin, penyusunan dasar politik Palestin dan kepimpinan Palestin.
Nafi pertemuan HAMAS dan FATAHSetiausaha sulit Jawatankuasa(أمين سر لجنة المتابعة الوطنية وتحالف القوى الفلسطينية), Khalid Abdul Majid, mengumumkan semalam, bahawa telah tercapai persetujuan antara dua gerakan, HAMAS dan FATAH(حركة التحرير الفلسطينية) untuk memulakan dialog pada bulan depan. Pertemuan sebagai langkah pertama sebelum disertai kumpulan-kumpulan pembebasan dan parti-parti politik Palestin yang lain.
Jelas beliau, mekanisme perbincangan antara HAMAS dan FATAH belum ada kesepakatan tetapi ada persetujuan untuk memulakan dialog pada bulan hadapan. Beliau menyatakan lagi, pertemuan itu adalah mencari persefahaman berhubung isu yang bersangkut paut dengan lawatan Abu Mazen ke Gaza, serta penubuhan Kerajaan Teknokrat.
Bagaimanapun, Azam Ahmad
(gambar), anggota Lajnah Jawatankuasa Pusat gerakan FATAH menafikan kenyataan berhubung persetujuan antara HAMAS dan FATAH untuk mengadakan pertemuan di Kaherah atau di mana sahaja tempat demi memulakan perbincangan berhubung permasalahan yang masih tergantung antara kedua-dua gerakan ini.
Ahmad menyatakan dalam media rasmi Pemerintah Palestin Ramallah 'Wafa' bahawa inisiatif Presiden Abbas telah jelas seperti pancaran matahari iaitu jaminan penubuhan Kerajaan yang dipersetujui adalah dari kalangan individu-individu bebas(teknokrat).
Jelas Ahmad, sebarang perbincangan atau dialog berhubung isu yang tergantung atau hal-hal pada masa akan datang adalah setelahmana perpecahan itu diakhiri, melalui satu Kerajaan di bawah satu pemerintahan dan bukannya ketika waktu perpecahan.
Beliau turut mengungkapkan bahawa kenyataan Mahmud Al-Zahar yang meminta lawatan Abu Mazen ke Gaza ditangguhkan seperti 'menghancurkan inisiatif Abbas serta memanjangkan polemik perpecahan'.
Demikian itu, Kerajaan Palestin di Gaza dan gerakan HAMAS mengkaji mengenai lawatan Abbas ke Gaza.
Keselamatan Abbas ke Gaza tidak ada jaminanSatu sumber dari laporan sulit dari Pihak Keselamatan Palestin di Gaza telah dikemukakan kepada Ismail Haniah, iaitu Ketua Kerajaan Palestin di Gaza mengenai tiada jaminan perlindungan keselamatan kepada Mahmoud Abbas sekiranya tiba di Gaza.
Jelas sumber agensi berita
'Quds Press' bahawa dua minggu sebelum Ismail Haniah mengeluarkan kenyataan menjemput Abbas ke Gaza, maka terlebih dahulu meminta Pihak Keselamatan di Gaza menyiapkan laporkan berhubung lawatan.
Berikutan itu, Pihak Keselamatan di Gaza telah menyerah laporan sulit setelah diadakan kajian mendalam(bacaan), pandang jauh dan kedudukan secara umum di Gaza.
Menurut laporan, perlindungan keselamatan Abbas di Gaza tidak dapat dijamin, kemungkinan Abbas diancam bahaya ketikamana melawat ke Gaza. Lebih-lebih lagi ada tanda ancaman tersebut dari ahli keluarga yang menjadi mangsa kepada Pihak Keamanan Abbas ketikamana kejadian Jun 2007
(penguasaan HAMAS di Gaza) dan selepas kejadian itu berlaku.
Laporan dari Pihak Keselamatan Palestin Gaza melihat lagi bahawa keadaan keamanan yang akan mengiringi Abbas ke Gaza amat sulit.
Sumber 29/03/2011, suratkhabar Mesir; Al-Ahram, Ash-Shourouk, Al-Akhbar, Misril-Youm, serta sumber 28/03/2011, web berita safa.ps dan Islam Today