الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Seorang pemimpin Palestin dilanjutkan tahanan bantah diusir

12 September 2010

KHALIL - Seorang pemimpin gerakan tahanan Palestin, Aid Daudeen(gambar), 40 yang ditahan tanpa bicara dan pengadilan sejak tahun 2007 telah dilanjutkan lagi tempoh tahanan selama tiga bulan. Ketetapan tersebut diperakui oleh Perkhidmatan Perisikan Dalam Negeri 'SHABAK'.

Berikutan dari lanjutan tempoh tahanan, setelahmana pemimpin Palestin berkenaan membantah secara keras tawaran diusir ke Gaza sebagai pembebasan dari tahanan.

Sebelum ini, Mahkamah Israel pernah mengemukakan cadangan kepada Daudeen sebagai jalan untuk bebaskan diri tetapi yang sedemikian itu adalah membawa maksud Daudeen diusir dari Tebing Barat, tetapi beliau menolak pelawaan dari tawaran tersebut. Tambahan pula Badan Perisikan Israel menganggapnya antara salah seorang pemimpin HAMAS yang menimbulkan ancaman kepada keamanan warga zionis.

Sumber menyebut, Aid Daudeen ditangkap pada 19/10/2007, dan sehingga sekarang masih ditahan tanpa bicara di penjara rejim zionis yang terletak di pertengahan padang pasir Naqab(Negev). Dengan lanjutan tempoh tahanan ke atas beliau, maka tempoh keseluruhan beliau ditahan melebihi 38 bulan.

Seperti yang dilapor, Daudeen sebelum ditangkap tanpa bicara pernah menjalani hukuman penjara selama 13 tahun dalam penjara rejim zionis.

Rejim zionis geledah rumah Daudeen

Sementara itu, dari agensi berita 'Ajnad' turut melaporkan Markaz Penyeledikan Tahanan dan Hak Asasi Manusia mengecam keras tindakan dari tentera rejim zionis yang menggeledah masuk ke rumah Daudeen di desa Dura.

Penggeledahan tersebut dilakukan tanpa menghormati isteri dan anak-anak Daudeen malah rejim zionis bertindak memeriksa keseluruhan rumah serta memecahkan sebahagian peralatan rumah. Daudeen dikhabarkan rasa risau berikutan cara tindakan biadap rejim zionis yang menggeledah rumahnya.

Fuad Al-Khafash selaku Pengerusi markaz berkenaan berkata, rempuhan itu seiring pemilihan Daudeen selaku ketua umum HAMAS di salah sebuah penjara terbesar rejim zionis di Naqab. Jelas fuad, sebilangan besar jumlah tentera rejim zionis menyerbu masuk ke dalam rumahnya dengan cara kurang ajar malah menimbulkan ketakutan kepada anak-anak dan isterinya. Lebih teruk, rejim zionis merosakkan peralatan rumah dan keluar tanpa memberikan sebab-sebab menyerbu masuk.

Jelas Al-Khafash lagi, Aid Daudeen yang ditahan dalam penjara zionis berumur 43 tahun berasal dari desa Dura, Khalil. Daudeen bekerja sebagai Timbalan Ketua Unit Bantuan dan Kecemasan di bandar Khalil. Daudeen, bapa kepada enam anak dihukum penjara secara berterusan selama 13 tahun dalam penjara zionis tidak pernah diberikan kebebasan walaupun sebulan. Ketika tempoh dalam tahanan, Daudeen tidak pernah meraikan hari raya dengan anggota keluarganya.

Isteri Daudeen, Ummu Hamzah ketika menghubungi Markaz Penyelidikan Tahanan serta Badan-badan Antarabangsa, dan Pertubuhan Hak Asasi Manusia merayu supaya campur tangan seberapa segera demi menjamin agar suaminya yang ditahan itu dibebaskan.

Ummu Hamzah menyebut dalam tempoh yang sebegitu lama, dia tidak merasai ketenangan ketikamana suaminya yang terus-menerus ditahan tanpa bicara.

Sumber menyebut lagi, Aid Daudeen salah seorang tokoh gerakan tahanan Palestin yang dihormati dan dikagumi kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin. Salah seorang adik-beradiknya turut ditangkap pada 19/12/1992 dan dijatuhkan hukuman penjara seumur di penjara rejim zionis, Hedrayim. Sumber 12/09/2010, web berita safa.ps dan web berita ajnad-news.com

Read more...

3 letupan di barat Naqab, ALWIYAH lancar serangan

GAZA - Sumber dari radio am Israel melaporkan bahawa kedengaran 3 letupan di kawasan Shair Henegev, barat Naqab sebentar tadi.

Sebagaimana yang telah dijelaskan dari sumber Israel bahawa letupan tersebut adalah disebabkan serangan mortar dan roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin dari Semenanjung Gaza. Bagaimanapun, tidak ada laporan mengenai kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa.

Serangan tersebut sebaik sahaja laporan berita menyatakan 3 penduduk Palestin syahid akibat pengeboman rejim zionis yang mensasarkan sebuah kawasan pertanian petang tadi.

Laporan yang baru diterima pada malam ini mengesahkan bahawa serangan roket dan mortar dilancarkan oleh kumpulan pejuang, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN.

Dalam kenyataan media yang disampaikan kepada agensi 'Safa', ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN melancarkan 2 serangan roket jenis "Naseer 3" dan mortar "hawn" 100 milimieter(mm) ke arah barat Naqab.

Kumpulan pejuang itu menyatakan bahawa pejuang-pejuangnya melaksanakan misi dengan sempurna dan kembali ke pengkalannya dengan selamat. Sambil itu, ALWIYAH mengesahkan operasi serangan ini adalah balas serangan rejim zionis yang mengakibatkan beberapa masyarakat awam Palestin syahid ketika menjelang dan perayaan Aidilfitri.

Tambah ALWIYAH lagi, "tunggulah lagi wahai musuh yang tidak berakal dengan roket-roket pejuang, kami telah nyatakan kepada penduduk Palestin bahawa kami berpegang dengan jalan jihad sebagai satu-satunya pilihan untuk membebaskan keseluruhan tanah-tanah Palestin yang dirampas." Sumber 12/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

3 syahid petang ini di Gaza

GAZA - Sumber melaporkan 3 orang penduduk Palestin syahid dalam pengeboman artileri rejim zionis di kawasan Al-Sharab, timur laut Bait Hanoun yang terletak di utara Gaza.

Gambar(Safa): Salah seorang daripada mangsa pengeboman zionis yang syahid petang tadi.

Menurut Penyelaras Media Perkhidmat Perubatan Tentera, Adham Abu Silmiyyah dalam kenyataan yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' berkata, dua penduduk Palestin yang syahid itu, seorang darinya telah berumur, Ibrahim Abdullah Abu As'ad, 91 dan anaknya Husam Khaled Abu As'ad, 17 dan seorang lagi penduduk, Waleed Abu Audah, 20.

Sebagaimana dinyatakan, pasukan perubatan telah membawa dua jenazah tersebut ke hospital dan mengesahkan tidak ada sebarang luka parah yang lain.

Serangan rejim zionis ini ekoran daripada pengumuman yang dibuat pada pagi tadi mengenai dua serangan roket Palestin yang gugur di barat Naqab, tanah jajahan 1948. Sumber 12/09/2010, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Read more...

Keselamatan Palestin tangkap anak ahli parlimen Palestin

NABLUS - Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الاسلامية) berkata, Pihak Keselamatan Palestin di Nablus telah menangkap anak kepada seorang ahli parlimen Palestin dari kumpulan 'Taghyir Wal-Islah'(HAMAS), Sheikh Hamid Al-Bitawi. Dinyatakan operasi penangkapan itu sebaik sahaja Pihak Keselamatan Palestin menyerbu masuk ke dalam rumahnya pagi tadi.

HAMAS dalam kenyataan media menyebut bahawa sebelum ini, Fadh Al-Bitawi adalah bekas tahanan yang meringkuk selama beberapa tahun dalam penjara rejim zionis dan pernah ditangkap beberapa kali oleh Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat.

HAMAS berkata lagi, Pihak Keselamatan Palestin juga menangkap seorang lagi anggotanya, Mujahid Hamami yang merupakan tahanan yang telah dibebaskan sebelum ini. Beliau ditangkap dalam satu serbuan ke rumahnya di perumahan Ad-Dhahiyah di Nablus. Sebelum ini, mangsa(Hamami) yang diculik telah berhadapan siksaan yang sangat teruk ketika dalam tahanan.

Kes yang berhubung kait, HAMAS menuduh Pihak Keselamatan Palestin menangkap semula beberapa orang anggotanya dari kalangan pemimpin dan penyokong yang telah dibebaskan sebelum menyambut perayaan Aidilfitri. Sumber 12/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

Laluan dibuka hanya untuk bahan bakar

GAZA - Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Kemasukan Barang di Semenanjuung Gaza, Ir. Raed Futuh, berkata, pihak rejim zionis telah memutuskan pembukaan laluan perlintasan Karem Abu Salem(Kerem Shaloum Terminal) yang terletak di tenggara bandar Rafah hari ini.

Sumber peta, google map. Bulatan dan garisan berwarna oren adalah terminal pengumpulan barang-barang sebelum dibawa masuk ke Gaza melalui garisan oren. Terminal ini di bawah kekuasaan rejim zionis.

Sumber menyatakan, pembukaan laluan tersebut untuk memasukkan bekalan solar yang diperlukan bagi mengalirkan kuasa di stesen penjanaan elektrik.

Futuh berkata lagi, keputusan rejim zionis itu hanya membataskan kepada kemasukan solar sahaja dan tidak dibenarkan sebarang kemasukan trak pengangkut bekalan makanan atau bantuan kemanusiaan.

Sumber gambar, flickr.com.

Sebelum ini, rejim zionis telah menetapkan kesemua laluan perlintasan mahupun sempadan yang menghubungkan Gaza dengan tanah Palestin, jajahan 1948(Israel) ditutup mulai pagi khamis.

Ketetapan tersebut dibuat ekoran perayaan Yahudi yang seiring dengan perayaan umat Islam menyambut Aidilfitri. Seperti yang dijadualkan, laluan perlintasan akan dibuka semula pada hari esok. Sumber 12/09/2010, web berita maannews.net

Read more...

Pertempuran sengit di Dura

KHALIL - Sepasukan tentera rejim zionis menyerbu masuk ke bandar Dura yang terletak di barat daya Khalil, Tebing Barat, lantas mengakibatkan pertempuran sengit dengan pemuda-pemuda Palestin yang menghadang serbuan rejim.

Menurut saksi, rejim zionis menyerbu masuk ke perumahan Sharfah di bandar Dura dengan empat buah jentera perang. Seperti yang dinyatakan, tentera rejim menyampaikan memo kepada seorang pemuda Palestin, Munzir Zunah, 28 agar pergi melaporkan diri ke pejabat perisikan zionis.

Jelas saksi, pertempuran sengit itu meletus di kawasan perumahan yang terbabir setelah pemuda-pemuda Palestin menutup jalan utama dengan longgokan tayar serta melontar batu ke arah tentera rejim yang menyerbu masuk ke situ.

Tentera rejim bertindak mengepung pemuda-pemuda Palestin sambil melepaskan tembakan peluru getah serta peluru hidup malah turut menembak bom gas dan sound-bom ke arah rumah-rumah penduduk yang bercelahan.

Akhir-akhir ini, sumber menyatakan, tentera rejim zionis meningkatkan operasi serbuan di bandar Dura serta mengetatkan kawalan keselamatan di sekeliling bandar berkenaan. Sumber 12/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

Dua roket ke Naqab, Utara Gaza dibedil

GAZA - Pihak rejim zionis mengumumkan dua serangan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza gugur di barat Naqab pagi ini.

Jelas rejim zionis, serangan roket itu tidak mengakibatkan sebarang kerosakan atau luka parah.

Radio Israel melaporkan sehingga waktu ini, pihaknya telah membuat pengawasan di salah sebuah lokasi yang menjadi sasaran gugurnya serangan roket.

Dalam masa yang sama, saksi kejadian menjelaskan kepada agensi berita 'Safa', sebuah kereta kebal rejim zionis melepaskan tembakan 2 peluru misil ke arah sebuah kawasan lapang di Bait Hanoun yang terletak di sebelah utara Semenanjung Gaza. Sehingga kini, tiada laporan mengenai sebarang luka parah di kalangan penduduk Palestin. Sumber 12/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

Arab Bersatu sumbang bantuan kepada Palestin

ABU DHABI - Wakil Arab di Washington semalam menjelaskan bahawa Emiriah Arab Bersatu telah menyumbang sebanyak USD42(AED 155 juta) kepada Pemerintah Palestin di Ramallah.

Sumbangan tersebut sebagai sokongan bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Pihak Berkuasa Palestin yang berhadapan dengan kegawatan kewangan masa ini.

Ghassan Al-Khatib, jurucakap rasmi Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat mengesahkan laporan yang diterbitkan 'Dar Khalij' mengenai sumbangan tersebut tetapi beliau enggan memberikan penjelasan terperinci.

Jurucakap rasmi Pihak Berkuasa Palestin berkata lagi, jumlah bantuan tersebut hanyalah bertujuan untuk menyokong belanjawan Kerajaan Palestin.

Amerika utuskan surat kepada Arab supaya beri bantuan kewangan kepada Pemerintah Palestin Ramallah

Dalam laporan lain menyebut, Menteri Luar Amerika Syarikat(US), Hillary Clinton mengutuskan surat kepada rakan sejawatnya dari Negara Arab yang menggesa memberi bantuan kepada Pemerintah Palestin.

Surat tersebut menyebut perlunya menyokong belanjawan Pemerintah Palestin di Tebing Barat untuk menyelamatkannya dari keruntuhan ekonomi.

Agensi 'Safa' yang memetik dari web berita Al-Jazeerah dari sumber yang dipercayai, katanya, gesaan Amerika itu dikeluarkan pada 4 September lalu atas permintaan dari Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) yang membincangkan hal tersebut dengan Hillary Clinton ketika pelancaran rundingan damai secara langsung di Washington pada 2 September 2010.

Abbas ketika berbincang dengan Hillary berkata, kedudukan kewangan Pemerintah Palestin Tebing Barat teramat meruncing ekoran sebahagian dari Negara-negara yang membantu Pemerintah Palestin dari sudut kewangan terus menyusut.

Sumber berkenaan menjelaskan bahawa Abbas turut mengingatkan dari keruntuhan ekonomi Pemerintah Palestin sekiranya Negara-negara Arab dan US tidak memberikan sumbangan kewangan kepada Kerajaan Palestin di Ramallah.

Sehingga kini, US dan Emiriah Arab Bersatu menunaikan permintaan untuk sokongan bantuan kewangan kepada Pemerintah Palestin dalam minggu ini.

Jelas dari sumber yang sama bahawa surat dari US diberikan kepada dua blok Negara, iaitu Negara Arab yang bersikap sederhana dan Kesatuan Eropah(EU).

Sumber yang sama juga mengesahkan Washington memberikan janji kepada Abbas dengan mengukuhkan lagi sokongan sekiranya Palestin meneruskan rundingan damai dengan Israel. Malah, turut berjanji agar Negara-negara Arab yang terikat(janji) meningkatkan lagi sumbangan kewangan dan bantuan kepada Pemerintah dan Kerajaan Palestin di Ramallah. Sumber 11-12/09/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS