Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.
Laporan menarik:
Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':
24 Jun 2012
- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.
Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.
29 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.
- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.
30 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.
- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.
Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:
- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel
- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya
- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16
- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera
- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin
- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah
Keselamatan Palestin tangkap 4 HAMAS
25 Mei 2012
Al-Ghissin nafi tangkap anggota FATAH di Gaza
27 Mac 2012
GAZA - Kerajaan Palestin di Gaza menafikan sekeras-kerasnya yang mengatakan pihaknya telah menangkap jurucakap gerakan FATAH di Semenanjung Gaza, Faiz Abu Aitah atau mana-mana anggota serta pemimpin gerakan FATAH.
Jurucakap rasmi Kementerian Dalam Negeri di Gaza, Ihab Al-Ghissin berkata, "tidak ada penangkapan ke atas mana-mana pendokong ataupun pemimpin gerakan FATAH di Semenanjung Gaza malah nama-nama diwar-warkan juga tidak betul, saya cabar dan saya boleh pergi dengan pihak-pihak media ke rumah-rumah individu yang didakwa oleh FATAH bahawa mereka telah ditangkap di Gaza dan kamu akan semua akan mendapati mereka hanya berada di rumah-rumah mereka, tidak ada langsung penangkapan ke atas mereka semua."
Dalam keterangan rasmi, FATAH telah menuduh pihak keamanan di Semenanjung Gaza menangkap Abu Aitah serta puluhan lagi pemimpin gerakan FATAH di Semenanjung Gaza yang mana bilangan mereka mencecah 50 individu.
Jelas Al-Ghissin dalam kenyataan akhbar kepada agensi berita QUDS PRESS, 'FATAH membuat lagi pendustaan sebegini bagi menutup jenayah-jenayah yang dilakukannya sekalipun ia terlibat meningkatkan sekatan atau penangkapan di Tebing Barat'.
Beliau menilai bahawa apa yang dikemukakan gerakan FATAH berhubung penangkapan dikalangan anggotanya di Gaza hanya mahu menutup persekongkolan konspirasi dari FATAH bagi mengetatkan lagi sekatan ke atas Semenanjung Gaza.
Kata beliau lagi, "perkara ini membuktikan bahawa individu-individu yang berada dalam pemerintah Palestin di Ramallah tidak berkeinginan berbaik-baik(usaha baik pulih dalaman Palestin) dan juga tidak mahu menyelesaikan persengketaan(konflik dalaman), malah mereka ada kepentingan bilamana persengketaan dan kekangan ke atas Semenanjung Gaza berterusan, dan mereka yakin dengan peningkatan sekatan di Gaza akan membolehkan mereka kembali dari atas kereta kebal ke Semenanjung Gaza, maka hal ini akan menggagalkan mereka dan pada masa ini mereka juga akan gagal."
Berhubung tangkapan ini, menukil dari laporan web berita YOUM7, pihak polis Palestin di Gaza melepaskan jurucakap FATAH pada pagi tadi selepas beberapa jam beliau dipanggil lapor diri, jelas sumber keselamatan kepada agensi berita AL-SHARQ AL-AWSAT.
Polis Palestin di Gaza memanggil jurucakap FATAH untuk menyoal siasat berhubung pendustaan yang dilakukan dan dokumen yang disebutkan oleh HAMAS mengenai 'sebaran dalaman'(lampiran di bawah) gerakan FATAH kepada penyokong-penyokong FATAH supaya memainkan provokasi di pertengahan masyarakat bagi menentang Kerajaan Palestin di Gaza, lalu dinafikan oleh Abu Aitah. Kata beliau, dokumen ini palsu dan tidak dikeluarkan pun oleh gerakannya.
FATAH menganggap tindakan Pihak Keselamatan di Gaza yang menangkap jurucakap gerakan FATAH adalah tindakan bahaya. Kata FATAH, hal ini bertujuan menegangkan suasana serta mengembalikan keadaan ketikamana sebelum Deklarasi Doha malah menggambarkan sejauhmana ketakutan HAMAS dari ungkapan 'bebas' dan 'kebenaran' yang cuba disembunyikannya.
Keselamatan Ramallah tangkap 7 pengikut HAMAS
Gerakan HAMAS di Tebing Barat mendakwa Pihak Keamanan Pemerintah Palestin telah menangkap tujuh orang pengikut(penyokong) gerakan HAMAS dalam masa 24 jam yang lalu.
Kenyataan rasmi HAMAS hari ini, Selasa, 27/03/2012 berkata, pasukan keselamatan dari Badan Keselamatan Negara telah menyerbu masuk ke dalam rumah salah seorang pemimpin gerakan HAMAS, Fadi Al-Amuri, 34 di perumahan selatan, kemudian Fadi ditangkap. Sebagaimana dimaklumkan bahawa Fadi bekas dari tahanan penjara penjajah dan sebelum ini telah beberapa kali ditangkap serta disiksa dalam penjara Keselamatan Palestin Ramallah. Kejadian yang sama, Pihak Keselamatan yang sama juga menangkap dua pemuda, Ja'far Audah, 23 dan Muhammad Jalad, 31 setelah kedua-duanya dipanggil lapor diri.
Di Nablus pula, HAMAS dalam keterangannya menjelaskan Keselamatan Negara menangkap seorang penuntut Universiti Kebangsaan An-Najah, Ubadah Duweikat dari daerah Beita selatan Nablus. Mangsa ditangkap selepas dipanggil lapor diri. Badan Perisikan turut menangkap seorang tahanan yang dibebaskan, Ali Abbas dan seorang lagi penuntut di Universiti An-Najah, Salahuddin Mu'la selepas dipanggil lapor diri dua hari yang lepas. Salahuddin merupakan saudara kandung kepada Nuruddin Mu'la yang telah dilanjutkan 15 hari tempoh tahanan dalam penjara.
Kata HAMAS lagi, Badan Perisikan Palestin di Jenin telah menangkap Imaduddin Abul Haija seiring dengan tekanan yang dikenakan oleh tentera penjajah ke atas bapanya, Jamal Abul Haija yang kini ditahan dalam kurungan berasingan penjara penjajah. Jamal salah seorang dari tahanan Palestin dalam penjara penjajah yang mengadakan mogok lapar. Sumber 27/03/2012, web berita Paltimes.net, web berita Youm7.com dan web rasmi HAMAS

Read more...
HAMAS desak Abbas hentikan perlanggaran
29 Februari 2012
"Perlanggaran ini telah memberikan kesan negatif ke atas usaha baik pulih yang sedang berjalan," tegas lagi, "penangkapan yang berterusan mesti dihentikan segera kerana pembebasan sebahagian mereka dari penjara keselamatan Palestin tidak ada makna ketikamana penangkapan-penangkapan lain masih diteruskan," kata gerakan HAMAS. Sumber 29/02/2012, web berita Safa.ps
Penjajah, Keselamatan Negara tangkap anggota HAMAS
07 Disember 2011
Jam 06:15 pagi, waktu Mesir
Jam 12:15 petang, waktu Malaysia
TEBING BARAT - Kejadian awal pagi Rabu, tentera penjajah melancarkan operasi penangkapan di bandar Nablus, utara Tebing Barat. Dalam operasi berkenaan, seramai 12 orang penduduk Palestin telah ditangkap, sebahagian besarnya adalah anggota dari gerakan HAMAS dan pemimpin dari JABHAH SHA'BIAH(Barisan Pertahanan Rakyat).
Penyampai berita SAFA berkata, sepasukan tentera penjajah telah merempuh masuk ke dalam sebuah rumah pemimpin HAMAS, Muhammad Ghazal yang merupakan pensyarah fakulti kejuruteraan di Universiti An-Najah. Kemudian, tentera penjajah menangkap beliau serta membawa ke arah yang tidak diketahui.
Lagi yang ditangkap, Yusuf Abdul Haq, Sameh Aluawi, Baha' Yaiesh, Asyad dan Muayyad Hasiba serta Samer Al-Astah.
Sebagaimana dinyatakan, tentera penjajah merempuh masuk ke bandar Nablus dari berbagai-bagai penjuru, lantas melancarkan operasi penangkapan ke atas penduduk Palestin.
Dalam kejadian lain, gerakan HAMAS berkata, Badan Keselamatan Negara Palestin telah menangkap 5 penduduk Palestin, empat darinya adalah anggota HAMAS dari wilayah-wilayah berbeza di Tebing Barat. Sumber 07/12/2011, web berita Safa.ps
Al-Ashqar: FATAH mesti kawal Badan Keselamatan supaya tidak menggagalkan baik pulih
06 Ogos 2011
Jam 11:21 pagi, waktu Mesir
GAZA - Anggota Majlis Legislatif Palestin dari gerakan HAMAS, Ismail Al-Ashqar(gambar) meminta gerakan FATAH mengenakan tekanan ke atas Badan Keselamatan Palestin di Tebing Barat supaya dapat hentikan penangkapan dan panggilan lapor diri terhadap anggota-anggota HAMAS bagi menyempurnakan baik pulih dalaman Palestin(berbaik atau damai) dan menjayakan pertemuan terdekat ini di Kaherah.Kata beliau dalam kenyataan media hari ini, "apa yang jelas wujudnya satu aliran dalam gerakan FATAH yang menjejaskan baik pulih, dan aliran ini tidak mengendahkan penyempurnaan dari usaha berbaik, sedemikian itu ketikamana seiring apa-apa pelawaan bagi menggerakkan hal baik pulih ini, Badan Keselamatan Palestin di Tebing Barat melancarkan operasi penangkapan besar-besaran menentang anggota-anggota dan penyokong gerakan HAMAS di Tebing Barat, sebagaimana berlaku malam yang lepas di Khalil."
Tambah Al-Ashqar, perpecahan dalam gerakan FATAH yang mempengaruhi usaha baik pulih hubungan Palestin.Gambar(arkib): Anggota Keselamatan Palestin di Tebing Barat.
"Justeru itu, kami meminta gerakan FATAH memahami dan bertanggungjawab agar dapat mengawal Badan Keselamatan yang cuba berusaha menggagalkan usaha baik pulih Palestin."
Sehari sebelum berlangsungnya pertemuan antara HAMAS dan FATAH di Kaherah yang dijadualkan pada hari esok, 07/08, Badan Keselamatan Palestin di Tebing Barat telah melancarkan operasi penangkapan dan panggilan lapor diri secara meluas ke atas anggota HAMAS dan penyokongnya.
Hal ini telah diperjelaskan dalam kenyataan gerakan HAMAS pada hari ini yang menyebut, Badan Kawalan Keselamatan telah mengedarkan surat panggilan lapor diri kepada anggota-anggota gerakan HAMAS di wilayah Khalil.
HAMAS berkata, beberapa orang dari anggota dan penyokongnya telah mengakui menerima surat tersebut yang diedar semalam dan malam Khamis lepas supaya tampil lapor diri.
Nyata lagi, panggilan lapor diri merangkumi penuntut-penuntut universiti dan bekas tahanan yang meringkuk dalam penjara Badan Keselamatan Palestin sebelum ini.Tambahan lagi, Badan Kawalan Keselamatan telah menangkap sebilangan dari anggota HAMAS dan memanggil penyokongnya lapor diri pada minggu lepas dari dua buah wilayah, Nablus dan Khalil. Sumber 06/08/2011, web berita Palestin-info dan laman rasmi HAMAS
Perisikan Ramallah kepung rumah anggota HAMAS
20 Mei 2011
NABLUS - Sumber terdekat keluarga bekas tahanan, Abdul Rahman Hindiah menyatakan unit perisikan Palestin Ramallah telah mengepung rumah keluarganya di bandar Nablus yang terletak di sebelah utara Tebing Barat selepas waktu Jumaat. Sebelum beredar, unit perisikan meminta Abdul Rahman melapor diri pada esok hari. Jelas sumber, sekiranya Abdul Rahman tidak hadir, unit perisikan mengancam akan menangkap saudaranya.
Keterangan dari gerakan HAMAS, perisikan Palestin Ramallah mengekori Abdul Rahman sejak tengahari tadi sewaktu pergi dan pulang dari menunaikan solat Jumaat.
Sementara itu, keluarga Abdul Rahman merayu kepada wakil bebas, Khalil Assaf dan ahli parlimen Majlis Legislatif Palestin minta campur tangan bagi menghentikan tindakan perisikan yang mengekori anaknya bertujuan untuk menangkap, malah sebelum ini telah berkali-kali Abdul Rahman dipanggil lapor diri.Gambar(safa): "Pemuda Tebing Barat mahu gugurkan panggilan lapor diri".
Abdul rahman telah membuat bantahan terhadap arahan badan perisikan yang meminta beliau melaporkan diri. Bantahan tersebut disiarkankan melalui media massa serta laman jaringan sosial facebook. Sedemikian itu adalah bantahan darinya ke atas penangkapan dan panggilan lapor diri yang tidak henti-henti meskipun selepas persepakatan baik pulih hubungan dalaman Palestin ditandatangani.
Berhubung situasi ini, sekumpulan pemuda-pemuda melancarkan kempen di laman jaringan sosial, facebook yang meminta supaya tidak melaporkan diri apabila dipanggil pihak keselamatan Palestin di Tebing Barat. Sehingga kini, beberapa pemuda turut mengumumkan tidak mahu melayani sebarang arahan lapor diri.
Badan-badan hak asasi menggesa Pemerintah Palestin di Ramallah supaya menjernihkan suasana agar persepakatan baik pulih hubungan dalaman Palestin dapat dilaksanakan. Sedemikian itu, pihak berkenaan meminta badan perisikan Palestin dan Keselamatan kebangsaan hentikan arahan meminta lapor diri dan penangkapan ke atas anggota-anggota gerakan HAMAS dan JIHAD ISLAMI. Sumber 20/05/2011, web berita safa.ps
Ramallah tangkap HAMAS, zionis tangkap Palestin
31 Mac 2011
Jam 06.50 petang, waktu Malaysia
RAMALLAH - Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) mendakwa Pihak Keamanan Palestin di Tebing Barat menangkap salah seorang anggotanya di wilayah Qalqiliah.
Kenyataan HAMAS kepada agensi berita Safa, berkata, 'Ala Qashmar ditangkap Pihak Keamanan sehari selepas pulang dari Jordan meskipun mengetahui beliau adalah bekas tahanan yang telah dibebaskan sebelum ini.
HAMAS menyatakan lagi, bahawa Pihak Keamanan Kebangsaan di Nablus juga masih tidak membenarkan seorang pejuang AL-QASSAM, 'Ala Hasunah keluar sementara dari penjara bagi menziarahi ahli keluarganya.
Sudut yang lain, Pihak Keamanan Ramallah menahan 5 anggota gerakan HAMAS di Qalqiliah yang telah dijatuhkan hukuman berdasarkan undang-undang ketenteraan. Mereka, 'Ala Ziab, 33, yang sekarang ini meringkuk dalam penjara بيتونيا dihukum penjara selama 20 tahun atas tuduhan 'menentang pemerintah dan menganggotai kumpulan militia bersenjata'.
Lagi yang berada dalam tahanan, Abdul Miftah Shuraim, 32 juga meringkuk dalam penjara yang sama dengan 'Ala Ziab. Rumah Shuraim pernah dijadikan tempat perlindungan seorang pejuang dari KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM pada Jun tahun 2009 yang kini dihukum penjara selama 12 tahun.
Kenyataan tersebut menambah lagi, tahanan yang ketiga, Imad Huteri, 27 beradal dari bandar Qalqiliah dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun di penjara جنيد, dan yang keempat, Ibrahim Atiyyah, 28 turut dihukum penjara selama empat tahun di penjara جنيد. Ibrahim telah melewati lebih dua tahun penjara.
HAMAS menyebut, tahanan kelima, Husam Daud, 24 meringkuk dalam penjara جنيد selepas kesnya dibawa ke mahkamah tentera. Hukuman yang dijatuhkan ke atasnya adalah dihukum penjara selama 2 tahun atas tuduhan meiliki senjata.
Ayah dan anak ditangkap rejim penjajah
Safa melaporkan pada jam 12.15 tengahari, Palestin, Mesir, tentera rejim penjajah menangkap penduduk Palestin, Husam Subhi Sawwaf dan anaknya, Sobeer hari ini. Mereka yang ditangkap berasal dari daerah حارس , wilayah Sulfit, Tebing Barat.
Sumber tempatan menjelaskan, tentera rejim merempuh masuk ke daerah tersebut pada awal pagi tadi, serta mengepung rumah Sawwaf, kemudian menggeledah. Selepas itu, kedua-duanya ditangkap dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui.
Rejim penjajah kerap melancarkan operasi tangkapan yang boleh dikatakan setiap hari di seluruh bandar-bandar Palestin di Tebing Barat, biarpun hanya beralasankan keamanan yang 'kabur'. Sumber 31/03/2011, web berita safa.ps
Tangkap anak ahli parlimen jenayah terhadap tanahair
10 Januari 2011
GAZA - Perwakilan gerakan HAMAS, At-Taghyir Wal Islah dalam parlimen Palestin menyifatkan tindakan Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat yang menangkap anak kepada ahli parlimen Palestin, Azam Sahlab merupakan jenayah kepada tanahair.
Kata perwakilan dalam laporan media hari ini, penangkapan ke atas anak ahli parlimen ini merupakan tindakan jenayah terhadap tanahair, malah menyabitkan lagi memihak kepada penjajah yang menjadikan ahli-ahli parlimen(HAMAS) dan anak-beranak mereka sebagai sasaran.Gambar(arkib Safa):Pihak Keselamatan Palestin Tebing Barat yang sentiasa memburu penyokong, pendokong, dan ahli-ahli parlimen dari perwakilan HAMAS.
Tambah perwakilan itu lagi, tindakan menangkap anak ahli parlimen ini ketikamana beberapa anak ahli parlimen Palestin yang lain telah dihukum penjara, sama ada dalam penjara-penjara zionis dan penjara-penjara Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat.
Sorotan penangkapan tersebut adalah seiring dengan penetapan zionis yang menghukum penjara ke atas seorang ahli parlimen HAMAS, Khalil Ar-Rab'ie selama 6 bulan. Dinyatakan, ahli parlimen tersebut dikenakan tahanan tanpa bicara.
Difahamkan, hukuman zalim sebegini jelas melanggar hak asasi manusia. Sebagaimana yang telah berlaku, hukuman tersebut pada asalnya bertempoh, jika tempoh tahanan telah berakhir, maka zionis bebas menambah lagi tempoh masa penjara mengikut dakwaan-dakwaan yang dicipta.
Perwakilan HAMAS menilai tindakan-tindakan Pihak Keselamatan Palestin(bawah arahan Pemerintah Palestin Ramallah, FATAH) di Tebing Barat telah menjadi satu dasar amalan yang tidak akan menjejaskan prestasi ahli-ahli parlimen ini meskipun dalam apa jua keadaan dan suasana. Sumber 10/01/2011, web berita safa.ps
Palestin Tebing Barat tangkap 7 anggota kami - HAMAS
15 Oktober 2010
Kenyataan gerakan HAMAS yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' menyebut bahawa salah seorang anggotanya, Abdullah Rosrus yang berasal dari kampung Artah telah ditahan Pihak Keamanan Tulkarm setelahmana dipanggil melaporkan diri. Abdullah juga merupakan bekas tahanan yang telah dibebaskan sebelum ini.
Sementara itu, Baha' Hamad yang berasal dari kampung 'Inabus, Nablus juga merupakan bekas tahanan telah ditangkap semula. Seorang lagi anggota HAMAS, Niyaz Badwi Awad dari kampung 'Urta juga ditangkap setelahmana Pihak Keamanan menggeledah rumahnya.Di Wilayah Jenin, Pihak Keamanan Palestin menangkap lagi anggota HAMAS, Bashir Masaad dari kampung Faqu'a. Beliau ditahan ketikamana Pihak keamanan Palestin menggeledah tempat kerjanya di Hospital Ar-Razi di bandar Jenin. Malah rumahnya turut digeledah serta beberapa barangan miliknya dirampas.
Penangkapan seterusnya dilakukan ke atas seorang lagi bekas tahanan, Muntasar Shadid dari bandar Dura, Khalil. Sumber menyebut, beliau ditangkap setelahmana rumahnya digeledah. Lagi kes penangkapan yang sama ke atas seorang lagi bekas tahanan yang berasal dari Ammar Umar dari kambung Beit Ameen dari Wilayah Qalqiliah.
Seorang lagi bekas tahanan, Samir Budrah yang berasal dari Mukhayyam Al-'Ummariy juga dilaporkan ditangkap Pihak Keamanan Palestin. Dalam kenyataan HAMAS menyebutkan seorang lagi bekas tahanan yang ditangkap Pihak Keamanan Palestin Tebing Barat, Safi Al-Safi berasal dari Mukhayyam Deir 'Umar. Sumber 15/10/2010, web berita safa.ps
Berita lain:
1. Berita Al-Jazeerah semalam melaporkan sebuah Pertubuhan Hak Asasi Manusia Arab mendakwa Pihak Keamanan Palestin di Tebing Barat telah menangkap beberapa ahli keluarga An-Natshah dan menyiksanya ketika dalam tahanan. Sumber 14/10/2010, berita Al-Jazeerah
AL-QASSAM kaitkan pembunuhan komandernya dengan Pemerintah FATAH
17 September 2010
HAMAS menegaskan, jenayah yang dilakukan rejim zionis dan Pihak Keselamatan Palestin tidak akan lagi boleh memberi kestabilan keamanan kepada Israel, menurut kenyataan..jpg)
6 penduduk dan 35 anggota HAMAS ditangkap
13 September 2010
Keselamatan Palestin tangkap anak ahli parlimen Palestin
12 September 2010
Al-Quds sedunia gabung kumpulan pembebasan Palestin taut umat Islam
03 September 2010


.jpg)
















