Al-Ashqar: FATAH mesti kawal Badan Keselamatan supaya tidak menggagalkan baik pulih
06 Ogos 2011
Jam 11:21 pagi, waktu Mesir
GAZA - Anggota Majlis Legislatif Palestin dari gerakan HAMAS, Ismail Al-Ashqar(gambar) meminta gerakan FATAH mengenakan tekanan ke atas Badan Keselamatan Palestin di Tebing Barat supaya dapat hentikan penangkapan dan panggilan lapor diri terhadap anggota-anggota HAMAS bagi menyempurnakan baik pulih dalaman Palestin(berbaik atau damai) dan menjayakan pertemuan terdekat ini di Kaherah.
Kata beliau dalam kenyataan media hari ini, "apa yang jelas wujudnya satu aliran dalam gerakan FATAH yang menjejaskan baik pulih, dan aliran ini tidak mengendahkan penyempurnaan dari usaha berbaik, sedemikian itu ketikamana seiring apa-apa pelawaan bagi menggerakkan hal baik pulih ini, Badan Keselamatan Palestin di Tebing Barat melancarkan operasi penangkapan besar-besaran menentang anggota-anggota dan penyokong gerakan HAMAS di Tebing Barat, sebagaimana berlaku malam yang lepas di Khalil."
Tambah Al-Ashqar, perpecahan dalam gerakan FATAH yang mempengaruhi usaha baik pulih hubungan Palestin.
Gambar(arkib): Anggota Keselamatan Palestin di Tebing Barat.
"Justeru itu, kami meminta gerakan FATAH memahami dan bertanggungjawab agar dapat mengawal Badan Keselamatan yang cuba berusaha menggagalkan usaha baik pulih Palestin."
Sehari sebelum berlangsungnya pertemuan antara HAMAS dan FATAH di Kaherah yang dijadualkan pada hari esok, 07/08, Badan Keselamatan Palestin di Tebing Barat telah melancarkan operasi penangkapan dan panggilan lapor diri secara meluas ke atas anggota HAMAS dan penyokongnya.
Hal ini telah diperjelaskan dalam kenyataan gerakan HAMAS pada hari ini yang menyebut, Badan Kawalan Keselamatan telah mengedarkan surat panggilan lapor diri kepada anggota-anggota gerakan HAMAS di wilayah Khalil.
HAMAS berkata, beberapa orang dari anggota dan penyokongnya telah mengakui menerima surat tersebut yang diedar semalam dan malam Khamis lepas supaya tampil lapor diri.
Nyata lagi, panggilan lapor diri merangkumi penuntut-penuntut universiti dan bekas tahanan yang meringkuk dalam penjara Badan Keselamatan Palestin sebelum ini.
Tambahan lagi, Badan Kawalan Keselamatan telah menangkap sebilangan dari anggota HAMAS dan memanggil penyokongnya lapor diri pada minggu lepas dari dua buah wilayah, Nablus dan Khalil. Sumber 06/08/2011, web berita Palestin-info dan laman rasmi HAMAS
0 comments:
Catat Ulasan