Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.
Laporan menarik:
Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':
24 Jun 2012
- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.
Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.
29 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.
- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.
30 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.
- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.
Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:
- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel
- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya
- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16
- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera
- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin
- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah
Sha'at jumpa Az-Zahar di Gaza
03 Januari 2012
Jam 05:59 malam, waktu Mesir
GAZA - Nabil Sha'at, ahli jawatankuasa pusat gerakan FATAH telah berjumpa dengan anggota biro politik HAMAS, Dr.Mahmud Az-Zahar pada petang Selasa, 03/01/2011 di kediaman Dr.Mahmud yang terletak di sebelah barat bandar Gaza.
Dalam perjumpaan tersebut, Nabil dan Dr.Mahmud membincangkan usaha baik pulih dalaman Palestin, perlaksanaan dari pertemuan-pertemuan yang masih berterusan serta mekanisme tugas dari setiap panitia-panitia yang dibentuk hasil dialog Palestin di Kaherah sebelum ini.Gambar(SAFA): Dr.Mahmud Az-Zahar, tengah dan kiri gambar, Nabil Sha'at.
Kenyataan khas dari Dr.Mahmud kepada agensi berita SAFA menyifatkan kunjungan Nabil ini adalah kunjungan khusus untuk menilai pendirian-pendirian serta keputusan yang tercapai, malah turut mengungkapkan kebimbangan ekoran dari penghalang-penghalang yang merintangi persepakatan yang telah diputuskan serta memberikan kesan kepada jalan perlaksanaan.
Menjawab persoalan berhubung realiti sebenar perlaksanaan agenda-agenda persetujuan baik pulih Palestin, kata beliau, "inilah satu-satunya rintangan dan bimbang apabila keadaan di Tebing Barat tidak diselesaikan dengan cara yang baik serta boleh diterima, saya meyakini bahawa ia akan menggagalkan kesemua keputusan yang telah tercapai sewaktu menyetujuinya atas kertas."
Kata Sha'at sewaktu ditemuramah wartawan, "Isu tahanan politik, panggilan lapor diri sama ada di Gaza mahupun Tebing Barat dan mengenai jalan perlaksanaan dari persetujuan meskipun kesemua itu menjadi faktor yang mengancam usaha baik pulih, inilah yang diperbincangkan dalam perjumpaan," beliau mengungkapkan, "usaha baik pulih(damai) adalah strategi kami yang tidak boleh diundurkan."
Nabil Sha'at tiba di Semenanjung Gaza pada hari Ahad lalu turut mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua bahagian gerakan FATAH di Gaza semalam membincangkan tentang perkara-perkara dalaman organisasi FATAH serta mendengar permintaan mereka dan menyelesaikan permasalahan dalaman gerakan yang masih tergantung. Sumber 03/01/2011, web berita Safa.ps dan web berita Paltimes.net
Abu Zuhri: Bincang semua perkara dalam pertemuan dengan FATAH
06 Ogos 2011
Jam 10:07 malam, waktu Mesir
GAZA - Jurucakap gerakan HAMAS, Sami Abu Zuhri berkata, pertemuan HAMAS dengan FATAH yang dijadualkan berlangsung pada hari esok(Ahad) di Kaherah akan membincangkan semua dokumen-dokumen(perkara) usaha baik pulih hubungan Palestin(berbaik atau damai), termasuklah dokumen pembentukan kerajaan yang tersekat.Gambar(arkib Safa): Sami Abu Zuhri, jurucakap gerakan HAMAS.
Ketika dihubungi agensi berita Safa hari ini, beliau menjelaskan, walaupun pembentukan kerajaan tersekat-sekat tetapi hal ini tidak bermakna dokumen-dokumen lain ditinggalkan atau perbincangan lain dihentikan.
Abu Zuhri menegaskan bahawa 'kejayaan pertemuan ini adalah bergantung kepada penumpuan serius dari gerakan FATAH, khususnya pertemuan yang bakal diadakan seiring dengan kes penangkapan yang meningkat di kalangan anak-anak gerakan HAMAS di Tebing Barat'.
Berhubung pertemuan, beliau menyatakan delegasi yang telah dibentuk terdiri dari pemimpin-pemimpin HAMAS sama ada dari dalam dan luar tanah Palestin diketuai Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Mousa Abu Marzuq. Susulan itu, anggota delegasi HAMAS dari Gaza telah beredar ke Kaherah hari ini.
Perlaksanaan rundingan baik pulih dalaman Palestin yang ditandatangani di Kaherah antara dua buah gerakan pembebasan Palestin(media lain menyebut kumpulan pemisah Palestin) yang berpengaruh telah tergendala disebabkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tetap berpegang dengan Salam Fayyad bagi mengetuai kerajaan perpaduan. Hal ini dibantah gerakan HAMAS yang beranggapan Presiden dan anggota-anggota Pemerintah Palestin Ramallah telah mengenepikan syarat yang telah disepakati. Sumber 06/08/2011, web berita Safa.ps
Al-Ashqar: FATAH mesti kawal Badan Keselamatan supaya tidak menggagalkan baik pulih
Jam 11:21 pagi, waktu Mesir
GAZA - Anggota Majlis Legislatif Palestin dari gerakan HAMAS, Ismail Al-Ashqar(gambar) meminta gerakan FATAH mengenakan tekanan ke atas Badan Keselamatan Palestin di Tebing Barat supaya dapat hentikan penangkapan dan panggilan lapor diri terhadap anggota-anggota HAMAS bagi menyempurnakan baik pulih dalaman Palestin(berbaik atau damai) dan menjayakan pertemuan terdekat ini di Kaherah.Kata beliau dalam kenyataan media hari ini, "apa yang jelas wujudnya satu aliran dalam gerakan FATAH yang menjejaskan baik pulih, dan aliran ini tidak mengendahkan penyempurnaan dari usaha berbaik, sedemikian itu ketikamana seiring apa-apa pelawaan bagi menggerakkan hal baik pulih ini, Badan Keselamatan Palestin di Tebing Barat melancarkan operasi penangkapan besar-besaran menentang anggota-anggota dan penyokong gerakan HAMAS di Tebing Barat, sebagaimana berlaku malam yang lepas di Khalil."
Tambah Al-Ashqar, perpecahan dalam gerakan FATAH yang mempengaruhi usaha baik pulih hubungan Palestin.Gambar(arkib): Anggota Keselamatan Palestin di Tebing Barat.
"Justeru itu, kami meminta gerakan FATAH memahami dan bertanggungjawab agar dapat mengawal Badan Keselamatan yang cuba berusaha menggagalkan usaha baik pulih Palestin."
Sehari sebelum berlangsungnya pertemuan antara HAMAS dan FATAH di Kaherah yang dijadualkan pada hari esok, 07/08, Badan Keselamatan Palestin di Tebing Barat telah melancarkan operasi penangkapan dan panggilan lapor diri secara meluas ke atas anggota HAMAS dan penyokongnya.
Hal ini telah diperjelaskan dalam kenyataan gerakan HAMAS pada hari ini yang menyebut, Badan Kawalan Keselamatan telah mengedarkan surat panggilan lapor diri kepada anggota-anggota gerakan HAMAS di wilayah Khalil.
HAMAS berkata, beberapa orang dari anggota dan penyokongnya telah mengakui menerima surat tersebut yang diedar semalam dan malam Khamis lepas supaya tampil lapor diri.
Nyata lagi, panggilan lapor diri merangkumi penuntut-penuntut universiti dan bekas tahanan yang meringkuk dalam penjara Badan Keselamatan Palestin sebelum ini.Tambahan lagi, Badan Kawalan Keselamatan telah menangkap sebilangan dari anggota HAMAS dan memanggil penyokongnya lapor diri pada minggu lepas dari dua buah wilayah, Nablus dan Khalil. Sumber 06/08/2011, web berita Palestin-info dan laman rasmi HAMAS
Perisikan Ramallah kepung rumah anggota HAMAS
20 Mei 2011
NABLUS - Sumber terdekat keluarga bekas tahanan, Abdul Rahman Hindiah menyatakan unit perisikan Palestin Ramallah telah mengepung rumah keluarganya di bandar Nablus yang terletak di sebelah utara Tebing Barat selepas waktu Jumaat. Sebelum beredar, unit perisikan meminta Abdul Rahman melapor diri pada esok hari. Jelas sumber, sekiranya Abdul Rahman tidak hadir, unit perisikan mengancam akan menangkap saudaranya.
Keterangan dari gerakan HAMAS, perisikan Palestin Ramallah mengekori Abdul Rahman sejak tengahari tadi sewaktu pergi dan pulang dari menunaikan solat Jumaat.
Sementara itu, keluarga Abdul Rahman merayu kepada wakil bebas, Khalil Assaf dan ahli parlimen Majlis Legislatif Palestin minta campur tangan bagi menghentikan tindakan perisikan yang mengekori anaknya bertujuan untuk menangkap, malah sebelum ini telah berkali-kali Abdul Rahman dipanggil lapor diri.Gambar(safa): "Pemuda Tebing Barat mahu gugurkan panggilan lapor diri".
Abdul rahman telah membuat bantahan terhadap arahan badan perisikan yang meminta beliau melaporkan diri. Bantahan tersebut disiarkankan melalui media massa serta laman jaringan sosial facebook. Sedemikian itu adalah bantahan darinya ke atas penangkapan dan panggilan lapor diri yang tidak henti-henti meskipun selepas persepakatan baik pulih hubungan dalaman Palestin ditandatangani.
Berhubung situasi ini, sekumpulan pemuda-pemuda melancarkan kempen di laman jaringan sosial, facebook yang meminta supaya tidak melaporkan diri apabila dipanggil pihak keselamatan Palestin di Tebing Barat. Sehingga kini, beberapa pemuda turut mengumumkan tidak mahu melayani sebarang arahan lapor diri.
Badan-badan hak asasi menggesa Pemerintah Palestin di Ramallah supaya menjernihkan suasana agar persepakatan baik pulih hubungan dalaman Palestin dapat dilaksanakan. Sedemikian itu, pihak berkenaan meminta badan perisikan Palestin dan Keselamatan kebangsaan hentikan arahan meminta lapor diri dan penangkapan ke atas anggota-anggota gerakan HAMAS dan JIHAD ISLAMI. Sumber 20/05/2011, web berita safa.ps















