Abu Zuhri: Bincang semua perkara dalam pertemuan dengan FATAH
06 Ogos 2011
Jam 10:07 malam, waktu Mesir
GAZA - Jurucakap gerakan HAMAS, Sami Abu Zuhri berkata, pertemuan HAMAS dengan FATAH yang dijadualkan berlangsung pada hari esok(Ahad) di Kaherah akan membincangkan semua dokumen-dokumen(perkara) usaha baik pulih hubungan Palestin(berbaik atau damai), termasuklah dokumen pembentukan kerajaan yang tersekat.
Gambar(arkib Safa): Sami Abu Zuhri, jurucakap gerakan HAMAS.
Ketika dihubungi agensi berita Safa hari ini, beliau menjelaskan, walaupun pembentukan kerajaan tersekat-sekat tetapi hal ini tidak bermakna dokumen-dokumen lain ditinggalkan atau perbincangan lain dihentikan.
Abu Zuhri menegaskan bahawa 'kejayaan pertemuan ini adalah bergantung kepada penumpuan serius dari gerakan FATAH, khususnya pertemuan yang bakal diadakan seiring dengan kes penangkapan yang meningkat di kalangan anak-anak gerakan HAMAS di Tebing Barat'.
Berhubung pertemuan, beliau menyatakan delegasi yang telah dibentuk terdiri dari pemimpin-pemimpin HAMAS sama ada dari dalam dan luar tanah Palestin diketuai Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Mousa Abu Marzuq. Susulan itu, anggota delegasi HAMAS dari Gaza telah beredar ke Kaherah hari ini.
Perlaksanaan rundingan baik pulih dalaman Palestin yang ditandatangani di Kaherah antara dua buah gerakan pembebasan Palestin(media lain menyebut kumpulan pemisah Palestin) yang berpengaruh telah tergendala disebabkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tetap berpegang dengan Salam Fayyad bagi mengetuai kerajaan perpaduan. Hal ini dibantah gerakan HAMAS yang beranggapan Presiden dan anggota-anggota Pemerintah Palestin Ramallah telah mengenepikan syarat yang telah disepakati. Sumber 06/08/2011, web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan