Penjajah rempuh masuk ke Al-Aqsa
06 Ogos 2011
BAITULMAQDIS - Sebuah pasukan unit sokongan tentera rejim penjajah merempuh masuk ke masjid Al-Aqsa menjelang pertengahan malam tadi.
Pengerusi Pusat Media Al-Quds, Muhammad Sadiq mengesahkan kepada agensi berita Safa bahawa tentera rejim bertindak mengepung tempat solat di bahagian belakang Al-Aqsa sebelum cuba usaha bertindak kasar merempuh masuk dan menghalau keluar penduduk Palestin yang beriktikaf.
Beliau menyatakan operasi rempuhan tentera rejim menggunakan hujah mereka yang berada di masjid Al-Aqsa melanggar perintah yang dikeluarkan oleh polis penjajah tidak membenarkan orang muslimin berada dalam masjid Al-Aqsa selepas solat Isyak sehinggalah menjelang subuh.
Jelas Sadiq, sewaktu penduduk Palestin menunaikan solat sunat tarawikh, sekumpulan dari warga zionis turut cuba merempuh masuk ke Al-Aqsa. Bagaimanapun, tindakan tersebut disedari para jemaah lain lantas menghalang warga zionis mencapai keinginan mereka.
Pergaduhan tercetus antara para jemaah dengan warga zionis berhampiran dengan pintu al-majlis, kemudian tentera rejim campur tangan bagi melindungi warga zionis.
Berbalik kepada situasi, tentera rejim kerap kali memeriksa dalam masjid Al-Aqsa sebaik sahaja penduduk Palestin selesai menunaikan solat fardhu Isyak. Kemudian, kesemua pintu masjid ditutup kepada para jemaah dan mereka tidak dibenarkan beriktikaf dalam masjid Al-Aqsa sehinggalah pintu dibuka semula 30 minit sebelum masuknya fardhu Subuh.
Dalam laporan berasingan, Al-Jazeerah menyiarkan sekitar 90 ribu penduduk Palestin menunaikan solat Jumaat di masjid Al-Aqsa semalam, iaitu Jumaat pertama di awal Ramadhan. Jelas sumber, angkat tersebut menurut kenyataan dari jurucakap polis rejim yang tidak membenarkan penduduk Palestin dari kalangan lelaki berumur 50 tahun ke bawah memasuki BaitulMaqdis, manakala larangan ke atas perempuan pula berumur 45 tahun ke bawah.
Palestin ketika menunaikan solat sunat Jumaat di awal Ramadhan(AFP).
Semenjak awal tahun 2000, rejim penjajah tidak membenarkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza dan Tebing Barat memasuki BaitulMaqdis Timur yang dijajah sejak tahun 1967. Sumber 06/08/2011, web berita Safa.ps dan 05/08/2011, web berita Al-Jazeerah.net
0 comments:
Catat Ulasan