Penjajah, Keselamatan Negara tangkap anggota HAMAS
07 Disember 2011
Jam 06:15 pagi, waktu Mesir
Jam 12:15 petang, waktu Malaysia
TEBING BARAT - Kejadian awal pagi Rabu, tentera penjajah melancarkan operasi penangkapan di bandar Nablus, utara Tebing Barat. Dalam operasi berkenaan, seramai 12 orang penduduk Palestin telah ditangkap, sebahagian besarnya adalah anggota dari gerakan HAMAS dan pemimpin dari JABHAH SHA'BIAH(Barisan Pertahanan Rakyat).
Penyampai berita SAFA berkata, sepasukan tentera penjajah telah merempuh masuk ke dalam sebuah rumah pemimpin HAMAS, Muhammad Ghazal yang merupakan pensyarah fakulti kejuruteraan di Universiti An-Najah. Kemudian, tentera penjajah menangkap beliau serta membawa ke arah yang tidak diketahui.
Lagi yang ditangkap, Yusuf Abdul Haq, Sameh Aluawi, Baha' Yaiesh, Asyad dan Muayyad Hasiba serta Samer Al-Astah.
Sebagaimana dinyatakan, tentera penjajah merempuh masuk ke bandar Nablus dari berbagai-bagai penjuru, lantas melancarkan operasi penangkapan ke atas penduduk Palestin.
Dalam kejadian lain, gerakan HAMAS berkata, Badan Keselamatan Negara Palestin telah menangkap 5 penduduk Palestin, empat darinya adalah anggota HAMAS dari wilayah-wilayah berbeza di Tebing Barat. Sumber 07/12/2011, web berita Safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan