الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Syahid, 5 cedera dalam dua serangan zionis

07 Disember 2011

Laporan jam 12:56 pagi, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 12:56 pagi, waktu Mesir
Jam 06:56 pagi, waktu Malaysia

GAZA - Seorang penduduk syahid, manakala lima lagi cedera dalam dua serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat tempur(sumber lain, pesawat pengintip tanpa pemandu). Serangan awal pagi Rabu ini menyasarkan dua buah lokasi di timur bandar Gaza dan sebelah timur Hayyu Zaitun.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, seorang penduduk, Ismail Salamah Al-Ar'ir, 23(gambar atas, petikan dari Media Perang SARAYA-ALQUDS) telah syahid dan tiga lagi cedera parah berikutan serangan udara dari pesawat pengintip ke atas sekumpulan penduduk di timur Hayyu Shujaieyah, timur Semenanjung Gaza.

Berhubung kejadian, SARAYA AL-QUDS(BRIGADE AL-QUDS), sayap tentera kepada JIHAD ISLAMI telah mengumumkan bahawa seorang penduduk yang syahid adalah anggota pejuang(tentera).

Demikian itu, SARAYA AL-QUDS menjelaskan serangan udara yang pertama, pesawat tempur zionis menyasarkan sekumpulan pejuangnya berhampiran Masjid Ali Bin Abi Talib di sebelah timur Hayyu Zaitun. serangan ini mengakibatkan dua pejuangnya cedera, salah seorang cedera ringan dan seorang lagi pejuang mengalami kecederaan yang disifatkan pertengahan.

Manakala, serangan kedua pula, pesawat zionis mengebom sekumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS yang berada berdekatan dengan Masjid Anas Bin Malik di Hayyu Shujaieyah, sebelah timur Semenanjung Gaza. Pengeboman tersebut mengakibatkan seorang dari pejuangnya, Ismail Salamah Al-Ar'ir syahid dan tiga lagi cedera parah.

Situasi serangan, SARAYA AL-QUDS menerangkan pejuang yang syahid adalah dari 'skuad pertahanan' dari Batalion Hittin. Beliau menemui syahid setelahmana kumpulannya menjadi sasaran pengeboman pesawat zionis. Pada waktu itu, kumpulan beliau menghadang pencerobohan jentera perang tentera rejim zionis di sebelah timur bandar Gaza, lantas mengakibatkan beliau syahid dan tiga lagi pejuang SARAYA AL-QUDS cedera parah.

Sewaktu berita ini ditulis, pesawat-pesawat tempur zionis masih kerap berlegar-legar di ruang udara sebelah timur Gaza.

Rejim zionis ceroboh

Menurut sumber(11:14 malam, 06/12/2011, waktu Semenanjung Gaza/Mesir), jentera perang rejim zionis telah menceroboh ke dalam zon perindustrian berhampiran perlintasan(sempadan) Al-Mintar di sebelah timur bandar Gaza malam tadi.

Jelas lagi, dua buah jentolak dan tiga buah jentera perang zionis menceroboh dari arah selatan zon perindustrian. Saksi kejadian berkata, jentera perang zionis turut melepaskan tembakan di zon berkenaan. Pada waktu yang sama, pesawat-pesawat tempur berlegar-legar di ruang udara. Setelah tiga jam menceroboh dan meratakan tanah-tanah, jentera perang zionis berundur keluar dari lokasi yang diceroboh.

Takziah kepada syahid

SARAYA AL-QUDS mengucapkan takziah di atas pemergian salah seorang pejuangnya yang terkemuka sambil menekankan bahawa pejuang-pejuangnya bertindak sebagai perwira dan menduduki barisan hadapan mempertahankan masyarakat Palestin, tanah-tanah dan kesucian Palestin.

Sayap tentera kepada JIHAD ISLAMI ini turut berjanji atas nama Allah Ta'ala serta masyarakat Palestin bahawa mereka tekad dengan jalan jihad dan penentangan. Demikian itu, jenayah yang dilakukan oleh musuh tidak sesekali berlalu begitu sahaja tanpa adanya hukuman. Sumber 07/12/2011, web berita Safa.ps, web berita Maannews.net, web Media Perang dan berita AL-JAZEERAH

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS