الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Zionis tangkap 3 Palestin

26 Ogos 2010

KHALIL(HEBRON) - Setelah beberapa buah rumah Palestin dipecah masuk, sepasukan tentera penjajah(zionis Israel) menangkap 3 penduduk Palestin di kampung Baq'ah yang terletak di timur Wilayah Khalil, Tebing Barat.

Sumber yang menyampaikan kepada agensi berita 'Safa' menyebut bahawa, penduduk Palestin yang ditangkap penjajah adalah 'Ahid Hisham Mustafa Jabir berserta dua saudaranya, Mahmud dan Mehnad Muhammad Mustafa Jabir. Setelah itu, mereka dibawa ke arah yang tidak di ketahui.

Sementara itu, seorang penduduk Palestin, Sameer Naif Ar-Roujbi telah dimasukkan ke hospital di Khalil berikutan kecederaan yang dialaminya setelah dipukul oleh tentera penjajah berdekatan Masjid Nabi Ibrahim a.s.

Di Mukhayyam Al-Arub, utara Khalil, sebuah pertempuran meletus antara pelajar perempuan Palestin dengan tentera penjajah. Dalam kejadian itu, tentera penjajah melepaskan tembakan peluru getah, bom gas dan sound-bom ke arah penduduk Palestin. Sumber 26/08/2010, web berita safa.ps

Read more...

Penjajah kotori Masjid, rempuh lagi di Khalil

KHALIL(HEBRON) - Sumber melaporkan, awal pagi tadi, sepasukan tentera penjajah(Israel) memecah masuk ke Masjid Hamzah di sebuah bandar kecil, Sa'eer yang terletak di selatan Khalil, Tebing Barat.

Gambar(arkib): Salah sebuah laluan persisiran perumahan di Kota Lama, Khalil.

Agensi berita 'Safa' menukilkan dari sumber keselamatan, berkata, "sepasukan tentera penjajah telah memecah masuk ke dalam Masjid pada awal pagi sebelum subuh, lalu Masjid diperiksa dan beberapa peralatan Masjid turut dipecahkan. Setelah itu, beberapa buah rumah penduduk Palestin di kawasan berkenaan pula diperiksa."

Sumber menyatakan, tentera penjajah turut merempuh masuk ke kawasan Ras Al-Jura, Bi'rul-Mahjar, bandar kecil Nuba, Sa'eer Halhul, Al-Samu', dan Al-Dhahiriya. Sehingga kini, tiada laporan mengenai sebarang penangkapan.

Sementara itu, di bandar Kota Lama yang terletak di Khalil, tentera penjajah bertindak mengurung 6 orang pemeriksa Majlis Perbandaran selama dua jam sebelum mereka dibebaskan semula. Sumber 26/08/2010, web berita safa.ps

Read more...

Usaha Yahudi rempuh Masjid tumpas

AL-QUDS, - Pemuda-pemuda Al-Quds(penduduk asal Baitul Maqdis, Palestin) bertindak membakar 3 buah kereta dan sebuah motosikal milik penduduk Yahudi yang bertindak cuba merosakkan Masjid di Hayyu Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa, Al-Quds.

Gambar: Tentera penjajah yang tiba di tempat kejadian.

Sumber dari penduduk tempatan menyampaikan kepada agensi berita 'Safa' berkata, 'sebilangan dari penduduk Yahudi yang cuba merempuh masuk ke Masjid 'Ain Silwan telah memecahkan mangga kunci Masjid.'

"Bila jadi begitu, pemuda-pemuda Palestin bingkas menghalang tindakan Yahudi dengan mengepung sebilangan penduduk Yahudi dalam perkarangan Masjid", ujar sumber itu lagi.

Jelas sumber tempatan lagi, sebaik berlaku kejadian itu, tentera penjajah(Israel) bertindak campur tangan dengan melepaskan bom gas, sound-bom serta menembak peluru getah bagi membuka kepungan pemuda Palestin ke atas penduduk Yahudi serta mengeluarkan mereka dari perkarangan Masjid.

Sumber berita menyatakan tindakan berani dari sekelompok penduduk Yahudi ke atas Masjid berikutan Mahkamah Israel telah menyerahkan hak pemilikan tanah dari seorang penduduk Palestin kepada penduduk Yahudi semalam. Tambahan pula, kedudukan Masjid 'Ain Silwan berada di sebahagian tanah terbabit, sekaligus mendorong penduduk Yahudi memutuskan untuk memecahkan bahagian Masjid agar dapat menguasai bahagian tanah itu.

Menurut laporan dari web berita Al-Jazeerah, ketika tentera penjajah tiba di tempat kejadian serta melepaskan tembakan gas pemedih mata, berpuluh penduduk Yahudi masih berada dalam perkarangan Masjid 'Ain Silwan.

Dinyatakan lagi, tentera penjajah cuba menangkap seorang kanak-kanak, namun pihak tentera penjajah melepaskan gas pemedih ke atas sekumpulan pemuda Palestin setelah mengepung mereka, lantas mengakibatkan sebahagian daripada pemuda-pemuda Palestin mengalami sesak nafas.

Suasana tegang menyelubungi Hayyu 'Ain Silwan pagi tadi. Kelihatan peningkatan jumlah tentera penjajah di kawasan berkenaan malah unit polis Israel turut berada di kawasan itu bagi melindungi penduduk Yahudi.

Jelas tentera penjajah bahawa pihaknya telah berjaya mengawal kejadian rusuhan yang dilakukan oleh puluhan pemuda Palestin, malah turut menyatakan akan mengadakan siasatan dan menangkap mereka yang terjebak dalam kejadian ini. Sumber 26/08/2010, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah

Berita lain:

Pakistan

1. Wakil pemberita Al-Jazeerah yang membuat liputan di Pakistan melaporkan pada jam 07.20 pagi, Mesir/Palestin bahawa kejadian banjir besar yang menimpa di selatan Pakistan telah mengepung 800 ribu penduduk Pakistan. Sementara itu, pihak berkenaan diminta agar tampil dengan segera memberikan bantuan kepada penduduk Pakistan di sana. Sumber 26/08/2010, berita Al-Jazeerah

Berita semalam:

1. Menurut berita Al-Jazeerah, seramai 8 orang penduduk Palestin di Tebing Barat telah ditangkap oleh tentera penjajah. Sumber 25/08/2010, berita Al-Jazeerah

Read more...

Pejuang bedil tentera penjajah

GAZA - Sumber melaporkan sebuah kumpulan pejuang Palestin, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN, sayap tentera Lijan Muaqawamah(لجان المقاومة الشعبية) telah membedil tentera Israel di timur bandar Der Balah, pertengahan Gaza.

Dalam keterangan yang disampaikan kepada agensi berita 'safa', ALWIYAH berkata, 'salah satu unit dari pejuangnya telah berjaya membedil sebuah unit tentera Israel yang cuba meloloskan diri masuk ke Gaza melalui timur Del Balah dengan 3 serangan roket jenis hawn, 60 mm.'

Jelas keterangan itu lagi, serangan ALWIYAH telah memaksa tentera Israel berundur dari kawasan berkenaan.

Gambar(arkib): Kumpulan ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN ketika selesai satu sesi latihan ketenteraan.

Menurut laman rasmi 'لجان المقاومة الشعبية' pada jam 02.03 pagi, Palestin/Mesir bahawa ambulan zionis tiba di tempat berlakunya serangan, malah mempastikan lagi wujudnya kecederaan di pihak tentera zionis. Sumber 26/08/2010, web berita safa.ps

Pautan lain:

1. Lijan Muqawamah, rasmi

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS