Barak desak HAMAS iktiraf Israel
03 Jun 2011
AN-NASIRAH - Menteri pertahanan rejim zionis, Ehud Barak(gambar atas) menyatakan bahawa Israel tidak boleh mengadakan rundingan politik dengan gerakan HAMAS selagimana ia tidak mengiktiraf Negara Israel serta mengenepikan dasar keganasannya.
Barak berkata sedemikian ketika dalam pertemuan dengan Menteri Luar Perancis, Alain Juppé(gambar bawah) di Tel-Aviv pagi tadi.
Ehud Barak turut meminta agar Perancis meneruskan usahanya demi pembebasan seorang tentera rejim zionis, Gilad Shalit yang ditawan pejuang Palestin di Gaza berikutan Shalit memiliki taraf kerakyatan Perancis.
Kedua-dua pihak ini membincangkan mengenai inisiatif perdamaian Perancis bagi menggerakkan usaha-usaha rundingan. Selain itu, turut ditimbulkan dalam pertemuan ini berkaitan ancaman-ancaman(cabaran) baru serta perubahan-perubahan dasar di Negara Arab.
Mutakhir ini, Ehud Barak memberi peringatan setelah usaha rundingan damai terhenti sambil menggesa pada yang sama agar tidak mengendahkan gerakan HAMAS dari sudut politik.
"Tidak boleh juga nak kata bahawa Mahmoud Abbas bukan rakan sekutu dalam usaha damai kerana dia tak dapat menguasai Semenanjung Gaza," ungkap Barak.
Jelas Barak, "pada sudut lain ketika Abbas cuba mengembalikan kekuasaannya ke atas Semenanjung Gaza, sekatan tidak boleh dikenakan lagi ke atas Gaza tetapi kami masih menanti pendirian yang jelas dari Kerajaan baru Palestin yang akan dibentuk berhubung pengiktirafan kepada Israel, begitu juga penerimaan dan penghormatan terhadap perjanjian-perjanjian damai sebelum ini serta pendirian yang jelas mengenai mengenepikan dasar kegenasan".
Berikutan ungkapan Barak, selepas gerakan HAMAS dan FATAH menandatangani persepakatan baik pulih hubungan dalam Palestin di Kaherah pada 4 Mei lalu, lajnah Kuartet Timur Tengah yang dianggotai PBB, Kesatuan Eropah, Rusia dan Amerika Syarikat telah menetapkan antara syarat HAMAS diterima dalam kerajaan Palestin akan datang, iaitu HAMAS digesa supaya mengiktiraf Israel dan mengenepikan 'penentangan'(المقاومة) yang disifatkan dasar keganasan HAMAS. Sumber 03/06/2011, web berita Safa.ps dan arkib