Rejim zionis risau hubungan dalaman Palestin pulih
30 April 2011
BAITULMAQDIS - Menteri perang(pertahanan) rejim zionis, Ehud Barak (gambar) memaklumkan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon bahawa rejim zionis risau dengan persetujuan yang bakal ditandatangani antara gerakan HAMAS dan FATAH.
Menurut radio Israel, Barak memaklumkan sedemikian kepada Ban Ki Moon ketika menghubunginya melalui telefon.
Kata Barak, "HAMAS adalah pertubuhan pengganas yang menembak roket ke penempatan-penempatan Israel."
Tambah Menteri itu lagi, "Israel berharap PBB dan pihak antarabangsa dapat mendesak Kerajaan Palestin yang baru sebaik sahaja ditubuhkan supaya menerima syarat-syarat Kuartet Timur Tengah seperti mengiktiraf kewujudan Negara Israel, mengakui perjanjian-perjanjian damai yang telah dimeterai sebelum ini serta menghindarkan sebarang tindakan keganasan."
Persetujuan awal yang ditandatangani gerakan HAMAS dan FATAH pada Rabu lepas bagi mengakhiri konflik perselisihan dan membaik pulih hubungan sesama mereka telah mengungdang kemarahan Israel kepada gerakan HAMAS.
Baca lagi:
Baik pulih hubungan dalaman Palestin diancam damai zionis
Ehud Barak
________________________________________
Sumber lain menyebut kedua-dua gerakan terbesar Palestin ini akan menandatangani penyelesaikan konflik dan persetujuan baik pulih pada hari Rabu akan datang dengan dihadiri Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Khaled Meshaal, Ketua Biro Politik HAMAS. Ada sumber lain menyebut pada hari Khamis. Sumber 30/04/2011, web berita safa.ps