الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Nakbah kepung perampas tanah Palestin

15 Mei 2011

Sempena memperingati Nakbah, Palestin sama ada dari dalam tanah Palestin atau di luar tanah Palestin menyambut hari yang malang bertujuan mahu menuntut semula hak mereka, iaitu hak pulang ke tanah-tanah yang dirampas rejim penjajah.

Hak pulang merupakan isu panas menjadi bahan perbincangan dalam rundingan-rundingan damai sebelum ini. Palestin mendesak bagi mendapatkan hak ini, namun rejim penjajah cuba menafi dan melenyapkan terus hak pulang Palestin ke tanah-tanah Palestin.


Berikut adalah liputan-liputan sambutan Nakbah di beberapa buah kawasan yang getir hari ini:


Qalandia

Berlaku tentangan sengit, tentera rejim zionis melepaskan bertubi-tubi tembakan ke arah para demonstran yang cuba menghampiri sekatan Qalandia, malah zionis turut melepaskan bom gas pemedih mata dan sound-bomb.

Keadaan terus tegang.

Berhubung kecederaan, sehingga kini 150 Palestin mengalami kecederaan ketika bertempur dengan tentera rejim.

Berikutan itu, pemuda-pemuda Palestin seakan mara melontar batu dan selangkah demi selangkah mendekati sekatan Qalandia sambil diawasi rapat tentera rejim.

Laporan pada jam 02.10 petang, waktu Mesir. Tidak semena-mena tentera rejim dalam jumlah puluhan anggota menyerang dan merempuh para demonstran Palestin sambil melepaskan tembakan. Beberapa pemuda Palestin telah ditangkap.

Laporan pada jam 02.40 petang, waktu Mesir, tentera rejim masih melepaskan tembakan ke arah pemuda-pemuda Palestin.

Berhubung penangkapan, 2 pemuda Palestin yang ditangkap telah tercedera sewaktu tembakan bertubi-tubi ke arah mereka. Kelihatan kereta ambulan memasuki pertengahan ruang pertempuran bagi membawa keluar mangsa yang cedera. Di samping itu, jip-jip tentera zionis dalam keadaan sedia merempuh sebarang kemungkinan.

Menjelang waktu Isyak(Mesir), laporan dari Al-Jazeerah menyatakan keadaan di Qalandia agak tenang.

Khalil

Seramai 60 penduduk Palestin terkepung di dalam sebuah masjid di Khalil, selatan Tebing Barat akibat berlindung dari tembakan bom gas pemedih mata yang dilepaskan tentera rejim penjajah, lantas menghalang mereka dari pulang ke rumah masing-masing.

Jabal Zaitun, BaitulMaqdis

Pertempuran sengit antara pemuda-pemuda Palestin dengan tentera rejim penjajah di Hayyu Jabal Al-Zaitun, bandar BaitulMaqdis.

Berpuluh pemuda dan remaja Palestin melontar batu dan molotov ke arah tentera rejim, dan pertempuran tertumpu di jalan utama yang terletak antara hospital Khairiah Al-Islamiah dan hospital Viktoria.

Tentera rejim bertindak melepaskan bom gas pemedih mata dan sound-bomb ke arah pemuda dan remaja, lantas mengakibatkan beberapa dari kalangan mereka tercedera.

Pertempuran merebak hampir dengan Hayyu At-Tur . Pada waktu itu, pemuda Palestin menutup jalan utama ketikamana wujud sebilangan besar tentera rejim penjajah di situ.

Dataran tinggi Golan

Menurut AFP, tentera rejim penjajah melepaskan tembakan ke atas demonstran yang cuba mendekati kawasan yang diistihar 'kawasan tentera', iaitu Majdal Shams. Sehingga kini, laporan berita memaklumkan mengenai syahid dan 20 lagi mengalami kecederaan.

Keadaan turut dilaporkan genting, Israel menuduh Syria mencetuskan provokasi dan Syria mesti bertanggungjawab ke atas kejadian yang berlaku.

Ketika ini, 02.05 petang, waktu Mesir, kelihatan jumlah tentera rejim penjajah bertambah dan kawalan ketat di lokasi berkenaan bertujuan menghalang para demonstran bertindak.

Sebentar tadi, helikopter tentera zionis berlegar-legar di ruang udara Golan.

Laporan terkini dari pihak rejim penjajah berkata, pihaknya telah menyerahkan 10 jenazah yang syahid kepada Syria. Manakala, 5 individu lagi ditangkap rejim penjajah.

Menurut akhbar 'Al-Dustur' Jordan melaporkan bahawa salah seorang dari jumlah yang syahid di Majdal Shams adalah rakyat Jordan, dikenali Qais Abu Al-Haija.

Maroun Al-Ras

Para demonstran terdiri dari Palestin dan Lubnan mengadakan tunjuk perasaan di Selatan Lubnan yang bersempadan dengan tanah Palestin.

Menurut sumber, seorang wanita cedera apabila terkena tembakan dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan. Menurut pemberita Al-Jazeerah lagi, 5 syahid dan 110 cedera dalam kejadian ini.

Tambah lagi dari sumber keamanan Lubnan yang dinukilkan dari agensi berita REUTERS bahawa 10 yang syahid(pelarian Palestin di Lubnan) dalam kejadian tembakan rejim zionis yang menyasarkan para demonstran di sempadan selatan Lubnan.

Kelihatan dua buah kereta kebal rejim zionis jenis 'Merkava' mara ke garisan sempadan(pagar keselamatan) di Maroun Al-Ras.

Jurucakap UNIFEL di Lubnan meminta semua pihak tenangkan diri di selatan Lubnan.

Semenanjung Gaza

Laporan terkini menyebut bahawa hampir 170 penduduk Palestin cedera di sempadan Erez, Bet Hanoun, utara Gaza, akibat ditembak tentera rejim zionis serta meriam artileri yang menyasarkan ke arah perarakan aman di sempadan Erez(Bet Hanoun), utara Semenanjung Gaza yang tidak jauh dari tembok pemisah Israel di sebelah utara Gaza. Kebanyakannya yang cedera adalah dari kalangan remaja dan kanak-kanak.

Sementara itu, turut dilaporkan tentera rejim zionis melepaskan tembakan ke arah perarakan aman di garisan sempadan Abbasan, timur Khan Yunus. Jelas Safa, seorang penduduk Palestin cedera dalam kejadian ini.

Lagi laporan Al-Jazeerah menyebut seorang penduduk Palestin di Mukhayyam Shujaieyah, timur Gaza syahid ditembak tentera rejim zionis.

Berhubung kejadian hari ini, tentera rejim zionis mengumumkan kawasan-kawasan yang bertentangan dengan sempadan Gaza-tanah jajahan 1948 adalah bawah kawalan tentera.

Sebentar tadi, ambulan-ambulan masih lagi bergegas ke tempat kejadian bagi mengangkut penduduk Palestin yang cedera.

Pihak rejim penjajah meminta agar mengosongkan kawasan yang berhampiran sempadan Erez termasuk dari sebarang kenderaan mahupun ambulan.

Beberapa minit sebelum ini, tentera rejim penjajah masih melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin yang memenuhi di kawasan berkenaan. Jelas Al-Jazeerah, tembakan tersebut dari peluru hidup dan senjata berat, mesin-gan.

Menurut pemberita Al-Jazeerah, sebelum kejadian berlaku, penduduk Palestin di Gaza mengikut serta dalam upacara memperingati Nakbah Palestin yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin kumpulan pembebasan Palestin. Amat menarik, ketika upacara dan perarakan aman, hanya bendera Palestin dikibarkan. Selepas upacara itu selesai, perarakan aman menuju ke sempadan Erez sebagai bantahan dan protes terhadap hak mereka yang dinafikan. Sempena Nakbah, penduduk Palestin menuntut 'hak pulang'.

Pada jam 7.00 petang, Palestin(6.00 petang, Mesir), kumpulan pembebasan Palestin di Gaza mengadakan pertemuan, antaranya dari gerakan HAMAS, JIHAD ISLAMI dan beberapa lagi kumpulan pembebasan. Pertemuan tersebut membincangkan keadaan yang berlaku hari ini di Gaza. Dinyatakan, pertemuan itu juga bertujuan untuk mengambil satu pendirian di peringkat politik khususnya keadaan di Gaza.

Mangsa serangan zionis sempena Nakbah

Sehingga kini, 15 demonstran dari kalangan Palestin(juga rakyat Jordan) termasuk yang berada di luar tanah Palestin syahid dihujung senjata rejim penjajah dan lebih 400 penduduk Palestin cedera(berbagai-bagai kategori). Jumlah ini melibatkan kesemua tempat yang berlakunya pergelutan sejak dari siang tadi. Turut tercedera dari kalangan wartawan.

Kemaskini jam 09.30 malam, Mesir
(jam 03.30 pagi, 16/05/2011, Malaysia)
Sumber 15/05/2011, berita Al-Jazeerah

Read more...

Milad, syahid pertama menjelang sambutan Nakbah

BAITULMAQDIS(AL-QUDS) - Milad Said Ayyash yang berumur 17 tahun keluar menyertai tunjuk perasaan secara aman sempena sambutan peringati Nakbah tahun ke-63, namun peluru tembakan yang tidak dikenal pasti sama ada dari polis rejim zionis atau warga haram Israel menembusi perutnya.

Menurut perincian laporan akhbar 'Shourouk' Mesir, Milad dilahirkan di BaitulMaqdis sempat melihat penempatan haram, malah turut melihat juga rumah-rumah Palestin yang diroboh serta keluarga-keluarga Palestin yang diusir keluar dari BaitulMaqdis.

Gambar(Palestine 1948): Poster Milad dipegang kemas.

Lapor agensi berita Palestine 1948, Safa dan AFP bahawa Milad menghembuskan nafas terakhirnya di awal pagi Sabtu(semalam) kesan dari kecederaan kritikal yang menimpanya selepas Jumaat apabila perutnya ditembusi peluru.

Berhubung kejadian, saksi menjelaskan bahawa tembakan tersebut dilepaskan oleh warga haram dari salah sebuah tingkat bangunan dikenali 'Bait Yunathan' yang melepaskan tembakan secara rambang ke arah remaja-remaja dan kanak-kanak Palestin.

Said Ayyash, ayah kepada Milad juga menuduh warga haram Israel yang membunuh anaknya ketika melalui jalan berhampiran bangunan yang diduduki warga haram di Hayyu Silwan, bandar BaitulMaqdis.

Ratusan Palestin iringi jenazah Milad ke Masjid Al-Aqsa

Sebelum tengahari, jenazah Milad diiringi ratusan penduduk Palestin dari rumahnya, Hayyu Suwaih melalui Hayyu Ras Al-Amoud sehingga tiba di Masjid Al-Aqsa.

Lapor Palestine 1948 semalam, pertempuran antara tentera rejim penjajah dengan pemuda Palestin yang marah berhubung kematian Milad meletus semula berhampiran kawasan penempatan haram di Ras Al-Amoud.

Ketika itu, para pengiring jenazah dilontar bom gas, lalu beberapa penduduk Palestin yang berusia dan wanita tercedera akibat sesak nafas. Pemuda-pemuda Palestin yang marah bertindak memecahkan kamera kawalan yang dipasang tinggi sepanjang jalan di Ras Al-Amoud menuju ke Masjid Al-Aqsa.

Jelas Palestine 1948, jenazah Milad disembahyangkan di Masjid Al-Aqsa. Turut kelibat pemuda-pemuda Palestin yang menutup muka meletakkan bendera Palestin serta bendera simbolik Islam di atas bumbung Masjid Al-Aqsa serta melaungkan kemenangan. Kemudian, jenazah diiringi sehingga ke tanah perkuburan Bab Al-Rahmah di Bab Al-Asbat.

"Kami syahid, hidup Palestin", "wahai Syahid tenanglah mu di sana, kami akan terus berjuang", antara ungkapan para pemuda Palestin ketika jenazah Milad dikebumikan malah laungan takbir turut bergema kuat. Tidak memadai dengan itu, Palestine 1948 melaporkan lagi, beberapa di kalangan pemuda Palestin melontar batu dari kawasan perkuburan ke arah tentera rejim penjajah yang berada di jalan-jalan utama. Sumber 15/04/2011, suratkhabar Shourouk[Mesir], 14/05/2011, web berita safa.ps dan web berita Palestine 1948

Rakaman gambar di bawah semasa penduduk Palestin mengiringi jenazah Milad dan mengebumikannya di tanah perkuburan Bab Al-Rahmah.
As-syahid, Milad Said Ayyash












Read more...

Sejarah: Keadaan tentera-tentera Arab

Realiti pada 15 Mei 1948 adalah berakhirnya mandat British di BaitulMaqdis dan diserahkan kepada Yahudi. Seiring tarikh tersebut, tentera-tentera rasmi Arab baru dibenarkan masuk ke tanah Palestin dan persetujuan yang dibuat, tentera Arab Syria, Lubnan, Iraq dan Jordan dapat masuk ke pertengahan Palestin. Sementara itu, tentera Arab Mesir menuju ke Askalan.

Apa yang perlu kita tahu bahawa sebelum tentera Arab dapat masuk ke tanah Palestin, keadaannya sebagaimana di bawah:

1. Pada asalnya, kebanyakan Negara Arab ini tunduk kepada British dan salah sebuah dari Negara Arab, Ketua Turus Angkatan Tenteranya adalah British.

2. Beberapa pasukan dari tentera Arab mengadakan penyelarasan secara langsung dengan Inggeris bagi menyusun masa depan Palestin.

3. Sebuah batalion tentera Arab dipimpin 50 pegawai tertinggi dan 45 orang dari pegawai tersebut adalah pegawai tentera Inggeris.

Selain itu, sebelum peperangan bermula, tentera-tentera Arab yang telah berada dalam tanah Palestin mengeluarkan ketetapan-ketetapan rasmi, seperti:

1. Membubarkan tentera penyelamat, malah Badan Tertinggi Arab yang mewakili penduduk Palestin di tanah Palestin turut dibubarkan.

2. Kesemua penduduk Palestin dikehendaki menyerahkan senjata. Dengan sedemikian, hanya tentera rasmi Arab sahaja yang terlibat dalam peperangan.

[MAP] Berhubung mandat British di tanah Palestin, timbul persoalan, kenapa tentera Arab dibenarkan masuk ke Palestin selepas 15 Mei 1948, iaitu selepas Israel telah mengumumkan Negaranya di atas tanah Palestin, lantas diiktiraf Amerika Syarikat? Bagaimana jika tentera-tentera Arab tidak perlu mengikut 'arahan' tertentu dan masuk juga ke tanah Palestin sebelum pengumuman Negara Israel dan menyelamatkan Palestin dari dirampas tentera-tentera rejim Israel?

Sumber:

1. Palestin..catatan sejarah dan rakaman gambar m/s 274, Dr. Tariq Suweidan, cetakan pertama 2004.

Read more...

10 ribu polis zionis bersiap sedia hadapi Nakbah

Laporan jam 12.32 pagi, Palestin/Mekah
Jam 11.32 malam(14/05/2011), Mesir

TEBING BARAT - Pihak berkuasa rejim zionis telah memutuskan untuk mengenakan kawalan keselamatan ke atas Tebing Barat selama 24 jam menjelang sambutan Palestin mengingati Nakbah tahun ke-63.

*Nakbah: Hari malang Palestin akibat ditimpa bencana/malapetaka setelah dihalau keluar dari tanah Palestin, dan Israel dapat mendirikan Negaranya.

Berikutan itu, radio penjajah menyebut, ketetapan kawalan keselamatan ini dikeluarkan Menteri Perang(Pertahanan) zionis, Ehud Barak sebagai persediaan dari skop keselamatan Israel ketika Palestin menyambut hari memperingati Nakbah pada hari ini setiap tahun.

Sebagaiman dijelaskan, jumlah polis rejim zionis dalam lingkungan 10 ribu anggota akan dikerahkan pada hari ini di kesemua tempat yang merangsang pergelutan setiap kali diadakan sambutan memperingati Nakbah, termasuk bandar-bandar yang bercampur Arab-Israel serta kawasan-kawasan pinggir.

Tambahan lagi, taklimat yang diterima anggota-anggota polis meminta supaya menenangkan diri dan tidak melepaskan peluru hidup kecuali apabila nyawa diancam bahaya, menurut sumber.

Radio penjajah menyatakan, kerahan polis dalam jumlah yang besar ini meliputi sekeliling bandar BaitulMaqdis Timur(timur Al-Quds). Dijelaskan lagi, kerahan ini akan berlanjutan pada hari-hari berikutnya. Sumber 15/05/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS