الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

√ Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

√ Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

√ Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label sejarah Palestin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sejarah Palestin. Papar semua catatan

Warga haram ceroboh lokasi bersejarah di Bethlehem

30 Disember 2011

Laporan jam 09:34 pagi, waktu Palestin
Jam 09:34 pagi, waktu Mesir

BETHLEHEM - Dua lokasi bersejarah Palestin telah diceroboh sekumpulan besar warga haram zionis pada pagi ini, Jumaat, 30/12/2011. Lokasi bersejarah, Kolam Sulaiman(Suliman Pool) dan Convention Palace(Qasr El-Mu'tamarat) terletak dalam daerah Al-Khadr, selatan bandar Bethlehem(بيت لحم) di bahagian selatan Tebing Barat.

Gambar atas menunjukkan kedudukan dua lokasi sejarah, Suliman Pool dan Convention Palace yang berdekatan antara satu sama lain. Gambar ketiga adalah rupa Suliman Pool(tahun 2007).

Wartawan SAFA menjelaskan, sekumpulan warga haram yang tidak kurang dari 200 orang menceroboh dua lokasi berkenaan sambil dikawal tentera rejim penjajah. Sebagaimana dinyatakan, warga-warga haram enggan keluar dari lokasi berkenaan kerana beralasan ianya adalah tanah Yahudi.

Jelas lagi, sejak sekian lama, warga-warga haram zionis berusaha merampas kedua-dua lokasi sejarah lama berkenaan malahan mereka beranggapan bahawa ianya adalah tanah Yahudi dan umat Islam tidak berhak berada di situ.

Salah satu sudut dari pemandangan di Bethlehem. Gambar atas, penduduk Palestin berpusu-pusu mahu melepasi dari Checkpoint yang memisahkan Bethlehem dan BaitulMaqdis(Al-Quds).

SAFA
melaporkan, warga-warga haram yang lengkap bersenjata masih berpeleseran di kedua-dua lokasi sejarah dan dikawal ketat oleh tentera rejim penjajah. Sehingga saat ini, tidak berlaku sebarang pertempuran dengan penduduk asal Palestin.

Seperti yang disebutkan, warga-warga haram zionis terus menggiatkan serangannya di Tebing Barat, membakar pokok-pokok zaitun dan tanaman Palestin dan melontar batu kepada penduduk Palestin. Lebih dari itu, warga haram zionis turut menimbulkan kekacauan di masjid-masjid dengan menconteng ungkapan-ungkapan di dindingmasjid yang berupa ugutan dan menghina Nabi Muhammad SAW, juga terhadap agama Islam. Sumber 30/12/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Penjajah tangkap 16 Palestin

21 Julai 2011

Laporan jam 07:33 pagi, Palestin/Mekah
Jam 06:33 pagi, Mesir

NABLUS - Seramai 16 orang penduduk Palestin dari berlainan wilayah di Tebing Barat telah ditangkap rejim penjajah awal pagi ini.

Berhubung penangkapan, radio rejim penjajah mendakwa bahawa kesemua yang ditangkap terjebak melakukan kerosakan ke atas kepentingan hak milik Israel, menurut sumber berkenaan.

Sumber peta, Palestinehistory.com. West Bank atau Tebing Barat meskipun diduduki oleh Palestin, namun ia turut dicengkam penjajahan rejim zionis.

Sumber menyebut kesemua yang ditangkap dibawa ke bahagian siasatan.

Hampir setiap hari dapat disaksikan misi-misi rempuhan, penangkan dan penggeledahan yang dilaksanakan rejim penjajah terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat. Sumber 21/07/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Hari itu menjadi sejarah

04 Jun 2011

Pada 05 Jun 1967 tercetusnya perang besar yang berlarutan selama enam hari. Walaupun pada mulanya, radio Arab menghebahkan ketika awal perang enam hari bahawa tentera-tentera Arab bakal menang setelahmana khabar-khabar berita menunjukkan beratus-ratus pesawat tempur Israel berjaya digugurkan. Namun, realiti di medan tempur menangkis segala perkhabaran ini. Ketika malam pertama perang meletus, tentera-tentera Arab dibuai rasa senang dan tidak dapat tidur malam. Serentak dengan itu, pesawat-pesawat tempur zionis telah berjaya memusnahkan pesawat-pesawat tempur tentera Mesir, Syria dan Jordan yang masih berada di lapangan terbang tentera. Lalu diikuti dengan kemusnahan logistik ketenteraan Arab yang besar.

Kesan selepas perang enam menjadikan ia satu tragedi yang menyingkap kekalahan teruk apabila zionis dapat menjajah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Tambahan pula, zionis dapat menakluk dataran tinggi Golan(Syria) dan tanah Mesir, Sinai.

Fakta lagi:

1. 393 buah pesawat tempur tentera Arab dari jumlah asal 416 telah musnah ketika masih di pengkalan tentera udara Arab. Dicatatkan, tragedi ini berlaku 80 minit pertama ketika perang meletus.

2. 80% logistik perang Mesir musnah.

3. Jumlah tentera Mesir yang terkorban sebanyak 10 000, diikuti tentera Jordan sebanyak 6100 tentera, 1000 tentera Syria dan ribuan lagi mengalami kecederaan.

4. 330 000 penduduk Palestin dihalau keluar dari tanah mereka. Tanah-tanah tersebut diagih-agihkan kepada Yahudi.

5. Peluang zionis meluaskan lagi penempatan-penempatan di tanah Palestin.

6. Bintang Jamal Abdul Naseer, Presiden Republik Arab Mesir terus gelap.

7. Laungan Arab dari bebaskan tanah Palestin yang dijajah pada 1948 telah berubah kepada laungan pembebasan tanah-tanah yang dijajah selepas perang 1967. Masyarakat Arab mengecam pemerintah-pemerintah Arab berikutan kekalahan dalam perang 1967.

Kesimpulannya, tragedi ini disebut Naksah 1967 yang lebih kecil skop kekalahannya berbanding Nakbah Palestin 1948.

Sumber:

فلسطين..التاريخ المصور, صفحة 299

Read more...

Sejarah: Keadaan tentera-tentera Arab

15 Mei 2011

Realiti pada 15 Mei 1948 adalah berakhirnya mandat British di BaitulMaqdis dan diserahkan kepada Yahudi. Seiring tarikh tersebut, tentera-tentera rasmi Arab baru dibenarkan masuk ke tanah Palestin dan persetujuan yang dibuat, tentera Arab Syria, Lubnan, Iraq dan Jordan dapat masuk ke pertengahan Palestin. Sementara itu, tentera Arab Mesir menuju ke Askalan.

Apa yang perlu kita tahu bahawa sebelum tentera Arab dapat masuk ke tanah Palestin, keadaannya sebagaimana di bawah:

1. Pada asalnya, kebanyakan Negara Arab ini tunduk kepada British dan salah sebuah dari Negara Arab, Ketua Turus Angkatan Tenteranya adalah British.

2. Beberapa pasukan dari tentera Arab mengadakan penyelarasan secara langsung dengan Inggeris bagi menyusun masa depan Palestin.

3. Sebuah batalion tentera Arab dipimpin 50 pegawai tertinggi dan 45 orang dari pegawai tersebut adalah pegawai tentera Inggeris.

Selain itu, sebelum peperangan bermula, tentera-tentera Arab yang telah berada dalam tanah Palestin mengeluarkan ketetapan-ketetapan rasmi, seperti:

1. Membubarkan tentera penyelamat, malah Badan Tertinggi Arab yang mewakili penduduk Palestin di tanah Palestin turut dibubarkan.

2. Kesemua penduduk Palestin dikehendaki menyerahkan senjata. Dengan sedemikian, hanya tentera rasmi Arab sahaja yang terlibat dalam peperangan.

[MAP] Berhubung mandat British di tanah Palestin, timbul persoalan, kenapa tentera Arab dibenarkan masuk ke Palestin selepas 15 Mei 1948, iaitu selepas Israel telah mengumumkan Negaranya di atas tanah Palestin, lantas diiktiraf Amerika Syarikat? Bagaimana jika tentera-tentera Arab tidak perlu mengikut 'arahan' tertentu dan masuk juga ke tanah Palestin sebelum pengumuman Negara Israel dan menyelamatkan Palestin dari dirampas tentera-tentera rejim Israel?

Sumber:

1. Palestin..catatan sejarah dan rakaman gambar m/s 274, Dr. Tariq Suweidan, cetakan pertama 2004.

Read more...

Israel: Tempat solat al-marwaani Masjid Al-Aqsa akan runtuh

07 Disember 2010



Laporan berita: Ilyas Karam
Sumber klip berita, aljazeerah


Pegawai Jabatan Pertahanan Dalam Negeri Israel di Al-Quds, Kolonel Hen Lifni mengatakan tempat solat al-marwaani di Masjid Al-Aqsa akan runtuh, seterusnya meledak keseluruhan bandar Al-Quds.

Tambah Kolonel Lifni, pasukan bomba Israel dalam keadaan siap sedia setiap kali ribuan jemaah Palestin menunaikan solat berikutan khuatir berlaku runtuhan di lokasi berkenaan.

Menurut sumber dari Al-Jazeerah.net, wakil pihak tentera dan Kerajaan Israel(rejim zionis/penjajah) enggan mengulas mengenai kenyataan Kolonel Lifni.

Gambar: Masjid Al-Aqsa

Pengerusi Akademi Sains dan Arkeologi Al-Aqsa, Najih Bekeirat berkata, penyebaran di sebalik berita ini adanya dua tujuan. Pertama; Israel mahu meneruskan kerja penggalian yang membawa kepada keruntuhan tempat solat di bahagian al-marwaani dan qibla malah kesan penggalian akan membawa keruntuhan yang lebih besar ke atas bangunan-bangunan yang berdekatan dengan Masjid Al-Aqsa.

Tambah beliau lagi, tujuan kedua yang dapat digambarkan; iaitu mahu menghalau dan menakutkan orang Islam dari berada di kawasan solat al-marwaani.

Berhubung tersebarnya berita ini, seorang dari anggota Knesset yang mewakili At-Tajammuk Al-Watani Al-Demokrati(التجمع الوطني الديمقرطي), Jamal Zuhaliqah memberi cadangan menyeru Panitia Kaji Selidik Binaan yang berkelayakan di peringkat antarabangsa agar memeriksa binaan masjid kerana Al-Aqsa benar-benar dalam bahaya.

Jelas Zuhaliqah, selama 1500 tahun Al-Aqsa berdiri teguh tetapi masa ini Al-Aqsa ditimpa bahaya disebabkan gegaran-gegaran dari bawah bumi.

Kawasan solat al-marwaani yang dibaik pulih Waqaf Islamiah telah dibuka semula pada tahun 1996 setelahmana diperbesarkan untuk membolehkan 5000 jemaah menunaikan solat. Demikian itu menimbulkan ketidapuasan di pihak penjajah yang menuduh Waqaf Islamiah menyingkirkan batu-bata tanah mengandungi kesan artifak sejarah. Sumber 07/12/2010, web berita Al-Jazeerah.net

Read more...

Empayar Mesir

14 November 2009

1) Bait al-Maqdis berada di bawah pemerintahan Mesir pada zaman Tahtumus ke-3 pada 1479 sm.

2) Zaman Tembaga Terakhir (1550-1200 sm) dimulai dengan keruntuhan kekuasaan Haxsos dan Palestin berada di bawah kuasa Mesir secara mutlak.

Read more...

Kan'an Yabus

1) Bangsa Kan’an Yabus adalah yang terawal menduduki Palestin.

2) Mereka telah membina Bait al-Maqdis sekitar tahun 2,500 sm selepas mereka berhijrah dari utara semenanjung Arab.

3) Bersama mereka adalah kaum Aram dan Finicia. Lama-kelamaan timbullah tiga bahasa iaitu Kan’an, Aram(bahasa Nabi Isa A.S) dan arab.

4) Bait al-Maqdis menjadi pusat ketamadunan bagi bangsa Kan’an Yabus. Bandar baru yang diasaskan oleh mereka seperti Usdud, Aka dan Gaza.

5) Mereka turut membina kuil bagi penyembahan Tuhan dan menganggap Bait al-Maqdis adalah Bandar suci.

6) Pada 1,200 sm, kaum Palesta menyerang mereka.



Read more...

Ringkasan sejarah Palestin : Zaman awal

1) Peninggalan arkeologi yang dirujuk kepada zaman batu purba ‘Ancient Stone Age’ (500 ribu-14 ribu S.M), zaman batu pertengahan ‘The Middle Stone Age’ (14 ribu-8ribu S.M).

2) Terdapat peradaban ‘al-Nathufiyyah’ yang dikaitkan dengan gua-gua al-Natoof di sebelah utara al-Quds(Jerusalem sekarang). Bangsa ini masih belum diketahui hingga sekarang. Bagaimanapun, peradaban mereka tertumpu di Wilayah pesisir, dan gua-gua. Seperti yang terdapat di gunung Karmel.

3) Permulaan seribu ketiga sebelum masihi, zaman ini mempunyai kelebihan yang lain dengan munculnya kerajaan-kerajaan kuno di Timur.

4) Di sini bermula zaman sejarah.


Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS