الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

AL-QASSAM: Tuduhan anggota kami masuk ke Mesir berita 'bohong'

16 Jun 2012



Laporan jam 05:36 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 04:36 petang, waktu Mesir

SEMENANJUNG GAZA - Jurucakap rasmi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS), Abu Ubaidah menegaskan bahawa laporan berita yang disiarkan sebuah akhbar Mesir 'SHOROUK(الشروق)' berhubung anggota-anggotanya masuk ke tanah Mesir seumpama 'segumpal pendustaan yang palsu dan cerita karut yang tidak boleh bertapak dalam realiti yang sebenar'.
Keratan berita SHOROUK, 15/06/2012
Berkenaan kenyataan jawab balas media AL-QASSAM, laporan bertajuk 'الأمن الوطني يبحث عن عناصر من كتائب القسام دخلوا مصر لإحداث حالة من الفوضى' diterbitkan oleh agensi berita SHOROUK, tarikh 15/06/2012, pada jam 10:29 malam(waktu Kaherah) menukil dari sumber keamanan mendedahkan mengenai perancangan menggugat kestabilan selepas kemasukan 23 orang anggota dari KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM ke Mesir melalui terowong bawah tanah, demikian itu untuk menjalankan aktiviti keganasan dan menimbulkan huru-hara pada beberapa hari akan datang di Mesir.

Kata Abu Ubaidah menjawab laporan berkenaan, "kami rasa amat hairan dan pelik selepas menerima berita ini, kami mahu persoalkan, apakah tujuan di sebalik menyebarkan laporan berita yang diada-adakan seperti ini, ianya tidak dapat ditafsirkan melainkan hanyalah untuk membiakkan fitnah dan mencampur-adukkan isu."

Arkib SAFA: Serban merah, Abu Ubaidah
"Kami dalam KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM memberi sanjungan kepada saudara kami di Mesir kerana telah lama menyokong perjuangan kami dan kami menegaskan bahawa kami masih tetap mengungkapkan Republik Arab Mesir jiwa kami orang Arab dan asal-usul Islamnya, keamanan negaranya adalah keamanan kami yang merupakan tembok kami yang kukuh," ujar Abu Ubaidah.

Dalam kenyataan AL-QASSAM, Abu Ubaidah berkata lagi, "kami percaya kepada penduduk Mesir dengan revolusinya yang diberkati dan berkeyakinan bahawa pembohongan ini tidak akan menipu mereka, maka masyarakat Mesir yang sedar lebih mengetahui siapa KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM yang mempertahankan Palestin dan tahu peranannya mengepalai perang menentang rejim zionis yang menjadikan Negara-negara Arab dan Islam sebagai sasaran."

Rentetan dari jawab balas Abu Ubaidah, Dr. Yahya Musa, salah seorang pemimpin gerakan HAMAS juga telah menafikan anggota-anggota sayap tentera HAMAS masuk ke Mesir seperti yang didakwa pihak keamanan. Jelas beliau, kenyataan ini tidak ada asas yang benar dan gerakan HAMAS tidak ada kaitan dengan apa yang berlaku dalam arena dalaman Mesir.

Arkib: Dr. Yahya Musa
Dr. Yahya menyebut, tujuan kenyataan-kenyataan ini 'mencampur-adukkan isu dan usaha mempengaruhi perasaan pengundi dengan cara yang kotor' khususnya selepas tamat tempoh kempen pilihanraya Presiden(15/06/2012). Kebiasaannya, inilah yang dilakukan oleh saki-baki pemerintahan yang lalu(الفلول).

Kata beliau lagi, HAMAS tidak perlu mempertahankan dirinya dari tohmahan isu-isu seperti ini kerana laporan-laporan kenyataan ini telah mendedahkan kepada semua bahawa ianya tidak betul.

Beliau menerangkan bahawa saki-baki pemerintah cuba merosakkan hubungan rakyat Mesir dengan Palestin dengan memburukkan imej HAMAS. Tegas beliau, perkara ini tidak boleh berlaku selama-lamanya kerana rakyat Mesir memahami perkara yang sebenar.

HAMAS 
Selain Abu Ubaidah dan Dr. Yahya, Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Mousa Abu Marzouq meminta agar tidak menjaja nama gerakannya dalam pertempuran kempen pilihanraya dalaman Mesir. Beliau turut menafikan sekeras-kerasnya laporan yang ditimbulkan baru-baru ini oleh media massa Mesir mengenai orang-orang Palestin dari gerakan HAMAS menyelinap masuk ke tanah Mesir di bandar Syeikh Zuweid dan Rafah(sebelah Mesir).

Kaitan berita:

Arkib: Mousa Abu Marzouq,
Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS
Diikuti semasa ledakan revolusi, beliau menyebut, tuduhan dusta yang menyatakan HAMAS bertindak membunuh para demonstran Mesir di Dataran Tahrir hampir sama dengan tuduhan meletupkan gereja di Iskandariah(كنيسة القديسين), Mesir pada tahun yang lalu. Kata beliau, kami melihat kesemua tuduhan ini adalah hasil provokasi yang lama menentang HAMAS.

Abu Marzouq menyatakan, 'berita yang digembar-gemburkan bahawa HAMAS yang memecahkan penjara-penjara Mesir semasa ledakan revolusi Mesir dan mengeluarkan para banduan hanyalah 'kata-kata yang tidak boleh dipercayai', bilangan anggota HAMAs yang dikurung dalam penjara-penjara hanyalah lima orang, mereka dikurung sepertimana manusia yang tidak dikenakan sebarang tuduhan mahupun hukuman, mereka keluar sepertimana banduan-banduan Mesir yang lain apabila pintu-pintu penjara dibuka sewaktu ledakan revolusi 25 Januari. Sumber 16/05/2012, web berita Safa.ps, web berita Paltimes.net, web rasmi penerangan HAMAS dan 15/06/2012, web berita Shorouk

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS