05.00 petang, Mesir/Palestin : Dr.Aziz Duweik, speaker Majlis Legislatif Palestin meminta Ismail Haniah menjemput Perdana Menteri Turki, Receip Tayyip Erdogan dan pemimpin-pemimpin dunia mengadakan lawatan ke Palestin. Sumber web berita safa.ps
02.34 petang, Makkah : Sumber melaporkan, penduduk Turki meneruskan lagi bantahan ke atas serangan armada pembebasan(freedom flotilla: أسطول الحرية). Dinyatakan, beribu-ribu penduduk Turki di Istanbul ketika mengadakan tunjuk perasaan menuduh Kerajaan Turki tidak mengambil langkang-langkah yang kuat bagi menentang Israel(zionis, penjajah).
Dalam demontrasi tunjuk perasaan yang terbesar menghujum serangan Israel ke atas konvoi pembebasan, para penunjuk perasaan menggesa Kerajaan Receip Tayyip Erdogan semalam agar mengambil tindakan yang lebih kuat menentang Israel dan mempertahankan aktiviti kerja Yayasan Kebajikan Islam yang menguruskan konvoi pembebasan bagi memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza.
Demontrasi itu yang dikendalikan oleh Parti Sa'adah(sebuah parti politik yang Islamik) turut disertai NGO Hak Asasi Kemanusiaan, kebebasan dan bantuan kemanusiaan lantang mengutuk Israel dengan jolokan 'pengganas' dan 'Negara pembunuh'. Malah, demontrasi tersebut juga menggesa memutuskan segera hubungan dengan Israel.
Sumber web berita Al-Jazeerah
02.08 petang, Makkah : Israel telah memindahkan kesemua aktivis kapal Rachel Corrie yang ditahan ke Lapangan Terbang Ben Gurion sebelum dilepaskan pulang ke Negara masing-masing.
Sumber rasmi dari Israel mengumumkan bahawa 11 aktivis kapal Rachel Corrie yang membawa bantuan ke Gaza telah dipindahkan Lapangan Terbang berkenaan setelah siasatan dijalankan ke atas mereka di Tel Aviv.
Sebagaimana dijadualkan, proses melepaskan 11 aktivis pula ke Negara masing-masing pada hari ini, enam darinya adalah warganegara Malaysia dan lima lagi warganegara Ireland, di antaranya penerima nobel keamanan pada tahun 1976. Dinyatakan, sebab kelewatan proses itu kerana aktivis-aktivis membantah menandatangani dokumen bagi melepaskan dari dihadapkan ke mahkamah, menurut jurucakap Pemerintah Israel.
Sumber menyatakan, tujuh aktivis kapal Rachel Corrie dilepaskan pulang ke Negara masing-masing melalui Jambatan Raja Hussein yang menghubungkan antara Jordan dengan Tebing Barat, Palestin. Enam dari aktivis itu adalah warganegara Malaysia. Sumber web berita Al-Jazeera.net ____________________________________
Gambar peta: Armada pembebasan yang menyampaikan bantuan ke Gaza. Garisan putih(2+1) adalah laluan armada pembebasan ke Gaza sebagaimana yang dirancang. Dari Antlya, Turki, dari Greek dan Negara Eropah akan bertemu di perairan antarabangsa Cyprus sebelum berlayar bersama-sama ke Gaza.(Sekilas pandang)
06.57 pagi, Makkah : Israel mula mengusir lapan aktivis dari kapal Rachel Corrie yang ditawan semalam ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Israel.
Gambar peta(Al-Jazeerah): Laluan kapal Rachel Corrie ke perairan laut Gaza kerana terlewat mengikuti enam buah kapal yang lain. Pada asalnya, kapal Rachel Corrie akan menuju ke perairan antarabangsa Cyprus untuk bertemu dengan enam buah kapal yang telah ditawan lanun zionis. Namun, kapal Rachel Corrie juga tidak terlepas dari tentangan lanun zionis.
Menurut jurucakap Pemerintah Israel bahawa lapan dari 19 aktivis Rachel Corrie telah bersetuju pulang ke Negara mereka.
Sementara itu, baki dari aktivis-aktivis yang lain masih dalam proses menandatangani dokumen untuk melepaskan mereka dari terus ditahan, jika tidak berbuat demikian, aktivis-aktivis itu akan ditahan lagi tiga hari sehinggalah mahkamah Israel memutuskan keputusan mengenai hal itu. Sumber web berita Al-Jazeerah
Gambar: Rachel Corrie
Rakaman bergambar MV Rachel Corrie yang berusaha membantu penduduk Gaza dari sekatan zionis. (Rujuk Gambar)
MV Rachel Corrie, Ireland. Nama kapal itu sempena mengenang pengorbanan seorang aktivis wanita, Rachel Corrie yang terbunuh akibat digilis buldozer penjajah di Gaza. 'Ustul Huriyyah' ( أسطول الحرية): Freedom Flotilla : Armada Pembebasan
Rachel Corrie meninggalkan namanya. Pada tahun 2003, Rachel Corrie(gambar wanita bertudung di atas) seorang aktivis berada di Gaza dan pernah membantah tindakan penjajah yang merobohkan rumah penduduk Palestin, namun Rachel Corrie terbunuh setelah digilis buldozer penjajah. Pandangan dari sudut atas kapal Rachel Corrie yang membawa muatan bekalan bantuan
Mereka rasa bangga kerana dapat membantu penduduk Gaza, namun lanun menghalang pelayaran mereka sebelum sempat sampai ke Gaza.
Ketika pemunggahan barang-barang bantuan di sebuah gudang sebelum dibawa masuk ke kapal
Barang bantuan untuk membantu penduduk Gaza
Sebahagian dari barang bantuan
Antara kerusi roda untuk insan kurang upaya
Sebahagian dari barang bantuan
Ketika barang-barang bantuan dibawa masuk ke dalam dek kapal Rachel Corrie
Read more...