الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Demontrasi dan perarakan kutuk serangan ke atas armada pembebasan

06 Jun 2010

Semalam, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah(02.37 pagi, Makkah, 06/06/2010) melaporkan mengenai demontrasi dan perarakan bantahan yang diadakan di tengah ibukota London bagi mengutuk serangan ke atas kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Demontrasi di London yang disertai puluhan ribu penduduk Britain mengutuk tragedi itu dan mendesak supaya bebaskan Gaza dari sekatan.

Demontrasi yang bermula dari hadapan wisma Kerajaan di Downing Street 10 serta berarak menuju ke kedutaan Israel yang dikawal ketat oleh pihak polis. Malah, polis menghalang para penunjuk perasaan menuju ke kedutaan itu.

Para penunjuk perasaan, antaranya bekas ahli-ahli parlimen seperti George Galloway dan Tony Ben turut memegang bendera Palestin dan banting mengutuk serangan berdarah.

Selain itu, para penunjuk perasaan mendesak supaya mengheret pemimpin-pemimpin Israel ke muka pengadilan.

Sebagaimana dinyatakan, demontrasi mengutuk serangan berdarah ini turut diadakan di Mauritania dan pada hari Jumaat lalu, penduduk Malaysia juga mengadakan tindakan sedemikian. Berhubung serangan berdarah ke atas kapal-kapal yang membawa bantuan, beberapa buah Negara Arab, Islam dan Eropah bingkas mengadakan tunjuk perasaan sebagai tanda bantahan dan tidak berpuas hati dengan tindakan zionis, malah respon dari Amerika Syarikat.



Demontrasi dan perarakan bantahan di Eropah
Sumber 05/06/2010, youtube Al-Jazeerah



Demontrasi di Mauritania
Sumber 05/06/2010, youtube Al-Jazeerah

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS