الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Gaza menanti talian hayat (Ahad)

30 Mei 2010

11.40 malam, Mesir/Palestin : Tentera laut Israel mengganggu sistem komunikasi sebuah kapal serta menghubungi kapal itu supaya berpatah balik. Sumber web berita safa.ps
________________________________

11.28 malam, Mesir/Palestin : Kapal-kapal armada pembebasan telah sampai di jarak 120 batu nautika dari perairan laut Gaza. web berita safa.ps

1 batu nautika : 1.9 kilometer
_________________________

11.00 malam, Mesir/Palestin : Sebuah kapal armada mendapat panggilan dari bot perang Israel yang bertanyakan tentang identiti dan arah tuju.

Sejam yang lalu, seorang wartawan memaklumkan bahawa Israel telah menyiapkan empat buah kapal perang di perairan Gaza menanti ketibaan armada.

Sumber dari berita Al-Jazeerah pula menyatakan, di pelabuhan Ushdud, bot-bot perang Israel sedang menjalankan rondaan.
________________________________

09.12 malam, Mesir/Palestin : Wartawan Al-Jazeerah dari kapal melaporkan, armada pembebasan sedang berlayar menuju ke perairan laut Gaza.

Sebelum itu, wakil dari pertubuhan menyatakan armada pembebasan itu dijangka tiba di perairan laut Gaza pada waktu tengahari esok.

Beliau menukilkan dari media-media Israel bahawa pihak Israel berusaha untuk menyerang armada. Namun, beliau menyatakan, pihak aktivis-aktivis akan mempertahankan diri dan kapal-kapal tanpa menggunakan senjata, seperti pisau.

Beliau turut merasa optimis, bahawa Israel berada dalam keseorangan diri menentang armada pembebasan ini, sedangkan armada pembebasan ini disokong banyak buah Negara.

Wartawan Al-Jazeerah dalam liputannya, berkata 'kami tidak akan membiarkan Israel merampas kapal, kami akan pertahan agar tentera-tentera Israel tidak dapat naik ke kapal dengan cara yang aman'. Sumber, berita langsung dari armada pembebasan
________________________________

09.11 malam, Mesir/Palestin : 2000 penunjuk perasaan di hadapan bangunan kedutaan Israel di Vienna bantah ugutan Israel ke atas armada pembebasan.
________________________________

06.38 petang, Mesir/Palestin : Armada menerima panggilan yang memberi amaran sekiranya memasuki perairan laut Gaza. Gangguan komunikasi sesama kapal-kapal armada.

Amin Abu Rashid, dari kapal '8000'(gambar), berkata 'Pihak Berkuasa Penjajah meningkatkan usahanya bagi mengganggu komunikasi(wireless) yang digunakan sesama kapal-kapal dan untuk menghubungi dunia luar'.

Bagaimanapun, teknikal armada berusaha memintas usaha penjajah menceroboh wireless armada. Sumber web berita safa.ps
__________________________

Sebagaimana yang dinyatakan [03.25 petang, Mesir/Palestin], dari wartawan Al-Jazeerah, armada dijangka akan berlepas bila-bila masa sahaja menuju ke perairan Gaza dan harapan dapat tiba di Gaza pagi esok, Isnin.

Dinyatakan sebarang kemungkinan boleh berlaku(kullal khiarat maftuhah) apabila bertemu dengan tentera laut Israel.

Para aktivis telah berbincang hari ini bagi mencari persepakatan jika berlaku sebarang penentangan dari Israel, malah keteguhan untuk tidak menyerahkan kapal-kapal kerana armada pembebasan membawa barang-barang dan bekalan bantuan kepada Gaza.

Kesemua kapal yang bakal berlepas ke Gaza dari perairan antarabangsa itu sebanyak enam buah, tiga buah kapal kargo/barang dan tiga buah kapal penumpang(feri dan bot). Jumlah anak-anak kapal seramai 650 aktivis termasuk ahli-ahli parlimen dari berbagai-bagai Negara.

Sebarang perubahan masa dan waktu yang dijangka berlepas tertakluk kepada penyelarasan IHH. Sumber, berita langsung dari armada pembebasan

Read more...

Israel merasai kesulitan dalam menghadapi angkatan kapal laut

Sumber dari media Israel mendedahkan bahawa tentera Israel meminta bantuan kepada Ketua-ketua Polis Israel supaya kerahkan unit khas pencegah keganasan dalam operasi yang dikenali, 'angin syurga'(terjemahan dari google) dalam
pelaksanaan kempen menentang kapal-kapal pemecah sekatan ke Gaza, namun permintaan itu ditolak.

Akhbar'Yediot Ahronot' Israel yang menukilkan berita tersebut menjelaskan,'pihak polis tidak menerima permohonan itu malah memilih untuk kekal berada dalam Israel sebagai unit simpanan. Berikutan itu, untuk berhadapan dengan kapal-kapal yang bakal tiba di Gaza adalah kerja yang sangat kompleks, di samping perlu tenaga kerja dan juga memerlukan jurulatih yang profesional'.

Disebutkan lagi, misi ini akan dikendalikan oleh unit khas tentera Israel "komando 13" yang akan mengerahkan beberapa anggotanya dari skuad simpanan.

Sumber tersebut menyatakan, pegawai tentera Israel merasa terkejut dengan respon balas polis Israel berhubung permintaannya kerana misi tersebut hanya diletakkan atas bahu unit "komando 13".

Sementara itu, komander angkatan tentera laut Israel, Kolonel Eli Marum, berkata 'pihak tentera telah bersedia dengan sempurna menjalankan misinya,'Katanya lagi, 'Polis-polis Israel mesti diuji dengan perkara yang melibatkan undang-undang sebagaimana unit khas itu boleh menjalankan misi di luar perairan laut Israel. Sumber 30/05/2010, web berita palestine48

Read more...

Wanita dan kanak-kanak Palestin cedera di Silwan

AL-QUDS, - Satu kejadian pada malam Sabtu(semalam), beberapa wanita dan kanak-kanak Palestin mengalami kecederaan setelah penduduk Israel dan tentera penjajah bertindak kasar ke atas penduduk Palestin di Hayyu Silwan yang berdekatan dengan Masjid Al-Aqsa, Al-Quds.

Gambar: Hayyu Silwan yang berdekatan dengan Masjid Al-Aqsa di bandar Al-Quds.

Sejak kebelakangan ini, penentangan Israel ke atas penduduk Palestin semakin menjadi-jadi berikutan

Sementara itu, 'lubuk' penempatan Israel di sebuah bangunan yang dikenali 'Bet Yunathan' di perumahan berkenaan menjadi titik permulaan penduduk Israel menyerang penduduk Palestin. Sejak beberapa jam pada malam ini, kejadian itu terus menjadi-jadi.

Wakil dari penduduk perumahan yang terbabit menyatakan, mereka tidak akan berhenti dari menghadang tindakan penduduk Israel yang disokong Pihak Berkuasa Penjajah dengan memberikan perlindungan yang secukupnya bahkan turut berperanan menentang penduduk Palestin.

Seorang ahli jawatankuasa yang mempertahankan Silwan, Fakhri Abu Diab berkata kepada agensi berita sebelum ini, 'penjajah berusaha menimbulkan kucar-kacir dikalangan masyarakat melalui penentangan dari penduduk Israel'.

Beliau menyatakan, hal sedemikian telah menambahkan lagi cabaran kepada penduduk Silwan bagi mempertahankan tanah-tanah mereka, hak-milik dan Al-Quds serta menentang perancangan penjajah dan agenda penempatannya. Sumber 30/05/2010, web berita safa.ps

Read more...

Israel mengebom Timur Rafah

Sumber peta, google map. Bulatan merah adalah kedudukan LTAG yang menjadi sasaran serangan Israel dua hari berturut-turut. Manakala kawasan sempadan antara Rafah Gaza dengan Mesir adalah garisan berwarna coklat tua dari bahagian bucu Israel-Mesir-Gaza hingga menuju ke laut.


02.44 pagi, Mesir/Palestin : Pesawat tempur Israel berlegar-legar dari ruang udara kawasan sempadan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

04.08 pagi, Mesir/Palestin : Pesawat tempur Israel mengebom sasarannya di Timur Rafah.

RAFAH - Awal pagi Ahad, pesawat tempur Israel F-16 telah mengebom Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza(LTAG) bagi hari kedua berturut-turut. Serangan Israel kali ini dengan tujuh peluru berpandu.

Sumber dari agensi berita yang menukilkan dari pihak keselamatan di Rafah menjelaskan serangan-serangan tersebut mensasarkan dalam bangunan LTAG, namun tiada sebarang luka parah dilaporkan. Dalam masa yang sama, pesawat tempur Israel masih berlegar-legar dengan kerap dari ruang udara kawasan yang diserang, malah kawasan-kawasan yang bersempadanan antara Rafah Gaza dengan Mesir. Sumber 30/05/2010, web berita safa.ps

Baca lagi :

Read more...

Pindah 289 tahanan Palestin ke empat bahagian kurungan

GAZA - Tahanan Palestin dari penjara Israel menyatakan Jabatan Penjara Nafhah di Israel telah memindahkan 289 tahanan Palestin susulan dari ketetapan undang-undang "Shalit".

Gambar(flickr.com): Ahli keluarga tahanan Palestin mengadakan tunjuk perasaan di utara Gaza berhampiran sempadan Erez. Mereka meminta bebaskan ahli keluarga dari penjara Israel,10/05/2010.

Seorang tahanan Palestin, Taufiq Abu Nuaim yang merupakan seorang pemimpin gerakan tahanan berkata, pejabat pengurusan penjara-penjara telah membahagikan empat bahagian kurungan kepada 289 tahanan di penjara Nafhah dan Askalan.

Beliau memaklumkan hal sedemikian dalam satu laporan kepadapusat kajian tahanan yang disampaikan kepada agensi berita.

Tambah Abu Nuaim lagi, para tahanan di penjara-penjara Israel berpegang teguh dengan langkah juang untuk menghadapi undang-undang ketika dibacakan kali terakhir dalam parlimen Knesset.

Sebagaimana dinyatakan, Parlimen Knesset(Israel) telah menetapkan undang-undang yang diberi nama "Shalit" dinisbahkan Gilad Shalit, seorang tentera Israel yang ditawan di Semenanjung Gaza.

Undang-undang tersebut bertujuan untuk mengetatkan lagi tahap penindasan serta menambahkan lagi jerutan sedikit demi sedikit ke atas tahanan Palestin.

Demikian itu, sebagai tekanan kepada kumpulan-kumpulan Palestin yang menawan tentera Israel. Malah juga untuk menundukkan kumpulan-kumpulan berkenaan bagi mengikut dokumen penukaran tahanan-tawanan sebagaimana yang dikehendaki penjajah.

Tahanan wanita Palestin

Dari sebuah penjara yang lain, Al-Damun(utara Israel, tanah Palestin yang dirampas) turut dilakukan tindakan yang sama. Para tahanan wanita Palestin mengadu kan bahawa mereka diabaikan dari perubatan dengan sengaja.

Gambar: Wanita Palestin dalam penjara Israel, dipetik dari web berita safa.ps.

Tahanan wanita Palestin berkata, kehidupan dan keadaan mereka bertambah buruk dalam bahagian-bahagian bilik kurungan yang basah dan lembab, malahan tidak ada pancaran cahaya dan udara. Tambahan pula, bahagian-bahagian kurungan yang mereka dipindahkan tidak dilengkapi tandas, jika mahu guna tandas kena ke bahagian yang lain.

Di samping itu, beberapa tahanan wanita Palestin ada yang mengidap penyakit.

Seorang tahanan, Ubair Amru berasal dari Khalil(Hebron) yang dihukum penjara selama 16 tahun mengalami susut berat badan secara berterusan berikutan kekurangan vitamin 'B12'. Berat asal 86 kilogram, namun sekarang berat badannya hanya 47 kilogram.

Begitu juga dengan Iman Ghazawi yang dihukum penjara 13 tahun mengidap penyakit rheumatism dan radang sendi.

Tahanan yang lain, Aisyah Abyat dari Bet Lehem menghadapi masalah rahang dan memerlukan rawatan dan pembedahan dengan segera.

Latifah Abu Zara' mengidap masalah rahim dan Dua' Jayusha menerima tiga hukuman dan penjara seumur hidup telah mengidap masalah gigi dan tulang belakang.

Dalam laporan itu mengadukan beberapa lagi tahanan wanita Palestin yang mengidap berbagai-bagai penyakit dan memerlukan rawatan dengan segera. Sumber 29-30/05/2010, web berita safa.ps

Read more...

Gambar: Gaza bersedia

Sumber peta, google map. Bulatan merah adalah kedudukan Pelabuhan Nelayan Gaza. Ketika, Israel mula melancarkan perang ke atas Gaza pada 27 Disember 2008, pelabuhan tersebut turut dibom oleh kapal selam Israel malah bot-bot perang Israel melepaskan tembakan secara rambang di persisiran pantai Gaza.

Perdana Menteri Palestin, Gaza, Ismail Haniah(kanan) hadir ketika upacara raptai dan persediaan bagi menyambut ketibaan armada pembebasan. Di kiri yang memegang tali adalah Fathi Hamad, Menteri Dalam Negeri Palestin Gaza.

Beberapa kakitangan Kerajaan Palestin ketika meninjau perairan pantai Gaza

Aspek keselamatan, anggota-anggota polis dan pengawal Perdana Menteri mengekori tinjauan Perdana Menteri di laut.

Upacara raptai pertunjukan laut, sekadar yang ada dan termampu

Beberapa buah bot yang dinaiki anggota polis dan marin Palestin

Marin Palestin meneropong keadaan sekeliling

Mungkin ada arahan

Menanti ketibaannya. 100 buah bot kecil Palestin menanti ketibaan armada pembebasan.

Sumber 29/05/2010, web berita Palestine48

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS