الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Berita ringkas 15/06/2010

15 Jun 2010

Sekatan Gaza

> Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr.Mahathir Mohamad merayu kepada Mesir agar tidak tunduk di bawah tekanan Israel berhubung sekatan ke atas Gaza, menurut agensi berita Malaysia.

> Penyelaras Pengaman Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) untuk perdamaian di Timur Tengah mendesak mengakhiri sekatan ke atas Gaza.

> Wakil agensi 'SHABAK' Israel menentang sekeras-kerasnya pembukaan lingkaran keselamatan laut yang dikenakan ke atas Gaza.

> Mahmoud Abbas, Presiden Palestin(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) berkata, 'sempadan-sempadan Gaza yang dikuasai Israel mesti dibuka.'

> Jurucakap Kementerian Luar Mesir, Husam Zaki berkata, 'Kaherah menolak cadangan Israel yang mahu menggantungkan Gaza dengan sepenuhnya kepada Mesir.'

Penempatan Israel

> Kementerian Dalam Negeri Israel meluluskan langkah usaha yang pertama bagi membina 1600 buah unit perumahan di penempatan Israel 'Ramat Shlomo', Al-Quds.(lihat peta disebelah)

Sumber peta, google map. Kedudukan penempatan Israel 'Ramat Shlomo' bertanda bulat merah dan bulatan berwarna hijau adalah Masjid Al-Aqsa.

Usir diplomat Israel

> Ireland mengusir salah seorang pegawai diplomat Israel yang terlibat dalam pemalsuan pasport Ireland bagi tujuan melakukan pembunuhan ke atas Mahmud Abd Rauf Al-Mabhuh.

Siaran Al-Aqsa dihentikan

> Berpuluh-puluh wartawan mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah ketetapan Perancis yang tidak membenarkan penyiaran siaran televisyen Al-Aqsa tajaan HAMAS yang beribupejabat di Gaza melalui satelit pemancar North Star.

Sementara itu, pejabat konsul Perancis di Al-Quds memaklumkan bahawa ketetapan tersebut datangnya dari Kesatuan Eropah(EU), dan Perancis hanya mematuhi ketetapan itu.

Berundur dari Turki

> Syarikat Perindustrian Ketenteraan Israel menarik kesemua pekerjanya dari Turki disebabkan bimbang keselamatan mereka.

Sumber 15/06/2010, berita Al-Jazeerah

Read more...

Kita semakin hampir memasuki Al-Quds dan solat di Masjid Al-Aqsa - Oğlu

Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoğlu(gambar) melancarkan satu momentum yang pertama kali dari wakil bukan Arab yang menjanjikan dapat menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa yang mulia dalam beberapa tempoh terdekat.

Beliau berjanji sedemikian di hadapan para Menteri-menteri Luar Negara-negara Arab yang menyertai forum ekonomi baru-baru ini di Istanbul, Turki.

Memetika dari akhbar "ميللييت" Turki yang dapat membuat liputan dalam ruang tertutup ketika forum tersebut diadakan.

Akhbar tersebut menyebut, bahawa Menteri Luar Turki dalam pertemuan tertutup dengan 17 Menteri Luar Arab berucap dengan nada yang berapi tetapi tidak emosi.

"Al-Quds akan menjadi ibu Negara Palestin dalam tempoh terdekat ini, dan kita akan sama-sama menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa", kata beliau kepada para Menteri Luar Arab.

Wakil dari Kementerian Luar Turki menjelaskan kata-kata Menteri Luar Turki, sebagaimana: "Memang diketahui mana-mana penduduk Turki boleh menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa masa ini tetapi kena mendapatkan terlebih dahulu visa masuk dari Israel."

Sumber menyebut apa yang dimaksudkan oleh Ahmet Davutoğlu itu adalah dengan penubuhan Negara Palestin setelah Timur Al-Quds(Baitul-Maqdis Timur) menjadi ibu Negara Palestin dan para pemimpin Arab berbondong-bondong tiba di Masjid Al-Aqsa tanpa perlu mendapatkan visa masuk dari Israel.

Memetik dari akhbar "السفير" Lubnan yang menukilkan kata-kata wakil Turki, iaitu: "Jika dinisbahkan kepada Turki membawa maksud bahawa sekatan akan dibuka ke atas Gaza tidak berapa lama lagi, dan sepertimana Gaza adalah menjadi pusat utama bagi mendirikan Negara Palestin yang merupakan matlamat cukup besar." Sumber 15/06/2010, web berita Palestine48(PLs48)

Read more...

Kaherah, Tel-Aviv dan Ramallah yang tidak mahu buka sekatan - Chomsky

Seorang pemikir veteran Amerika, Avram Noam Chomsky(gambar sebelah) mengajukan kecaman keras kepada Mesir, Israel dan Pihak Berkuasa Palestin(Ramallah) kerana pihak-pihak ini yang bertanggungjawab membuatkan sekatan berterusan ke atas Semenanjung Gaza yang telah melebihi tiga tahun.

Chomsky memberikan kenyataan khas kepada agensi berita di New York. Beliau berkata, "Kaherah, Tel-Aviv dan Ramallah sememangnya tidak mahu membuka sekatan yang dikenakan ke atas Gaza memandangkan ada beberapa sebab kepentingan bersama."

Jelas beliau lagi bahawa dengan 'mengurung, menyiksa dan menghukum HAMAS adalah satu motif bersekutu bagi Mesir, Israel dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS)'. Apa yang nyata, dengan sekatan yang berterusan ke atas Gaza dapat memberikan kedudukan yang selesa kepada pihak-pihak tersebut.

Pemikir Amerika ini yang pernah dihalang memasuki Tebing Barat melalui Jordan turut menjelaskan bahawa asas tujuan dari pihak Israel dan Mesir mengenakan sekatan ke atas Gaza yang telah melebihi tiga tahun adalah untuk melemahkan Kerajaan HAMAS yang cenderung kepada Islam, malah pihak-pihak ini menghalang sebarang simpati kepada HAMAS dengan memberi gambaran bahawa HAMAS adalah pertubuhan 'pengganas' yang bekerja untuk kepentingan rantau lain, sekaligus menimbulkan ancaman kepada Mesir.

Chomsky menyatakan, Mesir amat gusar sekiranya sekatan ke atas Gaza dibuka, khususnya sekatan dari laut yang memudahkan HAMAS memperolehi bekalan senjata dan peledak letupan.

Berhubung kepentingan Pihak Berkuasa Palestin Ramallah dengan sekatan yang berterusan ini pula, Chomsky berkata dengan membuka sekatan maka ia akan melemahkan kekuasaan Mahmoud Abbas yang sedang bersaing dengan HAMAS bagi mendapatkan populariti dalam masyarakat Palestin untuk menghadapi Israel.

Sementara itu, Chomsky menyebut seorang wakil Britain dalam PBB(UN), Mark Lyall Grant(gambar sebelah) ketika bertemu dengan sekumpulan pemberita , berkata 'Quartet empat, Mesir dan Israel sedang meneliti dan membuat kajian perancangan yang bersungguh-sungguh untuk menentukan keadaan kemanusiaan dari kalangan penduduk Palestin yang terkepung, tetapi perancangan itu bukan bererti untuk mengukuhkan HAMAS dalam arena politik Palestin'.

Wakil Britain tersebut menegaskan bahawa wujudnya kerisauan apabila sekatan ke atas Gaza berakhir kerana pasti akan meneguhkan kedudukan HAMAS. Inilah permasalahan yang teramat penting kepada Pihak Berkuasa Palestin Ramallah. Maka, Mahmoud Abbas tidak mahu memperbaiki keadaan dengan membawa masuk barang-barang dan keperluan ke Semenanjung Gaza sehinggalah HAMAS tidak lagi dipandang kuat berbanding Pihak Berkuasa Palestin Ramallah.

Sehari yang lalu, media Amerika menukilkan dari akhbar 'Haaretz' Israel bahawa Abbas membantah dibukakan sekatan laut ke atas Gaza ketika bertemu dengan Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat di Washington minggu lalu.

Abbas berkata sedemikian kerana khuatir sekatan laut yang dibukakan ke atas Gaza dapat menguatkan HAMAS dari dua peringkat; Palestin dan Arab.

Media tersebut menukilkan lagi, Abbas berkata kepada Presiden Amerika, 'sekatan mesti diteruskan pada waktu sekarang dan langkah bagi melonggarkan sekatan ke atas Gaza biar dilakukan secara berperingkat namun dalam masa yang sama juga perlu berjaga-jaga sehingga gambaran tersebut tidak menandakan kemenangan kepada HAMAS'. Sumber 15/06/2010, suratkhabar Misril-Youm(Mesir)

Read more...

Penjajah tangkap 14 Palestin, gilis seorang kanak-kanak Palestin

(Berita ringkas) Sumber melaporkan sepasukan tentera penjajah telah menangkap 14 penduduk Palestin awal pagi tadi di beberapa kawasan yang berbeza di Tebing Barat.

Sebagaimana dinyatakan, penangkapan tersebut ketika Israel menjalankan operasi penggeledahan dan pemeriksaan.

Sumber tempatan menyatakan, sebahagian besar anggota dari unit tentera penjajah telah merempuh masuk ke beberapa bandar; Ramallah, Nablus, Tulkram, Qalqiliya, Bet Lehem dan Khalil. Kemudian, tentera penjajah memeriksa rumah-rumah penduduk Palestin sehingga menangkap menangkap 14 penduduk Palestin.

Sementara itu, laporan lain menyebut bahawa sebuah jip polis Israel melanggar dan menggilis seorang kanak-kanak Palestin yang berumur dalam lingkungan 10 tahun di selatan bandar Khalil, Tebing Barat.

Sumber tempatan memaklumkan bahawa, jip polis penjajah menggilis kanak-kanak itu, Ahmad Zaidan Osman Saied ketika sedang berjalan di Haret Jaber di bandar Khalil yang dikawal sepenuhnya oleh Israel.

Dinyatakan, keadaan Ahmad Zaidan teramat kritikal dan dibawa ke hospital dalam Israel untuk rawatan. Sumber menyatakan, Ahmad mengalami luka parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badannya.

Polis Israel menggilis kanak-kanak itu selepas beberapa jam dari serangan tembakan yang mengakibatkan kematian seorang anggota polis mati dan beberapa lagi parah di Khalil. Sumber 15/06/2010, web berita safa.ps

Read more...

Seorang anggota polis Israel mati, 2 lagi parah

Sumber melaporkan seorang anggota polis Israel mati, manakala dua lagi mengalami luka parah akibat ditembak penduduk Palestin yang bersenjata. Kejadian tersebut berlaku berdekatan dengan penempatan Israel, Bet Haggai yang terletak di selatan bandar Khalil, Tebing Barat pada pagi semalam.

Gambar peta, sumber google map. Penunjuk >> Titik bulat berwarna merah disepanjang garisan berwarna biru adalah lebuhraya nombor 60.

Dijelaskan, penduduk Palestin yang bersenjata melepaskan tembakan ke arah kereta polis Israel di lencong lebuhraya nombor 60, lalu mengakibatkan seorang dari polis Israel mati dan beberapa lagi cedera dan parah. Dari sumber lain menyebut empat anggota polis Israel cedera dan parah dalam kejadian itu.

Kesemua anggota polis Israel dibawa ke hospital Hadaasa di Al-Quds.

'mengessan' dan road-block

Setelah kejadian itu, tentera penjajah terus menutup jalan utama di pintu masuk ke Mukhayyam Al-Fawwar di selatan Khalil, malah dikerahkan sejumlah besar anggota tentera penjajah di kawasan berkenaan.

Selain itu, tentera penjajah turut mengadakan operasi mengesan individu yang melancarkan serangan tersebut di beberapa buah perkampungan Palestin malah diadakan sekatan jalanraya(road-block). Dalam operasi itu, empat penduduk Palestin telah ditangkap.

Sumber turut melaporkan kesemua jalan masuk ke Khalil(Hebron) ditutup, malah pesakit-pesakit yang mahu ke hospital turut dihalang.

Setakat ini, dari pihak Palestin tidak mengumumkan mana-mana pihak yang terlibat dalam kejadian itu. Namun, sumber media Israel menyebut bahawa pihak yang melancarkan serangan ke atas polis Israel adalah dari aktivis KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera FATAH).

Pihak Berkuasa Palestin kutuk serangan

Dari pihak rasmi, Pihak Berkuasa Palestin telah mengutuk serangan yang dilakukan oleh pejuang Palestin ke atas sepasukan tentera Israel di selatan bandar Khalil yang mengakibatkan seorang anggota polis terbunuh dan beberapa lagi parah.

Salam Fayyad, Ketua Kerajaan Pentadbiran Palestin berkata, "Pihak Berkuasa akan terus mengambil apa jua langkah yang bersesuaian bagi menghalang kejadian itu dari berulang."

Dalam kenyataan rasminya, Salam Fayyad mengingatkan kejadian itu adalah menimbulkan bahaya kerana menjebakkan dalam kegiatan pelampau yang memberi mudharat kepada kepentingan tanahair dan meningkatkan lagi projek penempatan Israel.

Fayyad berkata, Palestin telah berpakat menggerakkan penentangan masyarakat secara aman menentang penempatan dan kegiatan ganas yang dilakukan penduduk Israel. Jelas Fayyad, Kerajaan Palestin menyokong sepenuhnya penentangan secara aman, dalam masa penentangan bentuk ini turut disokong pihak antarabangsa secara meluas. Sumber 15/06/2010, suratkhabar Shourouk(Mesir),web berita Al-Jazeerah dan 14/06/2010, berita Al-Jazeerah

Read more...

Seorang penduduk maut akibat terowong runtuh

RAFAH - Seorang penduduk dari bandar Khan Yunus bersabung nyawa dan meninggal dunia akibat keruntuhan terowong bawah tanah di kawasan Mukhayyam Brazil yang terletak di garisan sempadan, Rafah Gaza(selatan)dengan tanah Mesir.

Sumber peta, google map. Kedudukan terowong bawah tanah yang runtuh itu berada di kedudukan nombor 2 berwarna putih, Mukhayyam Brazil. Garisan merah pula menunjukkan terowong bawah tanah yang merintangi sempadan antara Gaza-Mesir. Bulatan merah menujukkan kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza yang telah musnah teruk.

Pengerusi Bantuan Cemas di hospital Shifa', Dr.Muawiyah Husnain berkata, "pemuda yang meninggal dunia iaitu Abdullah Muhammad Barkah, 22 telah dibawa ke hospital Abu Yusof An-Najjar, namun dipindahkan pula ke unit forensik di hospital Shifa' untuk dijalankan bedah siasat."

Beliau menyatakan, terowong bawah tanah yang runtuh itu mengakibatkan seorang lagi penduduk mengalami luka parah.

Sehingga kini, jumlah penduduk yang meninggal dunia akibat keruntuhan terowong bawah sejak beberapa tahun meningkat ke angka 156, manakala bilangan penududk yang parah dan cedera meningkat ke 700 orang. Sumber 15/06/2010, web berita safa.ps

Read more...

Penjajah ceroboh Khuza'ah, roboh sebuah rumah di Silwan

Sumber peta, google map. Nombor 12 hijau adalah kedudukan bandar Khan Yunis(ada yang menyebut Khan Yunus). Dan kedudukan Khuza'ah di nombor 11 yang bertentangan dengan tanah Palestin yang dijajah 1948, Israel. Bulat merah pula adalah kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza yang kini hanya tinggal nama setelah musnah teruk.

09.20 pagi, Mesir/Palestin : Sumber dari agensi berita safa.ps melaporkan bahawa Israel sedang menceroboh dengan berskala terhad ke bandar kecil Khuza'ah yang terletak di timur bandar Khan Yunis.

Berita penuh:

KHAN YUNUS - Beberapa buah jentera perang Israel telah menceroboh masuk ke tanah Palestin di bandar kecil Khuza'ah yang terletak di timur Khan Yunus pagi ini.

Sumber agensi berita safa.ps melaporkan tiga buah kereta kebal mengiringi tiga buah buldozer telah menceroboh sejauh 300 meter ke dalam kawasan tanah pertanian penduduk Palestin yang bertentangan dengan garisan sempadan yang memisahkan Gaza-tanah Palestin yang dijajah pada tahun 1948.

Sebagaimana dinyatakan, jentera-jentera perang Israel yang menceroboh turut menjalankan operasi 'mengesan' dan meratakan tanah seperti yang biasa dilakukan. Berikutan, para peladang Palestin bergegas meninggalkan kawasan terbabit kerana bimbang keselamatan mereka.

Semalam, penduduk Palestin dalam jumlah puluhan penduduk mengadakan tunjuk perasaan di bandar kecil Khuza'ah yang memprotes tindakan penjajah yang menubuhkan zon keselamatan di sepanjang sempadan. Sumber 15/06/2010, web berita safa.ps

Sementara itu di kota kecil Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa, sumber melaporkan bahawa pihak penjajah merobohkan sebuah rumah penduduk Baitul-Maqdis(terkini).

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS