Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.

Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

ABU ALI tembak tentera zionis

24 Januari 2011

Laporan asal jam 05.13 petang, Palestin/Mesir

GAZA - Sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN mengumumkan pihaknya telah menembak tentera zionis berhampiran lokasi tentera 'Kissufim' yang terletak di timur desa Qararah, selatan Semenanjung Gaza petang tadi.

Kataib ABU ALI MUSTAFA berkata, pejuang dari unit penembak tepatnya telah melepaskan das tembakan ke atas seorang tentera zionis berhampiran dengan pintu gerbang 'Suraij-Kissufim' di timur Khan Yunus.

Jelas ABU ALI lagi, selepas itu, pejuangnya menembak lagi seorang tentera zionis di lokasi tentera Kissufim.

Salinan dari kenyataan kumpulan pejuang ABU ALI MUSTAFA yang diterima 'Safa' mengesahkan bahawa pejuang ABU ALI berpegang teguh dengan jalan penentangan serta berusaha untuk menghadang sebarang tentangan malah akan menyerang balas jenayah yang dilakukan zionis. Sumber 24/01/2011, web berita safa.ps

Read more...

Menteri Luar Perancis disambut dengan kasut

21 Januari 2011

GAZA - Ahli keluarga para tahanan Palestin melontar kasut ke atas kenderaan yang dinaiki Menteri Luar Perancis, Michèle Alliot-Marie sebaik sahaja melintasi masuk ke Semenanjung Gaza melalui perlintasan Bet Hanoun(utara Semenanjung Gaza) pagi tadi.

Gambar(Safa): Ahli keluarga tahanan Palestin membaling kasut ke arah kereta yang dinaiki Menteri Luar Perancis.

Menurut pemberita 'Safa' yang berada di lokasi kejadian menjelaskan bahawa berpuluh-puluh ahli keluarga tahanan Palestin rasa bengang dan marah berhubung kenyataan Menteri Luar Perancis yang jelas memihak kepada tentera zionis yang ditawan pejuang Palestin tanpa mengendahkan nasib ribuan penduduk Palestin yang ditahan dalam penjara-penjara penjajah.

Memetik petikan laporan agensi berita 'Reuters', ahli-ahli keluarga para tahanan menghalang kereta yang dinaiki Michèle Alliot-Marie(gambar), lalu memukul bumbung kereta dengan objek keras serta melontar kasut mereka ke arah kereta, turut disusuli jeritan 'keluar dari Gaza' ketikamana Menteri tersebut baru hendak beredar dari hospital bawah seliaan Bulan Sabit Merah Palestin(Al-Quds).

Lawatan kali pertama Alliot-Marie setelah menjawat jawatan Menteri Luar Perancis ke rantau ini sehingga hari ahad ini bermula dari Israel dan menuju ke tanah-tanah Palestin yang berada di bawah kuasa autonomi Palestin. Setelah itu, Menteri Luar Perancis akan mengadakan lawatan seterusnya ke Mesir dan Jordan.

Dalam lawatan di Gaza, Menteri Luar Perancis mengadakan pertemuan dengan penyelia UNRWA, beberapa individu bebas dan kemasyarakatan serta ahli parlimen gerakan FATAH. Bagaimanapun, Menteri tersebut tidak bertemu dengan wakil-wakil gerakan HAMAS dan Kerajaan Palestin Gaza.

Berhubung kenyataan Michèle Alliot-Marie yang menyifatkan tawanan ke atas Shalit adalah jenayah perang, lantas dikecam gerakan HAMAS.

Gambar(Reuters): Ahli keluarga tahanan Palestin menyekat kereta pengawal keselamatan yang mengiringi Menteri Luar Perancis.

"Perancis memintas EU(Kesatuan Eropah) mengecam gerakan HAMAS yang melakukan jenayah perang berikutan terus mengurung Gilad Shalit dalam tawanannya," kata Menteri Luar Perancis itu.

Michèle Alliot-Marie berkata sedemikian ketika bertemu dengan ibu-bapa Gilad Shalit di sebuah khemah yang dipasang di BaitulMaqdis bertujuan menunjuk perasaan.

Gilad Shalit ditawan pejuang Palestin sejak tahun 2006, malah Shalit turut juga memiliki kerakyatan Negara Perancis.
_________________________________________________
Pautan lain:


1. Michèle Alliot-Marie
2. Gilad Shalit

3. Angry Palestinians mob French minister in Gaza


Gambar(Al-Jazeerah): Bantahan terhadap Menteri Luar Perancis.
_________________________________________________

Menjawab kenyataan Alliot-Marie, seorang dari pemimpin gerakan HAMAS, Dr. Ismail Ridhwan dalam kenyataan media berkata, Menteri Luar Perancis berpura-pura melupakan kesengsaraan ribuan penduduk Palestin yang ditahan dalam penjara penjajah(zionis).

Jelas beliau lagi, mereka yang lebih rasa sengsara dan tertekan adalah tahanan Palestin, tiada apa yang mereka lakukan hanyalah semata-mata mahu pertahankan hak mereka yang sah.

Berikutan itu, Dr. Ridhwan meminta Badan-badan antarabangsa membebaskan lebih 8 ribu penduduk Palestin yang berada dalam tahanan rejim zionis.

Malam yang lepas, jurucakap rasmi gerakan HAMAS, Sami Abu Zuhri berkata, Shalit ketika ditawan adalah semasa berada dalam medan tempur dan sedang memerangi penduduk Palestin di sempadan Gaza, namun dalam masa yang sama lebih 8 ribu penduduk Palestin ditangkap dari rumah mereka tanpa melakukan sebarang kesalahan.

Abu Zuhri harap Perancis menilai semula pendirian-pendirian seumpama itu yang langsung tidak mempamerkan peranan Perancis menyelesaikan konflik di rantau ini. Sumber 21/01/2011, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(23)

18 Januari 2011

18 Januari 2009
HARI KE-23 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Israel umum henti serangan, pejuang berjaya bertahan)
_______________________________________
Kronologi sebelum ini:

Serangan Israel di Gaza 2008-2009(22)
_______________________________________

Saat-saat kemenangan Gaza

- Israel telah mengumumkan pihaknya menghentikan serangan (gencatan senjata)di Semenanjung Gaza. Bagaimanapun, Israel tidak mengundurkan tenteranya untuk dikekalkan di Gaza dalam masa beberapa hari.

- Jelasnya, tentera Israel yang dikekalkan di Gaza adalah bagi membalas serangan tembak-menembak.

- Ehud Olmert(Perdana Menteri Israel) dalam kenyataannya, Israel akan menghentikan serangannya di Gaza bermula hari ini.

- Menurut Ehud Olmert, pemimpin Eropah telah berjanji pada kami kerjasama bagi menghalang penyeludupan senjata ke Semenanjung Gaza.

- Sementara itu, Perancis, Britain dan Jerman telah menyatakan kesediaan ikut serta dalam usaha menghentikan penyeludupan senjata di Gaza.

- Sebagaimana yang diumumkan Israel, pihaknya akan menghentikan serangan di Gaza. Dinyatakan, pengumuman ini adalah di sebelah pihak(Israel) sahaja.

- Bagi pejuang-pejuang Palestin, selagimana tentera Israel tidak berundur sepenuhnya dari Semenanjung Gaza, serangan dan penentangan tetap diteruskan.

- Sukar untuk dipercayai janji Israel. Setelah Israel mengumumkan menghentikan serangan di Gaza, sebuah penempatan di Hayyu Tufah diancam dengan bom phosporous yang telah digugurkan oleh Israel.

- Sementara itu, jentera perang udara Israel melakukan tinjauan di ruang udara Gaza.

Semenanjung Gaza berjaya dipertahankan
______________________________________
Klip berita: Israel umum hentikan perang

Ismail Haniah, Ketua Kerajaan Palestin Gaza mengumumkan penduduk Palestin di Gaza telah mencapai kemenangan mulia dalam menghadapi tentangan Israel. Terbukti penduduk Gaza berjaya menghentikan serangan Israel yang gagal mencapai matlamatnya.


Sumber: youtube.com

Sedutan jangkaan dan doa Ismail Haniah untuk kemenangan Gaza:


Sumber: youtube.com

Pemberita menangis ketika melapor hari pertama perang Gaza:


Sumber: youtube.com
______________________________________

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(22)

17 Januari 2011

17 Januari 2009
HARI KE 22 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari ke-13 Serangan dan pencerobohan darat di Gaza)
_______________________________________
Kronologi sebelum ini:

Serangan Israel di Gaza 2008-2009(21)
_______________________________________

Usaha selamatkan Gaza

- Persidangan tergempar Gaza yang berlangsung di Doha, Qatar selesai dengan resolusi yang dapat memberikan perlindungan kepada Gaza, malah secara umum kepada Palestin dari bentuk kekejaman Israel. Resolusi tersebut menyokong Palestin dari sudut diplomasi dan ketenteraan.
_______________________________________

Klip berita: Penjelasan dari Perdana Menteri Qatar(Menteri Luar) berhubung ketidakhadiran Mahmoud Abbas(Abu Mazen) ke Persidangan Tergempar Gaza pada 16-17/Januari/2009.


Sumber: youtube.com
_______________________________________

- Persidangan tersebut tidak disertai Mahmoud Abbas, presiden Palestin(HAMAS tidak memperakui jawatan tersebut). Beliau mengatakan ketidakhadirannya disebabkan tekanan yang menimpa dirinya.

Perjanjian serantau

- Satu perjanjian telah ditandatangani antara Condolezza Rice, Menteri Luar US dengan Tsipi Livni, Menteri Luar Israel bertujuan memberi tekanan kepada HAMAS. Perjanjian tersebut berkait dengan perlaksanaan menghentikan penyeludupan senjata ke Gaza dan keselamatan serantau.

Pejuang membalas lagi serangan

- Pejuang Palestin telah melancarkan lebih 15 serangan roket ke Israel(tanah jajahan 1948). 7 dari serangan tersebut gugur di beberapa buah kawasan yang berlainan di barat Naqab.

Selain itu, nntara kawasan di tanah jajahan yang menjadi sasaran serangan roket:

1) Bandar Ofakim
2) Netivot
3) Sderot
4) Pengkalan Tentera Udara Israel 'Hetsarim'

Israel terus serang

- Israel membedil barat laut Gaza dengan artileri(meriam) menyebabkan 2 penduduk Gaza syahid.

- Serangan masih diteruskan. Tentera Israel telah menyerang kawasan di Rafah dan beberapa serangan di Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza. Sebuah sekolah seliaan UNRWA turut dibedil Israel.

- Dinyatakan, Israel menggugurkan bom phosporous putih ke atas sebuah rumah di Abraj Al-Karamah.

- Di timur Gaza pula, pertempuran sengit antara pejuang Palestin dengan pasukan tentera Israel.

- Timur laut Khan Yunus, dilaporkan 2 penduduk syahid dalam satu serangan Israel ke atas penempatan Husainat. Menurut sumber, jam 12 tengahari(Mesir/Gaza) sehingga jam 3 petang(Mesir/Gaza) adalah waktu gencatan senjata yang diumumkan oleh Israel bagi memberi laluan kepada bantuan kemanusiaan dan kemasukan barang-barang bantuan ke Gaza.

- Namun, Israel melanggar gencatan senjata hari ini yang bermula jam 12 tengahari hingga 3 petang. Menurut sumber, Israel telah menyerang beberapa tempat di Gaza.

Mangsa perang

- Jumlah syahid dan cedera penduduk Gaza sentiasa meningkat dari masa ke masa berikutan serangan tentera Israel yang sentiasa berterusan.

- Usamah Hamdan, anggota Biro Politik HAMAS: Pengumuman Israel berhubung menghentikan serangan di sebelah pihak adalah cuba untuk mendapatkan perhatian dari semua pihak terhadap usahanya dan bertujuan untuk membantu Israel.

Kedudukan terkini

- Desas-desus mengatakan Israel hampir mengumumkan bagi menghentikan serangan di Gaza(sebelah pihak) setelah perang memasuki minggu ke empat.

- Dari sebelah utara Gaza, tentera zionis mengepung Bet Hanoun dan berpengkalan sementara antara di tengah-tengah jalan menghubungi antara Bet Hanoun dan Bet Lahiya.

- Tentera zionis dikerahkan bertebaran di sepanjang garisan merah dari perlintasan Karni sehingga ke Netzarim(penempatan haram Israel 2005).

- Di selatan Gaza, Israel menguasai Abbasan.

Penjuru utara Semenanjung Gaza: Bet Hanoun dan Bet Lahiya.

Penjuru tengah Gaza: Garisan merah yang merintangi pertengahan Gaza, tentera Israel dikerahkan berada di sepanjang garisan tersebut.

Penjuru selatan Gaza: Israel kuasai Abbasan dan menyerang As-Shaukah. Sementara, pesawat-pesawat tempur Israel mengebom terowong bawah tanah.

- Di Rafah Gaza, pesawat-pesawat tempur Israel mengebom terowong-terowong bawah tanah yang terletak di sepanjang garisan sempadan yang memisahkan antara Rafah Gaza - Rafah Mesir.

Read more...

Zionis ceroboh Gaza

Laporan jam 11.43 tengahari, Palestin/Mesir

GAZA - Sekumpulan jentera perang zionis telah menceroboh dalam jarak terbatas ke dalam tanah Gaza pada waktu zohor tadi. Jentera perang zionis dilihat keluar dari pintu gerbang Abu Qatrun memasuki ke dalam tanah penduduk Gaza dari arah timur El-Buraij di pertengahan Semenanjung Gaza.

Menurut pemberita 'Safa', 2 buah jentolak menyerodok dan meratakan tanah sejauh 250 meter, di samping itu 4 buah jentera perang zionis mengiringi jentolak sambil melepaskan tembakan secara terputus-putus.

Sehingga kini, kawasan-kawasan yang bersempadan dari arah timur Gaza, setiap kali pencerobohan, jentolak zionis akan menyerodok serta meratakan tanah pertanian mengikut keluasan skala tertentu di sepanjang garisan sempadan.
________________________________________________
Baca lagi:

Pejuang 'bertenang', zionis tembak penduduk

________________________________________________

Sebaik sahaja perang 2008-2009, tentera zionis memberi amaran kepada penduduk Palestin di Gaza agar tidak mendekati 300 meter dari garisan sempadan yang diiktibarkan 'zon tentera'. Sesiapa yang melanggar amaran tersebut akan menjadi sasaran ancaman dari tentera zionis, menurut sumber. Sumber 17/01/2011, web berita safa.ps

Read more...

3 peluru mortar gugur di tanah jajahan

16 Januari 2011

Laporan asal jam 10.23 malam, Palestin/Mesir

AL-QUDS, - Web berita 'Yediot Ahronout' Israel versi hebrew melaporkan bahawa 3 serangan peluru mortar gugur di barat Naqab malam ini.

Gambar: Bentuk peluru mortar yang terdiri dari beberapa saiz.

Menurut sumber tersebut, serangan mortar itu dilancarkan dari Gaza meluru ke Kibbutz(tanah rampasan) yang berhadapan dengan Semenanjung Gaza, lalu gugur di sebuah kawasan di Majlis Daerah Sha'ar Henegev. Namun, tiada yang tercedera.

Berikutan serangan mortar, tiada mana-mana sayap tentera Palestin mengakui melancarkan serangan.
_____________________________________
Baca lagi:
Pejuang 'bertenang', zionis tembak penduduk

_____________________________________


Beberapa hari yang lalu, kumpulan pembebasan Palestin(ada sumber menyebut kumpulan pemisah Palestin) menyatakan Palestin ada hak untuk menentang penjajahan zionis dengan cara dan bentuk yang sesuai. Malah dalam waktu yang sama mengesahkan lagi, tentangan tersebut adalah menurut persepakatan bersama. Sumber 16/01/2011, web berita safa.ps

Read more...

Karikatur: Dari Tunisia ke Palestin

Sumber karikatur, 16/01/2011

Dari Tunisia ke Palestin dan juga kita


Hanya 29 hari, pemerintahan Ben Ali di Tunisia telah disepak-terajang rakyatnya, lalu terpaksa lari membawa diri dan keluarganya ke Arab Saudi. Agak menarik Ben Ali sempat memberi janji kepada rakyatnya agar bertenang, namun ia tidak lagi menjadi manis setelah rakyat Tunisia hilang percaya terhadap Ben Ali. Tentangan rakyat ini turut diisokong bala tentera Tunisia. Menurut media, keluarga Ben Ali terjebak dalam skandal merompak kekayaaan Negara, malah rakyat Tunisia tertekan dengan sistem yang digunakan Ben Ali. Ini baru kekangan dari pemerintah sendiri, tetapi bagaimana dengan perompak dan pengganas sebenar yang tidak malu mengakui tanah-tanah dan hak suci Palestin milik mereka? Relevan, jika cara ini dicontohi penduduk Palestin.

Mungkin agak sukar penduduk Palestin untuk bertindak sedemikian kerana pengganas utama di dunia adalah dari kalangan bijak menipu dan memperdaya. Lebih-lebih lagi, pengganas utama ini juga ada penyokongnya yang setia. Amat menyedihkan, ada pula yang mahu berdamai dengan pengganas, di samping itu sanggup pula mengawal keamanan pengganas biarpun terpaksa menuruti kehendak pengganas dengan menangkap pejuang-pejuang Palestin. Mereka berbangga dalam media kononnya gagasan keselamatan yang dibawa memberi keamanan kepada penduduk Palestin di Tebing Barat. Pemberita yang buta siarkan laporan atau mereka itu yang menipu? Rasanya tidak ada pemberita yang menyiarkan mengenai gagasan keselamatan Palestin di Tebing Barat melindungi penduduk Palestin dari kuku karat pengganas. Nampaknya, penduduk Palestin mesti berhadapan juga dengan gagasan tersebut sebelum atau selepas melanyak pengganas.

Mudah pengganas ini jatuh tersembam jika yang mengasaknya bukan dari Palestin sahaja, tetapi melibatkan asakkan dan dokongan yang berterusan dari umat pelusuk dunia. Acapkali dikatakan sedemikian tetapi ada penghadangnya yang akan membentengi pengganas.

Saat ini, seorang menteri pengganas telah menyuarakan kebimbangan berikutan apa yang berlaku di Tunisia turut mengembalikan kuasa Islam(parti/kumpulan). Tidak mustahil, akan wujud perancangan lain bagi memintas kehendak rakyat yang sewajarnya perlu diutamakan.

Kesan Tunisia turut melebar ke Syria dan Mesir apabila pemerintah di Negara tersebut mengumumkan mekanisma bagi meringankan bebanan hidup yang dihadapi rakyat.

Mungkin ini cara selayaknya menuntut janji dari pemerintah yang sanggup membolot kekayaan Negara dan mengenepikan hak-hak rakyat yang mesti diutamakan. Sudahlah malang terpaksa lari, bertambah pula hina mendapat bayaran 'cash' dari rakyatnya. Kini, satu dunia telah tahu dan tidak perlu pendedahan dari wikileaks. Inilah pengajaran kepada mana-mana pemerintah, insyaAllah di akhir khidmat kepada rakyat mendapat balasan mulia jika menuruti cara Islam.

"Lain kali nak buat gheja, buat gheja cara Islam," ungkapan peringatan dari seorang Menteri Besar.

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(21)

16 Januari 2009
HARI KE-21 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari ke-13 Serangan dan pencerobohan darat di Gaza)
_______________________________________
Kronologi sebelum ini:

Serangan Israel di Gaza 2008-2009(20)

_______________________________________

Israel mula berundur

- 23 mayat penduduk Gaza telah ditemui awal pagi ini setelah tentera Israel berundur dari Tel Hawa.

- Sejumlah besar kawasan di Tel Hawa mengalami kerosakan akibat serangan.

Rundingan sengit

- Menteri Luar Israel berangkat ke Amerika Syarikat hari ini. Menurut sumber, Livni akan membincangkan berkenaan perang di Gaza. Dinyatakan juga, Livni akan mendapatkan sokongan (berbentuk undang-undang) dari peringkat antarabangsa bagi menghentikan penyeludupan senjata di Semenanjung Gaza.

Sementara itu, Livni akan membincangkan dengan wakil Amerika berkenaan inisiatif Mesir.

- Livni juga sedang berusaha bagi mendapatkan mekanisma pengawasan bagi menghalang penyeludupan senjata malah mengawasi gerakan HAMAS.

- Pertemuan di antara Ehud Olmert(Perdana Menteri Israel), Tsipi Livni(Menteri Luar Israel), dan Ehud Barak(Menteri Pertahanan Israel) yang membincangkan syarat-syarat bagi menghentikan perang di Gaza.

- Menurut sumber, berlaku perselisihan antara Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel dengan Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel berhubung perang di Gaza. Ehud Barak mahu menghentikan serangan di Gaza, Olmert pula mahu meneruskan perang di Gaza.

- Amus Gilad, wakil Menteri Pertahanan Israel datang semula ke Kaherah hari ini bagi membincangkan inisiatif Mesir.

Tindakan pejuang Palestin

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) dan kesemua kumpulan pejuang Palestin yang lain berjanji akan membalas serangan Israel yang menyebabkan salah seorang pemimpin HAMAS, Said Siam(Menteri Dalam Negeri, Kerajaan Palestin Gaza) syahid dalam pengeboman Israel kelmarin di Hayyu Yarmouk. Turut syahid bersama Said Siam adalah anaknya dan beberapa ahli keluarganya.

Read more...

Pejuang 'bertenang', zionis tembak penduduk

Laporan asal jam 11.12 pagi, Palestin/Mesir

GAZA - Seorang penduduk Palestin yang bekerja sebagai pengutip kepingan besi cedera pagi ini di bahagian kakinya akibat terkena tembakan tentera zionis di utara Semenanjung Gaza.

Berhubung kejadian, jurucakap media Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Semenanjung Gaza, Adham Abu Salmiah menjelaskan, pemuda berusia 21 tahun itu mengalami kecederaan yang disifatkan pertengahan di bahagian kaki kirinya.

Jelas Abu Salmiah, mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital di bandar Gaza untuk menerima rawatan lanjut.

Berikutan itu, jumlah pengutip besi dan sisa runtuhan yang terkena tembakan zionis meningkat ke 110 orang. Disebutkan, tembakan sengaja dari tentera zionis mensasarkan orang awam dan petani-petani Palestin ketika menuai dan membajak tanah di sepanjang garisan sempadan, dari arah timur dan utara Gaza.

Sebentar tadi(jam 12.06 tengah hari, Palestin/Mesir), pesawat tempur zionis melancarkan beberapa serangan gempa di ruang udara di barat Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Beberapa hari lalu, serangan roket ke tanah jajahan dihentikan setelah kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin(ada sumber menyebut kumpulan pemisah) menyatakan persepakatan untuk 'bertenang', tetapi tidak bermaksud menghentikan penentangan ke atas zionis.

Pejuang-pejuang Palestin di Gaza turut menyebut pihaknya akan 'bertenang' selagimana zionis tidak bertindak melancarkan apa-apa serangan ke Gaza.

Sehingga kini, gerakan HAMAS berkata, tiada panggilan secara rasmi dari Kerajaan Mesir yang meminta hentikan serangan roket ke tanah jajahan bagi mengelakkan perang baru meletus di Gaza, namun hanya disebut melalui media massa. Sumber 06/01/2010, web berita safa.ps

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(20)

15 Januari 2011

15 Januari 2009
HARI KE 20 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Diplomasi dan Perang Sama Sengit)
(Hari ke-12 Serangan dan pencerobohan darat di Gaza)

_______________________________________
kronologi sebelum ini:

Serangan Israel di Gaza 2008-2009(19)

_______________________________________

Israel menyerang, pejuang bertahan

- Israel mengebom pertengahan Hayyu Tufah, timur Gaza. Sementara itu, artileri-artileri Israel membedil beberapa buah rumah penduduk Gaza secara membabi-buta.

- Fakta serangan dan pengeboman Israel:

1) Tawwam
2) Jabaliya
3) Hayyu Tufah
4) Hayyu Zaitun
5) Tel-Hawa
6) Syeikh Ajlain


- Kawasan yang dinyatakan di atas adalah merupakan benteng pertahanan yang di kawal kuat pejuang Palestin. Kawasan-kawasan tersebut adalah melingkungi bandar Gaza. Boleh dikatakan sebagai pelindung kepada bandar Gaza. Di kawasan ini juga pejuang-pejuang Palestin akan menyelaraskan setiap maklumat dan tindakan bagi menghadang kemaraan tentera darat Israel.

- Kawasan yang terlalu sengit menerima serangan Israel adalah Jabaliya, Hayyu Tufah dan Hayyu Zaitun.

- Kawasan yang menjadi pertahanan utama(berhadapan sempadan Gaza-Israel), selatan Jabaliya) adalah Azbah Abd Rabbuh, bagaimanapun pasukan tentera darat Israel telah melepasinya. Di kawasan ini, pejuang-pejuang Palestin akan melakukan serangan hendap.

- Kawasan pertahanan utama di bahagian utara adalah Beit Lahiya, di timur pula Beit Hanoun. Dua kawasan ini juga telah dilepasi oleh tentera Israel. Bukan bermakna setiap kawasan yang telah dilepasi tentera Israel tiada pejuang yang mengawal, bahkan ada. Kemungkinan terlalu sengit dibom dan bedilan, dilepaskan ke kawasan lain. Dari semasa ke semasa, pejuang Palestin akan mengikuti setiap pergerakan tentera Israel bagi melakukan serangan mengejut dan operasi hendap.

- Setiap hari, enam kawasan yang telah disebutkan di atas menjadi tumpuan serangan tentera Israel yang disokong pesawat tempur, helikopter apache, bot-bot perang, dan artileri Israel bagi melemahkan pejuang-pejuang.

- Serangan udara Israel mensasarkan sebuah masjid Abrar di bandar Rafah Gaza, selatan Semenanjung Gaza.

- Dijelaskan, Israel mengepung semua kawasan di Tel-Hawa. Menurutnya lagi, sekuran-kurang 100 buah rumah di kawasan tersebut.

- Sebuah bangunan utama milik palang merah Palestin dibedil Israel. Menurut sumber, bangunan tersebut terletak di pertengahan bandar Gaza.

- Sebuah hospital di Tel Hawa(bawah seliaan palang Merah Palestin) turut dibom Israel. Sumber menyatakan, ketika Israel mengebom sebahagian daripada bangunan hospital, terdapat 500 orang di dalam bangunan itu yang terdiri daripada pesakit dan anggota penyelamat. Dinyatakan, api marak di sebuah farmasi yang berkembar dengan bangunan hospital.

Bantuan kemanusiaan

- UNRWA: 40,000 penduduk Palestin berlindung di beberapa buah sekolah bawah seliaan UNRWA. Menurut Penasihat Media UNRWA, Abu Hasnah..pihaknya(UNRWA) telah memaklumkan kepada tentera Israel tempat-tempat UNRWA untuk menjalankan aktiviti menyelamat dan menguruskan bantuan-bantuan kepada penduduk Gaza supaya tidak dibom dan diganggu Israel. Bagaimanapun, Israel masih mengebom.

- Dinyatakan, gudang tempat simpanan makanan, bahan bakar turut menjadi sasaran serangan Israel.

- Kawasan di Hayyu Rimal, Tel Hawa, kelihatan beberapa buah kereta kebal Israel berada tidak jauh dari rumah Dr. Mahmud Zahar, salah seorang dari pemimpin HAMAS.

Tindakan pejuang Palestin

- Pejuang Palestin telah melancarkan 19 serangan roket ke Israel(tanah jajahan 1948) hari ini.

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(19)

14 Januari 2011

14 Januari 2009
HARI KE 19 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari ke-11 Serangan dan pencerobohan darat di Gaza)
_______________________________________
kronologi sebelum ini:

Serangan Israel di Gaza 2008-2009(18)
_______________________________________


Bantuan kemanusiaan

- Beberapa buah trak dari Syria dengan muatan bantuan kemanusiaan menuju ke Gaza.

- Sebuah kapal bantuan dari Iran terpaksa mengubah laluannya ke Gaza berikutan menerima ancaman daripada bot-bot perang Israel

- OIC menghantar bantuan kemanusiaan sebanyak 300 tan yang di bawa masuk ke Gaza.

Respon Ulamak

- 100 orang ulamak-ulamak Arab dan Islam mengungkapkan penutupan sempadan dengan Gaza serta diikuti menghancurkan terowong-terowong bawah antara Gaza-Mesir adalah tindakan khianat terhadap umat.

Rundingan hentikan perang

- 14 buah Negara setuju hadir ke Pertemuan Tergempar Arab yang dijadualkan berlangsung pada hari jumaat, di Doha. Antara Negara-negara Arab yang menyatakan persetujuan adalah Syria, Lubnan, Libya, Oman, Jebouti, Sudan, Algeria, Maghribi, Mauritania, Juzrul Qamr, Somalia dan Palestin.

- Menurut sumber, jumlah kehadiran bagi menjayakan pertemuan ini setelah Arab Bersatu dan Iraq memberikan persetujuan hadir. Mesir telah menyatakan tidak akan hadir, diikuti Arab Saudi yang menyokong Mesir bagi menghadiri Pertemuan Arab (Ekonomi) di Kuwait. Begitu juga Tunisia yang menyatakan tidak akan ikut serta pertemuan tergempar Arab di Doha.

- Arab Saudi berharap hentikan segera serangan di Gaza. Menurut sumber, Arab Saudi meminta supaya dilaksanakan inisiatif Mesir secara menyeluruh. Bagaimanapun, semalam beberapa kumpulan pembebasan Palestin membantah inisiatif Mesir yang disifatkan merugikan Palestin.

- Farouk Qodumi, Salah seorang pemimpin tertinggi FATAH menyokong pendirian HAMAS, JIHAD ISLAMI dan beberapa lagi kumpulan pembebasan Palestin yang menangguhkan perbincangan gencatan senjata sehinggalah Israel menghentikan serangan di Gaza.

Serangan sengit

- Israel membedil sebuah penempatan Syeikh Ridhuan, utara bandar Gaza. Dinyatakan, Israel melepaskan tembakan ke arah pejuang Palestin yang berada di tanah perkuburan syuhada.

- Israel masih mengebom beberapa tempat di Jabaliya dan Beit Lahiya. Selain itu, Israel juga membedil kawasan di barat bandar Gaza dan timur laut Gaza.

- Sementara itu, di sempadan Sufa(perlintasan) Gaza-Israel, 2 pejuang Palestin syahid dalam satu pengeboman Israel. Pejuang Palestin turut menembak pelancar roket ke arah tentera Israel.

- Pendirian Israel(Politik dan ketenteraan): Serangan akan diteruskan. Sementara itu, tekanan ke atas HAMAS juga digerakkan melalui diplomasi iaitu pihak Israel meminta mengekalkan syarat-syarat Israel.

- Israel memperhebatkan serangannya di Jabaliya dan Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza. Dinyatakan, serangan Israel di kawasan tersebut tidak pernah henti bahkan Israel menerima tentangan yang cukup kuat dari pejuang Palestin. Berbagai-bagai taktik yang digunakan oleh tentera Israel bagi menawan kawasan tersebut tetapi Israel tidak mampu mara, malah terpaksa berundur beratus-ratus meter.

- Sumber juga mengatakan, Israel tidak mampu menguasai kawasan-kawasan yang dipercayai menjadi tempat pelancar roket. Sehingga hari ini, pejuang Palestin masih lagi melancarkan serangan roket ke Israel.

> Peringkat serangan Israel
1. Setelah pasukan tentera darat Israel menyerang sebuah kawasan, kemudian berundur.
2. Pesawat tempur dan helikopter Israel pula datang mengebom dan menyerang.

Sokong Gaza

- 5 serangan roket jenis 'katyushia' dari selatan Lubnan jatuh ke atas sebuah penempatan Israel(utara). Menurut sumber, serangan tersebut awal pagi tadi. Bagaimanapun, Israel membalas dengan 17 serangan(artileri dan misil) ke selatan Lubnan.

Tentangan sengit dari pejuang Palestin

> Taktik serangan roket dan pergerakan pejuang
1. Roket dilancarkan dari bawah tanah.
2. Taktik serangan pejuang tidak tetap tetapi penyelarasan antara semua kumpulan pejuang dilakukan dengan tangkas.

- SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) meletupkan sebuah rumah yang dijadikan kubu pertahanan pasukan khas tentera Israel, selatan Gaza. Jumlah tentera Israel yang terbunuh belum dinyatakan.

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) meletupkan sebuah kereta kebal Israel dengan peledak di timur Gaza.

- Di utara Gaza pula, AL-QASSAM menembak sebuah kereta kebal Israel dengan pelancar roket RPG.

- KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera FATAH) melancarkan 3 serangan roket ke bandar Askalan, Israel yang berhadapan dengan utara Gaza.

- KATAIB MUQAWAMAH WATANIAH mengebom sekumpulan jentera perang Israel dengan roket hawn di selatan Gaza.

- Pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) bertindak merempuh masuk ke sebuah rumah yang diceroboh pasukan khas Israel. Menurut sumber, pejuang AL-QASSAM melepaskan tembakan yang mengakibatkan beberapa tentera khas Israel terbunuh dan parah.

- Sementara itu, pasukan penembak tepat AL-QASSAM menembak 2 tentera Israel berdekatan Mukhayyam Shatie dan meletupkan sebuah jentera perang Israel dengan peluru mortar hawn.

- Pejuang Palestin(AL-QASSAM, SARAYA AL-QUDS, SYUHADA AL-AQSA dan beberapa lagi kumpulan) telah mengebom beberapa penempatan dan kawasan Israel. Menurut sumber Israel, sebanyak 15 serangan roket Palestin gugur di beberapa penempatan Israel. Antaranya, Beer Sheeba, 'Askalan, Netvatuf, Ain Thalita, Ushkul, Ushdud, Nehal Auz, Oulu Meem dan Kafr Ezza.

- SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) telah mengebom sebuah jentera perang Israel di Netzarim, Gaza.

- SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI): Pejuang Palestin berjaya menggagalkan satu operasi komander Israel yang cuba mendarat dipersisiran pantai Gaza. Menurut sumber, beberapa tentera Israel parah dalam pertempuran itu.

- Jumlah tentera Israel termasuk pegawai tentera yang terbunuh semenjak perang bermula di Gaza adalah 32, manakala tentera Israel yang mengalami kecederaan termasuk kritikal adalah 315.

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(18)

13 Januari 2011

13 Januari 2009
HARI KE 18 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari ke-10, Israel kerah serangan darat di Gaza)
_______________________________________
kronologi sebelum ini:

Serangan Israel di Gaza 2008-2009(17)

_______________________________________

Peningkatan mangsa perang terkini:

Mangsa perang yang syahid: 971 orang
Cedera, kritikal: 4420 orang

Respon mereka

- Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel dalam satu sidang akhbar di Askalan, berkata dia(Olmert) meminta Bush(Presiden Amerika) campur tangan dan Condolezza Rice(Menteri Luar Amerika) supaya tidak menyokong ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu baru-baru ini.

- Nakhalah(JIHAD ISLAMI, Damsyik): Inisiatif-inisiatif Arab dan selain Arab yang dikemukakan adalah bertujuan menekan pejuang Palestin supaya hentikan penentangan(mengangkat bendera putih).

Serangan lagi

- Sebelum ini, serangan roket dari selatan Lubnan ke Israel, kemudian sehari lepas itu satu tembakan dilepaskan ke arah tentera Israel di Dataran Tinggi Golan, Syria. Terkini, satu lagi tembakan yang mensasarkan tentera Israel di sempadan Wadi Arbah, Jordan.

- Setakat ini, tidak diketahui pihak yang melepaskan tembakan ke arah tentera Israel. Bagaimanapun, setelah kejadian itu, sempadan terus ditutup.

- Israel masih membedil beberapa kawasan di Gaza. Kelihatan asap tebal menjulang di udara. Kawasan yang terbabit dalam pengeboman sebentar tadi adalah timur bandar Gaza dan utara Gaza.

- Menurut sumber, tentera Israel masih berusaha menceroboh ke bandar Gaza. Beberapa buah rumah hancur akibat pengeboman yang dilakukan Israel.

- Bagaimanapun, pasukan tentera darat Israel berhadapan dengan tentangan sengit pejuang Palestin yang disifatkan 'serang balas yang dahsyat'.

- Kawasan yang baru diceroboh Israel semalam, adalah Tel Hawa. Kedudukannya di timur bandar Gaza, rumah yang dibom turut diratakan. Dinyatakan, pasukan tentera Israel turut disokong kereta kebal malah bedilan artileri membuka laluan agar dapat mara ke hadapan. Sejam yang lalu, namun tentera Israel terpaksa berundur berikutan diasak sengit pejuang Palestin.

- Kawasan lain yang diserang ketika ini, barat laut Gaza, Hayyu Ridhuan, barat bandar Gaza.

- Dari arah timur bandar Gaza pula, Hayyu Tufah dan Jabaliya dinyatakan, pertempuran sengit juga berlaku antara pejuang Palestin dengan pasukan tentera Israel.

- Selain itu, Israel turut menyerang dari udara. Satu serangan udara Israel mengakibatkan sebuah gudang simpanan milik sebuah Syarikat Bekalan Elektrik hancur.

- Di kawasan Hayyu Ridhuan, beberapa misil Israel dilepaskan ke arah kawasan tersebut. Manakala, bot-bot perang Israel juga menyerang kawasan di persisiran laut Gaza.

- Menurut sumber, Penempatan Khuza'ah diserang pasukan khas Israel semenjak semalam.

- Saksi, Said Fuad penduduk Khuza'ah, timur Khan Yunus menceritakan permulaan pasukan khas Israel menceroboh Khuza'ah. Helikopter apache Israel pada awalnya mengebom dan membedil, lalu diikuti unit khas Israel melakukan pencerobohan dan dihadang oleh pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS). Pertempuran sengit meletus.

- Menurut Said Fuad, di Khuza'ah terputus bekalan elektrik. Tambahnya, pasukan penyelamatan dan ambulan tidak dapat sampai ke sana berikutan kawasan tersebut telah dikawal tentera Israel.

- Sumber menyatakan, mayat mangsa masih berada di jalanan.

Pejuang Palestin menyerang balas

- Abu Wadi', jurucakap bagi kumpulan pejuang KATAIB SYAHID ABU ALI MUSTAFA menyatakan kumpulannya bersama KATAIB SYUHADA AL-AQSA dan KATAIB AIMAN JUDAH menyerang sekumpulan jentera perang Israel secara berhadapan. Bagaimanapun, Abu Wadi' menjelaskan selepas melancarkan serangan itu, terus mereka beredar dengan segera.

- Pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS): Pasukan infantri Israel menjadi sasaran serangan hendap di Khaza'ah.

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS): Seorang pegawai tentera Israel terbunuh dan 4 lagi tentera Israel parah akibat letupan daripada sebuah rumah yang diisi dengan peledak.

- Televisyen al-Aqsa: 12 tentera Israel terbunuh dalam satu operasi ketenteraan di barat Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

Rundingan dan pertemuan tergempar

- Pertemuan tergempar Negara-negara Arab jumaat akan datang akan diadakan di Doha, Qatar. Menurut sumber, pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan jalan menghentikan serangan di Gaza.

- Bagaimanapun, pertemuan tergempar Menteri Luar Arab juga akan diadakan di Kuwait pada minggu akan datang.

- 21 wakil rakyat Kuwait meminta Amir Kuwait tidak menjemput Mahmoud Abbas, Presiden Palestin Ramallah ke Persidangan Ekonomi Arab.

- Menurut sumber, wakil-wakil rakyat tersebut bertindak sedemikian adalah kerana pendirian Mahmoud Abbas yang tidak jelas menentang Israel.

- Sumber menyatakan, pertemuan tersebut juga akan membincangkan bentuk bantuan khusus bagi membina semula Gaza.

- Majlis Keselamatan Antarabangsa mengadakan pertemuan hari ini bagi membincangkan kedudukan perang di Gaza.

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(17)

12 Januari 2011

12 Januari 2009
HARI KE-17 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari ke-9 Serangan dan pencerobohan darat di Gaza)
_______________________________________
kronologi sebelum ini:

Serangan Israel di Gaza 2008-2009(16)

_______________________________________

Peningkatan mangsa perang terkini:

Mereka yang syahid: 917 orang
Cedera, kritikal: 4260 orang


Rundingan, diplomasi

- Perbincangan antara delegasi HAMAS dengan wakil Mesir di Kaherah masih dijalankan. Menurut sumber, Usamah Hamdan(HAMAS) menyatakan pihaknya tidak menolak inisiatif Mesir secara keseluruhan. Dinyatakan, sebahagian inisiatif Mesir tidak seperti apa yang Palestin kemukakan.

- Tambah Usamah, contoh yang tidak dapat diterima oleh HAMAS daripada inisiatif Mesir adalah pasukan tentera antarabangsa yang akan berkawal di sempadan Gaza-Israel.

Israel menyerang lagi

- Serangan Israel di Gaza awal pagi tadi tertumpu di timur laut bandar Gaza. Dinyatakan, serangan tersebut adalah bagi membuka laluan kepada pasukan tentera darat Israel menceroboh bandar Gaza.

- Di tenggara Semenanjung Gaza juga diserang Israel. Lapor sumber, Israel membedil beberapa tempat dengan artileri malah juga menggunakan bom fosforus putih(white phosporus). Kelihatan kepulan-kepulan asap tebal di setiap kawasan yang diserang.

Gambar: Israel menyerang penduduk Palestin Gaza dengan bom white phosporus.

- 10 buah rumah terbakar akibat terkena ledakkan bom fosforus putih(white phosporus).

- Kawasan yang menerima serangan Israel tanpa henti, iaitu timur Jabaliya.

- Kelihatan kepulan asap tebal menguasai kawasan dan ruang udara. Selain itu tembakan meriam Israel juga sengit. Israel juga berusaha untuk menawan Jabal Ris(bukit) yang merupakan tempat strategi.

- Israel melepaskan serangan misil ke sebuah kawasan terbuka di tengah bandar Gaza. Menurut sumber, kawasan tersebut adalah kali pertama diserang, mengakibatkan 2 penduduk syahid dan beberapa lagi cedera.

- Di Jabaliya, pertempuran masih berterusan. Beberapa penduduk cedera. Sementara itu, jentolak Israel juga dilihat menyamaratakan kawasan yang dibom, Jabal Ris.

- Di Hayyu Zaitun, penceroboh Israel telah memasuki pertengahan kawasan tersebut. Menurut sumber, tentera Israel juga menembak secara membabi-buta ke arah penduduk. Beberapa penduduk dilaporkan parah.

- Di Rafah juga, pesawat tempur Israel mengebom beberapa kawasan. Bagaimanapun, dilihat tidak ada sebarang perubahan dari sudut pergerakan tentera Israel.

- Israel mengebom Hayyu Tufah dengan bom fosforus putih(white phosporus).

Tindakan pejuang Palestin

Fakta dari KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) semenjak Israel mula menyerang Gaza.

- Setakat ini, pejuang Palestin telah melancarkan 330 serangan roket ke Israel.


- Jumlah tentera Israel termasuk pegawai tentera yang dibunuh pejuang Palestin sebanyak 32, manakala 315 tentera Israel cedera akibat tentangan daripada pejuang.

- 5 buah helikopter apache mengalami kerosakan akibat ditembak dengan penangkis kapal terbang.

- Sebuah pesawat pengintip tanpa juruterbang milik Israel juga berjaya dijatuhkan oleh AL-QASSAM.


Pejuang menyerang balas

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mengebom bandar kecil Israel, kriat Ziad, selatan Israel dengan serangan roket jenis 'grad'. M

enurut sumber, di kawasan lain pejuang AL-QASSAM meledakkan letupan ke atas sepasukan tentera Israel(pasukan khas).


- SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) pula mengebom dua penempatan Israel, Nir Auz dan Nir Ishaq dengan beberapa serangan roket jenis 'Quds'.

- KATAIB SYAHID JIHAD JIBRIL: 3 pejuang Palestin syahid dalam pertempuran di salah satu penjuru yang menjadi laluan masuk tentera Israel ke Gaza. Sementara itu, pejuang tersebut telah menyerang sebuah kereta pengangkut tentera Israel yang mengakibatkan hancur.

- SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) melancarkan 8 serangan roket ke Netzarim, Israel.


- Di kawasan yang lain, SARAYA AL-QUDS mengebom sebuah jentera perang Israel.


- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) menyatakan, pihaknya telah menawan seorang tentera Israel. Bagaimanapun tentera itu terbunuh dalam satu pengeboman yang dilakukan Israel.

Menurut AL-QASSAM lagi, tentera yang terbunuh bersama sekumpulan lagi tentera Israel yang ditawan pejuang Palestin.

- Menurut pejuang Palestin, setakat ini mereka telah melancarkan 11 serangan roket ke Israel.

- KATAIB MUQAWAMAH WATANIAH: Pertempuran sengit meletus antara pejuang Palestin dengan tentera Israel di barat Hayyu Zaitun. Pertempuran tersebut mengakibatkan beberapa tentera Israel parah.

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) melancarkan 3 serangan roket ke Sderot, Israel.

- Di Jabaliya, AL-QASSAM mengebom sebuah jentera perang Israel. Manakala di Buraij, AL-QASSAM mengebom artileri Israel.


- ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN dan KATAIB SYAHID JIHAD JIBRIL mengebom sebuah jentera perang Israel dengan pelancar mortar hawn.


- Pejuang Palestin telah melancarkan 20 serangan roket ke Israel hari ini.


Reaksi penduduk dunia

- Beratus-ratus aktivis dan petugas UNRWA mengadakan tunjuk perasaan di Ramallah dan badan Al-Quds hari ini. Menurut sumber, tujuan tunjuk perasaan itu adalah protes terhadap perang di Gaza.

Para penunjuk perasaan juga menyampaikan risalah kepada Ban Ki Moon, Setiausaha Agung PBB berhubung perang di Gaza yang boleh disabitkan jenayah perang ke atas Israel.

- Selain itu, para penunjuk perasaan menyatakan Israel melanggar hak UNRWA di Gaza.

Bantuan kemanusiaan

- Kapal 'Al-karamah' bertolak dari pelabuhan Cyprus hari ini. Menurut sumber, Al-Karamah menuju ke Gaza bagi misi membebaskan Gaza dari sekatan Israel. Al-Karamah membawa muatan bantuan ubat-ubatan yang diperlukan hospital di Gaza.

- Sumber tentera Israel menyatakan, pihaknya memberi amaran tidak membenarkan kapal ke Gaza. Katanya, perairan laut Gaza adalah zon tertutup yang dikawal tentera laut Israel.

- 61 doktor-doktor Arab telah mendapat kebenaran daripada Kerajaan Mesir untuk memasuki Gaza.

- Salam Fayadh, Perdana Menteri Kerajaan Pentadbiran Palestin Ramallah berharap HAMAS menerima inisiatif Mesir supaya tidak ada lagi penduduk Gaza yang menjadi mangsa serangan Israel.

- Pejuang Palestin telah melancarkan 20 serangan roket ke Israel hari ini.

- Marwan Baghoutti, Pengerusi Lajnah Inisiatif Palestin mengulas keadaan di Gaza, katanya Kerajaan Palestin sama ada di Ramallah atau di Gaza..kesemuanya di bawah taklukan Israel. Masalah utama yang perlu diketahui adalah rentetan persepakatan Oslo.

- Beliau menyatakan amat bersetuju dengan saranan daripada Receip Tayyib Erdogan, Perdana Menteri Turki kerana ia merupakan asas bagi menghentikan perang di Gaza.

Read more...

Kontraktor perang perolehi kontrak keselamatan di Tebing Barat

GAZA - Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) menyatakan kewujudan agensi swasta Amerika(US) yang mengendalikan perkhidmatan keselamatan di Tebing Barat mengundang bahaya besar kepada penduduk Palestin dan kedaulatannya.

Gambar(AlJazeerah): Fauzi Barhoum, jurucakap gerakan HAMAS.

Berikutan paparan dari web berita Al-Jazeerah hari ini, dan semalam dari web 'Haaretz' versi hebrew, dan beberapa hari sebelum ini web berita Al-Quds Arabi dan Shehab.ps menerbitkan laporan mengenai bidaan kontrak perkhidmatan keselamatan diperolehi syarikat Xe yang sebelum ini dikenali Blackwater.
_____________________________________________

Susulan dari kenyataan jurucakap Jabatan Negara US [link]:

Sekutu Blackwater perolehi bida kontrak US
Editor: Jeff Stein

Sebuah syarikat(agensi) keselamatan yang dahulunya dikenali Blackwater telah memperolehi kontrak baru dari Jabatan Negara US yang bernilai USD84 juta untuk tempoh 5 tahun.

Bida kontrak tersebut dimenangi
International Developments Solutions merupakan gabungan kerjasama dengan US Training Centre yang dimiliki agensi perkhidmatan Xe. Perkhidmatan Xe berasal dari nama Blackwater telah ditukar ekoran berhadapan dengan masalah undang-undang yang berlanjutan selama beberapa tahun.

Konsortium yang memperolehi kontrak ini bertanggungjawab memberi perlindungan keselamatan di tanah jajahan Israel, Tebing Barat(West Bank, Palestin) yang menempatkan ramai warga Israel.

"Kedutaan US di BaitulMaqdis adalah pengkalan agensi perkhidmatan ini," jelas Mark Tone(gambar) selaku jurucakap Jabatan Negara US.

Kontrak pertama ini ditandatangani pada 3 Januari untuk perkhidmatan satu tahun, di susuli empat tahun berikutnya kontrak akan diperbaharui setiap tahun dengan nilai kontrak secara kasar berjumlah USD84.3 juta, menurut Toner lagi.
(laporan sepenuhnya)
_____________________________________________

Menukil laporan
Haaretz Israel yang memetik kenyataan konsul Amerika di tanah jajahan, Jack Wallace bahawa agensi keselamatan US akan melaksanakan misi merekrut pasukan keselamatan Palestin di Tebing Barat dan membekalkan senjata, logistik ketenteraan serta modus-modus operandi latihan.

Gambar: Anggota Blackwater ketika operasi tentera di Iraq.

Jurucakap gerakan HAMAS, Fauzi Barhoum dalam kenyataannya hari ini, berkata, kewujudan agensi keselamatan US mengesahkan adanya kerjasama keamanan antara US dengan rejim zionis, sebagaimana yang telah berlaku di Tebing Barat, kerapkali berlakunya perlanggaran terhadap hak-hak asasi manusia.

Gambar kanan: 2 dari anggota kontraktor Blackwater.

Berhubung agensi keselamatan US yang asalnya adalah Blackwater telah terjebak dalam kes-kes pembunuhan penduduk awam Iraq dan Afghanistan, sehinggakan lesen perkhidmatannya pernah digantung oleh Kerajaan Iraq.

Gambar: Erik Prince, Pengasas Blackwater USA, bekas tentera laut US.

Barhoum menilai kontrak yang diberikan oleh Kementerian Luar US kepada syarikat yang ada hubungkait rapat dengan agensi keselamatan 'Blackwater' untuk lesen menjalankan operasi di Tebing Barat seumpama menempa durjana baru. Lebih-lebih lagi, sikap Pemerintah Palestin Ramallah yang bersekongkol
(kerjasama keselamatan dengan rejim zionis) mengekang pejuang-pejuang Palestin di tebing Barat.

_____________________________________________
Pautan dan bacaan lain:

1. Xe Service
2. Blackwater worldwide(wikipedia)

3. Consent Agreements

4. State Department details Blackwater violations of U.S. laws
5. Blogger - Blackwater (or Xe) in the West Bank

6. Blogger - Blackwater coming to Israel(tanah Palestin)
7. Blackwater Worldwide(berita)
8. RALEIGH, N.C. (AP) — Blackwater Worldwide is abandoning the brand name that has been tarnished by its work in Iraq, settling on Xe (pronounced zee) as the new name for its family of two dozen businesses. >> Topic: Blackwater Changes Its Name to Xe
9. Blackwater and DynCorp, the two leading mercenary firms servicing the US wars in Iraq and Afghanistan have both undertaken steps toward significant structural changes over the past month. In the case of DynCorp, the ownership of the whole business seems to be changing hands, while Blackwater is dumping its private air force.[link]

10. Blackwater's Private Spies

11. Blackwater Still Armed in Iraq

12. U.S Training Centre
13. Genetic Engineering News | USTC Holdings, LLC, an investor consortium led by private equity firms Fort Capital Advisors (Fort) and Manhattan Partners (Manhattan), announced today that it has acquired Xe Services, LLC (Xe or the Company) and its core operat...[link]
14. Manhattan Partners
15. Onetime Blackwater affiliate scores U.S. contract

Beliau berharap Pemerintah Palestin di Ramallah
(Mahmoud Abbas, FATAH) bertindak selaras dengan kepentingan penduduk Palestin, mempertahankan tanahair dan menentang dasar penjajahan. Lantas, beliau turut mendesak supaya memulakan strategi baru yang bergantung sepenuhnya kepada agenda tanahair, dan bukannya bergantung kepada agenda-agenda zionis Amerika.

Blackwater bertindak luar kawalan

Blackwater telah dikenakan denda sebanyak USD42 juta ekoran melanggar ratusan polisi undang-undang eksport-mengeksport yang beroperasi di US, malah penyeludupan senjata secara haram ke Afghanistan serta menawarkan khidmat melatih tentera-tentera di selatan Sudan tanpa keizinan dan memberi latihan menembak tepat kepada pegawai-pegawai polis Taiwan. Malah lebih jelas, anggota-anggota Blackwater bertindak luar kawalan apabila membunuh penduduk awam di Iraq dalam satu insiden.

Walaupun Blackwater kehilangan kontrak khidmat keselamatan melindungi diplomat kedutaan US di Iraq, namun agensi ini masih memiliki kontrak bagi memberikan perlindungan keselamatan kepada Kementerian Luar US dan agen CIA di Afghanistan.

Gambar: Presiden Blackwater, Gary Jackson. Gambar di atas, anggota Blackwater ketika memberi perlindungan keselamatan kepada seorang diplomat di Iraq.

Strategi elak kaitkan Xe dengan Blackwater

Seperti dinyatakan pada bulan disember yang lalu, syarikat perkhidmatan keselamatan Xe dimiliki hasil perkongsian bersama dua pelabur, Manhattan-Partners
(Manhattan) dan Fort Capital Advisors(Fort), bagaimanapun syarat-syarat perjanjian itu tidak didedahkan. Sumber 12/01/2010, web berita Al-Jazeerah, 11/01/2011, web berita safa.ps. Rujuk lagi, 10/01/2011, web berita Al-Quds Arabi dan Shehab.ps. Laporan asal, 07/01/2011, washingtonpost

Read more...

Lokasi AL-QASSAM dan AL-QUDS dibom

GAZA - Kejadian serangan berasingan waktu ini di Gaza, dua lokasi sayap tentera pejuang Palestin dan balai polis menjadi sasaran pengeboman zionis.
___________________________________________
Catatan laporan serangan:

12.04 tengah malam, Palestin/Mesir. Pesawat tempur zionis mengebo lokasi tentera AL-QASSAM.
12.12 pagi, Palestin/Mesir. Lokasi AL-QASSAM diserang lagi.
12.28 pagi, Palestin/Mesir. Sebuah lokasi tentera SARAYA AL-QUDS pula dibom pesawat zionis.
12.53 pagi, Palestin/Mesir. Lagi 2 serangan terbaru zionis di lokasi 'Al-Bahriah' barat Nuseirat.

___________________________________________

Menurut pemberita 'Safa' serangan pertama zionis tertumpu di lokasi Abu Grad, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) yang terletak di selatan bandar Gaza. Berikutan serangan F-16 zionis mengakibatkan kerosakan besar di lokasi berkenaan. Namun, pesawat tempur zionis kembali semula ke lokasi berkenaan dan melepaskan satu lagi serangan misil. Akibatnya, letupan kuat dari serangan berkenaan dapat didengari dari jarak yang jauh.

Sasaran seterusnya dari arah barat Khan Yunus. Pesawat zionis menyerang lokasi tentera, pejuang SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI) berhampiran dengan pejabat pentadbiran Universiti Al-Aqsa.

Selepas itu, pesawat tempur zionis melepaskan lagi 2 serangan misil ke atas sebuah balai polis Al-Bahriah di bahagian barat Mukhayyam Nuseirat, pertengahan Semenanjung Gaza.

Serangan udara zionis yang mensasarkan beberapa lokasi keamanan di Gaza pagi ini tidak mengakibatkan sebarang luka parah.

Sebelum itu, catatan masa pada jam 10.24-10.45 malam, Palestin(11/01/2011). Bot-bot laju tentera laut zionis membedil di deretan sepanjang persisiran pantai Gaza hingga ke persisiran laut Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Ehud Barak, Menteri Perang(pertahanan) rejim zionis ketika melawat pejabat pasukan tentera yang berkawal di sempadan tanah jajahan-Semenanjung Gaza petang selasa(11/01/2011), berkata, sebarang tindakan yang menimbulkan ketegangan di sempadan dari mana-mana pihak Palestin, Israel akan balas dengan penuh kekerasan jika terus menggoncangkan keadaan. Sumber 12/01/2011, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(16)

11 Januari 2011

11 Januari 2009
HARI KE-16 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari ke-8 serangan dan pencerobohan darat di Gaza)
_______________________________________
kronologi sebelum ini:

Serangan Israel di Gaza 2008-2009(15)
_______________________________________

Peningkatan mangsa perang terkini:

Mereka yang syahid: 888 orang
Cedera, kritikal: 4080 orang

Rundingan hentikan perang

- Delegasi HAMAS, gabungan pimpinan luar dan dalam Palestin tiba di Kaherah. Menurut sumber, delegasi HAMAS akan mengadakan perbincangan dengan wakil Mesir berhubung keadaan di Gaza.

- Dinyatakan, perbincangan antara delegasi HAMAS dengan wakil Mesir turut dihadiri delegasi Turki.

Kekejaman Israel

- Dinyatakan, sebuah Yayasan kebajikan di Mukhayyam Shatie Bahr(kem pelarian persisiran laut) turut dibom. Sementara itu, Israel juga membedil kawasan di Syiekh Ajlain dan Tel Hawa. Serangan Israel yang disifatkan penyembelihan beramai-ramai ke atas penduduk Gaza itu juga menggunakan bom phosporus putih yang mengundang kontroversi.

- Sebagaimana yang sebut, bom tersebut tidak boleh digunakan di kawasan yang padat dengan penduduk. Jika digunakan juga, boleh disabitkan jenayah perang. Bagaimanapun hakikatnya telah dan sedang berlaku.

-Di Khan Yunus awal pagi tadi, Israel menggunakan bom tersebut setiap kali menyerang, dan mangsa yang terkena boleh mengalami kecederaan tubuh kulit terbakar dan sesak nafas.

- Hakikatnya, penduduk Gaza di Khan Yunus melaporkan sebilangan besar mereka merasai sesak nafas kesan daripada pengeboman yang menggunakan phosporus putih. Dinyatakan, 50 penduduk parah. Israel pula menyatakan terpaksa menggunakan bom tersebut kerana untuk mengkaburkan pandangan pejuang-pejuang Palestin yang menyerang tentera Israel.

- Selain itu, bot-bot perang Israel juga mengebom deretan rumah di persisiran laut, bandar Gaza. Sementara pertempuran dan berbalas tembakan, tentera Israel juga melakukan pemeriksaan ke kawasan-kawasan berhampiran untuk mencari sasaran.

- Barat bandar Gaza, pertempuran yang terlalu sengit. Menurut saksi, artileri juga dilihat terlalu kerap membedil rumah dan kawasan yang berhampiran. Di samping itu, pejuang Palestin masih lagi bertahan dari serangan tentera Israel yang disokong kereta kebal.

- Timur Gaza, pertempuran sengit di salah satu penjuru yang menjadi laluan masuk ke Gaza. Menurut sumber, pejuang Palestin berjaya menggagalkan kemaraan musuh. Dalam masa yang sama, pejuang Palestin melancarkan 2 serangan roket jenis 'grad' ke pertengahan bandar Beer Sheeba.

- Israel mengebom tempat pelancar roket bawah tanah yang dimiliki oleh pejuang Palestin. Setakat ini, pejuang Palestin belum memberikan apa-apa maklum balas berkenaan serangan tersebut.

- Di Rafah, pesawat tempur Israel menggugurkan bom di kawasan yang dipercayai terdapat terowong bawah tanah yang merintangi sempadan Gaza-Mesir.

- Sementara itu, Israel mengebom sebuah kereta dengan muatan 4 penduduk Palestin, malah seorang penduduk yang menunggang motosikal turut dibom dan syahid di tempat kejadian.

- Di Mukhayyam Nuseirat pula, beberapa serangan Israel mensasarkan sebuah rumah dengan bedilan daripada pesawat tempur yang menyebabkan seorang parah dan beberapa lagi kritikal.

- Serangan terbaru Israel di kawasan Shujaiyyah yang padat dengan penduduk dengan tembakan peluru misil.

- Dan satu lagi serangan Israel mensasarkan sebuah kilang perindustrian dan sebuah rumah. Kelihatan api marak menjulang ke udara.

Reaksi penduduk dunia

- Para penunjuk perasaan di Beirut, Lubnan hari ini kebanyakannya adalah kanak-kanak. Kepelbagaian bentuk dan cara melakukan tunjuk perasaan tersebut adalah diharapkan menjadi 'mesej kepada dunia' berikutan peperangan di Gaza menyebabkan berlakunya bencana manusia yang teramat teruk.

- Para penunjuk perasaan dari kalangan kanak-kanak membawa anak-anak patung seiring ambulan bagi menyatakan simpati mereka terhadap kanak-kanak Gaza yang menjadi mangsa serangan ganas Israel. Selain itu, terdapat dikalangan para penunjuk perasaan menggunakan simbolik sempadan Rafah yang menjadi salah satu bentuk ancaman terhadap penduduk Gaza.

- Salah seorang daripada kanak-kanak, mengkritik pemimpin-pemimpin Arab yang disifatkan seperti 'tunduk' kepada kehendak Israel dan Amerika.

- Britain, tunjuk perasaan yang mengecam kekejaman Israel ke atas Gaza juga disertai pertubuhan yahudi Britain. Mereka juga mendesak supaya Israel menghentikan segera peperangan di Gaza.

- Selain itu, penduduk di Los Angeles juga mengadakan tunjuk perasaan berhubung perang di Gaza.

- Beberapa buah bandar di Pakistan juga dinyatakan ada tunjuk perasaan yang mengecam kezaliman Israel di Gaza.

Gesaan dan bantahan

- HAMAS membantah kewujudan pasukan tentera antarabangsa mengawal sempadan antara Gaza-Israel. SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) juga menyatakan tidak menerima pasukan tentera antarabangsa di Gaza.

- HAMAS turut menyatakan, gencatan senjata dengan Israel tidak mungkin terjadi melainkan setelah hentikan peperangan, Israel juga berundur dari Gaza, buka semua sempadan yang berhadapan dengan Gaza dan bebaskan Gaza dari sekatan Israel.

- Bagaimanapun, Mahmoud Abbas, Presiden Palestin mendesak HAMAS agar menerima inisiatif Mesir sebagai mekanisma perlaksanaan daripada ketetapan Majlis Keselematan Bangsa-bangsa Bersatu baru-baru ini.

- Menteri Luar Mesir, Ahmad Aboul Gheit menyatakan Mesir tidak akan membekalkan bantuan dari sudut ketenteraan ke Gaza tetapi Mesir akan berusaha bagi memastikan penduduk Gaza boleh hidup dengan aman. Beliau juga mengkritik pandangan Hassan Nasrallah yang meminta Negara-negara Arab menghantar bantuan senjata ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir.

Pejuang Palestin terus bertahan, menyerang balas

- KATAIB SYAHID JIBRIL menyatakan pihaknya telah menggagalkan tentera Israel yang cuba menceroboh Gaza dari arah barat Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) menyatakan pihaknya telah membalas serangan Israel. Setakat ini, AL-QASSAM telah:

- Mengebom penempatan Sderot dengan 3 serangan roket jenis 'qassam'.

- Melancarkan serangan roket ke 2 buah penempatan Israel, Ushdud dan Nativout dengan roket jenis 'grad'.

- Mengebom pengkalan tentera udara Israel, Belmakhiem bagi kali kedua dengan serangan roket jenis 'grad' dan 'qassam'.

- Bandar Beer Sheeba dengan satu serangan roket jenis 'grad'.

- Seorang tentera Israel dari sebuah pasukan turut menjadi sasaran penembak tepat AL-QASSAM di selatan bandar Gaza.

- Berjaya meletupkan sebuah kereta kebal Israel dengan 2 bahan peledak di barat Jabaliya, utara Semenanjung Gaza.

- Berjaya menembak sebuah helikopter apache Israel.

- Pejuang dari kumpulan SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) membedil sepasukan jentera perang Israel di utara dan selatan gaza dengan menggunakan beberapa pelancar roket.

- AL-QASSAM mengebom lagi Majedal, Israel dengan 2 serangan roket jenis 'grad'.

Bantuan kemanusiaan

- Mesir membenarkan sepasukan doktor daripada Persatuan Doktor-doktor Arab memasuki Gaza melalui sempadan Rafah Mesir.

- Hospital Shifa' yang merupakan sebuah hospital terbesar di Semenanjung Gaza menerima beribu-ribu pesakit sepanjang peperang ini berlaku. Di bahagian merawat, kelihatan mangsa perang akibat terbakar dan kulit melepuh.

- Menurut sumber, doktor mengesahkan Israel menggunakan senjata yang berbeza kerana mangsa serangan Israel kali ini terjejas teruk dari segi kesihatan dan tubuh badannya.

- Menurut seorang doktor di hospital Shifa', mangsa-mangsa serangan Israel yang terbakar kulit malah melepuh adalah akibat terkena serangan yang menggunakan kandungan bahan kimia yang tidak diketahui kerana terdapat perbezaan yang amat ketara dengan mangsa-mangsa sebelum ini.

- Doktor Mohammad Osman, jurucakap bagi Persatuan Doktor Arab ketika memasuki Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah Mesir menyatakan beliau teramat sedih melihat keadaan yang berlaku. Jelasnya, bencana di Gaza terlampau teruk.

- Beliau bersama doktor-doktor dari berbagai Negara Arab telah mendapat kebenaran daripada Kerajaan Mesir untuk memasuki Gaza. Beliau juga menceritakan terpaksa menempuh perjalanan yang penuh dengan ketakutan dari Khan Yunus menuju ke Gaza(bandar Gaza).

- Beliau merayu kepada semua pihak agar tampil memberikan bantuan kepada penduduk Gaza, khususnya dari segi rawatan.

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS