Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(18)
13 Januari 2011
HARI KE 18 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari ke-10, Israel kerah serangan darat di Gaza)
_______________________________________
kronologi sebelum ini:
Serangan Israel di Gaza 2008-2009(17)
_______________________________________
Peningkatan mangsa perang terkini:
Cedera, kritikal: 4420 orang
Respon mereka
- Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel dalam satu sidang akhbar di Askalan, berkata dia(Olmert) meminta Bush(Presiden Amerika) campur tangan dan Condolezza Rice(Menteri Luar Amerika) supaya tidak menyokong ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu baru-baru ini.
- Nakhalah(JIHAD ISLAMI, Damsyik): Inisiatif-inisiatif Arab dan selain Arab yang dikemukakan adalah bertujuan menekan pejuang Palestin supaya hentikan penentangan(mengangkat bendera putih).
Serangan lagi
- Sebelum ini, serangan roket dari selatan Lubnan ke Israel, kemudian sehari lepas itu satu tembakan dilepaskan ke arah tentera Israel di Dataran Tinggi Golan, Syria. Terkini, satu lagi tembakan yang mensasarkan tentera Israel di sempadan Wadi Arbah, Jordan.
- Setakat ini, tidak diketahui pihak yang melepaskan tembakan ke arah tentera Israel. Bagaimanapun, setelah kejadian itu, sempadan terus ditutup.
- Israel masih membedil beberapa kawasan di Gaza. Kelihatan asap tebal menjulang di udara. Kawasan yang terbabit dalam pengeboman sebentar tadi adalah timur bandar Gaza dan utara Gaza.
- Menurut sumber, tentera Israel masih berusaha menceroboh ke bandar Gaza. Beberapa buah rumah hancur akibat pengeboman yang dilakukan Israel.
- Bagaimanapun, pasukan tentera darat Israel berhadapan dengan tentangan sengit pejuang Palestin yang disifatkan 'serang balas yang dahsyat'.
- Kawasan yang baru diceroboh Israel semalam, adalah Tel Hawa. Kedudukannya di timur bandar Gaza, rumah yang dibom turut diratakan. Dinyatakan, pasukan tentera Israel turut disokong kereta kebal malah bedilan artileri membuka laluan agar dapat mara ke hadapan. Sejam yang lalu, namun tentera Israel terpaksa berundur berikutan diasak sengit pejuang Palestin.
- Kawasan lain yang diserang ketika ini, barat laut Gaza, Hayyu Ridhuan, barat bandar Gaza.
- Dari arah timur bandar Gaza pula, Hayyu Tufah dan Jabaliya dinyatakan, pertempuran sengit juga berlaku antara pejuang Palestin dengan pasukan tentera Israel.
- Selain itu, Israel turut menyerang dari udara. Satu serangan udara Israel mengakibatkan sebuah gudang simpanan milik sebuah Syarikat Bekalan Elektrik hancur.
- Di kawasan Hayyu Ridhuan, beberapa misil Israel dilepaskan ke arah kawasan tersebut. Manakala, bot-bot perang Israel juga menyerang kawasan di persisiran laut Gaza.
- Menurut sumber, Penempatan Khuza'ah diserang pasukan khas Israel semenjak semalam.
- Saksi, Said Fuad penduduk Khuza'ah, timur Khan Yunus menceritakan permulaan pasukan khas Israel menceroboh Khuza'ah. Helikopter apache Israel pada awalnya mengebom dan membedil, lalu diikuti unit khas Israel melakukan pencerobohan dan dihadang oleh pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS). Pertempuran sengit meletus.
- Menurut Said Fuad, di Khuza'ah terputus bekalan elektrik. Tambahnya, pasukan penyelamatan dan ambulan tidak dapat sampai ke sana berikutan kawasan tersebut telah dikawal tentera Israel.
- Sumber menyatakan, mayat mangsa masih berada di jalanan.
Pejuang Palestin menyerang balas
- Abu Wadi', jurucakap bagi kumpulan pejuang KATAIB SYAHID ABU ALI MUSTAFA menyatakan kumpulannya bersama KATAIB SYUHADA AL-AQSA dan KATAIB AIMAN JUDAH menyerang sekumpulan jentera perang Israel secara berhadapan. Bagaimanapun, Abu Wadi' menjelaskan selepas melancarkan serangan itu, terus mereka beredar dengan segera.
- Pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS): Pasukan infantri Israel menjadi sasaran serangan hendap di Khaza'ah.
- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS): Seorang pegawai tentera Israel terbunuh dan 4 lagi tentera Israel parah akibat letupan daripada sebuah rumah yang diisi dengan peledak.
- Televisyen al-Aqsa: 12 tentera Israel terbunuh dalam satu operasi ketenteraan di barat Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza.
Rundingan dan pertemuan tergempar
- Pertemuan tergempar Negara-negara Arab jumaat akan datang akan diadakan di Doha, Qatar. Menurut sumber, pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan jalan menghentikan serangan di Gaza.
- Bagaimanapun, pertemuan tergempar Menteri Luar Arab juga akan diadakan di Kuwait pada minggu akan datang.
- 21 wakil rakyat Kuwait meminta Amir Kuwait tidak menjemput Mahmoud Abbas, Presiden Palestin Ramallah ke Persidangan Ekonomi Arab.
- Menurut sumber, wakil-wakil rakyat tersebut bertindak sedemikian adalah kerana pendirian Mahmoud Abbas yang tidak jelas menentang Israel.
- Sumber menyatakan, pertemuan tersebut juga akan membincangkan bentuk bantuan khusus bagi membina semula Gaza.
- Majlis Keselamatan Antarabangsa mengadakan pertemuan hari ini bagi membincangkan kedudukan perang di Gaza.
0 comments:
Catat Ulasan