الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Pejuang hadang pencerobohan tentera zionis di El-Maghazi

01 Ogos 2012


GAZA TENGAH, 01 Ogos - Tentera rejim zionis (penjajah/Israel) telah mengakui bahawa kereta kebalnya yang menceroboh Gaza di El-Maghazi pada pagi Rabu, 01/08/2012 telah diserang dengan peluru anti-perisai.

Radio Israel versi hebrew pula mendedahkan tentera-tentera-tentera zionis menghadapi tentangan dan tembakan dari senjata ringan. Dakwa radio itu lagi, tiada sebarang kecederaan mahupun jentera yang terjejas teruk.

Sumber dari radio Israel dalam siarannya meyakini sistem peranti anti peluru yang dipasang pada kereta kebal telah berjaya menangkis peluru anti-perisai.

Pada pagi Rabu, agensi berita Palestin (PALTIMES dan SAFA) melaporkan beberapa buah jentera perang zionis menceroboh secara terbatas dari arah timur Mukhayyam El-Maghazi, Gaza Tengah.

Menukil dari halaman facebook Mini-Pavilion(MAP) sejam yang lalu, pejuang Palestin melepaskan beberapa butir peluru mortar hawn ke arah jentera perang zionis yang menceroboh.

Berita lain:
[Klip] Serangan sengit ke atas Masjid Al-Aqsa

Berita-berita ringkas, sila ikuti di halaman facebook Mini-Pavilion, 'From Palestine With Love' (MAP).

Read more...

[Klip] Serangan sengit ke atas Masjid Al-Aqsa

Laporan jam 08:13 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 07:13 pagi, waktu Kaherah (Mesir)

Yayasan Waqaf dan Turath Al-Aqsa telah menerbitkan satu laporan dokumentasi (audio video) dan begitu juga kajian analisis yang mendedahkan serangan dan tentangan Israel (penjajah/zionis) terhadap Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya.


Semasa sidang media yang diadakan pada hari Selasa, 31/07/2012 di dewan teater Al-Hikwati, Yayasan Al-Aqsa telah mengagihkan dua terbitan dokumentasinya.

Dokumentasi audio video itu membicarakan tentang projek perobohan jambatan Bab Al-Magharibah, gesaan Israel menghancurkan Al-Aqsa, mempercepatkan binaan kuil(haikal) yang didakwa wujud, menggiatkan lagi siri rempuhan dan ceroboh ke Masjid Al-Aqsa dan pelawaan amalan ritual Talmud dari kalangan warga zionis(perampas) di Masjid Al-Aqsa. Sumber 01/08/2012, web berita Paltimes dan youtube

Read more...

Bot laju zionis hala tembakan ke arah nelayan


Laporan jam 08:39 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 07:39 pagi, waktu Kaherah(Mesir)

GAZA - Bot-bot laju tentera laut zionis menyasarkan bertubi-tubi tembakan ke arah bot nelayan Palestin yang berada setentang dengan kawasan As-Sudaniah, utara Semenanjung Gaza.

Menurut saksi, kejadian yang berlaku pagi Rabu(01/08/2012), bot zionis melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah bot nelayan Palestin malah turut melepaskan tembakan di udara untuk menakut-nakutkan mereka dan menghalau dari berada di lokasi berkenaan.

Jelas saksi lagi, kejadian terbabit ketikamana para nelayan mahu menjalankan rutin harian memburu ikan dalam jarak 3 batu nautika yang ditetapkan oleh penjajah sebagai zon memburu ikan setelahmana Semenanjung Gaza dikenakan sekatan oleh Israel, tahun ini telah memasuki lima tahun mereka berada dalam sekatan.

Penyampai berita SAFA menyatakan, seiring ancaman bot-bot laju zionis ke atas nelayan, pesawat-pesawat tempur zionis berlegar-legar di ruang udara utara Semenanjung Gaza. 

Tembakan-tembakan mengejut

Pada jam pertama awal pagi Rabu, sempadan-sempadan Semenanjung Gaza dari sebelah timur dan utara dikejutkan dengan tembakan bertubi-tubi dari menara-menara kawalan tentera zionis.

Sebuah lokasi tentera zionis di Kissufim yang terletak dari arah utara sempadan Khan Younis telah melepaskan tembakan mesingan ke arah perumahan-perumahan timur di daerah Al-Qararah.

Agensi SAFA melaporkan, jentera-jentera perang zionis yang berkumpul berhampiran Kissufim juga melepaskan tembakan rambang ke arah rumah-rumah dan tanah pertaniah penduduk Palestin di kawasan Ad-Zawahirah dan Al-Wad tanpa membabitkan sebarang kecederaan.

Dari sudut sempadan sebelah timur Khan Younis, menara kawalan yang dilengkapi mesingan automatik turut melepaskan bedilan-bedilan rambang, pada waktu yang sama, kelihatan pergerakan jentera perang zionis tidak sebagaimana biasa seperti pada hari-hari lain yang bergerak menuju ke selatan, di samping itu, pesawat tempur serta helikopter dan pesawat pengintip tanpa juruterbang kerap meninjau di ruang udara.

Sementara itu, tembakan-tembakan yang sama mengancam penduduk Palestin di daerah Bayt Hanoun, utara Semenanjung Gaza. Sepanjang awal pagi Rabu, helikopter zionis terlalu kerap berterbangan dalam garisan sempadan. Tambahan lagi, tentera zionis mengadakan latihan perang berdekatan kawasan sebelah timur di sempadan bandar Gaza dengan tanah jajahan 1948 dan kedengaran letupan-letupan dalam garisan sempadan. Sumber 01/08/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Jamuan berbuka puasa 1000 orang di Gaza Tengah


GAZA, 01 Ogos - Gabungan kerjasama Persatuan Nur EL-Ma'rifah dengan Masjid Hassan Al-Banna serta Masjid Muaz Bin Jabal telah menyediakan jamuan berbuka puasa beramai-ramai semalam, 31/07/2012 di Wilayah Al-Jadid, Nuseirat, Gaza Tengah, Semenanjung Gaza. 

Seramai 1000 orang penduduk hadir ke program berbuka puasa ini, lapor agensi berita SAFA.

Pengerusi Persatuan Nur El-Ma'rifah, Muhammad Abdul Wahid berkata, "aktiviti yang dijalankan ini adalah sebahagian daripada gerak kerja amal selain dari menyediakan bantuan kewangan dan makanan kepada kanak-kanak Palestin."

Beliau menyatakan, program-program lain yang dirancang untuk penduduk Palestin di Gaza Tengah, persatuan telah merancang untuk menyampaikan bungkusan makanan kepada lebih 200 keluarga di Nuseirat yang memerlukan.

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS